Hai.
Lagi 15 hari je kita nak berpuasa kan.
Jangan lupa. Malam ni, malam Nisfu Syaaban :)
Oke.
Tu hari pernah buat entry konon berangan nak buat green garden on my balcony kan.
Kononnya je lah.
Pastu berangan nak beli pokok strawberry lah apa lah kat Cameron tu.
Tapi, sudahnya beli kaktus, rosemary ngan peppermint saja.
Hasilnya selepas 3 minggu pokok2 ni berhijrah dari Tanah Tinggi ke Rumah Tinggi. Huhu.
Pudina ni, sepasu RM5. Masa beli kat kedai tu nampak cam pokok ni dah lama. Cam ada kuning2 dah daun belah2 bawah. Tapi, try je lah. RM5 je pun kan. Ce beli daun dia kat Jusco tu. Ada 2,3 keping je dah RM2.50. Ini sepasu kot. Baru RM5. Jadi, try bela.
Ada sekali tu, daun kat pucuk2 tu layu je. Ingat dah nak failed dah mission aku ni. Rupanya dia panas. Aku siram air, terus dia segar balik. Oh. Rupanya kena bagi 'minum' hari2. Cina tu kata 2 hari sekali. Ye lah. Kat sana tak panas kan. Sini panas. Jadi, setiap pagi aku bagi dia minum dulu sebelum g kerja.
Pastu, aku taruk baja sket yg aku beli kat sana. Tu yg dia merimbun tu.
Serasi mungkin.
I love u lah Pudina - rimbun banyak2 tau.
Ni aku letak kat yard. Sbb situ pepagi mmg angin dia cam nyaman je.
Lagi.
Rosemary dah hidup segan mati tak mahu.
Kaktus ada 6. Satu dah selamat. Lelain tak tahu.
Tetiba je berlubang tgh pasu tu. Apsal tah.
Aku tak siram direct pun. Just renjis2 je.
Entah.Sebenar dulu semua ni duduk kat yard.
Tapi tu hari mak aku datang, malas aku nak sempit2 kan yard tu. Susah plak mak nak keluar masuk masak apa semua. Jadi, pindah ke balcony. Balcony mmg panas sket.
Nak tgk tumbesaran kaktus tu. If oke, baru aku nak carik bekas lawa2 sket.
Nak pergi Sungai Buluh la.
Jenuh nak ngajak myDH tu.
1 juta komen:
KekDa...Yani sekarang dok maintain pokok-pokok bunga dan sayuran arwah mak dan bibik. Nak menambah pokok lagi..memang minta ampun minta maaf la. Apa yang ada pun dah terlalu banyak pada Yani. Petang-petang bekejar balik rumah sebab nak siram pokok, takut kering layu dan mati. Amanah arwah mak tu....lagi2 pokok-pokok orkid mak.
Terima kasih atas komen anda :)