Pages

27 October 2014

#puanstoberikePerth : Permulaan

Wah giteww.. hashtag kat IG #puanstoberijalan2. Kat blog kita tukar lah. 
Okeh. Utk permulaan ni kita cerita serba sedikit lah kan. Ni pun tatau nak buat entry by day ke, by tempat menarik ke atau by sukahatikaulahnak. Yg pasti mmg setiap entry berjela. Harap bertabah lah membaca (kalau nak baca lah). And setiap entry tu akan selitkan tips sesiap yerp.

Orait. Why Perth?
Mari kita tgk peta Australia dulu ye anak-anak. Huhu. By d way, pada yg tak tahu, Australia adalah satu benua yer. Haibat kan. Dia sorang je satu benua. Orang lain semua kongsi. 

Jadi, kenapa Perth?
Sbb salah satu wish list aku bila start pandai travel by own nih adalah utk ke Australia. Tak kesah lah Sydney ke, Brisbane ke, Gold Coast ke Melbourne ke. Cuma nya... kalau tgk tiket AA, yg paling murah adalah Perth. Sbb Perth la paling dekat dengan Malaysia. Perth ni dalam Western Australia. Nak pergi pun 5jam dari KL. Kalau lelain tu makan 8 jam jugak.

So, Perth la jadi pilihan. 

Tapi, Perth best. Dia tidak lah terlalu happening, tapi negara maju jugak. So, bila pergi area negara maju kau takkan ada masalah bila travel sendiri. Percaya lah. Tinggal lagi, berani tak berani je. Aku pun serasa tak percaya juga aku akan ke Oz secepat ini. Kiranya aku start travelling dalam tahun 2009, then now dah smpai Oz. Alhamdulillah, terima kasih Allah atas rezeki ini :)

Kat sana banyak sgt tempat menarik. Banyak.
Antaranya, dia ada tempat macam ni. Namanya Pinaccles. Batu2 yg tegak kat kawasan padang pasir.

Lepas tu dia ada camni.
Lancelin nama tempat tu. Buleh sand boarding. Menarik sgt.

Lepas tu ada "batu ombak".
Wave rock kat Hyden.

Tapi, tempat2 ni agak jauh la dari Perth City. Either u go by tours or rent a car. Nanti aku cerita ke mana aku pergi antara 3 yg atas tu.

Selain tu dia ada salah satu taman terbesar di dunia. Kings Park. Naik situ akan nampak pemandangan Perth City. Best! Cantik! 

Lepas tu kalau nak shopping pun oke jugak. Dia ada macam JPO tu. Namanya Harbour Town. Atau ada Belmont Forum. Ada Big W yg buleh beli Corelle murah. Hihi.

Oh lupa. Nak tgk binatang pun ada. Byk wildlife park. Salah satu yg aku pergi Caversham Wildlife Park. Kenangan paling best kot sbb bagi makan kanggaroo yang jinak sesangat.



Pendek kata Perth ni best lah. Eh, aje nya giler kalau tak best. Kalau tak best takkan lah ramai Msian yg migrate ke sana.
True. Mmg ramai Msian kat sana. Aku pun dapat buat kawan 2,3 orang Msia kat sana. Jumpa je semua citer best duk sana. Dengan kadar gaji yg buat kita rasa alamak...best kot. Tapi, tu lah, bukan senang nak migrate negara orang kan. 

Oh ya, kos utk travel cemna? Ha.. nanti dah last2 entry aku citer berapa kos utk bercuti ke Perth. Tak semahal mana. Minima dalam RM1,500 dah buleh jalan ke sana sini jugak lah. Tu kalau pandai bajet utk kos 2 orang pun lepas. Kalau cam nak selesa sket, dalam 3k utk 2 orang mmg dah selesa sgt. Nanti ai bagi tips ya.

So, nanti kan lah citer2 yg tatau lah berapa entry akan ada. Uols hadap je lah. Buleh?? Huhu. Mana yg follow IG puanstoberi, mmg dah tahap nyampah dah tgk update secara live hehari. A ah. Kat sana ai pakai simkad sana. Berbaloi sgt sbb buleh tgk IG, buleh bukak google maps.

Orait. Sehari satu entry lah kan. Nanti uols fed up pulak.
Kalau ada apa2 nak tanya, just drop komen.. nanti last skali ai akan jawab ...

Jadi, lps ni nak kemana pulak?
Tak tahu lagi lah. Tapi, macam ada tempat wishlist jugak.
Tapi next year macam nak concentrate on my TTC treatment balik lah. Lama dah tersadai. Apa ke nak berjalan je kerja nya mek oi..??

**Cerita penuh pasal Perth, klik PERTH2014

7 juta komen

Ida..merasa jgk bejln ke perth..wahhh..syiokk..teringin nk g jgk..huwaaaa

Ostolia pun msk dlm wishlist sy kak..sbb nk jmp kangaroo omel tu..

xsbr tnggu entry best2 dan tips dr akak ni..mn tau ade rezeki nnti kannn...

buat entry budjet dulu boleh? kahkahkahkah.. xkesah sehari dua tiga pat lima entry pon xde hal. ida hadap je.. bestt kottttttttttt................. yeayy! cepatan kekda. gilos kekda stress ngan ida cenggini HAHHAHAHHA

waaa...best!best! jauh perjalanan, luas pemandangan :-)

saya baca maraton .... banyak entry lagi best, sebab kekda kalau bercerita senang sy nak paham bab travel ni ... suka².. bestnya siap bg kangaroo makan.

okey..sila ceritakan holiday yang best nih...tak sabo nak baca... hehe

kalau entry bab holiday memang semangat la nak baca.. walaupun x tau nak pergi bila.. hahaha.. :)

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign