Pages

2 November 2012

Titew X Shuke Lah!

Kalo salu duk dgr Era sure ada dgr iklan Kak Siti tu kan.
Ala, yg Siti Nurhaliza dok peringatkan jangan main cinta masa sekolah tu kan.
Laki aku cukup berbulu je dgn iklan tu. Dia eleh kan la apa la si Siti tu. Amik laki orang la katanya, pandai nasihat orang la apa la. Ewah. Kemain kau kan bang.. aku mestilah sokong Kak Siti. Ai kan peminat Kak Siti. Haha. *tetiba*

Tapi tu lah. Kadang tgk bebudak muda ni bercinta (kononnya), mmg tahap Ohmaigad! Gilos. Tolong yer.. tolong jangan memuntah-belahak-kan kami yg kertu ni. Aku tatau la orang lain. Tp aku, kalo tgk ayat kasih sayang derang ni kat FB, mmg tahap muntah belahak aku rasa. Sbb tu ada certain FB aku hide kat wall aku. Kang satu hal plak, elok tak morning sickness sbb pregnant, sbb lain plak halanya.

Wohooo... skang segala luahan rasa ko tulis kat FB kan. Dan dan tu la ber sayang, ber anja, ber B la, C la, D lah. Adoi.... (ini aku cakap generasi kelahiran tahun 90-an dan ke atas yer)
Yer, yer.. aku tau, mesti ada yg cakap, eleh, zaman ko takde FB ni, buleh la cakap, tgk kot ada.. cemana la ghoper nya kan.

Yerp. Mmg zaman aku bercintan cintun dulu takde FB. Tapi tak semestinya zaman ada FB ni kita perlu meluah rasa yg memuakkan tu kat satu dunia. Kau nak cakap ko sayang dia-gi msg la wey. Ko tahu ke tidak yg baca FB ko bukan kawan2 ko saja. Mak baca, bapak baca, makcik baca, pakcik baca, cikgu baca. Aduhai.

Atau pun ada yg cakap. Lantak la.. aku dah abis skolah, dah masuk U pun. Sukati lah. Ha, ni lagi bes. Kalo da masuk U, sila buat cara orang U sket yer. Jangan nak menunjuk satu dunia sayang2, anje2 ko tu. Huakkk... (muntah ijo). Lps tu tetiba tgk ada status "engaged with......" Ya Allah Ya Rabbana, rasa nak tercirit jap aku. Padahal ni aku ngan dia ada ikatan persaudaraan ni, motip la plak makcik dia tatau bila masa anak buahnya yg sorang ni nak kawen dah... kecik hati aku tau tak dijemput ke 'majlis pertunangannya'. Adoi... . Haha. Lawak apa kah mereka buat wey.

Elo. Elo. Esuk kalo elok hubungan tu, Alhamdullillah lah kan. Jangan sok, dah clash segala, ko buat ayat maki hamun plak dalam tu. Time tu anje anje dah takde, anjing mungkin la ada.

Jauh lagi anak-anak, adik-adik perjalanan ni. Jangan terlampau 'mengada' sgt.

Aku ada sorang lagi anak buah, lelaki - skang kat UTEM - buat degree mech engineering ke apa tah. Gitu lah. Ada FB juga. Ada gf juga. Tp aku leh tatau pun dia ada kawan, smpai la akak dia gitau. Kebetulan gf nyer tu satu U plak ngan aku. Eceh (satu U khenn...). Tp dia bkn post-grad la. Fakulti Sains.  Itu la cara orang U berkawan... elok je. Takde pun nak letak gmbau bersama, takde la nak letak 'in relation' ke, 'engaged with' ke. Bukan kita tak bagi kawan. Kawan lah elok2. Ari tu, masa aku buat housewarming, aku suh anak buah aku tu bawak skali 'kawan' dia tu. Elok je dia dtg. Dah aku plak tatau nak bahasakan diri aku apa. Makcik ke Kakak. Haha. Oke lah kan. Takde plak kita rasa nak muntah belahak ke apa.

Aku risau juga, tetiba aku bukak FB dah kuar 'married with'. Ha kau.... ni bkn tahap buleh cirit dah ni, dah buleh dapat penyakit schizophrenia terus aku.

Akhir skali, kalo tulis pun masih ejaan camni, elok takyah pikir la nak engaged ke married ke. Ini elok bagi dia buat karangan 1000 patah perkataan dengan ejaan rumi yg betul dulu.

arap fham... 
Aq xhot mcm kowank
Cpew nk kwn ngan aq ... Aq k...
Nt XXX mention nme hang bwu hang tw... 
Cpew uat XXX skit aty XXX akn block trus... 
Ase xder aper dh...
XXX kwn dngn semua ownk... 
Tpy aq xsombong... 
Lau XXX xbls im kowank... XXX bz ....
Tpy jgn mlebih...jgn nk antr at im ayt2 biru... 


Kredit gmbr to FB my kazen
(eh, kat mana nak carik gambar2 somee cards in BM ni. Kadang bes jugak. Hihi).
Smpai skang aku tatau apakah terjemahan kepada 'mcet' tu.
Ada kah muncet? adakah melecet? takkan mencit?
Sumpah tak paham!

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign