Pages

29 October 2014

Pilihan Sarapan Pagi : Breaded Sandwich Burger Ayamas

Tu hari masa pergi area frozen food kat Jusco ternampak la breaded sandwich burger by Ayamas. Sebelum ni tak pernah lak nampak. Mmg ada ke ah? Tgk kat web Ayamas, lain sket packaging dia. Dah tukar packaging mungkin.


Macam best je pulak kan. Makan ngan roti tentu sedap.
So, beli la. 1 plastik tu ada 10keping. RM9.90 kalau tak silap. Ke RM8.50. Lupa dah.

Balik rumah, terus try.

Gorengkan je. Lepas tu buat la sandwich ikut suka hati kita.
Aku buat gini je.

Taruk mix salad, taruk sedikit bawang (tak suka, tp aku buh je, nanti masa makan aku keluarkan balik. Tah pehapa entah perangai), taruk timun, taruk cheese dan kepingan sandwich burger tu. Letak la sos and mayo sket. 
Kenyang oi makan camni pun. 

(Kalau salad mix ni aku suka beli yg GentingGarden punya tu. Sbb dia campur memacam. Ada byk pilihan. Dia tulis tak perlu basuh, tapi lalu ke kalau tak basuh.. eh.. basuh je le.. sayur dia sedap.. rangup rangup).
Dan pagi pun sempat lagi goreng sekeping. Bawak pergi ofis. Oke lah kan. Kalau dah jemu2 asyik breakfast nasik lemak, mi goreng bagai tu, ce try buat camni pulak.

Wah. Gembira ahkak tau sbb ahkak dah buleh makan sayur. Haha. (I'm not sayur person. Sangat tak suka sampai dalam bihun tu ahkak sanggup kuis tepi..habit kot sbb sampai skrg camni.. tp kalau ahkak masak, akak masuk je semua sayur..cuma, tak makan..)

Nampak cam healthy, but not so lah kan.. a slice of cheese ni pun dah ada lebih kurang 96 calories ya.. pastu kepingan burger tu entah berapa.. processed food pulak tu. Tapi, takpe lah. Kita "gu' kan dia dgn salad n wholemeal bread. Hihik.

2 juta komen

letak bawang dgn timun lebih buh sos cili...nikmat ni..kdg2 buat memalam..heheh..

Terima kasih atas komen anda :)

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign