Pages

21 October 2014

Mencari Money Changer

Utk orang biasa travel memang dah arif sangat la money changer kat mana yang menawarkan kadar tukaran murah. 
Biasanya utk di KL ni orang recommend kat Mid Valley, area Masjid India n Ampang Park.

Utk orang tak biasa travel cam aku ni, aku pilih yg dekat dengan ofis aku jer.
Settle masalah. 
Biasa aku tukar kat Ampang Park. Tak rajin pula nak ke tempat2 lain tu.
Takyah nak buang minyak jauh2. Parking je la mahal sket. Tp takpe lah. Dekat je kan.

Sekarang kat Ampang Park ada 3 money changer. Eh. Jap. 4 lah. Ada kedai baru jugak.
Jadi, biasanya aku tgk la mana satu yg offer paling murah.
Utk travel kali ni, aku pilih kedai yg sebelah 7-Eleven tu. Sbb aku jenguk kedai2 lain, dia murah 1sen. Ha.. 1sen pun kena amik kira tau sbb kalau kita tukar beribu, berpuluh juga jimatnya (depends kadar tukaran wang negara mana lah). Cam tu hari, aku dapat jimat dalam 10ringgit walau beza antara kedai tu 1sen.

Oh. Nak tukar duit luar, kita tgk column "we sell"
Nak tukar balik duit tak abis kepada duit RM, kita tgk column "we buy"
Kalau tetiba duit tak abis, nak tukar ke RM balik - kena carik yg we buy paling tinggi lah kan.
Alah, semua orang pun tahu kan. Saja la. Buat reminder kononnya. (hey, kadang dah lama tak travel aku pun jadi bengong tgk column we buy)

Boleh juga tanya kat google berapa exchange rate utk setiap hari. Takyah sesusah carik web memana. Type je "1aud to myr". Ha, teruih dia kuar jawapan kat atas skali. Tu contoh la.
Atau tgk kat web ini atau ini.
Kalau dah murah tu, tukar lah walau nak pergi travel nya sebulan dua lagi. Alah, bukan basi pun duit tu. If tak jadi pergi (minta dijauhkan), kita boleh tukar balik. Cuma.. mungkin kurang nilainya, atau kalau nasib baik boleh jadi tinggi pulak. Ha.. kan..

Tu hari masa aku nak tukar, ada sorang brother tu datang kaunter money changer tu. 
"Berapa negara ada duit tukar?"
Kuat betul suara dia tanya. Aku yg tgh kira2 duit pun jadi terganggu. Terpaksa kira berpuluh2 kali balik. Cea.. exaggerate . Tapi, seyes. Annoying.
Lps tu orang money changer tu tanya lah  nak buat apa. Nak buat koleksi peribadi ke apa ke.
Tak..dia tak mo cakap.

Selesai urusan, aku pergi bank jap.
Lps tu myDH kata dia pulak  nak pergi tukar jugak. So, pergi balik.
Sekali tgk, brother tu ada lagi kat situ.
Hey, kau dah kenapa nih. Masih bising2 entah apa2.
Lps tu orang kedai tu cakap "isi borang sbb kita tak keluarkan banyak2 duit lain2 negara utk sorang" Cam tu la lebih kurang. Lps tu baru dia kata nak bagi orang, nak bagi kawan lah apa lah.

Ei. Entah hapa hapa tah. Lenkali kau senaraikan la duit negara mana kau nak. Ini ada ke terjah kedai orang tu, tanya berapa byk duit dia ada. Kalau aku, ku bagi kan seluruh negara. Biar terpisat pisat dia mengira.

Masa aku tukar duit ni, ramai yg kata dapat rate murah.
Boleh je tgk kat google, lps tu biasanya money changer akan up 3,4 sen lah dari rate kat google tu.
Masa aku tukar
Kat google : 1aud - 2.86myr
Kat kedai ; 1 aud - 2.89myr.


Terima kasih atas komen anda :)

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign