Pages

3 May 2015

Labbaik allahumma labbaik : Pengalaman Bersama Team Andalusia dan jemaah lain

Sebelum entry tips, meh la kita sharing kan pengalaman bersama jemaah lain.


Bersama jemaah Andalusia - grup MH 6 April

Nama grup ni ikut nama flight kita dari Msia. Kami flight MAS. Jadi namanya MH 6 April lah. Ada 40 semuanya dalam grup ni. Dan seorang 1 mutawif dari KL lagi.
Ada pelbagai peringkat umur. Sedari kecil umur 3 tahun, 4 tahun, 6 tahun dan hinggalah peringkat atok dari Kedah umurnya 85 tahun. Kuat lagi atok tu. Katanya kat Kedah dia kerjakan 4 relong sawah sendiri *salute*. Atok ni sefamili ngan anak n cucu lelaki dia.

Juga dari pelbagai bidang kerja. Tapi mostly kerajaan. Muahaha. Sbb tu pilih MAS gamaknya. Setia dgn kerajaan.
Ada yang dah pencen (option bersara awal), ada yang masih kerja. Termasuk aku, ada 3 orang wanita muda (cea wanita halanya) yang kerja govt. Satu di Jab Audit Kedah, satu lagi di Risda Tapah. Yang lelaki aku kurang periksa.

Yang bestnya semua ahli grup MH 6 April sangat lah baik dan sporting. Macam mak aku kan bertongkat, mmg depa nak bantu je. Cam turun naik bas tu kan. Kita pun bantu jugak lah orang lain pun. Takde masalah lah tang itu.
Dalam bas mak duk ngan Haulah (yang kerja Risda Tapah). Dia gi ngan mak ayah dia. Depa dari Kampar.

Family Haulah. Masa ni dah smpai KLIA.
Pastu seronok melayan keletah Adelia. Dia la ahli rombongan paling kecik. Dan comel sgt. 3 tahun. Anak Ayu yang kerja di Jbtn Audit Kedah. Dah la petah cakap Kedah. Aku cakap ke myDH, tolong fotostat si Adelia. Geram aih tgk nya. Mereka pergi berlima satu keluarga.

Dengan Ayu. Dah jadi member dah. Selalu ber w.app ;)
Ada family dari Sarawak yang baik hati juga. Dia pun bawa mak yg tua setahun dari mak kalau tak silap. Tapi nenek tu kuat lagi. Tak sakit lutut.
Ada makcik dari Jelebu yang pergi dgn anak lelaki nya. Lawak acik tu. Sporting lak tu. Aku jumpa dia kat dewan makan, aku "hai acik". Dia pun "haiii". Hihi. Makcik Hapsah namanya.
Mak Piah dari Kuantan yang baik sesangat. Alahai. Sebaik baik manusia rasanya acik nih.
Auntie dari Teluk Intan yang dtg dgn anak2 lelaki dia. Yang macam kecewa sbb bila aku bagitahu aku ambik cucuk tambahan tapi dia tak ambik. Sbb nya dia tgk kami, termasuk mak sihat masa kat sana. So, dia cam pelik kenapa buleh sihat ni. Bila cerita ambik vaksin tambahan tu yg dia macam ralat sbb doktor dia tak bagitahu katanya.
Pendek kata, semua grup MH 6 April sangat best!

With acik acik yang sangat baik.
Ni masa nak balik dah.
Pengalaman bersama jemaah negara lain
Kat sana kita akan tengok pelbagai ragam manusia dari seluruh pelusuk dunia. Ada yang mazhabnya lain dari kita. Biasanya, kita akan terjumpa jemaah dari Indonesia yang boleh dijadikan rakan 'serumpun'.

Kalau tgk orang Arab ni, mereka ni jenis tak kira perasaan orang. Kalau dia nak menyelit, dia selit je. Pastu kalau kita letak beg ke even Al Quran pun, selamba badak dia langkah. Dia nak lalu sebelah kita pun selamba dia pegang kepala kita. Jadi, bertabah je lah kan.

Kalau masa aku pergi haji dulu, aku cukup takut dengan orang hitam dari benua Afrika tu. Jenis2 tu mmg suka berpurdah habis litup kan. Skrg mcm tak banyak plak puak2 depa ni. Tapi, depa ni sombong lah. Pernah lah solat sebelah aku puak2 ni, aku senyum lah. Dia buat tak tahu je. Sombong giler kot. Padahal negara pun nan hado. Eh. Apa ni. Astagfirullah....

Tapi, ada yang nice. Ada sekali tu jemaah dari Jordan. Depa ni ala ala Arab la kan. Suka benar dia. Dok gelak gelak. Masa tu sebelah kami, akak dari Kedah. Andalusia juga, tapi dok hotel Hilton. Pastu dia nak ambik gambar kami (aku n akak tu). Cakap kat akak tu, abis la kita kak, sampai ke Jordan la gambar kita ni ha. Dia cakap pun bahasa dia je. Macam kan kita paham. Angguk2 sudah. Haha.
Ada yg tahu Malaysia bila kita beritahu. Ada yg tak tahu. Kalau Palestine, mmg depa tahu Malaysia. Tapi, aku tak jumpa jemaah Palestine. Ada makcik tu lah  beritahu.
Masa solat jumaat, duduk sebelah makcik dari Kota Tinggi. Dia bahasakan diri dia 'mak'. Baik sungguh orang nya. Dia ada buka kelas tahfiz. Datang dengan anak dan cucu yang baru tamatkan pengajian tahfiz. Alhamdulillah. Sejuk hati mendengarnya (tapi aku lupa plak apa nama sekolah tu. Takpe, try to google it).
Sekali tu bersembang dengan jemaah Indonesia. Dia bertanya dah berapa anak. Aku kata belum ada lagi. Dia suggest untuk makan kurma belum "matang". Belum pernah dengar yang ini. Ingatkan debunga kurma. Dia kata bukan. Ini mmg kurma katanya. Boleh beli di Madinah di pasar kurma. Kebesaran Allah kan. Kita tak penah pulak dengar petua kurma belum masak tu. Sekali Allah bagi jalan itu.
Jemaah Indonesia mmg ramai kat sana. Tapi kos depa agak mahal. Depa guna USD. Dalam 10ribu lebih camtu lah kalau duit kita. Pastu depa duk dalam 9 hari (2 hari perjalanan pergi - balik). So, sbb tu depa agak patuh dan sentiasa ada kat masjid. Sbb masa tu tak panjang, jadi depa tak persiakan. Biasanya mmg sebelah kiterang adalah orang Indonesia. Tapi, semua baik2 belaka. Ada yang pernah pergi 'delapan' kali (ini orang kaya ni, pernah dtg Malaysia gak). Pastu ada yg mmg nampak dari golongan susah. Bermacam lah.
Seronok duduk sebelah orang Indonesia. Mostly mmg semua baik.

Tapi, sesama orang Msia ni pulak kadang ada yang agak 'kerek'. Bila kita tanya dari mana nak taknak je jawab. Ye lah, kadang kita dah habis baca Al Quran tu nak la juga rilek2 sambil menunggu waktu solat kan. Kita tgk dia pun takde buat apa, tu yg nak berbasa basi. Kang kata sombong lak. Tp dah taknak layan, takpe lah. Kita pun bukan nak nyembang bagai2 sgt pun. Tapi, ada juga yg baik2.
But, one thing lah. Kalau dgn org Malaysia ni, cukup suka tanya berapa harga pakej kita. Soalan wajib tu. Bila kita sembang2 tu, mula lah tanya "berapa harga pakej ambik tu?". Dari kat kursus lagi. Aku pun tak tahu apa motifnya. Padahal ada je dalam brochure Andalusia tu kan. Bagi aku, harga ni pun cam PnC gak kan. Takyah la tanya. Aku mmg tak pernah tanya. Nak buat hapa pun. Kau nak compare kau duk Hilton. Lagi mahal. Gitu ke. Helloooo......! Tak perlu tanya lah kalau yg sesama jemaah ni. Tapi, kalau orang yg belum pergi, nak tanya, itu takde hal aku nak bagi tahu sbb orang nak bajet berapa nak kena saving apa seme kan. 

Pengalaman bersama syarikat Andalusia
Overall kami se famili berpuas hati dengan syarikat ni. Makan okay, penginapan okay. Tapi, ini kami katakan untuk syarikat secara umumnya. Ada juga aku baca kata tak best Andalusia ni, itu ini. Best lagi sykt lain, bla bla bla. Tapi, tu rezeki memasing lah. Cam kami, kami takde masalah dengan syarikat.
Tapi, kalau sapa ada pengalaman umrah, mesti perasan aku tak byk cerita pasal mutawif.
Setiap grup mmg akan ada seorang mutawif. Biasanya ustaz lah. Dan mostly orang2 muda. Bercerita hal ini, mutawif ni pun manusia kan. Kalau dia rasa tugas dia satu amanah, tentu dia akan melaksanakan dengan sepenuhnya. Aku nampak mutawif grup lain mmg berusaha bersungguh. Dan ini bukan masalah syarikat pastinya. Dan kami mmg tidak salahkan Andalusia. Seandainya ada rezeki lagi, mmg Andalusia pilihan kami.
Pendek kata, kami berpuas hati. Takde masalah dengan Andalusia. Dari pendaftaran, kursus hingga lah perjalanan balik. Cuma ofis kt Kg Pandan tu lah crowded sgt. Tu takpe, depa pun nak pindah ofis dah. Lagi besar nanti.

Secara kesimpulannya, nak pergi umrah ni pun bukan boleh main pergi macam kita nak pergi bercuti ke Perth ke, kat Hongkong ke, kat Bali ke. Pergi dengan niat untuk beribadah. Mesti kena ada ilmu dalam hal umrah. Apa yg boleh, apa yg tak boleh. Mohon Allah permudahkan. Mohon ahli grup juga baik hati. Mohon agar semua urusan dipermudahkan. Sedari kita mula mendaftar lagi dah banyakkan solat hajat utk mohon segalanya berjalan lancar.
InsyaAllah, dengan izinNya dipermudahkan.

Dengan ini juga, aku doakan semua yg membaca semua entry umrah ni, baik yang belum pergi dan pernah pergi, diberi peluang untuk ke tanah suci, diberi peluang menziarah makam Nabi Muhammad SAW dan diberi peluang untuk beribadah sepenuhnya di sana. Mudah mudahan. Amin.... :)

4 juta komen

ameen.. ameen..
tq kak sbb doakan..
rasa nakkkk sgt pegi..
slalu sayu, syahdu, teruja bila tgk gmbr
teringin sgt nak tgk sendri..
in shaa Allah, moga dipermudahkan..
seronok baca pengalaman kekda.. alhamdulillah dipermudahkan segalanya..dr awal sampai dah balik malaysia semula..

amin.... seronok baca catatan reen pi umrah... moga murah rezeki kita utk jejakkan kaki lagi ke sana...

Betul tu my dear sis.... tak kisahlah pg dgn mana-mana pun...yang penting pergi sana nak buat ibadah....
rindu nak ke sana lagi.... seronok baca cerita dan pengalaman di sana =))

hi kakak :)

baru ada kesempatan nak baca entry umrah akak. alahai rindunya :) teringat ingat. nampak gaya macam akak dapat mutawif yang tak best yek.? tak pe lah nasib kita berbeza...ujian je tu :)

Terima kasih atas komen anda :)

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign