Gi makan.
Sampai je Melaka, lps check in, rest kejap, kiterang keluar makan.
Sbb hari Khamis, jalan clear lah kan.
Ce kalau weekend, mintak ampun.
Aku nak beli keria kat Limbungan tu.
Keria Hj Jalil namanya kan.
Sbb dah lama teringin.
Ni 1st time aku makan.
Oh. Aku tak brapa suka pulak keria style ni.
Sbb dia cam besar.
Aku suka keria kecik2 comei tu. Macam kat Coconut Shake Klebang tu ada. Ha, tu aku suka. Kat kedai kuih kampung tu keria kecik. Ailoike.
Tapi, ramai je suka keria Limbungan nih. Aku kan pepelik sket.
Abaikan deria 'rasa' aku. Sbb tu aku tak berapa reti nak jawab if orang tanya 'sedap?'
Sbb orang rasa sedap, aku kata tak - dan begitu lah sebaliknya.
Lagipun, aku bukan jenis 'pemakan'. Takde rasa nak bersungguh menikmati makanan.
Lagi pelik sbb aku makan gula dia je. Isi dia aku tak makan. Haha. Lagi giler aku ni.
Gambar takde - tapi uols gugel je lah. Tempat dia kat masjid Limbungan. Kalau dari Masjid Tanah tu, akan jumpa Tanjung Keling dulu, Coconut Shake Klebang dan jumpa lah gerai keria nih. Arah nak ke Bandar Melaka dah. Ada jual laksa gak. Kalau tak silap aku dia tutup hari Jumaat.
Esoknya Jumaat lepas tgk orang main badminton, berpanas tgk orang main futsal (kejap je pun..tp panas melenting), maka carik penyejuk badan.
Taraaaa..... ABC Tanjung dekat Lereh.
Antara yg glamer jugak.
Ada kawan aku pernah bawak sini. Lama dulu. Tahun 2005 kot. Tapi mula tu aku kompius. ABC Lereh ke ABC Tanjung namanya. W.app dia, tp dia lambat reply. Tapi, aku rasa betul dah. Tak lama tu baru dia reply "ABC Tanjung dekat Lereh" katanya. Ha, betul lah tu. ABC mmg sedap. MyDH order cendol. Kureng. Jadi, mai sini order ABC yer. ABC special ni mmg best!
Lps tu msg member aku orang Tjg Keling. Tanya mana nak beli lunch. Dia suggest kat food court Tanjung Keling sblh hotel - dpn pejabat pos katanya. Oke lah. Beli situ je. Tapau. Sedap. Not bad.
Malam tu gi makan kat Kuala Sungai Baru.
Tmpat yg pernah makan gak sekali dulu.
Tapi sedih. Aku makan butter prawn (yer, dalam gmbr bawah ni butter prawn yer..), ketam cili dan sotong goreng tepung. Mujo sotong goreng tu sedap. Mujo sesgt. If not, mmg sedih berganda.
Dah la tak banyak choice.
Pastu terpaksa berlawan dgn kucing.
Eh. Rimas haku aih.
Ustaz Kazim kata kalau ada kucing dtg mintak makan, bagi je. Dia bukan nak semua, dia nak sikit je rezeki kita.
Jadi, ingat nasihat ustaz tu aku campak la kepala udang - skali kau - 5,6 eko datang.
Siap naik atas kerusi, panjat meja okeh.
Ha. Nak kata apa?
Tak best lah sini. Dulu cam banyak choice, now cam tak kuasa lah nak pergi lagi. Malas nak pergi jejauh cam Alai ke apa tu. Tu kan dah masuk bandar semua. Ni dekat sket dari resort.
Tapi kalau gini keadaannya, carik kedai char kwey teow lagi bagus.
Lunch hari Sabtu.
Sbb kite kelam kabut dek nak siapkan menda yg diperlukan oleh KP tu, sementara tggu assistant aku emel kan dokumen, aku g makan jap.
Ingat nak carik area Masjid Tanah.
Susah aih. Apa ke payah nau. Kuasa lah nak masuk KFC.
Igt nak gi area Alor Gajah. Nasi Ayam Nadia ke apa kan.
Skali on d way tu KP call tanya pasal dokumen. Trus berenti kat UiTM.
Hahahahaha.
Makan kat kedai makan Taman Dimensi. Tempat dating lagi di kenang. Muahahhaha.
Pang! Kena sepak ngan suami. Terus tersedar dari lamunan. Hahahaha.
Pang! Kena sepak ngan suami. Terus tersedar dari lamunan. Hahahaha.
Dulu ayam hitam tu mmg glamer. Skrg dah kureng rasa dia. Rasa ayam kicap biasa je.
Dan tak lupa.
Coconut Shake.
Aku rasa Melaka dah tak jadi bandar Asam Pedas dah.
Dah di overshadow oleh Coconut Shake (CS).
Agak semua gerai ada jual CS.
Kali ni aku tak beli kat Klebang neither Batu Berendam.Beli somewhere dari Tjg Bidara ke Masjid Tanah tu je.
Sedap gak.
Bes sbb isi kelapa dia tak blend halus, jadi buleh gigit2.
Syok woo.
Beli kat gerai yg ada payung Wall's aiskrim :)
2x beli. Sebelum balik pun singgah beli lagi. Oh. CS mmg jadi top favourite aku lah pada masa ini. Walau aku tak suka air kelapa muda, tp CS mmg aku suka. Suka sgt!
Sesi bertemu blogger lak.
Ni jumpa Si Ila Kamilah. Asbennya staff Kraf gak. IT Tech kat opis kiterang.
Jadi, dia pun join lah Pesta Sukan ngan anak2 nya.
Anak dia yg kecik tu nak je kat orang. Cute je. Geram!
Pastu jumpa Yani Batik Pink. Ini adalah salah seorang rakan se-TTC-ian aku.
Sblm pergi dah texting Yani kata nak pergi Melaka. Ingat nak jumpa memana je lah kan.
Tup2 dia ajak lunch umah dia.
Huhu.
Org dah menjemput, mari lah kita pergi.
Masa on d way nak balik, singgah la umah dia jap.
Lagipun dekat je ngan Tjg Bidara. Kat Sg Udang. If katanya kt Merlimau ke atau area yg perlu merentas Bandar Melaka tu, mmg ada sedikit keberatan lah kan.
Thank u very much tau Yani.
Susah2 je masak tau. Dengan lauk pauknya. Dengan trifle nya.
Baru tahu full name dia adalah hampir sama dengan nama aku.
Hihi.
Nanti datang KL sila calling akak tau.
Boleh lunch umah akak lak. Akak buat siakap stim special. Mihihihi :D
Oh lupa. Ni pun blogger gak kan. Yang nama glamer dia Phat tu. Hihiw [Eh. Sejak bila mu tuka link blog ni. Cam tak link ke blog akak dah ni]
Tapi tak sempat bergambo dgn syaza yg cumil tu.
Dia pun staff kraf. Tp cawangan Pahang sanun.
Jadi, gitu lah.
Bukan saja untuk bersukan [mmg tak bersukan pun...], tp jumpa rakan2 lama dan juga rakan2 baru.
Gitew :))
1 juta komen:
Huhu...terima kasih jugak kat KekDa yang sudi singgah rumah Yani dan makan sama-sama. Nervous jugak 1st time jumpa depan-depan, tapi everything goes fine je kan? InshaAllah harap-harap lepas ni boleh jumpa lagi, datang Melaka jangan lupa singgah tau! :)
Terima kasih atas komen anda :)