Pages

19 May 2015

Temuduga Mode Is On

Last week till Monday tu ari busy dengan temuduga.
Bermula 13 Mei sehinggalah 18 Mei.
Temuduga. Temuduga. Temuduga. Dan temuduga.
Jawatan Gred 41, jawatan Gred 27, Jawatan Gred 17 dan jawatan gred 11.
Dari pagi sampai petang.
Paling lama adalah sehingga 6.30 petang.
Walau duduk je dalam bilik temuduga tu, ingat tak penat ke.
Penat menunggu, penat tgk gelagat orang. Hihi.

Takde apa nak komen untuk temuduga kali ni.
Okay je lah.
Now time untuk buat analisa pulak.
Siapa yang mmg ada rezeki tu, ada lah rezekinya. Orang kata tu - mmg dah tertulis rezeki kan.
Yang penting, jangan main potong rezeki orang.

Last weekend seronok betul bermalasan di rumah.
Pheww.. dah lama tak bermalasan sebegitu rupa.

Hari Sabtu pergi FRIM jap. Takde naik canopy walk tu pun. Just jalan2 naik bukit tu ja. 
Hey, semua dah GST jugak FRIM ni. Nak bawak masuk kereta pun dah ada GST 6%, dan nak naik canopy pun dah kena GST gak (dulu - RM5, skrg dah jadi RM5.30 sorang).


Ku lihat hijauuu... 
Nak tenangkan pikiran setelah 3 hari bertapa dalam bilik temuduga.
MyDH 1st time pergi sini. Dia kata okay lah kalau nak pergi sebulan sekali ke sini.
Hari Ahad duduk rumah je.

Oh ya.
Nak ucap selamat hari guru. 16 Mei tu ari.
Pada kengkawan blog yang bergelar guru.
Saya dulu pun pernah bergelar guru. Kejap. Setahun. Ngeee

Terima kasih atas komen anda :)

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign