Wah gitew tajuk. Macam kelas Matematik.
Dulu aku tak suka Maths. Tp skrg oke je. Maths is magic, u know.. Haha.
Oke lah. Lately ni keluar citer pasal isi minyak guna liter instead of guna ikut ringgit.
Kira cam genap kan ikut liter.
Kalau dulu kita biasa isi minyak $10, 20, 50 etc (isi $20 sbb nak cop utk dpt payung.. haha. Mesti pengalaman hitam kat Petronas bila orang bash gegiler pasal payung).
Now ni orang promote suruh isi 10liter, 20 liter, etc.
Aku suka juga idea ni. Bagus gak sebenarnya.
Tapi, orang yg menerangkan untung rugi tu mungkin buat orang tak clear.
Ada yg kata sama je lah. 2x5, 5x2. Ada yg kata untung kat stesen minyak. Ada yg kata susah lah nak mintak ikut liter pulak.
Apa yg susah. Jangan la kata "Dik pam no. 2. Nak 10 liter".
Pening kang budak cashier tu. Nak nak pulak bangla yg jaga kan. Lagipun dia tekan2 kat mesin duit tu ikut berapa ringgit kita nak isi. Selama ni orang cakap berapa ringgit nak isi, ini kau suh guna liter pulak. Takyah la gitu. Mintak jugak la dalam ringgit.
Nak isi 1 liter, cakap la nak isi dua ringgit tiga posen. Tp kenderaan apa kau guna nak isi seliter je kan? Motobasikal?
Kalau biasa letak $20, tambah la 3 ringgit lagi jadi $23. Dapat la 10 liter.
Kalau biasa letak $50, kurangkan la 4 ringgit, cakap nak $46. Dapat la 20 liter. Gitu lah.
Sebenarnya nak kata untung sgt tu tidak lah. Tapi meng umpama kan 5x2, 2x5 tu tak berapa nak tepat sbb kiraan isi minyak ni ada titik perpuluhan yg akan dibundarkan. Ha.. gitu.
Sbb kalau kita isi ikut genap duit (20,30 etc), minyak akan pergi liter yg ada point point.. yg tak tentu dibundarkan jadi berapa.
Memang nampak sama. Cuma ada terlebih atau terkurang dalam 0.01, 0.02, 0.03 sen cam tu lah kan. Meh ai bagi contoh. Cewah. Fefeling cikgu.
Kiraannya 1 liter - RM2.30
Katakan biasanya kita isi RM20 iaitu bersamaan lebih kurang 8.70 liter sekiranya dibundarkan kepada 2 titik perpuluhan. Cuba ambik calculator, tekan 20 bahagi dengan 2.30. Akan dapat 8.695652 bla bla bla kan. So, skrg jumlah itu darab pula dengan 2.30. Dapat genap 20?. Tak kan? Dia dapat 19.99999 yg mana bila dibundarkan jadi 20 jugak. Mmg lah nampak, alah apa sangat dengan 1sen.
Oke, apa sangat yer.
Meh kita pergi situasi ini pula.
Situasi kadar tukaran wang asing.
Kedai A menawarkan 1AUD bersamaan RM2.89
Kedai B menawarkan 1AUD bersamaan RM2.90
Perbezaan adalah 0.01 sen sahaja, kan.
Oke, now katakan kita nak tukar 1000aud.
Pergi kedai A kita akan dapat RM2,890.00 utk 1000aud.
Kedai B kita akan dapat RM2,900.00 utk 1000aud.
Ada beza tak? Beza 1 sen tadi menjadi RM10 ya.
Sbb tu utk orang yg nak gi oversea dia kena riki2 gak kat kedai mana bagi harga paling rendah. Walau beza 1 sen, kalau dah tukar banyak, mmg ada untung nya kat kita. Boleh la beli souvenir kat kengkawan beza sepuluh ringgit tu kan (sapa nak souvenir koala bear?? Haha).
Dulu aku bongok sket. Aku tukar duit ikut genap duit RM. Katakan tukar RM100, RM500, RM1000. Tapi, sekarang ni aku genapkan ikut wang asing pulak. Katakan tukar utk 1000 duit mata wang asing tu. Kadang jimat kita gak. Kita bajet nak tukar 3k duit kita, tp bila dah convert ke duit asing yg genap, dapat jimat pulak duit RM kita. Ha..gitu lah.
Tapi, mmg lah orang akan cakap, tu utk tukar duit. Mmg kita keluar segedebuk duit camtu. Terpulang lah. Ikut mana senang kita lah.
Nampak cam apa lah sangat 1sen kan. Tp kalau sekali kita isi jimat satu sen, kira lah utk sebulan. Dan kita isi bukan utk RM20 je pastinya kan. Kadang ada yg pergi balik kerja je dah RM20 kan. Sehari 1sen pun jimat tau.
Simpan duit tu, lelama boleh juga beli set corningware
Eh?
Contoh macam tak selari.
Haha.
5 juta komen
eh² dah kenapa contohnya set corningware hahahahaha .... motipp sgt.. tergoda .. meh kita kumpul duit menabung utk beli.
Dh mulakan isi minyak rm69 hinggit..hahaha..pelik je kaunter tuh..ngeee
ooowh kekDa syg, matematik kita 4 je masa SPM. hehe. gigih gakla mengira, congak ja.
i nampak corningware je... ahaha :-P
Pagi tadi gi buh minyak.. cakap nak 46.00 ringgit, skali org stesen minyak tu tekan 40 ringgit jer.. saje jer diaorang.. sbb dah lambat nak gi kerja, malas la nak suruh dia betulkan..
Terima kasih atas komen anda :)