Satu memo sampai di atas meja.
Menatap nama tertera membuatkan aku 'sebu' seketika.
Kes yang bakal dikendalikan oleh aku.
Tetiba pikiran macam terganggu.
Pelbagai andaian 'kalau' mula dipikirkan.
Dan mungkin juga, Allah nak tunjukkan inilah 'hikmah disebaliknya' yg sering aku cari jawapannya.
Dan sebagai seseorang yg pernah 'rapat' dgn dia, tetiba aku jadi 'blank' dengan tindakan yg patut diambil. Tp aku tak boleh nak jadi 'bias'. Tp mmg prosedur biasa juga lah yg aku akan ambil.
Jadi kaunselor - cuba utk memotivasikan semula mereka (walo aku mmg tak born-to-be la utk jadi listener and kaunselor ni kan. Haha).
Cuma tu lah...
Aku tahu dia mmg mengikuti tiap entry aku.
Jadi, aku harap, dia berubah lah.
Jangan smpai perkara ni menjadi 'nanah'.
Bukan pada dia je, pada yg lain2 juga.
Jangan lah mengambil mudah semua ini.
Tak hadir, ponteng kerja, ingkar perintah. Semua ni tindakan yg boleh terus ke tindakan tatatertib. Fikirkan lah consequences. Kalo dari apa yg aku ikuti masa course Tatatertib yg diberikan oleh JPA tempoh hari - mudah je orang JPA ni nasihatkan - buat apa nak simpan kakitangan bermasalah ni - hilang satu berjuta di luar sana yang menunggu.
Sayang lah kerja. Kerana dari rezeki ini lah kita akan menafkah kan keluarga kita. Terutama kita yg menjadi ketua keluarga.
Kalo dah ada punca rezeki lain, beredar lah cara baik. Ikut lah prosedur yang sepatutnya.
Bukan dengan cara dihantar memo ke Bahagian Sumber Manusia, bukan dengan cara dihadapkan ke Jawatankuasa Tatatertib.
Tolong lah ubah kelakuan. Kalo tak mahu bertanggungjawab pada jabatan, setidak-tidaknya kita ingatlah yg kita masih ada tanggungjawab sebagai khalifah Allah. Kerja kita bukan saja dinilai oleh penyelia kita.. tp masih ada lagi penilaian yang lebih besar 'di sana'.
**********************
Jika ditakdirkan kita ditimpa musibah, tidak perlulah kita saling menyalahkan dan menyebut 'kalaulah' kerana ianya akan membuka pintu kepada syaitan untuk menghasut kita. Seharusnya kita wajib redha dengan apa yang berlaku kerana yakin pasti ada hikmah di sebaliknya.
Terima kasih atas komen anda :)