Pages

2 May 2015

Labbaik allahumma labbaik : Madinah - Jeddah - KLIA

Jumaat - 17 April 2015.
Tibalah masanya untuk ucapkan selamat tinggal.
Buat ziarah wida'.
Ziarah wida' ni tak sama macam tawaf wida. Just untuk ucapkan selamat tinggal pada Nabi junjungan kita. Boleh la pergi area luar makam atau buat lepas subuh tu pun dah okay. Atau ustaz kata setidak-tidaknya dari bilik hotel pun buleh.

Selepas Subuh. Sebelum meninggalkan bumi Madinah Al Munawarrah.
Kami diminta untuk berkumpul di lobi dalam jam 9pagi utk naik bas ke airport Jeddah.
Tapi, entah cemna kul 11.30pagi baru bas sampai.

Abang tu sebuk timbang beg. Skali kat airport grup check in ja.
Hihi.

Hey.. kau dah kenapa ostad?
Rupanya ada misscommunication. Orang yang uruskan bas tu teringat kami bertolak dari hotel jam 11 pagi. Sama macam flight Saudi. Flight Saudi bertolak jam 11mlm. Kami plak jam 9mlm.

Dah naik bas apa semua kul 11 lebih tu, dalam 10minit berjalan, bas tetiba berhenti. 
Ha kau. Panik semua. Aircond tak fungsi. 
Bas terpaksa patah balik ke hotel. Rosak. 
Ya hampun.

Perjalanan ke airport lebih kurang 5jam camtu. Dah kul 12 masa tu. Semua macam dah risau je sempat ke sampai. Kalau airport cam kita KLIA ni tak pe lah. Ini dgn perangai imigresen yang pelbagai kan. Tgk semua orang dah sebuk nak pergi solat Jumaat.
Depa try baiki dulu bas.
Bas rosak da....
Tak boleh baiki. Kena tukar bas. Bas yg hantar kami airport sepatutnya nak hantar orang ke Mekah. Tapi, takpe lah, bagi kami dulu since kami nak kejar flight. Ha... drama sangat kan. 
Berdesup laju membelah padang pasir.

Berdesup membelah laluan padang pasir ke arah Jeddah. Huhu. Risau jugak sbb ribut pasir kan. Takut jugak kalau lelaju sgt. Masa on d way dari Madinah tu pun nampak ada bas dah terbabas. Angin lintang agaknya.

Tapi, sempat berhenti makan di Wadi Qudaid sekali lagi.
Makan dulang sekali lagi. Tak ambik gambar dah. Sama gak makanan cam hari tu. Tapi kedai lain lah. Dan tak berapa best cam hari tu. Tapi dulang kami habis jugek. Hihi

Jeddah
Akhirnya sampai Jeddah dalam kul 4ptg. Ada lagi 5 jam before boarding. Sempat lagi. Alhamdulillah. Terus solat jamak. Dan bersedia untuk check in bag.
Airport Jeddah (airport haji)
Bila duk menunggu situ, ada petugas airport panggil kami untuk check in. Tapi, si ustaz plak entah ke mana. Pergi solat katanya. Aduyai. Tadi taknak pi. Udah la grup kami lambat. Nak check in sendiri pun tak boleh sbb passport kami semua mutawif yg pegang (passport kita sebaik sampai hotel kat Mekah tu mutawif dah kutip. Kat sana mmg kita tak risau pasal passport lah).
Dan bila dah camtu, terpaksa lah check in dalam grup.

Bila dalam grup ni, yang baiknya barang tidak ditimbang per individual. Tapi, sekali grup. Takde la risau exceed luggage ke apa. Yang tak bestnya, duduk tempat berterabur lah tak sama dgn family dalam flight. Eiii.. ustaz tu lah punya hal. Lambat nau.
Urusan imigresen lancar. Alhamdulillah. Eh. Baik plak pak arab imigresen tu. Siap sebut nama aku lagi. "Ida" katanya.

Tapi, lepas tu, nak scan barang tu jadi kelam kabut.
Perempuan akan masuk ke bilik khas utk di scan. Gila2 dia scan okeh. Menda dalam poket pun abis di scannnya. Kasut pun kena buka. Dah la dia cakap "buka sepatu". Tapi, macam tak clear. Aku pikir eh, dia ni nak apa, suruh angkat kain ke apa ke. Rupanya buka kasut. Haih. Dah la masa tu kat luar beg sandang, handbag apa semua dah tunggang langgang. Suppose mmg tak secure pun dia buat camtu. Sbb beg kita yg ada duit apa semua, semua kat luar. Kalau ada orang ambik pun tak tahu kan. Yang lelaki siap kena buka belt lah. Mmg kelam kabut jadinya. Menyampah haku.

Tunggu jap kat terminal sementara nak naik bas.
Jumpa plak Khai ngan Rosma. MyDH lah nampak. Terus bergambar. Haha. Pun boleh.
Tapi depa ni mmg baik. Rosma duk panggil aku "kak".
Tudung dah penyek2 dah. Ah, dah tak kesah dah
masa nih.
Flight tak delay. Alhamdulillah. Tepat jam 8.55malam waktu Jeddah kami bertolak.
Tapi, tu lah. Memula tu duk berterabur semua tak ikut family.
Tapi, sbb kami dah kenal semua ahli grup, maka dapat lah duduk sederet.
Masa balik tak macam pergi. Penuh flight. Ada satu grup tu (grup kecik la, bukan cam team Andalusia ni kan), dari Kelantan, mmg batuk tak henti2. Makcik tu selamba sret buang hingus dalam plastik ja. Haha. Mujur jauh sket dari aku dan dah nak turun baru aku nampak. If not, harus tak lalu makan aku dibuatnya.

Makan dua kali, tapi mamai aih. Nak tido je. Takde lalu nak makan apa pun.
Sampai KLIA dah terang benderang sbb dah jam 11pagi.
Maknanya kami dah lebih 24jam tak mandi! Mueheheh.

Tepat jam 11 sampai. Alhamdulillah.
MH0151. Kami setia terbang bersama MAS.

Happy faces. Dah smpai KL!
Settle immi clearance, ambik beg, ambik air zam zam, salam semua ahli grup dan balik.
Anak buah aku ambik di KLIA. Tapi, beg banyak. Mana nak muat kereta dia!
Tapi, takde hal. Kami balik naik ERL ja. Mak naik kereta ngan anak buah aku.
Settle masalah.

Dan tepat azan Zohor, Sabtu 18 April 2015 kami sampai ke rumah kami.
KSU, yang ditinggalkan 2 minggu. Hihi.
Maka, tamatlah kembara umrah kami. Alhamdulillah. Terima kasih Allah atas peluang ini :)

Orait. Lepas ni kita sambung 2 entry lagi.
Harap maaf lah kalau bosan asyik dengan cerita umrah macam kan orang lain tak pernah pergi kan. Takpe, buleh skip kalau bosan. Hihi.
Ai mmg suka share je kalau pergi memana kan. 
Tapi kali ni mmg disengajakan untuk tidak selit entry lain agar senang sapa nak buat rujukan. Cerita umrah sahaja dari mula sampai akhir berderet.

1 juta komen:

alaaaa, saya suka jaa..! dah nak abes plak.. sedih plak rasa..

Terima kasih atas komen anda :)

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign