Pages

5 June 2014

Thoughtful Thursday - Have Some Consideration

Yer.
Ini blog kita.
Ini FB kita.
Ini Instagram kita.
Semua ini adalah akaun kita.
Kerana kita rasa itu hak kita, maka kita boleh mendabik dada dengan mengatakan "akaun aku, aku punya suka lah nak post apa. Kau tak suka kau boleh pergi berambus. Jangan tengok. Jangan follow"

Betul.
Dulu, masa memula join FB. Ada jugak rasa annoy dgn status orang. 
Tapi, terpikir. Itu FB dia - lantak dia lah nak tulis apa pun.
Kan?

Betul.
Tapi lelama, bila semua orang nak pegang kata-kata 'sukahati aku, akaun aku, aku punya suka'. Maka, timbullah pelbagai sengketa. Orang tu mula unfollow, orang ni mula di block. Main hide and seek.

Yer.
Orang selalu kata - rambut sama hitam - hati lain-lain.
Begitu lah kita di laman sosial kan.

Boleh.
Kita boleh kata 'sukahati aku, akaun aku, aku punya pasal. Kau tak suka, kau unfollow'
Betul.
Tapi, fikirkan semula untuk kami kita up setiap gambar, setiap status.
Niat. Nawaitu.
Kalau niatnya sharing. Salah satu maksud sharing - To allow someone to use or enjoy something that one possesses.

Aku sekadar mengingatkan diri aku sendiri sebenarnya.
Dalam laman instagram, hampir 2k gambar yg di up.
Tu pun ada gmbr yg aku dah delete. Kalau tak, mungkin lebih.
Ini sejak tahun bila. 2 tahun lepas kot.
Entah. Tak ingat. Sejak android ada instagram lah (kan sblm tu hanya iphone user je boleh upload i.g)

Bukan tak boleh berkongsi suka duka. Boleh. 
Tapi jangan sampai berlebihan.
Terlalu ber-PDA (Public Display Affection - beratus gambar berpeluk, bercium dengan pasangan).
Terlalu excited dengan pregnancy (dulu jarang post gmbr, tapi sejak pregnant, gambar itu je lah di up. Takde gambar lain).
Terlalu excited menunjuk segala barang dibeli - Pandora lah, kasut Carlo Rino lah.
Terlalu sakan up gambar makanan - makan kek SR pun nak tunjuk, buat juicing pun nak tunjuk (eh, ni  utk faedah orang lain jugak -dimaafkan lah). Lelebih lagi kalau masak salmon, masak ketam (haha. Aku memang tak pernah masak salmon, tapi ada orang yg tak pepernah nak tunjuk dia masak, tup2 bila masak salmon, terus up. Haha. Faizdickie pernah buat troll pasal ikan salmon ni. Kuikuikui).


Itu lah dia.
Bukan tak boleh berkongsi.
Tapi "have some consideration".
Satu lagi, takut timbul ujub dan riak tanpa disedari.
Jangan selfish dek kerana memegang prinsip "aku punya suka"
Bila kita akan keluarkan statement tu, bermakna kita tahu ada orang telah mula tak suka.
(Seriously, sekiranya ada je orang keluarkan statement 'sukahati aku' tu, aku mmg terus unfollow, walau statement tu bukan utk aku - sbb pada aku - konsep dia mmg tak perlu orang follow dia).

Apa pun, lebih baik kita besederhana.
Tak semua kita boleh share, terutama di laman sosial yang mana majoriti nya kita tak kenal dengan lebih rapat.
Simpan sedikit ruang privasi utk diri kita dan keluarga kita :)


INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign