Pages

28 October 2014

#puanstoberikePerth : KL - Perth Airport - Perth City - Malaysia Hall

Okey lah uols... tanpa berlengah lagi, meh la aiols mulakan cerita. Ingat.. aiols mmg suka tulis panjang2.. jgn pula uols jemu tau.. ada berapa byk entry pun tak tahu lah. Hihi.

Sabtu - 18 Okt 2014.

Makanya, setelah 8 bulan menunggu, akhirnya waktu ini tiba jua. Phew. Very long awaited vacation okeh. Penat tau nak tunggu.

Perth. Here I come.
Macam travel yg lelain juga sebelum ni, trip ni ai pergi berdua sahaja dgn husband. This is our 3rd trip berdua ke luar negara. 1st dulu ke Hongkong, pastu Krabi. Eh. Yg cruise tu pun kira trip la kan. Kalau camtu, 4rd trip to negara luar kiranya (ala, baru 4 dah kecoh la awak ni kan.. hikhik).

As I told before, AA dah reschedule masa pergi dan balik. Suppose I pergi Jumaat malam, tp dah ditukar pada Sabtu pagi.
Oke lah. Pagi pun pagi lah. So, pagi tu dalam kul 5.00 kawan ofis yg duk Kg Baru datang ambik and hantar ke KL Sentral. Weols kena catch up 1st tren dalam pukul 5.30am. Turun je lepas beli tiket, tren dah sampai. Ramai jugak dalam tren. Maklum lah Sabtu kan. Ramai lah travel. ERL terus ke KLIA2.

Sampai je trus baggage drop. Then naik atas ke surau utk solat Subuh. Kul 6.30 baru boarding. Mmg jauh la nak berjalan sampai ke gate. Ada gak la travelator lift tu. Tapi tak banyak. Flight 8.50pagi. Gate bukak dalam kul 7.50 camtu. Tp, the most impress kat KLIA2 ni adalah - surau yg banyak. Tak risau la berkejar nak solat kan. 

Ramai jugak ke Perth. Melayu pun ramai. Flight penuh. Ingat takde orang sebelah kiterang. Tp ada jugak, pakcik dari UTM kot. Tgk jaket dia. Entah. Takde beramah tamah pun. Dia sebelah myDH tapi myDH macam malas je layan borak ngan dia. Aku pre-book meals - nasik lemak Pak Nasir n add on kekcoklat. Sbb aku beli satu je nasik lemak. Nak cut cost, mmg kena catu makan. Haha. Tp lambat giler woh dia antar makanan. Lapau cam hawau dah (tiru ayat Mya.. hikhik)

Aku tak pernah travel lelama dgn AA nih. Tu hari ke HK pun naik MAS. So, mmg bosan nak mampuih la dalam flight. Ye lah, kalau MAS tu ada lah buleh tgk movie ke apa. Ni, mmg bosan tenuk lah. Bertabah je lah. Ini harga yg apa kita beli.

Dalam sejam sebelum touch down, tengok lah luar.. mmg cantik sesangat. Ladang gandum terbentang luas. Hikmah tukar flight belah pagi. Kalau flight malam, baru nak terang waktu nak sampai.

Dah nak sampai. Nampak Pink Lake. Google lah apa yg menarik pasal pink lake ni yer. Ni pun salah satu keajaiban ciptaan Allah SWT jugak.


Touch down Perth tepat kul 2.00 petang. 20minit awal.
Kat atas flight, cam biasa lah, ada isi borang kemasukan ke negara orang tu kan. So, isi lah. Kalau bawak makanan/ubat, declare je. Macam kalau bawak Panadol, tanda lah X kat ruang medicine. Kalau bawak makanan, tanda kat ruangan makanan tu. Declare. Jangan tak declare. Sbb kalau tak declare, tertangkap lagi lah remeh.

Nanti dah sampai, cam biasa - cop passport. Simple je. Depa nih efficient. Laju je. Tak beratur lama pun. Dia acu tgk muka kita sama ke tak dengan kat passport tu, pastu tanya amenda kita bawak yg kita dah tanda tu. Cam aku, aku tanda pada ruangan medicine sbb aku bawak panadol n Vicks and makanan. So, dia tanya medicine apa. Aku cakap "for headache". Pastu makanan lak aku gitau canned food, instant food. 
Then kad tu dia bagi balik sekali dgn passport. Kat tempat medicine aku tick tu dia cam tanda X - mungkin takyah tanya la kot. Tapi, pada makanan dia tulis 'canned food'. So, before ambik beg ada lagi yg tahan. Tanya apa makanan tu. Aku cakap canned food. Tapi, aku dah siap listkan semua makanan tu. Cumanya aku lupa je nak bagi dia. Ceh. Apa lah aku nih. Aku buat list camni.
Lepas dia tanya2 tu, pergi lah ambik beg kat bawah. Pastu beratur lagi utk di check bag pulak. Ha. Aku ada baca orang kata ada anjing la apa la. Tapi ni takde pun. Just dia tgk kad tu balik. Dia tanya apa menda. Bagi tahu lah. Then dia lepas je. Memula tu ingat dia suh buka beg sbb beberapa orang before kiterang kena buka beg. Rupanya dia suruh keluar je. Lorh.. entah dia cakap macam lelaju je. Skali dia kata "keluar". Muahahaha. Terus cakap melayu ko. Kuikuikui.

Senang je rupanya. Takde buka beg apa pun. Kalau tahu ku bawa semua 3in1 milo, serunding, sambal sotong, ayam masak merah, nasik beriyani. Oke. Takyah nak exaggerate sgt (T___T)
Tips : Masukkan makanan dalam satu beg. Senang in case kena bukak ke apa. Tkde la berterabur baju kita apa kan. Pastu, siapkan juga list kalau rajin. Australia sgt strict bab makanan. Makanan yg takde label macam sambal tumis kita buat sendiri dalam tupperware tu pun dia tak bagi sebenarnya. Termasuk la serunding ke apa. Kalau nak, cari yg siap berlabel. Tapi, depends on luck la kan. Cam aku tu, tak kena buka beg langsung pun.

Keluar tu terus beli simkad Vodafone. Mungkin rezeki, dapat simkad yg murah. $15 utk 1GB, 2 jam call ke Msia. Local berapa entah. Sebenarnya tu half price. Suppose harganya $30. 
Bagi passport, orang tu akan register kan. Dalam 5 minit dah settle. Dah buleh guna. Dah buleh update IG. Dah buleh w.app. Hihihi.
Tips : Better beli simkad kt kiosk betul (bukan kat convenience store ke, stesyen minyak ke)  sbb senang orang tu buleh tolong register kan sesiap. Dan kita boleh aktifkan depan dia jugak. If ada problem senang. Ada juga simkad brand lain cam Optus ke Lycamobil ke, tp senang yg ni lah sbb kuar airport je dah ada. Nanti yg lelain tu jenuh nak carik pulak kat city. Bukan tahu kedai dia pun.


So, naik bas utk ke Terminal Domestic. Kt International takde bas direct ke bandar. Semua pun kat Domestic. Jadi, naik lah bas free dari International ke Domestic. Dalam 10minit camtu. Suppose ada shuttle bas yg boleh direct dari airport ke city (atau terus ke tempat penginapan), tapi hari Sabtu bas tu operate pagi n petang je. Tghari takde. Aku siap emel ke Connect tu tanya. Depa jawab emel cepat je. Kalau shuttle tu dalam $15/person. 

Kami naik bas bandar biasa je. Dari terminal domestic tu tunggu je lah bas ke bandar. Bas Transperth. Ada 2 yg akan pergi. No. 37 n no 40. Kalau no 37 ni dia pusing jauh sket. Tapi, lantak lah kan. Tak kesah, asal sampai ke bandar. Tambang $4.40 sampai bandar. And tiket tu buleh simpan utk 2 jam lagi utk ke zon yg sama. Macam dari airport ni zon 2.

Sistem tiket kat Perth ni ikut zon. Nak tau pasal zon ni buleh tgk web Transperth. Zon tu merangkumi naik tren, naik bas n naik ferry sykt Transperth. Setiap tu utk 2 jam. Kalau weekend, awal pagi buleh mintak kat driver bas tu tiket Family Rider (2 orang dewasa dan kanak2 aku lupa berapa orang), atau Smart rider (1 orang). Lagi untung. Aku tak amik sbb dah petang dan mmg tak kemana dah lepas tu.

Kami nak ke Malaysia Hall (MH) jadi, cakap nak pergi St George Tce kat driver bas tu. Driver bus ni perempuan. Ramah pulak tu. Bersama kami ada lagi 3 orang gadis dari Malaysia jugak. Hihi. Actually bila depa cakap depa nak ke MH, aku rasa aku kenal sbb biasa sembang kat forum. 

Sbb aku dah print sesiap laluan bas ni, jadi aku buleh agak kat mana nak berhenti. So, tekan loceng and bas berhenti kat area Mahkamah. Dah turun tu, cross road then pergi ke Barrack St utk tunggu bas Blue CAT utk ke Malaysia Hall. Bas CAT ni free. Hujan okeh masa tu. Habis basah semua. Tp mujo hujan petus je. Kalau hujan lebat.. mmg pitam. Dah la myDH baru baik dari demam. Risau giler aku takut dia demam semula.

Naik bas blue CAT tu then turun kat Aberdeen St. Yang ni jangan risau sbb nati dalam bas tu ada tulis next station apa. Turun situ, lintas jalan, jalan ke depan sket, jumpa simpang, masuk simpang tu nampak lah Malaysia Hall yg berada di Newcastle Street. Kalau terlepas bus stop Aberdeen St tu, buleh trun kat Francis St. Dekat jugak. Kami mmg suka turun kat Francis St instead of Aberdeen tu.


MH ni baru je beroperasi. Nanti aku citer detail sket berkaitan MH ni eh. Masuk je Msia Hall tu tgk ramai giler student. Rupanya student USIM buat lawatan. Uish.. best btol jadi student dah bawak lawatan ke Perth. Aku dulu p LHDN je. Kat Jalan Duta tu. Haha.
Settle kan bayaran semua, depa bagi bilik. Fuh. Lega teramat sbb selamat sampai. Tapi, lapau la pulak. Haa.. 

Mandi apa semua keluar balik.
Nak keluar senang je. Naik je Blue CAT bas tu. Tapi, dia ada waktu2 tau. Kalau weekend, lambat sket tamat operasinya. Kalau weekday dalam 7.30 dah habis. Masuk web dia tgk time and route dia okeh.

Naik cat bus, turun semula Barrack St. Situ memacam kedai ada. Kedai Msian food pun ada. But, kat Perth ni weekend pun tak macam weekend. Dalam pukul 7 pun semua dah tutup. Kami jalan2 situ, jumpa la satu kedai makan. Restoran Indonesia Indah. Kedai dia bawah tanah. Ingat dah tutup, rupanya buka lagi. So, makan lah. Nasi goreng seafood yang berharga $14.90. Duk sini tak payah convert sbb ala..bercuti kot.. pejam mata je lah. Ni kami share. Tu pun tak terhabis jugak. Banyak giler portion dia. Waiter kedai tu siap bagi pinggan kosong kat kami sbb dia tahu kami share. Hihi.

Pastu beli air mineral.
Pastu balik. Rehat lah sbb asyik berhujan.
Plannya nak pergi Kings Park. Nak tgk view waktu malam. Tapi, hujan belum berhenti. Nak tgk apa kan. Jadi, baik lah balik dan berehat saja di bilik.

p/s : Pasal penginapan nanti aku cerita kat satu entry khusus. Ni pun dah berjela kan. Harap di maafin je lah ye. Huhu.

**Cerita lain pasal Perth, klik PERTH2014

2 juta komen

macam susah je kekda? kene ingat itu ingat ini.. bas nombor berapa turun situ sini. huwaaaaa.. tapi nak pergii perth jugak kekekkeke!

Tak saba nk baca next story plak..heheheh

Terima kasih atas komen anda :)

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign