Pages

3 June 2014

Perkhidmatan CIMB Yang Lembap


Aku tahu, mmg tak bagus aku buat entry di laman sosial begini.
Mesti orang kata - ikut la saluran yang betul kalau nak komen pun.
Tapi, kalau dah ikut saluran yang betul pun, tapi buat hal lagi, maka terpaksa lah hadam cerita begini kan.
Kata bank tersohor kan. Sepatutnya, reputasi kena lah jaga. 

Baik lah, mari tgk kronologi aku berurusan dengan CIMB. Urusan ini adalah untuk aku menjelaskan semua bayaran seterusnya menamatkan kad kredit.

Oke, sebelum tu aku nak bagitahu, aku bukan tak cuba call nombor CIMB. Customer service ke. Card credit ke apa ke. Tapi, mmg tak akan dapat la bercakap dengan operator dia. Nak try berapa kali. Kalau bebetul emergency? Kad ilang ke cemna? Jadi, sebab itu lah timbulnya kronologi nih.

2.5.2014, 4.55pm (Jumaat) - Emel ke CIMB menyatakan hasrat untuk tamatkan kad kredit.
Seperti biasa tentunya kita akan mendapat emel segera begini
This is an Automated Reply to signify that we have received your email and we will revert to you within two business days.

8.5.2014, 2.55pm (Khamis) - dapat emel dari CIMB beserta borang untuk menamatkan kad. Borang perlu di emel atau di faks semula. Aku pilih utk emel. Scan dan emel terus kepada CIMB pada 8.5.2014 (hari yang sama) jam 3.02pm.

14.5.2014, 6.08pm(Rabu) - respond dari CIMB :

Salam Sejahtera.

Terima kasih di atas kiriman emel anda.
Kami akan kemukakan permohonan anda ke bahagian yang berkenaan untuk tindakan selanjutnya. 
Sekian, terima kasih kerana berurusan bersama CIMB Bank.

Yang benar, 
XXXXX
Unit Sokongan Emel 
Khidmat Pelanggan

Dan seterusnya sehingga kini, aku tak dapat sebarang maklum balas berkaitan borang, mahupun permohonan aku tu. 

Oke, dalam pada tu, aku ada jugak hantar permohonan tu kat web CIMB. Kan dia macam ada inquiry form tu. Pada 5 Mei 2014 (Isnin). 
Dan dibalas melalui emel oleh customer relation unit pada 6 Mei 2014 jam 6.47pm - dengan mengatakan "we wish to inform you that we have forwarded this matter to our Credit Card Centre for their further action"

Sekali lagi, pada 27.5.2014 (regarding yg aku direct guna web CIMB tu gak), dapat pula dari Email Support, Customer Relation - dengan mengatakan "your request has been forwarded to the respective department for further action"

Jadi, persoalannya sekarang, apa terjadi pada permohonan aku. Sampai bila respective department atau Credit Card Centre atau 'bahagian berkenaan' nak beri respond? Sebulan? 2 Bulan atau 3 tahun?
Dari 2 Mei 2014 aku dok berbalas emel dengan mereka, sehingga nak masuk bulan Jun, aku tak dapat respond apa2 kecuali borang tu.

Heh! Uols selalu kata urusan kerajaan ni paling lembap. Paling banyak kerenah. Paling menyampah. Semua yang buruk lah. Kan? Kan? Kan?
Kalau swasta disanjung sanjung. Cepat lah, laju lah, efficient lah.
Muahahaha.
Aku pernah cerita pasal bank yg aku buat loan kereta lama aku tu. Pun camni gak. Siap dah pergi bank tu, tapi terpaksa balik macam tu je sbb ada menda tak siap lagi. Padahal dia kata 2 hari bekerja sahaja. Tu nasib baik kita ni ada kereta, dan dekat je. Ce kalau orang yg duduk jauh. Dah la bank tu mmg bukan ada kat merata tempat.

Oke. Skrg bukan nak cerita pasal bank tu. Tapi, pasal CIMB nih.
Jadi, cemana?
Kang balik balik sure dia kata - cik la salah, kenapa emel hantar, report kat web pun hantar. 
Padahal... nak mentekedarah duit interest kita lah. Rugi lah dia kalau kita terminate kan.

Nak call? Mmg tak kuasa lah aku. Beribu ribu kali aku call. Mmg takkan tembus punya ke operator. Jadi, nak taknak aku kena pergi bank terus which, aku tahu dah jawapan dia 'cik, cik kena pergi kat XXXX utk terminate (aku tak tahu la mana kan, sure punya dia kata dia tak boleh buat)'. Kompom. Mmg kompom. Bersedia lah utk itu. Dan sesilap haribulan kena cuti.

Kita ni guna medium emel sbb nak cepatkan urusan. Kata dah zaman i.t kan. Tapi, lagi menyusahkan ada. Kalau tahu, awal2 bulan tu aku dah pergi memana CIMB utk tanya cemana nak terminate.

Tapi, aku rasa mmg CIMB punya sistem zaman batu sbb itu hari, aku dah bayar pun masih nak call lagi mintak duit. Mungkin sistem bayaran dia pun update 2 hari bekerja jugak bukan on d spot. Blergh! Lembap!

***
Aku tulis atas tu draf last week. Tapi tak publish.
Update :
Pada 3 Jun 2014 jam 3.30 petang. Dapat call dari bahagian Cancellation - dia call bagitahu nak bagi rebet sbb aku dah cancel kan kad. Dia tanya jugak kenapa aku nak cancel kan kad tu.

Bagus. Ko call kan. Mmg kena lah. Aku cakap cemna card aku tetiba cancel pulak. Takde respond apa pun kat emel lepas aku hantar borang. Kata lah aku masih bawak kad tu - tetiba aku nak swipe tak boleh. Apa hal? Bodoh betul kan buat kerja. Mmg aku geram. Sbb selalu orang duk 'tenyeh' government la kerja lembap, kerja takde prosedur la apa la. Abis yg ini ber prosedur sgt lah?
Betul. Mmg betul aku ada hantar borang utk terminate/cancel kad tu, tapi, at least mesti la ada respond kata dah cancel. Dia boleh cakap - dah hantar borang tu makna dah cancel lah. Eh. Senang nya hidup kau kan. At least ada la respond, ni respond asyik fwd to respective dept je. Itu je la modal dia. Tau tau dah cancel dah.
Tahu nawaitu apa dia call tu sebenarnya? sbb nak offer plak rebate. Konon supaya kita cancel la nak terminate kad tu. Dia bagi cash 50inggit ke apa ntah. Pegi mampui la rebate kau tu kalau service cam hampas.
Dah la baca emel aku salah lagi. Pergi ke karangkraf pulak. Heyy... ini lah orang kata kerja swasta efficient kan. Efficient nya...  Agaknya sbb tu tak sampai emel ke aku. Derang pepandai taruk karangkraf. Heyyyy...
Pulak tu, dia berani tanya kenapa tak call customer service. Berani kau tanya kan? Kau try lah call guna phone kau sendiri. Dapat ke tak? Ingat aku nak guna kad kredit bank kau lagi kalau camtu. Yg tetiba kita tgh buat transaksi online, tup2 ada problem nak suruh cancel, tp nak call customer service tak dapat. Apa tah lagi kalau kad hilang. Huii... mintak simpang hokey.
One more, igt call tu free ke? Sila tgk bil dan nombor call centre utk kad kredit adalah fixed line. Bila fixed line, sebaik sahaja kita dpt line maka sila lah tahu bahawa setiap saat dan minit yg kita tggu utk disambung ke operator adalah berbayar oke. Bukti -

Saya nak tanya incik CIMB lah. Eh. Jap, bukan incik CIMB. Incik Octos-sotong icon CIMB (sotong konon - tangan byk cam sotong -tp kerja lembap tak guna jugak). Incik sotong nak tolong bayarkan bil saya tu?
Mesti incik sotong kata " alah, baru seringgit dua puluh satu sen. Takkan itu pun nak berkira?"
Wah. Tahu pun kan. Kalau interest satu sen nak kira ke tak? Nak kutip ke tak?
Naseb kau lah. Kau yg serah tengkuk ke aku. Jadi, naseb lah kan. Padan muka!

p/s : Aku igt orang yg call aku pompuan. Rerupanya lelaki. Suara macam pompuan India je. Masa aku amik nama dia - mulut aku ni laju nak cakap - eh, kenapa suara cam pompuan. Muahahaha.

p/s/s : Marah? Pastu kang cam biasa ada komen suruh bersabar la apa. Cop. Aku bukan nak marah sgt. Tapi, kalau dgn kronologi aku tulis tu, nak suruh aku peluk cium lagi bank tu? Dan lagi satu, aku menyampah sbb selalu orang kata kami kerja government ni la lembap, susah angkat phone, selesai masalah amik masa lama, tau makan gaji duit cukai orang bayar lah apa lah. Semua semua yg negative la government. Tapi kalau camni? Swasta kan.. dimaafkan. Padahal, sama jugak. Swasta lagi lah. Dari customer tu lah yg dapat income. Eii..!

p/s/s/s : Sapa yg tgh guna kad tu - carry on je - selama aku pakai hampir 10 thn takde masalah (tapi, harap tiada masalah kad hilang lah sbb nak call customer service mmg kau sempat pitam. Haha) - tapi, kalau nak terminate, aku nasihatkan terus je pergi memana bank derang. Lagi senang. Kalau camni. Masalah!

Bila baca ni - risau pulak aku (from here)

Nak taknak mmg kena pergi bank ni utk settle. Sbb kang tak memasal kena tax lagi. Bahaya btul lah.

1 juta komen:

haarr...sesape yg rasa dirinya keje bank tu harap ambik la pandangan mahupon teguran ini utk dibuat penambahbaikan...

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign