Kat Groupon tu boleh dikatakan setiap minggu ada jual.
Walau pun bukan brand aku beli, tp device nya kurang lebih sama, dan harga lebih murah.
Pfftt.
Nak kata apa lagi.
Redha je lah.
Ni kisah penjual juicer.
Tu hari aku pergi Jusco. Ada satu sykt ni baru nak perkenalkan juicer dia.
Dia tak panggil slow juicer. Dia panggil press juicer (or press something lah. Tah. Tak ingat).
Tapi, device dia, s.o.p dia mmg sebijik sama lah dengan slow juicer aku.
Aku saja try tanya.
Harga not bad. RM1050.00. Itu pun setelah diskaun. Kalau tak seribu berapa ntah. Lupa dah.
Bila dah harga mahal suppose kau kena bagitahu apa kelebihannya.
Kelebihan alat tu satu faktor lah.
Tapi yang penting, kau mesti tahu kenapa orang kena pakai juicer tu.
Kalau setakat "kak, blade dia tak tajam, dia boleh pusing elok je" atau pun "kak, satu lagi dia senyap"
Haha. Kau rasa. Kau rasa lah. Ada orang nak beli ke benda yang harga seribu hanya kerana blade tak tajam, dan guna kaedah pusing. Pastu sebab tak bising.
Ada orang kesah bising ke tak. Bukan kau nak tekan menda tu 24jam. Mesin cili pun bising, orang takde hal. Takat tret.tret.tret seminit 2. Sekadar menda tu senyap tapi harga beribu.
Pastu blade tajam ngan tak tajam tu. Alahai.
Kalau aku lah. Aku pikir, baik aku beli juicer rega 2,3 ratus tu.
Sama je output dia kan - nak keluarkan juice. Haha.
Salesman yang jual ni sebenarnya kena carik ilmu sikit lah. Aku nak beli slow juicer pun aku godek serata alam tentang slow juicer nih. Sbb bukan seringgit dua punya harga kan. Paling mudah dan simple baca sini - slow juicer review
Atau pun nak tgk comparison - contoh buleh baca artikel ni - comparison
Memula kena bagitahu lah customer, apa kepentingan juicing.
Beza juicing dengan makan buah.
Dan hasilnya bila kita berjuicing. Paling mudah dan attract orang - bagi kurus dan muka licin. Kompom lah orang tertarik. Ni bukan tipu ya. Mmg kalau kau istiqomah, hasilnya itu lah. Berat badan maintain (tapi, makan kena jaga lah. Kau juicing, tapi mentekedarah nasik 4 pinggan sekali makan pun tak guna jugak) dan kulit muka jadi floles (pun kena jaga lah, jangan la makan menda oily sangat). Testimoni dari penulis sendiri (serta suami). Cea.. nak gitau kulit dah mulus lah tu. Sila jangan kecam dan muntah pelangi.
Lps tu baru terangkan beza juicer/food ecxtractor dengan slow or what u call press juicer tu.
Takat kau nak cakap, pasal blade, pastu akak nak try tak air jambu (yang jambu nya dah lembik ), tak payah lah dik.
Haha.
Bukan mudah orang nak laburkan duit ribu riban kalau tak pasti apa kegunaan sebenar menda tu.
Sbb tu, kengkawan yang tanya aku, perlu ke dia beli slow juicer ni, aku advise - kita try buat guna apa yg ada kat rumah dulu (e.g : blender/juicer adiah kawen ke). Try buat dalam 2,3 bulan. If istiqamah, dalam seminggu 3,4 kali buat, then u can opt for slow juicer. Kalau tak... tak payah la. Rugi je. Menda ni nampak senang - potong buah - masuk dalam juice - basuh. Tapi nak membasuh tu mmg kadang ada rasa malas. Sbb nak kena cuci bersih2. Kalau tak, nati kuman datang pada serdak2 buah yang tertinggal tu. Lps tu once a week, kena rendam air panas utk pastikan bebas kuman.
Slow juicer mmg agak mahal berbanding juicer biasa.
Tapi, ada je yg lebih murah. Mmg ada yang beribu, tp itu yang jenis lebih kurang camni.
Juicer yang org tu promo tu mmg sama ngan CikTrio aku. Yang aku beli takde la smpai beribu. Heh!
Gambar dari Lazada. Aku pun beli dari Lazada. |
Cuma, cik Trio blade dia full. Lepas tu ada jaring steel.
Yang orang tu promo to blade dia half, bawah ada jaring.
Itu je beza dia.
Takpe lah. Saja je cerita.
Lama tak tunjuk gmbr juicing kan. Kat i.g ada je.
Lama tak tunjuk gmbr juicing kan. Kat i.g ada je.
Oren-Carrot-Tomato. My fav juice!
Timun-epal ijau-pear. Taruk samboi.
Stock buah yg selalu aku beli utk juicing.
Rendam dengan cuka utk basuh dia.
7 juta komen
istiqamah... tu yang penting dalam buat apa2 pon kan kak...
tang basuh tu mmg leceh, tp demi kesihatankan .. kenalah buat jgk ...
akak basuh pakai cuka makan tu kan ...
puan ..brapa rega trio tu mass pn beli ya..fcd..
MTM :
Tak silap saya dalam RM699 atau 599. Camtu lah lebih kurang.
Tapi skrg tgk kat Lazada dalam 5ratus lebih dah dpt.
Saya pun beli kat Lazada jugak.
Cara nak cuci mcm mane? Senang? Ada mcm hurom cucinya
KAK SU :
Saya tak pernah guna Hurom jadi tak dapat lah saya compare kan.
Maaf ya.. :)
terbaik lah review..sy baru nak belajar ni..alhamdulillah dpt pencerahan..tq..kipidap
Terima kasih atas komen anda :)