Pages

25 May 2015

Indahnya Perjalanan Ke Syurga, Hebatnya Dugaan Di Dunia

Sharing knowledge.
Last week berpeluang ke Persidangan Tahunan Agama Puspanita.
Entah naper, tetiba je rasa nak pergi.
Agaknya sbb otak pun dah tepu duk ngadap perihal interview je kan.
So, nak pergi release jap, takde memikirkan hal kerja.
Boss pun kasik pergi, so, pergi.
Di Putrajaya sanun.
Seharian lah di sana. Dari pagi sampai lah ke petang. 




Masa sesi pagi mmg tajuk dan penceramah agak best.
Menjelang petang. Biasa lah. Lemau. Heeee. Weols lah. Bukan tajuk ceramah atau penceramah yang lemau. 
Participant mmg ramai. Dalam 1,500 orang camtu.
Kami dari ofis berenam ja. 

Dua orang lagi duk belakang. Ni kiterang duduk kira agak depan lah ni.

Sesi pagi ada pembentangan.
Dimulakan oleh Mufti Wilayah Persekutuan.

Kemudian ada satu tajuk pembentangan yang menarik "Baik Buruk Di hujung jari : Berdakwah di Media Sosial"

Ha, ada kaitan dengan kita sebagai blogger ni kan.
Ustazah tu bagitahu sejauh mana media sosial ni membawa manfaat atau darurat pada kita.
Ustazah kata jangan merosakkan maruah ketika menulis.
Jangan banyak mengadu domba di FB, di laman sosial.
Ajar hati agar niat yang baik-baik, pos apa yang baik dengan niat yang baik, dengan tujuan dakwah.
Ustazah bagitahu, FB ni dicipta oleh Yahudi. Asalnya dari amalan puak Yahudi yang meletakkan nota di "wall". Nota tu semua ada lah, nota kesedihan, nota kegembiraan dll. So, ini lah diaplikasikan di FB. 
Heee.. selamat di situ, kerana dah 2 bulan aku dah tak berada di "wall".
Ada rasa aman dan tenteram.
Ye lah, ustazah pun ada cakap - kadang kita tgk kawan tulis kat wall "hari ni aku pakai tudung 8 tingkat, tapi ada orang jeles"
Lepas tu kawan sepejabat lain macam rasa eh, dia kata kat aku ke. Eh, dia ingat aku jeles kat dia ke. Dan bermacam andaian yang akhirnya membawa kepada persekitaran yang tak menyenangkan.

Menda tu mmg biasa kan. Sorang ni tak tuju pun pada sesiapa, tapi sorang ni terasa, lalu dia balas, bila orang tu balas, lagi menyakitkan hati. Eii.. mmg tak boleh blah bila jadi camni. Better takyah on FB dah. Nak hubungi - w.app ada, msg ada. Takde FB tak bermaksud kita jadi katak bawah gelas, byk lagi medium lain yang ada sekeliling kita. For me - ai deactivated FB sbb ai rasa FB byk yang "lagho" dari "tak lagho". Sound so cliche kan. Satu hari nanti maybe aku activated kan balik. May be. May be not. Takat ni aku rasa selesa tanpa FB.


Seterusnya ada forum - bicara srikandi - Aku ingin menjadi seunggul Khadijah, sebijak Aisyah. Tajuk yang best jugak. Esp bila buat umrah tu ari, rasa makin dekat dengan nama nama ini. Ustaz Ajib memberikan tips untuk rumahtangga
*Mengungkapkan (ungkapan kasih sayang antara suami isteri dan anak-anak)
*Sharing (berkongsi apa saja. Share cerita, share masalah. Jangan pendam, jangan rahsiakan).
*Understanding (saling memahami)
*Forgiving (sentiasa meminta maaf dan memaafkan).

Lepas tu ada talk dari Baitulmal, Yayasan Waqaf Malaysia dan Amanah Raya.
Last sekali ada ceramah agama.
Ada gak sesi cabutan bertuah. Dalam beratus nombor, satu pun tak kena kat kami semua. Hahahaha. Mmg jarang2 ianya terjadi. Memang dan memang. Hahahaha.

Alhamdulillah. Sesekali kena ada gak santapan jiwa ni. Semoga kita istiqamah dalam menuntut ilmu bekalan akhirat kelak.
Nanti ai sharing lagi satu santapan jiwa yang attend last week jugak.

Terima kasih atas komen anda :)

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign