Pages

30 October 2014

#puanstoberikePerth : Sewa Kereta

20.10.2014 - Isnin.
Hari ni cuaca dijangka baik. Jadi, marilah kita keluar seawal mungkin.
Hari ni tak breakfast sbb nak pergi sewa kereta. Nak pi beli roti. Tp tu lah, plan dah lari abis sbb lewat mandi. Kena q nak mandi. 
Kat blkg tu kira cam info bas ni. Ada tulis berapa minit bas sampai.
Tepat ye. Kalau 10min, mmg 10min bas sampai.

Tggu Blue Cat bus kat bus stop Francis St utk ke Barrack St. Dari Barrack St pergi ke Adelaide Tce utk ke kedai sewa kereta. Jauh oke. Ada lah 15-20minit berjalan. Penat. Tp sbb sejuk je tak la terasa sgt. Lagipun ramai je orang sana duk jalan kaki.

Memula aku dah plan nak sewa kat Bayswater. Tp last minute aku sewa kat Aries. Aku kan salu camtu. Huhu. Katanya Aries ni owner dia chinese Msia. Entah lah sbb takde pun depa speak Malay. Harga kereta sewa $60 utk 24hours. So, buleh la nak hantar esuk pagi. Deposit aku guna card credit lepas tu dalam 7-10days baru dia release kan balik. Sebenarnya yg ni aku tak berapa berkenan sbb dulu masa gi HK aku bagi CC gak utk deposit hotel, tp dia release jam jam tu jugak. Why nak pegang lelama utk release. Nanti sure CC aku ada caj sbb ni dah hujung bulan. Aku ada amik GPS jugak. $10 utk GPS. Jadi, total sewa kereta $70.
Lesen memandu Msia diterima kat sini. Tapi, ada yg kata kalau lesen lama tu tak buleh sbb takde translation. Tapi, myDH buleh je guna lesen dia yg lama tu. If tak boleh, mmg aku yg kena drive since lesen aku yang baru (lesen ada cip tu). Since boleh je.. myDH yg drive. Nak drive pun mudah sbb mmg belah kanan macam kita.

Kereta sewa kami. Nissan Pulsar.
MyDH kata sedap bawak. Kereta baru.

So, berpandukan GPS kami terus ke Whiteman Park yg terletaknya Caversham Wildlife Park. Susah sket nak set kat GPS. Tapi, ambik alamat dia, Insyaallah mudah. Nak masuk Caversham ni ada 2 jalan. Satu dari Beechboro Road, satu lagi Lord Street road. Kami masuk kut Beechboro. Jauh sket ke dalam. Sunyi je.  Parking then terus masuk ke Caversham.

Tempat ni wajib lawat yer sbb best!
Huhu.
Kami nak catch farm show pukul 10pagi sbb tu dari tempat sewa kereta tu direct ke sini. If not nak gi Danish Pattisarie dulu beli roti. Takpe lah. Pergi dulu Caversham.
Farm show. Tunjuk cara 'mengetam' bulu biribiri.
Dia panggil kanak2 utk bagi anak kambing minum susu.
Dapat lah tgk show, tangkap gambar ngan wombat, tangkap gambar ngan koala.
See the picture je lah.
Hai Koala!
Ni lupa lah nama dia.
Ada anak dalam poket kanggaro tu.

Settle kat Caversham dalam kul 12.00 t.hari. Pergi ke Margerat Choc Factory. Ada coklat yg boleh rasa - free tasting. Then, beli coklat dan air coklat yg super sedap. Baca ingredient, InsyaAllah, takde yg meragukan.


Dari Choc Factory shoot ke Danish Patisserie. Makan kat situ je. Alhamdulillah.. kenyang jugak. Kedai roti ni mmg ada halal assurance. Mmg rata2 yg datang Perth akan pergi kedai nih. Type je alamat kat GPS, Insyallah sampai. Walau namanya Danish Patisserie, kedai bakery dia namanya Oscar.


Suppose dalam plan itinerary aku, lepas dari Choc Factory tu kami akan ke Araluen Botanical Garden. Nak tgk bunga ros. Pastu nak singgah fruit farm kat Raeburn. Tapi, myDH macam keberatan nak hantar kereta esuk paginya. Dia kalau buleh nak hantar petang tu jugak, before 5pm. So, aku ubah la plan.

Dari Danish Patt tu kami direct ke Belmont Forum. Nak beli corelle. Yihu. Belmont Forum ni shopping complex yg ada memacam kedai dalam nya. Beli corelle tu dalam Big W.  Big W ni ala ala macam Tesco lah. Murah2 barang dalam tu. Aku nak Corningware sebenarnya. Tp takde pulak. Diner set Corelle aku dah ada. So, ambik bakeware set je. $35 sahaja. Hiwhiw. MyDH kata ambik je lah sbb nanti mengigau pulak teringat. Eh. Melampau sgt tu. Haha.


Lps tu beli perfume kat Priceline. Murah wes. Guess tu $30 dan CKIN2U $20.
Tips : Nak beli perfume, beli kat pharmacy (yg ala ala Guardian) macam kat Chemist Warehouse ke. Mmg ada yg murah. Priceline ni pun kedai ala ala Watson lah.

Dari situ kami shoot balik ke Mhall utk simpan barang. Masa tu dalam kul 4pm. Singgah isi minyak jap. Sbb minyak tak nampak gerak sgt, kami isi 2 dolar ja. Hahah. Ada ke isi $2. Kat Perth ni, isi minyak dulu baru bayar okeh. Tp isi $2 tak naik pulak meter minyak tu. Jadi, lepas letak barang semua kat MHall, kami carik stesen minyak lagi. Isi lagi $14. Ha, baru naik balik ke takuk asal. Kena la isi jugak sbb kang kena surcaj lagi banyak pulak. Minyak sini tak tetap harga nya ya. Macam hari ni harga lain, esuk lain. Kawasan ni harga lain, kawasan yg rural sket harga lain. Tapi murah la kiranya. Kereta yg kami sewa tu guna unleaded 91 which harganya dalam $1.49 camtu seliter. Jangan lah convert. Mmg lah jadi mahal. Cuba compare dengan rate gaji kat sana. Harus kata murah kan.

Dekat2 pukul 5 kami dapat hantar kereta balik. Ye lah kan, nanti kalau nak amik semalaman, kena bayar parking lagi. Aku survey parking yg dekat2 Mhall dalam $10 (utk pukul 6ptg hingga 6 pagi).

Lps tu jalan kaki tepi Swan River yg cantik amat.
Saja amik gambar ngadap matahari.
Area Swan Bell ni tgh under construction.
Tak lawa nak ambik gambar.
Gemok mok mok!

Lepak situ, nampak lah Perth City.
Then jalan sampai lah semula ke Barrack St utk naik bas Blue Cat. Sempat jalan jalan jap kat area London Court kat Hay St. Dah nak gelap masa ni sbb dah dekat pukul 6 ptg.

Beli air mineral then balik semula lah ke Msia Hall. Malam tu makan roti yg beli kat Danish Patt. Cicah dgn instant mushroom soup yg bawak dari KL. Lazat je eh!


Cerita lain pasal Perth, klik - PERTH2014

3 juta komen

nampak bersih je tempat org ni kan... nak compare ngan tempat kita... huhuhu... cantik sungai tu...

Cantiknya langit!!!! Kannn sungaii tu lawaa haiii

Cantiknya langit!!!! Kannn sungaii tu lawaa haiii

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign