Pages

30 June 2014

Info Ramadhan : Minum Jus Ketika Bersahur


Amacam?
Ada rajin?
Huhu.

Walau aku bole dikira sbg "juicing addict", tp idak lah aku gigih kome oi nak ber juicing pepagi sesubuh sape'ie tu. Nak assemble juicer - pastu potong2 buah tu - pastu re-assemble balik juicer - basuh. Hui... idak la, dapat goreng ikan bilis pun dah syukur rahmat dah pepagi tu. Haha.
Tapi, boleh je kalau nak. Before nak tidur, bole buat juicing, simpan dalam peti ais - then minum lah masa sahur.
Bila aku baca komen masa Berita Harian ni letak kat FB dia - ada yg kata nati sakit perut pulak minum jus. Aku suspect orang tu tak pernah buat juicing lah tu.
Juice ni tak pernah buat sakit perut lah kalau kita tahu cara yg betul.
Kalau buat juice oren yang super masam, mmg lah.
Carik la buah yg manis, boleh campurkan.
Contoh epal merah. Atau carrot. Atau nak lagi bes, tembikai.
Tapi, epal, terutama epal hijau - kalau simpan, dia ada dehadrasi - tak cantik kaler dia.
Jadi, buleh je lah nak minum jus kalau rajin.
Nak try gak nanti. Tggu cuti weekend :)
Bukan gambar hiasan.
Gambar sendiri punya.
Huhu.

Halus sgt artikel atas tu.

Meh nak tempek balik.
Kredit : Berita Harian


Minum jus buah ketika sahur untuk kekal cergas - Pakar dietetik

2014/06/27

KUALA LUMPUR: Minum air buah semasa bersahur adalah antara tindakan yang baik dalam memastikan umat Islam sentiasa bertenaga dan sihat sepanjang hari pada bulan Ramadan ini, menurut pakar dietetik.

Ketua Jabatan Dietetik dan Sajian Hospital Kuala Lumpur (HKL), Ridzoni Sulaiman berkata dengan meminum air buah-buahan segar, ia dapat mencegah tubuh daripada mengalami dehidrasi pada bulan puasa ini.

Air buah-buahan ini mengandungi pelbagai jenis nutrien seperti vitamin, potasium dan glukosa, dan berperanan sebagai bekalan tenaga di dalam badan, katanya kepada Bernama baru-baru ini.

"Sebenarnya rasa letih, penat dan mengantuk bukannya disebabkan kekurangan makanan tetapi ia adalah disebabkan kuantiti air di dalam badan berada pada tahap rendah.

"Bila berlakunya dehidrasi, tubuh kita kehilangan air serta garam galian seperti sodium, potasium, kalsium, fosfat dan sebagainya, sebab itu air memainkan peranan penting di dalam tubuh kita," tambahnya.

Memandangkan bulan Ramadan kali ini jatuh pada musim Monsun Barat Daya dengan cuaca yang panas dan kering, serta diburuk dengan jerebu yang tidak menentu dan ramalan fenomena El Nino akan melanda Malaysia pada pertengahan tahun ini, maka adalah perlu bagi umat Islam memastikan bekalan air dalam badan sentiasa dijaga.

Ridzoni berkata selain meminum air buah-buahan, orang ramai perlu mengelak daripada meminum kopi ataupun teh pada bulan puasa kerana minuman itu mempunyai kesan deuratik.

Minuman tersebut akan merangsang pengeluaran air kencing, dan akibatnya, badan akan mengalami dehidrasi dan tekak menjadi sangat haus, katanya.

Sementara itu, Pegawai Dietetik Pusat Pengajian Sains Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM), Mohd Hairil Nizam Abdul Hamid turut bersependapat pengambilan air yang mencukupi amat penting dalam menghadapi musim panas ketika berpuasa.

Katanya, kekurangan air ini boleh menyebabkan tubuh menghadapi masalah kerana 70 peratus daripada komposisi tubuh terdiri daripada air.

"Tubuh badan memerlukan sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari bagi memastikan sel-sel tubuh dapat berfungsi dengan baik.

"Apabila tubuh mengalami dehidrasi masalah utama adalah buah pinggang kerana bila tubuh kekurangan air, buah pinggang akan kecut yang boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang, malah antara perkara lain yang boleh berlaku adalah pening dan pitam," katanya.

Tambah beliau, walaupun pengambilan air yang mencukupi dititikberatkan namun orang ramai turut dinasihat memakan makanan seimbang.

- BERNAMA

2 juta komen

Kak, saya dah try mulai hari kedua.....minum jus dulu 20 mins be4 makan sahur.....tapi sebab saya pakai blender kecik, so senang je lah nak basuh...hhehheeh...lagi satu, buah tu boleh potong siap2 dan freezekan.....

sy makan buah je.... buah yg byk air... oren....

Terima kasih atas komen anda :)

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign