Pages

26 June 2014

Mushroom Soup to Mushroom Sauce

Petang semalam, lepas balik kerja, buat ni.
Meriah baq hang. Macam ada special occasion. Gitew.
Siap dengan float AnW.
Tapi takde apa pun.
Saja.
Sbb dah lama beli chicken chop ready made tu [brand Ayamadu - Maryland Chicken Chop. Tapi susah nak carik. Takat ni aku jumpa kat Giant]. Nanti puasa takkan nak ber chicken chop kan. Tak seswai. 

Eh. Jap, cam menyampah pulak aku tgk design dining table aku tu. Cam comot2 kan. Cam air tak dilap pulak. Eish. Tapi nak buat cemna. Sapa yg pilih design tu?? Sendiri khenn... Jadi, terima seadanya lah. (T___T)

Buat coleslaw yg simple. Ricik kobis, potong carrot, buh mayonis, buh lemon [terlebih masam pulakkk!!], buh garam secubit. Taruk dalam peti ais dulu.
Pastu baru buat kuah mushroom sauce tu. Aku kureng sket black pepper. Aku suka mushroom. Simple nau aku buat. Guna mushroom soup je. Pemalas. Mmg gitu lah. Patut homemade. Baru lah sihat kan.

Never mind, lemme tepek d resepi yah.

Mushroom Sauce.
Bahan-bahan :
*Button Mushroom [aku guna yg fresh - white button mushroom. Boleh juga guna yg dalam tin]
*Mushroom Soup [aku guna yg serbuk brand Campbell - ada 3 pek kecik dalam kotak tu - guna 2 pek. Buleh jugak nak guna yg dalam tin ]
*Black pepper sauce
*Butter / soft margerine utk buat minyak menumis
*Bawang besar - hiris kasar
*Bawang putih - tak letak pun takpe, tapi aku saja letak. Bagi naik bau.
*Serbuk lada hitam

Cara-cara.
Simple sesangat.
Panaskan periuk - masukkan butter - tumiskan bawang - masukkan fresh mushroom yang telah dihiris - bancuh mushroom soup dengan air panas (air jangan terlalu banyak dan jangan terlalu sikit) - masukkan dalam periuk - kacau (kalau pekat tambah lagi air panas) - masukkan black pepper sauce - tabur sedikit serbuk lada hitam. Api perlahan - kacau la sesket - nak bagi kaler dia pekat sket kan.
Sbb guna mushroom soup, tak perlu letak garam, tak perlu letak gula, tak perlu kiub segala, sbb mushroom soup masin woh. Kalau nak npk gelap sket, taruk beberapa titis kicap. Jangan banyak. Nanti manis sauce tu aku tatau. Aku mmg tak suka menda2 manis nih. Kalau buleh nak je aku letak cili padi. Tapi, cam melampau lak. Haha.

Jadi, pagi ni tadi pun bawak bekal mushroom sauce ni. Cicah dgn roti. Pun lazattt..

Sila lah cuba. Tapi tokleh la buat selalu. Processed food mmg tak baik utk kesihatan. Pesanan khidmat masyarakat dari tuan kebun stoberi :)

p/s : Dapat news yang membuatkan mood turn down [Feeling annoyed]

1 juta komen:

Hohohoho.... Sedapnya, klu posa mmg lg suka mkn nasi kot kan ...

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign