Solat Sunat Musafir
1. Niat :
2. Lakukan seperti solat sunat biasa dengan membaca surah:
Rakaat pertama: Al-Kafirun atau Surah Al-Kafirun
Rakaat ke-dua: Al-Ikhlas Surah atau An-Naas
3. Selepas salam bacalah Ayat Kursi dan surah Al-Quraish sekali.
Seseorang yang membaca Ayat Kursi sebelum keluar dari kediamannya maka tidak akan terkena sesuatu yang tidak disukainya sehingga kembali semula. Dan faedah dari Surah Al-Quraisy adalah supaya selamat dari semua keburukan. (Al-Imam An-Nawawi, al-Adzkar An-Nawawiyah hal 233, Dar al-Kutub al-Islamiyah.)
4. Akhirnya baca doa melakukan perjalanan (musafir) berikut:
Maknanya:-
Ya Allah! Dengan pertolongan-Mu daku melawan musuh, dengan pertolongan-Mu daku menjelajah dan dengan pertolongan-Mu daku berjalan. Ya Allah! Sesungguhnya daku mohon kepada-Mu akan kebaikan dan ketaqwaan dalam perjalananku ini serta apa yang Dikau redhai dari segala perbuatan. Ya Allah! Permudahkanlah perjalanan kami ini dan perdekatkanlah mana yang jauh. Ya Allah! Dikaulah yang sebenarnya menyertai daku dalam perjalanan ini dan pengganti (wakil) kepada keluarga dan harta yang ditinggalkan. Kerana itu sertakanlah dalam perjalananku ini, keselamatan dan kesehatan, dan tinggalkanlah pada keluarga dan hartaku kebaikan. Ya Allah! Sesungguhnya daku berlindung dengan-Mu daripada kesukaran perjalanan, kejemuan pemandangan dan perubahan buruk terhadap harta, keluarga dan anak pinak. Semua yang kembali, semua orang yang bertaubat dan semua orang yang beribadat, kepada Tuhan kami mereka memuji, dengan Rahmat-Mu wahai Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang!
Kredit Artikel : http://shafiqolbu.wordpress.com/2012/08/22/solat-sunat-musafir/
****
Berikut pula syarat untuk men"qasar"kan solat menurut mazhab Syafie (Rujuk Mughni al-Muhtaj, 1/359-365) :-
i. Hanya tertakluk kepada keadaan bermusafir dengan jarak melebihi 85 KM.
ii. Hanya boleh di qasar apabila telah melepasi sempadan kampung atau taman perumahannya.
iii. Mengetahui destinasinya dan ia tidak bertujuan maksiat.
iv. Tidak berimamkan orang yang menunaikan solat penuh (4 rakaat).
v. Berniat qasar semasa takbiratul ihram solatnya.
vi. Mestilah solat qasar itu dilakukan dalam keadaan bermusafir dari awal hingga akhirnya.
vii. Jika ia berniat (semasa bertolak) untuk duduk di sesuatu destinasi lebih dari tiga hari (tidak termasuk hari sampai dan pulang), maka ia tidak berhak untuk melakukan qasar solat, sejurus sampainya ia ke destinasi itu. Jika ia tidak berniat lebih dari tiga hari atau langsung tidak punyai niat berapa hari, kiraan 3 hari adalah tidak termasuk hari sampai dan hari pulang. Dalamtempoh itu, ia boleh menqasarkannya jika tiada niat 3 hari.
---------
*sebenarnya aku baru discover pasal tak boleh solat qasar sekiranya kita keluar outstation dengan niat (atau telah pasti) nak bermusafir lebih dari 3 hari. Aku tahu lepas dgr 30minit Ustaz Don, lps tu bebaru ni Ustaz Kazim pun cakap. Mengaji tak abis rupanya.. huhu.
Dulu ingatkan walau bermusafir seminggu pun, 3 hari pertama tu buleh solat qasar. Rupanya kalau dah tahu lebih 3 hari, kita tak boleh dah nak qasarkan solat. Takpe lah..tak tahu takpe..lps ni dah tahu kan..
Dulu ingatkan walau bermusafir seminggu pun, 3 hari pertama tu buleh solat qasar. Rupanya kalau dah tahu lebih 3 hari, kita tak boleh dah nak qasarkan solat. Takpe lah..tak tahu takpe..lps ni dah tahu kan..
2 juta komen
alin pun tak abis ngaji rupenyer kak..huhu..thanks sharing..
alin pun tak abis ngaji rupenyer kak..huhu..thanks sharing..
Terima kasih atas komen anda :)