Pages

26 November 2012

Edisi Bantuan Rakan-rakan

Dulu, masa belajar, lecturer ada cakap, kalau dah kerja nati, mungkin kita akan berhubung semula dgn rakan2 lama kita utk urusan kerja plak. Masa tu aku pikir, cam eh, takkan la kerja kita pun ada kaitan dgn orang lain pun kan.

Dan skrg, mmg terbukti kebenaran kata-kata lecturer aku tu.

Mostly kawan2 aku, esp yg sama Dip mmg kerja kerajaan. Ye lah, time tu byk jawatan kerajaan yg memerlukan Diploma Pentadbiran Awam. Terang terangan dia tulis. Skang je dia tak tulis direct gitu. Jadi, mmg merata dah rakan2 aku ni. 
Dan setakat aku keja hampir 9 tahun ni, byk jugak la kawan2 lama yg aku dah hubungi - atas dasar kerja. Masa ni baru terpikir.


Ada kawan di Pejabat Tanah JB. Aku tahu dia di JB, tapi tatau secara detail di jabatan mana. Tup2 last year, masa aku ke sana uruskan hal cukai tanah kat sana, aku ternampak dia. Padahal tgh duk msg2 time tu konon nak jumpa. Skali terjumpa kat dalam ofis. Dia terkejut tgk aku, aku terkejut tgk dia. Haha.

Lagi, perihal nak carik senarai nama kontraktor. Itu org MOF la yg tau. So, contact la member aku kat treasury. Dia mmg bahagian Perolehan ni. Ni tak kesah la. Mmg BFF pun kan. Di baginya se'bundle' nama. Ha.. amik lah kau.

Kalo nak tau akta2 yg lebih kurang sama, yg badan berkanun jugak, aku mintak tolong plak member yg kerja kat MARA.

Dan bebaru, perihal tapisan keselamatan. Kalau ikut, tak napak apa related dgn kerja aku (secara direct ada la, utk tapisan keselamatan org baru masuk kerja, tp secara indirect tu macam takde). Tp ada menda yg aku perlukan utk nak dapatkan info, so, call je member yg kerja kat Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan. Dan dia bantu bagi nama person in charge semua.

Begitu jugak member2 lain. Yg kut nak info perihal kraf ke, usahawan ke, derang pun akan contact aku.

Mudah kan. Tau je lah kalo call jbtn kerajaan ni kan. Jgn kata org lain, aku sendiri pun kadang rasa give up. Haha. Kalo tak diangkat tu satu hal, yg dilanting lantingkan tu pun satu hal jugak. If dah ada org kenal tu, sng la sket kan.

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign