Pages

20 August 2009

~Cerita H1N1~

Dah berapa bulan dah kes H1N1 ni yer..rasa dah lebih 3 bulan kut.
Dari kes suam2 kuku dulu dah hampir nak panas dah [menggelegak je blum].
Sblm ni mcm malas je nak citer.
Sbb takde citer menarik pun berkaitan H1N1 nih. Suma org duk citer menda yg sama.

Pasal pakai mask pegi jalan2.
Pasal org dkt ngan kita demam n doktor suspect H1N1 dan bila dpt result rupanya hanya demam biasa [errr...2,3 org staff kat opis ni suspect..tp bukannya kes itu. Clerk aku pun sama..udah suma mcm sesak nafas ms tau citer tu..lawak ah..].
Pasal nak carik mask punya susah sama susahnya mcm nak carik gula [weiii....aku nak wat puding jagung utk buka umah mertua di hari pertama puasa nati, tp smpai la ni aku tak dpt beli gula lagi weh..cemna ni..abis satu cokit aku tanya takde..reni nak try tgk kat Jusco plak..alaaaaaa...frust]
Ya..kes H1N1 mengakibat Menteri berkaitan tak berapa nak glamer mcm Menteri2 yg lepas yg bila mana kes gula takde,kes gula disorokkan makanya tetiap hari la kuar muka pak Menteri tu kat TV utk meyakinkan rakyat yg bekalan mencukupi. [Atau mungkin dia tak mahu se glamer anaknya itu] Huhu.
Tp berlainan tahun ini yg mana Menteri Kesihatan lak glamer abis. Sapa ke nama Menteri Kesihatan itu. Owh.. Dato' Sri Liow Tiong Lai [hik hik..aku google utk dapatkan full name dia.. Danggg...penjawat awam apakah aku ini??? :p ]
Tp..mana nak beli gula ni..geram haku. Haishhh..

Ok..citer pasal H1N1 balik.

Td la..dlm kul 4 gitu..tgh sibuk berdiskusi dgn rakan se dept ketika itu..[ahahaha..diskusi la sgt kan] dpt panggilan telefon.
Si pemanggil tidak memperkenalkan diri. Hanya bertanya namaku. Mula aku igt bebudak opis ni saja nak ngenakan aku sbb suara mcm nak memain je.
Katanya nak buat aduan berkenaan penyakit H1N1. Aku mcm..erkk...apa kes buat aduan kat aku nih.
Lepas tu cakap punya cakap..rupanya dia nak mengadu lah yg security kat bangunan kitorg sewakan tu tak pakai 'mask'. Penyewa kat situ pun tak pakai 'mask'. Dia kata macam management kitorg tak serius la menangani masalah H1N1 nih. Takde tampal notis suh pakai penutup hidung.
Aku mcm.."errr...apa hal nih?"
Byk la dia bla..bla..bla...
Tp..aku terima je aduan tu..dan aku kata aku fwd lah aduan dia tu ke bhgn yg berkaitan [sbb dia kata security tu..jd aku kena fwd ke unit yg jaga security lah..]
Aku layan call tu sbb mulanya aku igt dia nak tnya pasal sewaan ke, pasal bangunan ke..rupanya dia nak buat aduan H1N1.
Pulak tu tak mahu bagi nama..dan nak tau nama aku lak. Tkpe..aku tak kesah..aku bg je nama aku. Apa dia nak buat..nk gi ngadu kat Kem. Kesihatan? Heh!
Nak lagi bes..dh pjg dia bla..bla..tu aku tnya dia dari mana then aku kata 'i igt u dr Kem. Kesihatan ke?' ha ha.

Idak..aku tak kata dia tak leh buat aduan.
Tpnya kalo nak pikir secara logik la kan..ko buat aduan utk bangunan kitorg yg berapa org je ada dlm bangunan tu.
So, kalo ko pi SOGO, ko naik LRT..adakah ko nak buat aduan pada management SOGO, management Rapid KL tu yg org awam tak pakai 'mask'. Ha..cemna?? Atau..mmg dia da buat la aduan pada suma tu.
Pihak Pengurusan kitaorg ke yg perlu paksa suma org??? Haha. Lawak pun ada aku rasa.
Abis tu retu aku pi Hosp Kajang tu..ramai org tak pakai 'mask', nurse suma pun tak pakai 'mask', aku kena buat aduan eh?? Itu lagi la hospital..HOSPITAL okeh! Aku tak napak sebijik notis pun suh kita pakai 'mask'. Jadi???
Itu inisiatif kita la utk kita sendiri nk pakai mask ke tak kan. Mcm pi tpt sesak mesak cam kat MITC Melaka masa Hari Peladang tu kan..ramai org..ramai tak pakai mask..aku kena buat aduan la camtu kut kat organizer dia. Kat situ lagi la ramai org..dan sebijik notis pasal H1N1 aku tak napak pun. Ha..

Entah..lantak la. Tp aku dapat agak dr suara pemanggil misteri itu beliau adalah kam laf ya nga. Tkpe la..pas ni sila buat aduan kpd mgt Jalan Tar, mgt Rapid KL, mgt SOGO, mgt Jusco [ya..ni suma tpt saya suka pegi..tp saya da lama tk pegi sbb takut..] owh..satu lagi mgt Jakel juga. Sila ya dan paksa mgt mereka juga bekalkan 'mask' kpd pengunjung yg tak ttp idung [saya guna saputangan yer] saya nak shopping baju raya di SOGO nih..asik tertangguh sj sbb H1N1 ini. Malas saya nak bersesak...saya takut saya tak smpat nak beli jeans kang..

Puanstoberi: Tgk dan jaga diri kita sendiri sblm nak tgk dan jaga diri org lain.

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign