Pages

17 November 2012

Kereta Anda, Identiti Anda

Hari tu cuci kereta.
Mmg lama pun aku dah tak cuci kereta sendiri.
Selalu bawa ke kedai atau kalo balik kg, myDH cuci cuci sket.
So, retu kat kg cuci sendiri sbb da kotor benau. Cermin belakang dah rupa masuk dlm bendang je sbb berdebu. Ye lah..asik ujan je kan.

Bila aku cuci, habis la seme menda khazanah yg ada kat celah2 dashboard la tepi pintu, kat seat tu seme aku godek dan buang. Ntah hapa2 la. Dgn kertas iklan pinjaman berlesen la apa la (yg salu derang kepit kat wiper (punya la aku mencarik apa nama menda ni. tingat visor plak. Haha) ). Semua transit situ sblm buang, tp salu entah bila nak buang. So, kemas2. Sticker pun aku dah ubah. Sbb bila aku drive, ada sticker cam terhalang pandangan. Maklum.. pendek. Haha.

So, bila dok godek2 sticker ni, aku rasa seme detail pasal empunya keta ni ada kat sticker tu. Bahaya juga kan. Mana lah tau.... tetiba ada org call kita, dah tau seme segala pasal kita. Kut la kan. Orang skang macam2 dia buleh buat. Ha..jgn pandang remeh.

Keja mana : Ada tempek situ sticker pejabat.
Duduk mana : Tertempek plak nama kawasan rumah dgn jelasnya.
Belajar mana : Pun ada situ gak.

Hurm.
Tu lah. Dulu yg sapa analisis jenayah tu dah pesan, kalo pemandu pompuan jgn buat keta fancy2 sgt. Cam kaler pink, siap ngan tedi bear bunga segala tu. Napak sgt pemandu pompuan. Bahaya, apatah lagi kalo drive sensorang. Retu aku ada napak kat hway, keta jenis aku jugak, kaler pink, siap langsir bagai. Lps tu ada bulu2 atas dashboard kaler pink juga (dulu aku penah sajes kat myDH kata nak carik bulu2 tu kaler merah n putih - kaler stoberi - dpt tentangan hebattt.. ahahah.. alah, org saje nak test je..)

Apa pun, berhati hati di jalan raya. Sentiasa ada rasa curiga. Pesanan khidmat masyarakat dari Pnstoberi. (",)

Gmbr hiasan. Ehsan : Google

Terima kasih atas komen anda :)

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign