Pages

29 August 2009

~6 hours journey~

Kalo 6 jam perjalanan dari KL selalunya boleh smpai ke mana yer?
Buleh smpai Penang [Georgetown] rasanya.
Dan kalo laju lagi da nak sampai Kedah kut.

Ha..kalo ke Selatan dan buleh smpai ke Johor.
Kalo ke Pantai Timur bleh smpai mana eh??
Aku tak leh agak..sbb aku jarang2 ke belah sana.
Namun kalo takat Raub tu nati da biasa la.

Eh. Jap! Mau buat announcement kejap.
Aku bersiaran di kg nih.
Menggunakan broadband celcom.
Coverage adalah memberangsangkan.
Walo agak slow..tp ok ajek. Buleh je menulis status di "what's in your mind" di facebook.
Ingat kut tk buleh nak online sbb retu member aku yg berpantang kat kg ni katanya dia nak online pun payah. Nak bukak emel pun berejam. Pun menggunakan broad band..tp tak silap aku menggunakan broadband dari sykt yang berlainan..bukan celcom. Ah..mmg berbaloi2 lah menggunakan celcom ini. Smlm kat hway pun buleh online [my dear berbulu je tgk aku online sedangkan dia tgh penat memandu berejam2. Ahaks! Ampunkan dinda ye kanda..] tp takleh lelama online dlm keta sbb aku da pening..rasa nak meluek pun ada [dibaca: aku tak leh membaca kalo duk dlm keta..bc majalah ke apa ke mesti aku pening nak termuntah]
Kelihatan network abg aku pun ada skali.Huhu. Bes..bes..

Oleh kerana terlalu xcited leh online aku pun amik la gmbr. Syioknya..pas ni raya leh online lah. Huhu. Abg aku pun ada streamyx. Tp, maleh la nak pinjam2 PC dia takat nak updated status kat fesbuk n blog je kan..wat segan ajek.
Jadi kengkawan...guna lah celcom broadband..berbaloi-baloi... Dangggg!!! [harap maklum, promosi ini tidak berbayar]

Ok..back to d story about 6 hours journey.

Perjalanan pulang ke kg aku mengambil 6 jam pada 28 Ogos 2009. Biasanya hanya mengambil masa lebey kurang 3 jam atau jika anda pemandu berhemah spti my dear perjalanan akan mengambil masa kurang 4 jam.
Bayangkan smlm masa terlebih 2 jam .
[tp masih tak buleh lawan rekod terhebat aku masa balik kg raya cina thn 2007 tk silap aku-ada diceritakan dlm blog lama-itu da jadi 7 jam yakni jem di hway start dari tol jalan Duta smpai la nak ke Ipoh-smpai sempat aku mekap2 smbil drive..uii...itu mmg menyebabkan aku serik nak balik sehari sblm raya cina]

Smlm jem adalah amat se 'suck' di KL. Giler..giler..giler...
Dari opis aku hingga ke tol Jln Duta mengambil masa 1 jam 45 minit. Tak tipu nih. Dkt nak 2 jam aku stuck dlm jem.
Biasa dlm 15 minit da bley smpai ke tol tu. Giler...giler...giler...
Paling truk jem kat Jln Tun Razak tu. Sbb keta nak lalu kat bulatan Pahang tu.
Lps tu dpn flat Pekeliling ke PWTC tu da ok sket.
Then masuk Jln Kuching da ok sket.
Naik balik kat Jalan Duta tu dah tersekat2 semula hingga la ke tol.
Nak masuk tol pun jem..seb bek aku guna T n G..pun beratur pjg..tp adalah cpt sbb org hanya meng touch shj.

Masa touch tu da kul 6.15pm [aku dari opis 4.30pm]. Aku bajet leh berbuka di hentian Tapah. Tp kalo da gini kekdahnya..mmg tk smpat. Benti kat Hentian Sg. Buluh-beli KFC- Da ramai org beratur nak tapau [hekk..ada ke patut budak yg jg kaunter tu tanya aku "makan sini ke bwk balik" kang aku kata makan sini kang baru tau..kut ye pun..takkan baru 6.30 dah nak makan kat sini..aku buleh ajek makan kat situ..tp kang..tak memasal lak aku angkut dlm van jenazah. Dangg...!!! ] My dear solat dulu [aku??? MC la..hik..hik] smpai dia abis pun aku tk siap lagi.

Da beli2 tu truskan perjalanan. Benti lak kat Rawang. Kasik incik Atoz berbuka dulu. Huaa.. Kasik dia minum dulu la..kang takyah benti2 lagik. Pun byk keta kat Petronas sini.

Lps tu truskan perjalanan dan makanya berbuka lah incik asben di dalam keta,membaca doa berbuka puasa smbil memandu. Nak gelak aku ha...sian dia. Seb bek la combo kfc yg udang tu ada air sirap..so..berbuka la dulu dgn sirap tu.

Nak benti kat hentian Tg Malim [ke Behrang tah] penuh da keta..suma org tgh buka puasa. Pehtu try kat next hentian. Ni da ok sket. Maka..makan la dulu kepci tu.

Dan perjalanan diteruskan smpai la smpai ke umah jam 10.30pm.

Itulah cerita perjalanan selama 6 jam ku smlm. Giler..giler..giler... Seb bek la bukan daku yg memandu smlm..Org ramai balik kg sbb ujung cuti sekolah..lps tu cuti ujung minggu yg bersambung dgn cuti Hari Merdeka hari Isnin tu. Raya nati entah cemana la...

Owh...dikesempatan ini ingin saya mengucapkan Selamat Hari Merdeka. Mujur tak jadi buat perhimpunan kat Bukit Jalil kan..kalo tak..tak memasal aku pun kena ke sana utk meramaikan majlis. Uhh..no..no...

Puanstoberi: Tahun ni tk ramai org lekat bendera kat kereta..mungkin org lebih tertumpu pada kemeriahan Ramadhan dan Aidilfitri ni kut..emm...

27 August 2009

~Jin Notti vs Tropicana City Mall~

Ever heard about Jin Notti?
Alah..citer had yg Mawi berlakon tu la. Ada Fafau skali tu.

Ever heard about Tropicana City Mall.
Ni mmg aku tak penah dgr.
Kalo bukan kerana Jin Notti mmg tak penah dgr lah.

Ini citer last week. Sgt malas nak buat entry ttg nyer walo mmg nak buat entry nih.
Geram, nyampah sebenarnya kalo tingat semula.

Rabu lepas la.
My dear call da nak balik tu. Lebey kuang 4.30 gitu.
My dear : nak tgk wayang pree tak??
Pnstoberi : Citer menda?
My dear : Jin Notti. Ada tiket pree tayangan amal ni ha utk KP,TKP atas ni..tp derang takmo pegi.
Pnstoberi : Wahh...ada sure ada Mawi tu..nak..nak. Kat mana?? [maaf..bukan die hard fan Mawi..tp sj nak kecoh! Danggg...!!! ]
My dear : tropicana Mall City. Gi ler ajak Dee.
Pnstoberi : Uih kat mana tu?? tk penah dgr pun. Tkpe..nati tanya kat Dee dulu.

Trus call Dee. Tp mana sempat. Short notice sgt. Kalo awal sket ok gak. Lgpun Dee tak bwk keta ke opis lak hari tu.

My dear cam biasa la. Antara nak pegi dan taknak pegi [aku tau..% taknak pegi tu lagi tinggi dari % nak pegi..dia bkn sker tgk wayang]

Dlm keta nak balik tu, aku mujuk2 lagi my dear. Ngajak dia pegi. Mcm nak mcm taknak. Dlm tentatif tu masuk kul 7.30pm, tygn kul 9.00pm. Tp da kul 6.45 masih lagi duk melepek... aku tau dia da malas nak pi la tu. Aku da sesiap pun masih lagi tnya ke dia nak pegi ke tak. Dia pun da ckp takut jem la apa la. Sudahnya tak pegi.......... [ha..ni le yg aku kata menyampah,geram tu]

Tp sebenarnya aku pun tk berapa nak pegi sbb aku ada tugas mlm tu yg perlu diselesaikan yakni mem blender 2 bungkus besar lada itam sbb esuk hari nyer tu [Khamis] ada gotong royong buat bubur lambuk. Ni PUSPANITA opis aku nyer xtvt sblm puasa ni la. Mengkalo aku p menonton Jin NOtti tu, maunya tk smpt nak blender dan mmg tk smpat pun sbb aku blender dkt nak sejam baru siap.



ni gmbr kat pantry floor aku-derang tgh sibuk potong2 bhn utk masak bubur lambuk tu.

Tulah pasalnya..baru la aku tau ada shopping mall baru nama dia. Tropicana Mall City. Aku siap google nak carik kedudukan dia supaya leh pegi. Siap print. Kalo korang nak tau kat mana cuba korang masuk web Tropicana ni. Bes gak tgknya. Ada memacam kedai gak dlm tu. Siap ada GSC. Pas raya leh la try p. Aku pun tatau tang mana tah. Tp leh carik la.

Jin Notti?? Entah..bes ke tak cite tu tah..Raya sok baru kuar wayang. Ala..tk tgk pun tk rasa apa lah. Saja je la kan..sementelah da dapat tiket pree tu.

^^Selingan..ni gmbr masa dept aku buat makan2 ala2 pot luck. Rajin nau derang nih. Unit aku bwk buah mata kucing jek. Itu pun suh my dear gi beli pagi tu..gmbr bawah tu napak nau aku mengembangkan. huk huk ^^



Puanstoberi: Entah..tatau nak ckp apa.. :P

~Lain kali....~

....jgn buat lagi mcm ni!

Dang!!!
Masuk je opis-punch kad,-sakit perut-masuk toilet-tgk ramai lak org-balik ke tpt-trus kena panggil ngan bos segera [immediate boss]
Dang!! tk sempat nak ber** terus kena panggil lak.
[Dibaca: aku mmg rasa mcm 'sesuatu' kalo pepagi terus kena panggil dan diberitahu itu ini itu ini seawal pagi. Tak buleh accpt lagi otak aku bila aku blum letak punggung atas kusi da kena panggil]
Sakit perut nih..tp ku tahan juga..masuk je la bilik bos.
"Ida smlm bos tnya ada tak KP ckp apa2 kat dia"
Errkk...smlm aku mmg ada ckp sesuatu pada KP-dlm lif-tp tk smpat nak abiskan perbualan-sbb KP pun rushing nak ke meting.
Bos lak carik aku masa da kul 5. Aku pun da balik sudaaa...kan bulan puasa ni aku bleh kul 4.30pm. So, bakpe la tunggu kalo da kul 5 kan.

Jadi..tanpa sempat ber** jugak [apa kes citer ber** ajek ni..hua hua] aku bergegas gi ke bilik bos besau tu.

Tu je masuk2 trus kena "lenkali u jgn citer direct trus ke KP. Citer pd i dulu. Ni smlm KP tnya i da tk dpt jwb"
Aku pun d.i.a.m je lah. Nak kata apa. Salah aku gak kut. Tp sbb kat surat tu da diminitkan oleh KP "Ida,sila bincang" sign by KP. So..emmm...
Ptut mmg aku kena brief gak bos aku tu. Tkpe arr,..salah aku la tu.
Lepas tu dia kata lagi "lps ni kalo ada apa2 kita bincang ajek dgn TKP baru. Tak payah kita citer kan suma menda2 tak berapa nak penting ni pada KP"
Aku ok kan je, tp aku ckp ke dia menda yg aku ckp pada KP smlm adalah penting sbb melibatkan court case yg da drag berapa lama dan perlu keputusan segera.Da dkt trial date pun.

Dlm pada tu aku rasa mcm 'owh..dia da tak kasik aku direct ngan KP lah..kira mcm aku ni takde la priority utk jumpa/ckp ngan KP'. Itu aku rasa je..mebi pada dia tak. Entah..aku mcm da terbiasa je utk direct je ngan KP mcm dedulu. Bila dia minit suh bincang ngan dia..aku pun bincang. Biasanya lepas bincang baru aku brief bos aku ni. Tkpe lah..tak kesah la tu..bos takmo aku jumpa KP, lg mudah keja aku.

Lps tu..masih tak smpat nak ber** gak kena naik atas-jumpa KP- Bos aku bwk aku skali [ye,lps ni kalo nak jumpa KP mesti dgn dia]
Jumpa TKP baru dulu. Brief dia itu ini. Boleh lak si bos aku ni tak kenalkan aku ni pada TKP baru tu. Iyer..aku tau aku bukan la sesapa..at least kenalkan aku sbg staff bwhn dia ni. Ni sudahnya TKP tu tanya sendiri "u buat apa yer?"
Aku ckp la post aku then aku kata aku buat legal.
TKP kata "legal officer ker?" Haha.. Kasik Uppp skett..ceh..pasan.
Cecpt bos aku kata "kita takde LO, tp dia ni ada bckground law'
Haha. Trus la TKP tanya course apa.
[mesti la dia igt aku amik law...sadiss]
Aku ckp Corp Admin Uitm [apa keperluan aku ckp Uitm ah?? Owh..aku berbangga menjadi pelajar UiTM-UiTM dihatiku konsepnya]
"Diploma?? Degree?? [aku tau dia tnya sbb post aku tu kan post dip shj]
Maka aku jwb je Degree.
Abis di situ [seb bek perut aku ok je masa ni..kalo dia buat perangai nak ter be** masa tu kan ke haru]
Ha..ni my dear la..dia mmg pernah sembang2 ngan TKP baru ni. My dear penah gitau yg wife dia pun keja sini..tp...dia tak reti nak promote aku..dia ckp unit aku je. Ckp la "isteri saya keja unit sekian2..dia buat legal kat sini'..Tkpe la.. abaikan..suami ku itu bukan nyer mahir bab PR nih..

Lps jumpa KP bersama2 bos serta TKP kena la siapkan kerja2 berkaitan. Mmg jadi LO la separuh hari td. TKP mau tgk fail2 case tu. Ada 4 fail ABBA tu..dia mau tgk semua ker?? Tp bos kata bagi the latest one..ok lah..tp aku siapkan kronologi,summary kan case tu baru aku anta ke atas. Ceaaa...kasik la nampak mmg aku buat legal kan. Danggggg......!!

Dah..itu shj nak citer..tak menarik dan tak buleh diciter lelebey..ada org opis baca ni. Hahahahahahahhaha.... :P
Saja arr aku citer utk peringatan diri aku sndiri..supaya aku tak ter direct lagi ckp pasal keja ni ke KP trus. Jgn buat mcm dulu..dulu bleh arr..mintak pendapat ttg personal matter suma. Skang ranking pun udah jauh berbeza..kasik sedau sket diri aku nih :(

Puanstoberi : sudahnya smpai la ni aku tak ber**. Montot aku ni di ajar..ber** hanya pagi shj..so, esuk pagi jelah aku ber**.. [sowiii,....citer diselangi dengan kisah berak..dangggg...! ]

26 August 2009

~Lor..dah 6 ari..~

Kita berpuasa eh'.
Dan hingga ari ni aku masih dpt mempertahankan puasa ku.
Ceh!! Mmg arr..dahnya blum smpai 'date' itu..rasa2 mcm nak kecundang jek nxt week. Tskkk.
Tp takpe..jgn mcm last year,ketika bergembira berziarah umah sedara mara la time tu 'shbt baik' ku itu nak dtg ziarah aku jugak. Ha..kelam kabut ko time tu. Dah la peyed pain...pehtu kena drive sndiri keta [sian..tpaksa drive sendiri,tkde org sudi tumpangkan dah..tkpa..thn ni ai dah buleh duduk di sblh ajek] Yelah,konvoi secara 3 bijik keta, abg2 aku tu mesti la memuatkan anak2 derang. Aku lak bwk mak aku, dan kat seat blakang, anak2 buah aku secara bergilir2 duduk. Kejap org tu kejap org ni. Dh tu terpaksa bwk secara laju2 sbb follow abg aku. Aku di tgh, abg Nyah depan, abg Cik blakang. Serata ceruk jln yg aku tak penah masuk kena bwk..sgt la tidak suka!!

Err...ketika ini ujan renyai2.
Sojukkkk..dah la baru lps mandi.
Err...sgt seswatu ye mandi di waktu hampir tgh malam nih. Huhu.
Tkpe..lupakan seswatu itu.

Lama gak tak ber entry nih. Ada byk ingin diceritakan.
Tp mcm takde mood nak ber entry.
Mmg nak buat mcm blog2 lain iaitu menempek apa yg dimakan sewaktu berbuka puasa.
Tp rasa mcm kemalasan je.
Hari ni pun saja2 nak tgk blog ni berapded
[Err...blog ini dlm mode private. Hanya tetamu xklusif yg di invite shj buleh view ketika ini..kenapa nak private kan?? saja..kalo takde apa2 pas raya sok baru bukak balik. Ai tak kesahh...ai bukan ada akaun nuffnang katanya. Ahaks!!! ]

Ok lah..sedap je my dear tido dlm bilik nun.
Aku nak follow up dia lah.
Nenati lah citer buka apa,gi pasar ramadhan mana dsbnya..

Puanstoberi :: sahur apa yer kita pagi kang???

20 August 2009

~Cerita H1N1~

Dah berapa bulan dah kes H1N1 ni yer..rasa dah lebih 3 bulan kut.
Dari kes suam2 kuku dulu dah hampir nak panas dah [menggelegak je blum].
Sblm ni mcm malas je nak citer.
Sbb takde citer menarik pun berkaitan H1N1 nih. Suma org duk citer menda yg sama.

Pasal pakai mask pegi jalan2.
Pasal org dkt ngan kita demam n doktor suspect H1N1 dan bila dpt result rupanya hanya demam biasa [errr...2,3 org staff kat opis ni suspect..tp bukannya kes itu. Clerk aku pun sama..udah suma mcm sesak nafas ms tau citer tu..lawak ah..].
Pasal nak carik mask punya susah sama susahnya mcm nak carik gula [weiii....aku nak wat puding jagung utk buka umah mertua di hari pertama puasa nati, tp smpai la ni aku tak dpt beli gula lagi weh..cemna ni..abis satu cokit aku tanya takde..reni nak try tgk kat Jusco plak..alaaaaaa...frust]
Ya..kes H1N1 mengakibat Menteri berkaitan tak berapa nak glamer mcm Menteri2 yg lepas yg bila mana kes gula takde,kes gula disorokkan makanya tetiap hari la kuar muka pak Menteri tu kat TV utk meyakinkan rakyat yg bekalan mencukupi. [Atau mungkin dia tak mahu se glamer anaknya itu] Huhu.
Tp berlainan tahun ini yg mana Menteri Kesihatan lak glamer abis. Sapa ke nama Menteri Kesihatan itu. Owh.. Dato' Sri Liow Tiong Lai [hik hik..aku google utk dapatkan full name dia.. Danggg...penjawat awam apakah aku ini??? :p ]
Tp..mana nak beli gula ni..geram haku. Haishhh..

Ok..citer pasal H1N1 balik.

Td la..dlm kul 4 gitu..tgh sibuk berdiskusi dgn rakan se dept ketika itu..[ahahaha..diskusi la sgt kan] dpt panggilan telefon.
Si pemanggil tidak memperkenalkan diri. Hanya bertanya namaku. Mula aku igt bebudak opis ni saja nak ngenakan aku sbb suara mcm nak memain je.
Katanya nak buat aduan berkenaan penyakit H1N1. Aku mcm..erkk...apa kes buat aduan kat aku nih.
Lepas tu cakap punya cakap..rupanya dia nak mengadu lah yg security kat bangunan kitorg sewakan tu tak pakai 'mask'. Penyewa kat situ pun tak pakai 'mask'. Dia kata macam management kitorg tak serius la menangani masalah H1N1 nih. Takde tampal notis suh pakai penutup hidung.
Aku mcm.."errr...apa hal nih?"
Byk la dia bla..bla..bla...
Tp..aku terima je aduan tu..dan aku kata aku fwd lah aduan dia tu ke bhgn yg berkaitan [sbb dia kata security tu..jd aku kena fwd ke unit yg jaga security lah..]
Aku layan call tu sbb mulanya aku igt dia nak tnya pasal sewaan ke, pasal bangunan ke..rupanya dia nak buat aduan H1N1.
Pulak tu tak mahu bagi nama..dan nak tau nama aku lak. Tkpe..aku tak kesah..aku bg je nama aku. Apa dia nak buat..nk gi ngadu kat Kem. Kesihatan? Heh!
Nak lagi bes..dh pjg dia bla..bla..tu aku tnya dia dari mana then aku kata 'i igt u dr Kem. Kesihatan ke?' ha ha.

Idak..aku tak kata dia tak leh buat aduan.
Tpnya kalo nak pikir secara logik la kan..ko buat aduan utk bangunan kitorg yg berapa org je ada dlm bangunan tu.
So, kalo ko pi SOGO, ko naik LRT..adakah ko nak buat aduan pada management SOGO, management Rapid KL tu yg org awam tak pakai 'mask'. Ha..cemna?? Atau..mmg dia da buat la aduan pada suma tu.
Pihak Pengurusan kitaorg ke yg perlu paksa suma org??? Haha. Lawak pun ada aku rasa.
Abis tu retu aku pi Hosp Kajang tu..ramai org tak pakai 'mask', nurse suma pun tak pakai 'mask', aku kena buat aduan eh?? Itu lagi la hospital..HOSPITAL okeh! Aku tak napak sebijik notis pun suh kita pakai 'mask'. Jadi???
Itu inisiatif kita la utk kita sendiri nk pakai mask ke tak kan. Mcm pi tpt sesak mesak cam kat MITC Melaka masa Hari Peladang tu kan..ramai org..ramai tak pakai mask..aku kena buat aduan la camtu kut kat organizer dia. Kat situ lagi la ramai org..dan sebijik notis pasal H1N1 aku tak napak pun. Ha..

Entah..lantak la. Tp aku dapat agak dr suara pemanggil misteri itu beliau adalah kam laf ya nga. Tkpe la..pas ni sila buat aduan kpd mgt Jalan Tar, mgt Rapid KL, mgt SOGO, mgt Jusco [ya..ni suma tpt saya suka pegi..tp saya da lama tk pegi sbb takut..] owh..satu lagi mgt Jakel juga. Sila ya dan paksa mgt mereka juga bekalkan 'mask' kpd pengunjung yg tak ttp idung [saya guna saputangan yer] saya nak shopping baju raya di SOGO nih..asik tertangguh sj sbb H1N1 ini. Malas saya nak bersesak...saya takut saya tak smpat nak beli jeans kang..

Puanstoberi: Tgk dan jaga diri kita sendiri sblm nak tgk dan jaga diri org lain.

18 August 2009

~Tak tau nak kata apa~

~Kitaorang sudah..korang dah?? ver:2 ~

Huhu.
Benarnya pd saya sorang je sudah..incik asben adalah tidak termasuk dlm ini gmbr.

Apa ek yg sudahnya tu..meh kita kaji


Gmbr ni kan..mmg bikin aku gerammm...berapa kali aku betuikan..tp bila upload dia lagu tu gak..senget pasai apa??haihhh
Tkpe la..tgk jelah camtu..huhu.
List apakah itu??
Macam list kuih raya aje :P

[gmbr ni pun serupa..gerammm]
Kelihatan nama2 staff lain yg terlebih awal meng order. Aku terlambat thn ni..dulu awai2 da dpt tgk kuih2 ni..thn ni aku ada course la, outstation la. Terpaksa la call abg tu suh bwk kat unit aku semula. Biasa la..ai regular customer since masuk keja 2004 lagi tau..kena gak beli ngan dia..kang aku da tatau nak beli kat mana. Wife abg tu yg buat. Hampir suma org kraf ni beli kat dia. Mmg kuih dia sedap pun.


See..da abis pun kuih2 ni..bak kata org tinggal serdak..tu la..lambat..tp aku da tau da cemna rasa kuih2 tu..sama lebey kuang cam last year. Yg kaler pink itu sedap..itu kuih baru.. dan aku pun order..sbb nama dia "BISKUT COKLAT STRAWBERRY" harus la beli..aku kan 'obses' pada stoberi nih. Hua hua.


Sudah order!
Amik 4 jenis je. Biskut croquant [ni every year aku order..sedap]-50 bijik-khusus utk in law, biskut stoberi tu 50 bijik - utk umah kg, biskut arab n biskut mazola - 100pcs each, akak aku nyer..dia slalu call aku suh beli bila da last2. Ni td trus la aku call. Dia kata opis dia [eh..sekolah dia..bila masa lak akak aku keja opis nih] RM22 utk 50bijik..tp kat opis sy RM28 utk 100bijik okeh.

Dan.......










Aku juga telah meng order sebalang kuih ini..
simpul kasih namanya. Sebalang ini RM25. Ini perisa ikan [serunding ikan lah]. Sedap..di buat sndiri oleh akak dept IT. [sempat gak ko buat mendalah ni kan kak Zu..rajin]


Tp apsal dah mcm kurang je dlm balang nih.
Haha. Aku telah meng order utk sblm puasa sbb aku nak makan dulu. Utk raya nati aku order 2 balang lagi. Untuk mak aku n mak mentua..dedua serunding daging. Sedap lah akak ni buat. Aku rasa rega pun ok la, sbb akak tu kata dlm 1.3kg. Aku idak la timbang..tp dr bekas tu aku rasa betui la kut..



Ada lagi ke? takde dah kut..itu je la habuan untuk raya. Aku tau korang pun mesti da order kuih 'tunjuk2' ni kan. Nati ada lagi promosi Aidilfitri kat opis aku ni..[pada yg nak cuci2 mata tgk kuih raya,barang2 kraf,sampin ke, baju batik ke..meh arr datang-4 Sept till 14 Sept]
Tatau la kut terbeli lagi. Aku rasa, cukup la..bukan makan sgt pun nati.

Eh..ada lagi gmbr..sat aaa...[Kualiti gmbr tidak memuaskan.Harap maaf. ]
Ditgkp waktu subuh buta lagik. Ini saja je nak tempek. Bekpas pagi td. Gigih aku masak makaroni. Tp nyer bukan elbow macaroni, spiral macaroni..saja..nak terai bentuk lain plak. Gmbr kiri tu dah siap buh dlm bekas utk adik2 kat opis. Gmbr kanan tu utk my dear ngan dept dia. Aku nyer dlm bekas ijau yg napak tutup je tu. Huhu..saja..tetiba rasa nak jamu kawan2 makan.

Tu jelah.. dah order kuih raya..lps ni nak amik baju raya plak. Lps tu tukar duit raya.Lps tu shoping raya. Lepas tu balik beraya.Lepas tu bagi duit raya. Erkk!!!??


Puanstoberi : adakah duit raya di tahun ini?? wait n see..huhu


16 August 2009

~Kitaorang sudah..korang dah?? ~

Memula pasang Jalur Gemilang kat kayu.
[Cuba teka kayu apakah itu..huhu]


Lepas tu pasang kat luar umah .
[kelihatan my dear sdg menggodek 'bekas' tpt letak arial tv milik Abg Cik dulu utk dimasukkan 'tiang' bendera tu. Hemm..gud idea abang :) ]


Masukkan ke dalam 'bekas' tpt arial tv tu.

Dah siap... errk..kenapa tak mau berkibar nih.


"Ni kang ada angin berkibar la dia"
[patut kena tunduk sket Jalur Gemilang tu bang oii..tp ok lah tu]


Jalur Gemilang (Pak Ngah / Siso Kopratasa)

Jalur Gemilang

Merahmu bara semangat waja
Putihmu bersih budi pekerti
Kuning berdaulat payung negara
Biru perpaduan kami semua

Puncak dunia telah kau tawan
Lautan luas telah kau redah
Membawa semangat jiwa merdeka
Semarak jaya kami warganya

Empat belas melintang jalurnya
Semua negeri dalam Malaysia
Satu suara satu semangat
Itu sumpah warga berdaulat

Jalur gemilang... di bawah naunganmu
Jalur gemilang... kami semua bersatu
Perpaduan ketaatan
Amalan murni rakyat Malaysia
Jalur gemilang... megah kami terasa
Jalur gemilang... kibarkanlah wawasan
Merah putih biru kuning
Jalur semangat kami semua

Berkibarlah
Berkibarlah
Berkibarlah

Jalur gemilang



Kata duk KPKK..Pak Menteri semangat, kita pun harosss semangat..Huhu.

[taken on Perhimpunan bulanan KPKK di Angkasapuri-100809]
psst Xyn, ko ada tak masa tu, cikmadulebah ada tak?? eh..skali ramai la plak kengkawan dlm KPKK nih..huhu

15 August 2009

~Permulaan vs Pengakhiran~


Comel kan??? Alalalala..mmg buat aku tak sabar2 je jadi ibu (ha..jgn nak kata "cpt la mengandung,beranak..nati aku kasik Firman Allah kasik korang insaf sket..")

Pagi td (15 Ogos) melawat bes pren porem mesra.net yg selamat bersalin @ DEMC, Shah Alam. Congratulation ur new born baby boy Hana.. u're so strong Hana.. Insyaallah... semuanya akan berjalan dgn baik lepas ni.
Hana ni mmg la gigih org nya. Asben dia nun jadi askar misi Pengaman kat Lubnan sana. Pegi bulan 4 retu dah dan td baru balik [sbb Hana suppose due nxt week..dlm sehari 2 puasa camtu..tup2 baby dia da tk sabar nak kuar awal.Hehe]. Jd tanpa suami di sisi dia tabah je mengharungi hari2 utk kelahiran baby dia. Tu yg aku kata gigih. Sbb kalo aku..entah la. Rasa mcm tak mampu je nak gi klinik/hosp utk check up sendirian apatah lg saat2 nak bersalin tu. Sesungguhnya Allah itu mmg mengetahui ttg kekuatan hambaNya bila diberi dugaan. Tp tkpe..nxt year bulan 2 asben dia dah back 4 good.

Aku rs teruja n excited sejak smlm lagi dah. Dia msg je kat aku pagi tu..da mula tk sabar nak melawat dia ngan bb dia. Trus la msg ke Dee [plan awal kami hari nak karoke]. Dee pun stuju je nak gi melawat dia. Lps tu ms gi The Mall lunch smlm trus la aku carik hadiah utk Hana. Waahh..aku giler tgk menda2 bb tu [dan tgk baju budak2 pompuan kaler pink. Kalo la Fatin anak buah aku tu sker pakai skirt/gown mmg aku beli dah] comel2 je kasut bb,booties,towel. Suma tu buat aku geram. Jadi carik2 hadiah, aku decide beli beg utk letak diapers,botol susu baby. Ni share ngan Dee. Nak wat decision carik adiah apa ni pun dkt setgh jam berlegar. Dr brand Anakku,ke brand Pigeon dan entah apa brand lagi. At last beli brand Pigeon sbb bag tu kaler ijo. Lain suma samada pink ato biru..mao lain sket..amik kaler ijo. Comei..suh SA tu balut trus lah.

Aku ni benarnya jarang2 la melawat bb baru lahir nih. Kawan opis ada la sorang 2 aku pi. Aku rs ramai lagi kawan porem yg aku slalu p tgk kalo derang baru bersalin. Hana ni lagi la aku tk berkira nak pi sbb dia ni masa aku tunang dia dtg umah aku kat kg sana tu, masa aku kawen pun dia dtg jugak [masa tu dia baru 2 minggu kawen]. Lps tu ms kat PJ pun jd pengapit aku. Owh..rasa berkawan dgn kawan yg dikenali di internet [forum] lebih akrab jadinya.

Lama gak disana. Dari kul 10.30am camtu smpai kul 12. [gi pagi sbb Hana kata tghari dia nak kuar dah]. Hana napak ok je. Dia kata dia tk berapa sakit sbb dia amik epidural. Ada tgkp gmbr bersama..tp tidak mendapat keizinan dari beliau utk memaparkan gmbrnya. Cuma dia membenarkan gmbr bb dia shj untuk dipaparkan di blog ini. Huhu. Kena tnya gak weh..kang buatnya dia tak suka..susah lak.

Dia cite la pengalaman dia suma. Tskkk...ttiba mcm "alamak..takutnya nak bersalin" Tp takpe..suma org, jika diizinkan Allah..akan merasai pengalaman itu.

Seronok kan dah ada baby..Dia sndiri pun mcm tak percaya dia dah ada baby. Hehehe. Macam baru je dia kawen. Cpt tul fasa perubahan hidup dia. Bila la pulak aku nak merasai pengalaman macam tu kan. Sabar je dulu. Aku percaya semua ni telah ditentukan oleh Allah. Sebgaimana Firman Allah ni [untuk suma yg asyik bertanya bila aku nak mengandung, beranak..sila dalami maksud ayat ni, dan please..sematkanlah di dlm minda korang yg Allah menentukan segalanya. Jgn la kata 'tak pandai' jangan la kata 'ko dah tua,cpt2 la beranak' dan yg utama jgn la sibuk2 nak selak 'kain' org]


Allah SWT berfirman di dalam Surah Asy-Syura, ayat 49-50 yang artinya: "Dia memberikan anak perempuan kepada siapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak lelaki kepada siapa yang Dia kehendaki, atau Dia menganugerahkan kedua jenis lelaki dan perempuan (kepada siapa yang dikehendaki-Nya), dan Dia menjadikan mandul siapa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa."


****************************

Makin nak puasa ni makan byk plak berita kematian yang diterima. Minggu lepas mmg byk berita kematian. Dengan selebriti,bapa rakan2 seofis,saudara terdekat. Al-Fatihah untuk mereka semua. Semoga mereka di tempatkan di kalangan org2 yg beriman.

Namun dari berita2 ni, berita ttg sepupu my dear adalah paling terkesan dlm idup aku.
Masih muda orgnya. Baru kawen sethn, dan baru meraikan hari lahir ke-24 pada 03 Ogos lalu. Tp paling menyayat hati, arwah sedang mengandung 7 bulan, anak sulung. Dia koma 5 hari. Aku tak tahu punca sebenar. Cuma dikatakan kena jangkitan kuman pada peparunya. Bukan penyakit itu[H1N1] sbb kalo penyakit itu tentu dia dikuarantin, tentu kami2 tak dibenarkan melawat. Aku sempat melawat dia di ICU Ahad lepas. Dan sehari kemudian menerima berita dia telah meninggal. Anak dia dlm perut dah meninggal sehari selepas dia koma tu.


Sedih. Tp itu adalah ketentuan Allah. Air mata aku mengalir juga masa aku tgk husband dia membawa jenazah bb tu utk disembahyangkan di surau sblm dikebumikan. Tak dpt aku bayangkan jika terjadi pada aku. Aku pasti mereka baru meraikan ulangtahun perkahwinan pertama mereka. Baru meraikan hari lahir. Sama2 membuat persiapan utk menyambut kelahiran bb sulung. Sama2 menanti Ramadhan dan Aidilfitri. Ya Allah..sedihnya.. Tp, aku yakin Allah memberi dugaan pada hambaNya yg boleh menerima dugaan tu. Aku tgk asben dia pun tabah.

Aku pun penah mengalami perkara macam ni. Walo aku rasa aku tak tabah..tp aku perlu jugak mengharunginya. Aku jdkan perkara itulah 'kayu pengukur' kpd dugaan2 lain. Aku rs setakat ini..itulah dugaan paling hebat aku perlu lalui. Kehilangan ayah tersayang lebih 4 thn lalu. Secara mengejut. Apa boleh aku katakan masa tu. Lama juga aku perlu pujuk diri aku utk terima hakikat yg apa terjadi adalah ketentuan Tuhan.

Sama juga mcm kematian Ustaz Asri - Rabbani. Mudahnya mereka2 ini menghadapi kematian. Dan kita nati entah macamana. Renung2 kan lah Firman Allah ni:

Firman Allah bermaksud: “Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila datang waktu kematiannya. Dan Allah Maha Mengenal apa yang kamu kerjakan.” (Surah Al Munafiqun: Ayat 11)

Jadi..apa pun..kita jgn la terleka..jgn la terlalu gembira..kerana kematian mmg terlalu dkt dgn kita.

Pergi Tak Kembali
Artist: Rabbani
Song Category: Nasyid

Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada...lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisahlah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya

Amalan dan takwa jadi bekalan
Sejahtera bahagia pulang...ke sana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal-bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi

13 August 2009

~TaG : Kecantikan~

Tag dari Ita. Bagus..aku mmg ada keinginan nak wat entry..tp mcm tatau nak buat entry mana satu. Dpt tag ni meh aku buat la dulu.
Owh..Ita gi course eh..patut tkde kat gchat. Tp Reen pun bz minggu ni..jarang dpt online. Esuk kalo lapang kita nyembang eh.

Nama tag ini adalah "cantik ke?" "Seksi ke?"

Q : pengertian kecantikan pada anda ??
A : Kecantikan adalah sesuatu yg subjektif (cliche sungguh ayat.Hoho) Pada saya kecantikan tu bukan shj pada luaran,tp termasuk yg dalaman sekali.Org kata biar seiring.Kalo dari dalam ceria,gembira pasti seri dan kecantikan tu napak kat luar. Ini dpt dibuktikan dgn gmbr2 pengantin baru. Cantik dan berseri kan...tp kalo kita sakit..tak sihat..suma org buleh tahu [waaaa....pjg la plak aku membebel]

Q : bila hari terakhir anda bermekap??
A : Mekap cemana tu..kalo mekap biasa2 pagi td sblm gi opis. Mekap biasa tu maknanya dari pakai toner,losyen,day-cream,foundation,compact powder,eye shadow,eye liner,blusher, lipstick. Ha..mmg ni rutin sy setiap pagi sblm gi opis. Berapa byk tah tempek atas muka saya ni tah..tp jgn risau..saya leh pakai suma tu dlm 5-10minit ajer.. Kalo mekap luar biasa sket..masa jd pengantin makan beradap kat opis lah, masa Promosi Kerja Kahwin bulan Julai retu.

Q : bila kali terakhir anda shopping sakan membeli make up dan yang sewaktu dengannya??
A : Biler eh..owh..ada..tp tak sakan sgt la. kat guardian KLCC. Compact powder saya yg baru pakai sebulan dah jatuh..dan tau la cemna keadaannya..pecah berderai..sian..kena tggu gaji baru la saya beli yg baru yakni mggu lepas.

Q : bila kali terakhir anda syampu rambut ??
A : Baru ptg td, balik dari keja. Rambut saya jenis berminyak..kena syampu slalu.tp bila syampu slalu, gugur plak..adehhh

Q : adakah anda seorang yang kemas dan teratur dalam penjagaan bilik??
A : For sure la (sure tu kena sebut gaya Jasmin Hamid dalam Datin Wannabe..hoho) Saya mmg takleh tgk bilik esp katil berselerak. Dulu ms kat hostel kan kena tarik cadar tegang2 setiap pagi..kalo campak duit syiling pun tak gerak kan..so..smpai skang jd habit gitu. Cuma skang da takleh la tarik tegang gitu sbb bawah cadar ada lapik, mattress protector la,comforter la..tp kena gak kasik dia tak berkeromot.

Gitu gak dlm lemari..baju kena susun dgn cara tak napak bhgn yg berlipat tu..alah..susah plak saya nak explain cemna. Tp kalo org biasa duk hostel time skolah mmg dia leh imagine le cemana. Sbb style sy melipat gini la my dear sy takmo tulung lipat baju. Hoho.. Kalo baju keja lak, sy lipat panjang baru hang..lps tu susun ikut susunan mula dari baju baru pakai smpai la baju yg dh lama tak pakai. Dan satu lagi..bilik kena ada pewangi je slalu..baru la bes je utk beradu [tenaga] hahahaha :p

Q : barangan make-up anda dan brandnya??
A : Barangan?? Suma tu la, mcm sy citer dlm soklan ke2 tu. Mostly Loreal sbb sy sungguh serasi dgn barangan Loreal walo retu cuba utk tidak menggunakannya kerana tergolong dlm produk Israel yg perlu diboikot. Minta ampun..baru je nak boikot dia pi wat sale lak..huhu..jadi masih trus guna lah. Tp skang tgh cuba menghabiskan set make-up hantaran retu...brand EA.

Q : senarai kan 5 actress tercantik di mata anda ??
A : 1st and foremost mmg saya letakkan Nasha Aziz. Sy penah berangan andai kata muka artis mana yg sy nak tukar ngan muka saya ni pilihan sy adalah Nasha Aziz.
2nd: Eja...sgt sweet muka dia kan..cam bebaik je (eh..dia ni kawen ngan sapa eh..)

3rd : Ini my dear slalu kata cantik..tp sy pun akui jugak- singkatannya RCW
4rd : Ala..da tatau..sapa ek..cam ilang ingatan ajek tetiba

Q : last Question : are u Hot?
Hot?? Mmg tgh Hot nih..kipas pasang no. 3 nih. Hoho.. idak le hot mana wehh..ngarut je kalo org kata sy ni hot..tp skang da chubby kan..mana tau kut ada shbt2 lama nak kata sy hot tetiba..[ada kerrr???]

Tangkap @ sertakan 3 keping gambar anda yang anda rasakan paling seksi. Tak semestinya tak berpakaian atau mendedahkan. Mungkin anda rasa senyuman anda masa itu adalah seksi.
Sertakan!!Nyatakan kenapa gambar itu begitu seksi di mata anda?



Alamak! Gmbr sy byk dlm PC kat opis..jd tak dpt la sy memenuhi keperluan soklan ini. Sy kasik sekeping ini ajer..itu pun bukan yg seksi dan hot..sy cilok dr fesbuk sy sendiri. Mungkin esuk buleh sy edit kan.

Dan soklan biasa..kena tag rakan2.
Dgn ini sy mau tag che sue yg jauh nun di Algeria [sue..sementara ko bz cam semut tu tolong la perabihkan tag nih..tk susah pun]
Sy juga mau tag Ayang yg da mula updet blog dia.
Sy mau tag Alang Zawi,tp dia tak penah la nak buat tag.[Alang, kalo kamu rajin..sila buat yer]
Sy mau tag siapa lagi ini...silent reader saya..Kak Nurul, Zana..mau buat?? walo takde blog sila la buat di memana folder anda yer dan sharing ke network saya. Hoho.

Sekian...saya sudah tamat menjawab tag. Thanks Ita eh..ai mmg sker jawab2 tag ni..laju je ai buat ha.. ngeeee.... :))

12 August 2009

~Aspuri Serachu~

Bebaru ni,secara kebetulan, member uitm n member sekolah aku menempek gmbr2 masa belaja kat fesbuk. Hari yg sama (kebetulan sungguh).
Maka bertimpa2 la emel gmail yg memberitahu perihal komen org tu org ni. Aku kat opis lak menahan rasa je sbb opis aku da blok si fesbuk ni kan. Membuak2 je ati aku nengok derang tulis komen itu ini. Gmbr apa lak yg derang tempek kan ini.
Bila balik umah..on fesbuk..wa..byknya notification..
Jadi meh aku tempek kan gmbr2 aku zaman luhur.
Kengkawan...sila halalkan gmbr yg korang tempek tu utk dimasukkan dlm blog aku ni yer.

Ini gmbr tahun bila ni ek?? jap nak tgk kat fesbuk..ooo..seb bek kawan aku ni tulis. Thn 1992. Erk...da 17 thn dah. Hoho. Ini gmbr team teakwondo Aspuri Serachu. Masa ni budak asrama wajib masuk teakwondo. Aku smpat smpai yellow belt ke green belt ke tah. Rasa mcm rugi lak tk teruskan sbb syok gak per. Ada grading2 suma tu kan. Aku idak la igt nama kesemua team ni..tp kawan aku ni da tag hampir suma nama dlm ni..aku adalah yg paling tepi belah kanan bawah sekali tu.

Err..Ayang..ko naper suka bebenau tu??
Sue- ko tahan panas ke ko posing tu?? Hoho


Ini pulak ms kitaorg main hoki. Pandai ke main?? ini main main2. Hoho. Berlatih kejap je tup2 coach bagi lawan. Ada sekali tu lawan kat padang turf kat stadium sanun tu. Ujan lebat..main dlm ujan..pehtu ramai yg tanggal tudung..pehtu balik hostel kena marah ngan Atam. Atam ni mcm warden..tp bukan warden la..tinggal kat hostel tu jaga kitorg. Bebudak hostel kena pakai tudung..jadi dia marah la..hoho.. Atam ni ms tu mmg bebtul jaga kitorg. Ada sekali tu tah cemna aku cuti..pehtu balik hostel pakai baju biasa..dia panggil.Kena marah gak.. sbb kalo balik hostel kena pakai baju rasmi or uniform sekolah. Masa tu aku balik dr spital. Mak aku admit kat spital Ipoh, jd dari spital terus la ayah anta balik asrama..kena marah..aku tak ingat masa tu aku defend ke tak diri aku. Maklum la bangang2 masa tu kan.Tp aku ada ckp aku dari spital. Tp alasan tidak diterima. Tkpe la..org ada kuasa kan.. Tah mana la Atam tu kan skang ni..tingin gak nak jumpa dia..
Eh..aku mana satu dlm gmbar ni ek..ada la tu..mmg ada je rupa aku (my dear siap ckp-kecik je..hoho)
Tp ms sek menengah ni aku aktip gak sukan2 nih. Aku pelari jarak jauh utk rumah sukan aku. Suma lumba lari jarak jauh (400m,800m,1500m,4 x 400m) mmg dlm tgn aku la. Mana tah suma piala2 tu. My dear mcm tk pecaya jer..sbb aku skang ni joging blum 100m dah mengah mcm hapa je. Haha. (ini kena carik piala tu kat umah..tunjuk kat dia..baru dia percaya agaknya). Fit dan kuatnya stamina time tu kan..uhuk..memori2..

Dan ini pulak masa kitaorg dah senior. Form 5 gitu. Ni siap pinjam baju junior2 nih. Sbb apa tah masa tu kitaorg tak dibagi baju tu. Agaknya sbb kitorg nak blah dah kut dari sekolah tu. Ini je la tinggal duk hostel batch aku ms tu. Lain ramai dah kuar hostel..berulang je dari umah. Form 5 thn - 1996. Tp kami2 tak sekelas la. Ada kelas sains,ada kelas Perdagangan (Perd kan derang panggil..cehhh..haha).
Masa ni ada diner kut. Kenangan woo aku tgk gmbr ni. Kan dulu time pakai kodak [pilem] tu je. Aku ngan bes fren aku tu (Zirah) da siap share kodak nih..36 keping - 18 sorang. Lepas tu beria la posing. Posing ngan admire memasing (aku ilang ingatan sapa nama budak junior lelaki tu..tp hensem gak dia..ke aku ada gmbr ngan dia eh..)
Lepas tu da abis majlis tgk no. kat kamera yg kira roll pilem tu tak gerak2. Yg kitaorg igt ada lagi la pilem tu. Posing lagi kat ruang tamu la, dorm la. Esok nyer tu gigih kuar gi Taman Cempaka (er,...kuar curi2 rasanya) nak cuci gmbr. Tk sabar ni nak tgk. Tup2 amoi cina tu kata takde gmbr. Pilem tu tak roll..Argh...bagai tak percaya. Lebih gile kitorg suh gak cina tu cuci..kut2 la ada gmbr. Haha. Hasilnya mmg takde la. Budus giler rasanya ms tu. Sapa la masukkan pilem tu dlm kamera tu ah. Dulu kalo nak masuk pilem kena bbetul kat gigi2 dia tu supaya dia leh roll kan. Ha..tensen giler... Zirah ko ingat tak peristiwa nih.

Haha. Ala..ini je ke derang tempek. Kena tggu lagi la nak tgk gmbr lain. Aku nak tempek..nenati la. Aku idak la rajin dan gigih mcm derang nak men scan gmbr bagai.. tunggu je lah..tp kalo aku rajin..aku scan gak..ada gak gmbr aku da ready nak scan retu..tah mana aku taruk tah.

Nati aku nak smbg gmbr masa kat uitm lak.

Pnstoberi : tgk gmbr2 lama rasa mcm baru je peristiwa ni berlaku

10 August 2009

~B.U.N.G.A~


Bunga.
Okid lah.
Haha. Rindu itu iklan.

So, last Sunday..went to Floria 09 @ Putrajaya.
Last Day. Org ramai. Pegi smbil menutup idung. Tp tk guna mask. Cuma tisu shj.
Kenapa tk guna mask. Saja. Lemas.

Cuaca tk berapa panas ms k;org smpai coz ms nak masuk hway Sg. Besi tu ujan turun renyai2. Jd. Sudah bersiap sedia dgn sekaki payung (bcoz last year aku dan 4 org kawan tpaksa berimpit di bawah satu payung kecil)

Tp..walo cuaca tk panas..peluh ttp menjejes..peluh tiak la gak. Amik gmbr di sana. Amik gmbr di sini. Smpai my dear da komplen "suma tpt nak amik gambar nyer"

Tahun ni lebey kuang thn lps gak. Cuma tpt utk gerai2 makan agak luas. Mungkin lebey selesa. Aku tak makan pun. Kuasa lah. Dh kul 4 lebey da masa tu.

Tkde apa nak citer pun. Ada gmbr sesket aja nih. Sama mcm org2 lain yg amik gmbr tu kan.

Bergambar kat monumen feveret aku iaitu buah stoberi, monumen 1 Malaysia dan ntah monumen apa lagi tu tah. Buah stoberi tu tk silap aku kat Taman Jabatan Pertanian. Boleh angkat2 rupanya stoberi tu..nyaris tak hangkut masuk dlm incik Atoz ajek.. :)


Dan lain2 gmbr. Seperti biasa..gmbr ngan my dear amik sndiri ajek. Jadi napak gumukzzz lah. Mmg dia takmo nak suruh2 org lain tolong amikkan gambar. Aku nak ckp kan pun dia tak kasik. Pemalu sungguh la my dear aku nih.

8 August 2009

~Makan Sengkuang La Plak~

Penah makan tk sengkuang kat Taman Tasik Permaisuri kat Bdr Tun Razak Cheras tu?
Aku ada gak la dgr citer yg kata sengkuang situ sedap. Tp tk penah la nak try sbb dulu aku tk berapa suka sengkuang.

Tp skang kan da byk menda yg dulu aku tk makan/aku tak suka, aku da mula makan cam keow tiow. So, tetiba mcm nak makan sengkuang kat Tasik Permaisuri tu. Ekceli aku baru 2x je pi Tasik Permaisuri ni. Dulu rasa mcm jauh je. Kalo ptg2 nak pi Tasik pun slalu pi kat TTWangsa. So, nak tukar angin pi la Tasik Permaisuri. Dkty je benarnya. Idak la jauh sgt. Tp kalo weekday mmg masak la sbb nak nyampai ke sini mmg la jem banget. Tp weekend laju jer. 10minit ajek dr umah aku.

Kat Tasik Permaisuri ni rasa much better dr TTWangsa la. Sbb paking dia sng dari TTWangsa. Kat TTWangsa tu nak paking, Masyaallah.. pehtu jalan mcm sempit jer. Tp kat Tasik Permaisuri ni sng sket la nak paking. Jalan pun cam luas.

Jadi ptg td plan nak joging. Tup2 my dear tido smpai kul 6..pehtu dgn panasnya. Trus kata nak jalan2 kat Tasik tu je. Dan aku pun trus la suggest nak makan sengkuang tu. Tp...yg utama aku nak pi sana ialah nak beli ini ....



Ha..air limau kasturi asam boi. Sedap wes air ni. Tp air ni bukan beli kat Tasik Permaisuri. Kat pasar malam (petang) yg berhampiran tasik tu. Eh..tk la hampir sgt. Kat mana yer pasar malam ni. K'org pun jumpa pasar malam ni secara kebetulan. Dlm 2 bulan lps kut..saja jalan2 naik keta satu petang tu ternampak pasar malam, trus benti. Aku rasa kat Jalan Jujur kut pasar tu. Tk la besar pun pasar malam tu. Dan k'org penah pegi pasar ni semata2 nak beli air limau kasturi tu. Sedap lah. My dear pun suka.

Td ptg kitaorg pi pasar tu dulu. Beli air limau feveret nih, beli jagung pehtu baru pi Tasik Permaisuri carik sengkuang. Org jual sengkuang ni mmg jual kat keta je. Aku ingat ada sorang je la meniaga sengkuang. Tup2..ada 3,4 keta jual sengkuang. Sudah..mana satu nak beli. Jd aku amik keputusan carik tpt yg ramai org tgh beli. Makanya beli kat satu kakak nih. Besau sengkuang dia. Taruk sos merah pehtu kacang yg dah diblend. Byk giler kacang dia. Jd camni la bentuknya. Singgit sahaja. (tgn my dear yg pegang tuh..dia baru nak makan, aku ckp aku nak amik gambo dulu.Hoho..dia pun kata "pulak...ha..nah amik..amik dulu, lg apa nak amik" hoho..sker camtu tau..smpai skang ni..apa pun dia mesti kata "ha..taknak amik gambar..masuk blog?" Perli ke ikhlas tah.. )



Sedap...tp aku rs sama je kalo beli kat org2 lain pun yg meniaga kat situ. Kat situ org meniaga kebanyakannya jual sengkuang. Mcm da jd trade mark la plak Tasik Permaisuri tu ada jual sengkuang. Jadi..jom makan sengkuang.


Puanstoberi: Ada org kata pompuan tk buleh makan sengkuang ni byk2..errr..ye ker?? tp ok what..sejuk je sengkuang nih.

6 August 2009

~Kena kursus~

Cam biasa..setiap penjawat awam kena ada 7 ari dlm sethn utk berkursus.
Aku kira2 thn ni rasanya baru sekali aku pegi kursus (seminar). Tah apasal thn ni tk byk gi course. Igt dulu, bebaru sethn 2 masuk keja..asik muka aku je gi course. Course kat INTAN lah, in-house training lah, pendek kata ada je course,ada la muka aku. Ada muka aku, ada la course. Tp skang makin kurang.
Dan smlm dpt memo kata aku kena gi course. Tk jauh pun. Cuma sepelaung sahaja dari umah dan opis ku. Nak bermalam(overnite) jgn harap la kan. Tkpe la..itu pun org nak bg kita g course.

Course yg aku attend ni anjuran sykt swasta. Ari pertama da abis kul 4.3o td. Course kat The Legend Hotel. Makan dia buleh thn..tp paling aku sker dan sedap ada lah kek2,pastry, puding dia. (ke..sbb aku skang ni kuat mentekedarah menda2 berlemak2 camtu aku kata sedap) Tp mmg sedap lah. Siap ada buah2 ngan puff celup cekelat tu (err...apsal stoberi takde yer..kalo la ada..tak makan nasik pun tkpe). Tp td lauk2 utk nasik kureng sket la. Apa pun diulangi skali lagi..pastry adalah sedap. Esok nak makan pastry je lah..tkmo makan nasik.hoho.

Ini aku baru upload gambar participant. Ya..tk ramai. aku ngan akak yg duk ujung tu jer dari govt. Lain tu sykt swasta. Abg2 yg gagah perkasa kat blakang tu adalah dari agensi pemungut hutang. (Along?? bukan lah..derang ni pemungut hutang berlesen dan profesional okeh)


Apa nak tulis nih..ada nak citer tp mcm blank. Ptg nih..mata cam ngantuk..tp malas mau tido..sat gi nak wat nasik goreng jer.

Emm..skang ni aku tgh gigih berjoging. Cdg nak buat ari 3 kali seminggu ke kan. Lps waktu opis aku trus zass ke tmn klcc. Tp..cam biasa la..oleh kerana aku bersalin salin baju kat opis kaki sebuk /kak nap rakan2 prihatin ku akan menanyakan soklan seperti:-
"nak gi mana Ida..ada lawan netball ker?" (tkpe la..dia pelik la kan ttiba pakai baju sukan..slalu ada lawan netball ke apa ke baru pakai baju sukan)
"Ida gi joging yer..rajinnyerrr (huh! tk sker tul aku ngan ayat "rajinnya...". kdg rasa mcm perli, kdg rasa mcm derang jeles jek..tp..suka aku la..da aku rajin..kalo korang nak bdn korang pun sihat..rajin2 la bersenam)
Dan bermacam lagi lah soklan yg mmg aku malas nak layan tp terpaksa layan.
Patutnya bila da tau kita nak bersenam, bg la support sket..takyah la nak gelak2 menyindir sambil tnya soklan tu.

Tah..derang ni kadang aku tgk mcm bukan dok kat KL..mebi "budaya" gomen tu melekat kat jiwa kut..kadang mcm derang ni takde la nak buat xtvt outdoor/berlibur/berhibur ni. Sama la mcm aku kata aku karoke ngan kawan2 aku. Mesti derang kata "waah...gi karoke" mcm bunyik cam aku pi tpt jahat je(ke nak kutuk..sore tak sedap lagi mau gi karoke..tp...ada aku kesah..hoho)

Apa la..wey..karoke kat Red Box Sogo tu takde apa2 la..tu pusat hiburan keluarga..tkde mcm ko pikirkan..tkde hidang arak ke,tkde gadis2 seksi.. eiiww...mls nak cakap. Bukan la aku kata aku je bagus kat situ..tp ada la segelintir mcm seswatu kalo kita joging ke after work, kalo kita berkaroke ngan kawan ke (tentah kalo aku citer tgk midnite pun jd bhn gak). Mak aku pun tk kesah, derang lak mcm pelik2.

Owh ya..iklan master UM da kuar la. Ada open day dia..bila ke tah..kat Kampus Kota..kata mana tu ah??
Kena tgk balik kat paper mingguan retu ni. Kemasukan utk Disember..emmmmm......aku tgh pikir2 ni..nak buat ke taknak. Aku rasa aku nak gamble je lah. Thn lps aku da postpone kan sbb aku nak concentrate kat wedding..thn ni lak konon2 aku takut ter peknen..lps tu konon mcm nak beli umah..tp suma tu aku tgk nan ado je. Baik aku grab this opportunity. Tkyah nak menanti seswatu yg tak kunjung tiba.Kang mula la bising kata umo da 30 tkde apa2 pun pencapaian. Padahal sendiri yg tangguh2 kan. Dah..dah..bangkitlah dari angan2.. kang terbazir lagi waktu. Kalo umo da 35 baru ko nak terhegeh2 nak smbg tak payah. Org da siap leh wat doctrate ko baru nak buat Master.

Aku kena revision balik vision aku. Hoho. Buat Master..da complete..try mintak jd lecturer. Yg pasti..aku mmg takmo la berlama2 di tpt keja aku skang. Kenapa?? ada la sbb nyer. Tp tatau la apa akan terjadi di masa depan. Tk buleh ckp gak..kang ter melantun lak ludah tu ke kepala hotak sendiri.. jenuh lak menjilat nyer balik. Eii...jijik lah.

Tp mudah ke aku nak wat part time study ni. Aku rasa buleh kut..lgpun aku skang ni masih post 27..(ini pun slh satu sbb kenapa aku takmo mintak post 41 retu sbb kalo 41 sure la ko tak leh bersenang lenang nak wat asggmt ke apa ke..byk keja weh jadi 41..kalo 27 leh lagi mengulo2)
Dan kalo aku further study takde la org sibuk2 nanya bila nak beranak..derang leh la wat spek sendiri yg aku saja takmo beranak sbb nak study.. hoho..ada aku kesah???? lalalalala.... :P

Oklah..nak kul 7 ni..ye yer mcm tatau nak wat entry apa..ttiba panjang..apa kes entah.

4 August 2009

~Akhirnya.....

Akhirnya apa nih? Hoho (gelak jahat dulu)
Gara-gara posting ini ..
Juga merebak2 di fesbuk berikutan status yg mengatakan ku hepi.. makanya ramai yg meneka berita baik tlh terjadi..hoho.. (gelak jht lagik)

Hoho. (comey kan booties tu..pink utk gegel,biru utk boboy) Hoho. Gmbr from here

Tk jadi aku nak teruskan surprise aku nih.
Kang makin ramai lak wat spekulasi nih.
Ingat nak bagi la sesapa voucher mekdi yg berakhir mac 2010 nati. Tkpe la. Nati wat soklan suprise lain lak kan. Bila tiba masanya.. Hoho.

My dear friends..my dear adik-adiks, yg puanstoberi dok hepi kan tu sebenarnya adalah ini....





CUSTOM ALBUM KU......


Hoho..kan..pnstoberi penah citer yg custom album wedding kat Perak ada poblem.
PG sana wat hal. Janji tinggal janji..main sub kat org pulak..haiya...
Dan...akhirnya puanstoberi wat la dgn PG lain. Yg wat promosi kat opis masa Promosi Kerja Kahwin last month.3 minggu siap.

Puas ati ai. Dpn belakang ada gmbr dicetak. Buat kat GI Photoshoot. Opis derang kat SS 14. Ahad retu amik. Ini web derang : http://www.giproduction.com/.
Rega buleh thn la sbb retu ada dlm 5 PG la yg masuk buat promosi nih..rega album derang la paling reasonable. Tp tatau la kalo pakej skali amik gmbr cemana. Tp aku rasa ok kut. Derang pun ok. Kalo kita tak cerewet derang pun ok je.

Dan...stlh 8 bln dpt la tgk custom album yg ai tunggu2, idam2.

Haha..berkenaan sedara mara tu..
yelah..masa raya nati kompem la derang tanya "Da..mananya album gmbr kawen kamu?? nak la tgk"
Ha..takkan la ai nak kata "tak siap lagi"
Tak ke haru biru dan malu rasanya. Dulu beria ber photographer bagai..tgk gmbr tak canggih mana. Mana buleh..baju berwarna ijau pucuk pisang pun buleh bertukar jd kaler ijau katak pisang. Hoho.

Nak tunjuk album sticky sahaja? No. No. No. Ai nak custom gak. Ai kan mmg mengada. Hoho.

Skang ai da puas ati la.
Ai ada custom utk kawen di Perak.
Ai ada coffee table book album utk kawen di PJ.
Dan ai ada sticky album utk kedua2nya.
Tak lupa ai ada sticky gak utk majlis makan beradap di opis ai sendiri..
Hoho. Complete.

Jadi..ai suka la...itu shj..
Ai tak pregnant la kawan2..
Tp..doa dan spekulasi tu mungkin akan termakbul satu hari nati...lagi2 menghampiri Ramadhan ni kan.. mengambil kab ba ro kaf alif ta nun.... Aminnnn...

So..kalo entry sblm ni buat korang tersilaf tafsir.......



Bye...

Pnstoberi: masih mood happy..dun wori..
Za-jgn marah ek..akak harap doa Za tu termakbul.
Shah- aku tak memalu dah gitau apa yg aku seronokkan nih.
Kak Lyn (dr fesbuk) - da boleh joging kan...
Hasta (dr fesbuk gak) - ini la perkara sebenar..aku terima congrate ko in advance. hoho.
Dee (dr fesbuk gak) - yu teka nk betul dah ler..ai rasa ai buleh belanja yu ni..yu mmg alert tau ngan perkembangan ai kan..igt je apa yg kita penah ckp/citer..
Sue - hik hik..aku nak gelak jer..

3 August 2009

~Akhirnya Penantian Berakhir~

Kompiden okeh letak tajuk tu.
Hampir 8 bln aku tunggu.
Akhirnya smlm impian ku jadi kenyataan.

Sgt2 teruja a.k.a hepi a.k.a excited dan suma la sewaktu dgnnya bila sesuatu yg kita hajati tu dapat terlaksana.
Mesti korang tau kan perasaan dia macamana.
Bila sesuatu yg kita da tunggu sekian lama da ada di dpn mata.

Dan skang aku seronok jer...
Rasa nak senyum jer...

Takde la rasa serba salah bila berhadapan dengan sedara mara di Hari Raya nati.
Baru la seronok memakai pakaian sedondon berwarna ijau pucuk pisang bersama my dear. Ewah...

Tp apa ek aku gembirakan sgt tu yer??? :)

1 August 2009

~meh la makan laksa : Resepi~

Laksa utara adalah fav food aku sejak dari kecik lagi.
Mak mmg pakar la buat laksa utara nih.
Tp..aku rasa laksa yg slalu mak aku buat ni laksa kedah kut.
Rasanya kalo laksa Penang slalu ada taruk nenas.
Tp..aku penah gak makan laksa kat Penang,kat area tepi pantai Bt Feringghi tu..takde pun dia buh nenas. Aku mmg tak sker style laksa yg ada nenas pehtu ikan dia seketui seketui mcm kita buat masak asam tu. Yg slalu kat old town ke laksa shack tu.

Aku buleh la masak laksa style mak aku buat ni.
Dh byk kali gak aku buat makan2 kat umah,, buat menu laksa ni.
Dan smlm macam tingin nak makan laksa buatan sndiri.
Jadi pg td pi la pasar, beli la barang2 nak buat laksa.
Hasilnya....jadilah ini.


Sayur-sayuran..ada cili padi di celah2 cili masak itu..laksa ku kali ini tak pedas..sgt tidak meletup kerana ada sedikit masalah teknikal. Ku pikirkan cili kering ada stok lagi. Retu gi care4 mmg tak beli pun cili kering sbb kompiden ada stok cili kering..rerupanya nan ado. Terpaksa la incik somi gi beli cili giling yg da siap dalam pek tu. Sgt tidak berkenan sebenarnya guna cili giling tu..tp terpaksa suda...da lmbt da nak gunting,rebus,blend cili tu. Dan cili giling tu tak pedas..sebagai alternatif lain kpd lidah aku yg sker pedas ni kena la kunyah cili padi tu..tu pun seb bek beli kat chowkit cilipadi tu..dpt la yg pedas..kalo beli kat care4 ke dapat la ko cili padi akar yg tak pedas langsung tu. Utk my dear mmg sdg elok la bcoz dia bukan selidah dgn ku. Huhu.


Setelah ditaruk kuah..pekat amat sbb guna sekilo ikan sardin utk sukatan 2 org makan. Sebenar aku tak suka kuah laksa pekat ni..tp..tak kesah lah..buleh ajer. Mcm ada yg kurang disitu..


Ha..ni baru betul..tu cili masak tu..sekadar hiasan je tu..ada da cili padi hijau di celah2 kuah laksa pekat tu.

Alhamdulillah...puas ati rasanya masak sendiri. Dapat gak bagi satu tupparware kat org sebelah.Ada lagi tu. Nak ngada2 tempek resepi buleh?? haha..laksa sonang camni ada ke org tatau buat..huhu..

Laksa Utara (tatau la Kedah ke Penang)

Bahan-bahan (utk makan 2-4 org)

Utk kuah
-Sekilo ikan (ikut suka samada ikan kembung ke sardin..aku sker pakai ikan sardin sbb mak kata lebey lemak..tatau la kan..nak pakai sardin tin pun buleh..tp aku tak penah la plak buat)
-Cili blender (dlm 3 senduk ke..tp ikut kesesuaian la..tak sker pedas jgn taruk byk..kang buat hal lak berulang ke toilet)
-Bwg besar sederhana besar 2 bijik. Bawang merah pun buleh gak.
-Nak buh bawang putih pun buleh..tp jgn byk..buat rasa2 je.
-Belacan (nak lagi bes dan buat org sebelah umah terbau2..anda hendaklah membakarnya sedikit..tp jgn smpai hangus..nati abis laksa ko pahit giler..penah akak ipar aku ter bakar belacan tu smpai hangus..pahit giler kuah laksa tk buleh makan.. tp kalo jiran dah ter bau pepandai la bagi barang sepinggan dua laksa tu nanti)
-Kalo tak sker belacan, sepupu ku kata buleh diganti dgn kiub ikan bilis. Aku buh gak walo aku da taruk belacan..tp tk byk la..dalam suku shj dari seketul kiub tu..kang terasa ikan bilis lak laksa tu)
-Daun kesom (err...apa ke nama lain daun ni.lupa lak aku..tp daun yg buat masak asam tu)
-Bunga kantan
-Asam keping
-Garam secukup rasa
-Sedikit MSG (if guna la..tak buh pun takpe)

Utk sayur
-Sepokok daun salad. (nak bes salad yg pokok..kalo yg bulat tu kureng sket..tp kalo takde hentam kan saja)
-Timun
-Bawang besar
-Limau kasturi
-Cili masak/cili padi

Dan jgn dilupakan bahan asasnya iaitu laksa. Beli la sekilo. Td aku guna laksa yg dah siap rebus tu. Dia mcm mee, cuma celur ngan air panas sekejap. Slalu aku guna laksa kering.. saja nak try laksa ni plak. Ok gak rasanya.

Cara-cara
-Rebus ikan yang dah siap di siang bersama 2-3 keping asam keping.
-Bila mendidih ttp api, tggu sejuk sket dan blender. (masa nak blender kena asingkan tulang ngan isi. Mula blend isi dulu pehtu blend tulang temulang ikan tu)
-Air rebusan ikan td jgn dibuang. Buleh terus dibuat kuah laksa.
-Masa nak buh ikan yg dh blender dlm periuk tu, kena tapis supaya takde tulang ikan yg termasuk dlm kuah. Seksa nati masa nak makan kalo termasuk tulang ikan.
-Blend plak segala bawang,belacan. (td aku blend sedikit bunga kantan)
-Mula masak kuah. Masuk je suma bawang da blend tu.
-Masuk cili blender.
-Kacau..kacau
-Masuk garam..masuk kiub ikan bilis
-Masuk MSG
-Tunggu mendidih...berbau sedap je..masak le tu.

Dah siap..hidangkan bersama sayur2 yg dipotong ikut selera memasing.

Simple banget laksa ni...kos utk suma tu tak smpai pun 10inggit. Puas ati rasanya dpt masak sendiri.

Pnstoberi: masak laksa pun nak kecoh kan aku ni..haha :P

~sesungut..eh!senggugut la~

Org slalu kata kalo pas kawen,sapa yg slalu kena senggugut tu nati dia ilang.
Iye ker??? tp b4 kawen dlu aku harap2 la yg kata2 org ni betul.
Tp...rupa2nya..kata2 itu tak berapa nak betul.
Senggugut aku masih sama.
Takde kurang takde terlebih.

Apa kes ari ni nak citer pasal senggugut.
Entah..reni baru aku mcm terpikir apa penyebab senggugut nih.
So..deras je aku mintak bantuan en goggle
Memula mesti la kat wikipedia kan.
Jadi incik wikipedia takrifkan di sini sebagai

Penyakit senggugut (PMS) merupakan himpunan simptom fizikal, psikologi, dan emosi yang berkait dengan kitaran haid wanita. Dianggarkan kebanyakan wanita pada usia boleh mengandung (child-bearing age) (sekitar 80 peratus) mempunyai sebahagian simptom PMS,[1] the official definition limits the scope to having symptoms of "sufficient severity to interfere with some aspects of life".[2] Simptom sedemikian biasanya boleh dijangka dan berlaku secara tetap semasa dua minggu sebelum haid. Biasanya simptom mungkin hilang sebelum atau selepas permulaan aliran haid.

Jadi apa lak puncanya senggugut nih

Punca sebenar senggugut PMS tidak difahami sepenuhnya. Sungguhpun PMS dikaitkan dengan fasa bulan (luteal phase), ukuran paras hormon seks adalah dalam lingkungan aras normal. PMS cenderung lebih kerap dikalangan kembar, mencadangkan kemungkinannya terdapat komponen genetik.[2] Pemikiran semasa mensyaki bahawa interaksi pemancar neuron-saraf-pusat dengan hormon seks terjejas.[2] Ia dipercayai berkait dengan kegiatan serotonin (sejenis pemancar neuron (neurotransmitter)) dalam otak.[8] [5][9]

Owh..begitu byk word bombastic di situ..word yg perlu kita minta bantuan incik google juga kalo nak memahaminya.

Ada gak kawan2 aku tk pernah rasa macamana sakitnya senggugut nih. Rezeki derang lah. Tp encik senggugut...err..tak buleh..ini penyakit pompuan jd kita namakan puan..ok..tp pada aku puan senggugut nih dtg menyerang sejak aku sekolah menengah lah..aku pun tak pasti la samada bebaru diterjah oleh period tu aku dh start senggugut ke aku lupa. Tp mmg pasti start dr sekolah menengah sbb aku igt ada satu hari aku hampir nak pitam dlm kelas. Peluh sejuk merecik2 kuar..aku da napak bintang2 tu..lps tu ada org antar aku balik asrama. Tp..ptg tu aku leh lawan lari plak. Haha.

Ha..camtu la rupanya kalo aku didatangi oleh puan senggugut nih. Aku tatau la aku nyer puan ni tahap teruk ke tak sbb bila tnya kat org lain ada yg kata amik masa smpai 2 ari utk ilang. Aku lak masa 1st day period je biasanya. Sekejap je...tp sakitnya...huiii...takleh digambarkan.

Aku tak la senggugut truk every each mth.. ada gak la mcm kejang2 perut sket..tp kalo dia teruk tu aku mula la mcm nak termuntah pun ada, berpeluh, sejuk suma kaki tgn, pucat suma ada la. Aku penah kena teruk gini masa aku kat uitm 2 kali which kawan aku terpaksa papah aku bwk balik bilik. Masa da keja..tgh kursus kat INTAN plak tu. Mmg tak leh tahan la..dgn muka pucat lesi tu aku pi tido kat surau. Hooo...horror tul kalo puan senggugut ni menyerang..hanya org yg pernah mengalami je tahu cemna perasaan tu. Hilang malu semua weh utk meminta kebenaran nak berehat kalo dia menyerang..yg penting kena tido.

Aku nyer ubat utk ilangkan puan senggugut ni adalah tido. Dulu kan ada panadol menstrual tu. Tp aku jarang la amik ubat pink tu. Ada org kata tak elok makan..tp mmg aku jarang makan menda tu. Skang da tak napak da ubat tu.Mmg tak elok la gamaknya kan. So, aku slalu telan panadol biasa tu je kalo tak thn sgt. Lps tu aku lelap sejam 2, bangun..Insyallah ok. Tp nak lelap tu kena la pikir cara yg paling selesa sbb kekejangan perut tu akan buat kita takleh baring cam biasa. So..kalo nak meniarap ke tertunggeng ka..ikut la kesedapan. (haha..laki aku penah terkejut tgk aku ttiba tido menonggeng..kahhhh)

Ada org kata gak kalo kita kena senggugut ni ssh nak dpt anak. Emm...tak jugak aku rasa. Kak Yang, kak ipar aku yg dok Johor tu (motip aku nak kata kak ipar aku dok Johor?? huhu) elok je beranak. 3 anak dia. Smpai la ni...anak dia yg sulung da umo 20 thn pun still dia diserang oleh puan senggugut nih.

Dan aku dpt dari artikel nih

Mitos 5 :

Kawan-kawan saya memberitahu bahawa senggugut boleh menyebabkan ketidaksuburan.

Fakta :

Senggugut tidak punyebabkan ketidaksuburan tetapi punca senggugut boleh menyebabkan ketidaksuburan. Terdapat banyak punca senggugut. Senggugut yang bepunca dari sejenis penyakit yang dipanggil endometriosis boleh menyebabkan ketidaksuburan. Kebanyakan wanita mengalami senggugut pada hari pertama haid dan ini dianggap normal.

So..aku tak rasa la senggugut tu jadi punca ketidak suburan. Cuma aku kena kenalpasti punca senggugut aku ni.

Dan setelah hampir 17 thn puan senggugut ni jd peminat setia aku hampir setiap bulan, aku dpt la buat kajian secara rambang (eceh...poyo ajek bunyinya) yg peminat setia aku ni mendatangi aku sbb 'angin' dan minum ais batu (bkn air sejuk p.ais tau..itu takpe..tp kalo air letak ais tu atau ABC ke).. kat org lain aku tatau..tp kat aku, aku rs itu la sbbnya. Lain org lain atonomi badannya kan (haha..atonomi ker??? ala..term yg ada tomi tomi bunyi dia kat blakang tu..tak reti tp nak gak guna..sapa tau sila betulkan puan stoberi okeh) Sbb bila perut aku kosong atau tak mentekedarah makan nasik sehari sblm aku nak period kompem aku menderita lah keesokkannya. Atau kalo aku minum ais mmg kena la. Mcm ada satu hari tu..kat kg..anak buah aku sakan buat ice blended (buatan sendiri..di blendnya ais guna blender mak dia) aku pun tmpng sekaki..esuknya menderita aku senggugut. Ha...camtu la. So..aku kena la penuhkan perut aku ni kalo agak2 nak didatangi "shbt karib" aku tu supaya tidak ada ruang2 utk angin masuk.

Aku dpt la petua2 gak supaya kurang senggugut ni. Ada yg kata kurangkan minum ais (err...agak susah). Ada gak aku bc jgn minum sambil berdiri (ini jarang2 la..tp kadang "ter' juga..tp mmg Nabi pun tak galakkan kita minum berdiri kan)

Dan aku ada dpt lagi dari sini

Petua 1 : Senggugut memang menyakitkan. Untuk mengatasinya, ambil sembilan biji pinang tua, dibakar hingga menjadi arang lalu ditumbuk halus. Campurkan secawan air suam dan minum sembilan hari berturut-turut dari hari pertama datang haid.

Petua 2 : Ambil segenggam halia dan tumbuk lumat. Masukkan halia ke dalam segelas air suam, apabila halia mendap barulah diminum air tadi didahulukan dengan selawat. Hasilnya senggugut akan hilang.

Petua 3 : Ubati senggugut dengan minuman air rebusan rumput jarum emas atau rumput rempah padang atau rumput cengkih padang semasa kedatangan haid atau sebelumnya.

Petua 4 : Ambil sembilan biji pinang tua , dibakar hingga menjadi arang dan ditumbuk halus. Campurkan dengan secawan air suam dan minum. Amalkan petua ini sembilan hari berturut-turut dari hati mula kedatangan haid. Insyaallah, mujarab

Petua 5 : Campurkan halia yang telah ditumbuk dengan serbuk lada hitam . Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan . Makan dalam 1 @ 2 minggu sebelum haid . Cara nak telan tu tak kisahlah macam mana pun . Tapi saya gunakan kapsul kosong lebih kurang 2 biji sekali makan .

Petua 6 : Semasa sakit ketika haid, hendaklah sentiasa meminum air teh pahit tanpa gula.

Dan satu lagi..mmg mujarab gak aku rasa..ubahlah gaya kehidupan ke arah yg lebih sihat spti bersenam atau pun berjoging. Seminggu 3 kali ke berjoging..ato malas sgt seminggu sekali dlm masa stgh jam ke kan..pun ok. Aku penah gak joging ni seminggu sekali satu ketika waktu dulu..mmg ok gak..tak sakit sgt kalo senggugut pun. Skang aku mmg nak mulakan balik joging ni..rasa lps opis trus direct ke tmn KLCC atau TTwangsa. Kena ubah la sket life style nih.. Lagipun retu ada kazen aku ckp kalo nak cpt "lekat" slalu la joging n minum air kelapa (err..kat sini aku sdkt kompius sbb ada yg kata air kelapa ngan air tebu buat kita ssh nak "lekat". Tp air tebu mmg sejak kawen aku da tak minum. Air kelapa mmg aku 'kureng').

Haha. Jd blog kesihatan lak entry aku kali ni. Tkpe lah..utk reference aku gak. Takde la nati ssh payah aku nak google lagi petua kan.

Pnstoberi: Yang penting amalkan gaya hidup yg lebih sihat, baru kita dihindari pelbagai penyakit.

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign