Pages

Showing posts with label penyakit. Show all posts
Showing posts with label penyakit. Show all posts

4 January 2013

Sayangi Jantung Anda


Apa yang menyebabkan jantung bengkak? Pertanyaan ini telah ditanyakan banyak orang, khususnya bagi mereka yang tengah belajar di dunia kedokteran atau mereka yang terkait langsung dengan penyakit ini.

Namun, meski telah berulang kali ditanyakan dan dijawab, jantung bengkak tetap menjadi obyek penelitian yang menarik. Tidak mengherankan jika para pakar kesehatan terus melakukan penelitian dan pengkajian mengenai penyebab jantung bengkak. Dan hasilnya, ternyata jantung bengkak disebabkan oleh hal-hal berikut ini.

Jarang olahraga 
Penyebab pembengkakan jantung yang pertama adalah jarang berolahraga. Tubuh yang jarang berolahraga jarang mengeluarkan keringat. Resikonya terjadi kelebihan berat badan (obesitas). Ini sangat berbahaya karena membuat jantung bekerja lebih keras dan menyebabkan terjadinya pembengkakan pada jantung. Bukan hanya membuat jantung bengkak, tidak rajin berolahraga juga beresiko menyebabkan penyakit jantung koroner dan tekanan darah tinggi.
Kelainan jantung sejak lahir 
Tidak semua orang lahir dengan jantung normal. Beberapa orang mengalami kelainan jantung atau yang biasa disebut sebagai penyakit jantung bawaan. Contohnya, seperti jantung bocor atau timbulnya lubang pada jantung. Ini membuat jantung harus bekerja keras karena tidak sempurnanya organ jantung. Jantung harus memompa lebih keras dan itu sangat potensial menyebabkan terjadinya pembengkakan jantung.
Otot jantung lemah 
Otot jantung melemah bisa disebabkan beberapa faktor seperti serangan jantung. Otot jantung yang lemah membuat jantung bekerja lebih berat untuk memompa darah ke seluruh tubuh. Semakin lama hal ini terjadi, semakin tinggi resiko terjadinya jantung bengkak.
Tekanan darah tinggi 
Terjadinya tekanan darah tinggi membuat jantung bekerja lebih keras. Ini sangat berpengaruh terhadap peluang terjadinya jantung bengkak. Apalagi umumnya penderita tekanan darah tinggi biasanya jarang menyadari jika terserang penyakit ini. Pasalnya, penyakit ini nyaris tanpa gejala berarti. Untuk itu, sangat baik untuk memeriksakan tekanan darah pada pihak medis untuk mengetahui secara pasti tingkat tekanan darah Anda. Agar jika terjadi tekanan darah tinggi bisa segera diobati supaya tidak merembet menyebabkan jantung bengkak.
Kerusakan katup jantung 
Rusaknya katup pada jantung juga potensial menyebabkan jantung bengkak. Kerusakan katup jantung tersebut bisa disebabkan oleh demam rematik atau karena sebab lainnya. Karena organ yang tidak lagi sempurna, membuat jantung harus bekerja ekstra keras untuk memompa darah. Kerja jantung yang berlebihan tersebut yang kemudian menyebabkan terjadinya pembengkakan jantung.
Dari lima penyebab jantung bengkak, empat di antaranya disebabkan karena penyakit lainnya. Jadi boleh dikatakan bahwa jantung bengkak merupakan penyakit lanjutan dari suatu penyakit.

Memang, ini bukan hal yang aneh pada suatu penyakit. Sering kali sebuah penyakit mengakibatkan terjadinya efek beruntun pada penderitanya sehingga mengalami beberapa penyakit sekaligus.

Yang paling ditakutkan tentu saja efek dari terjadinya jantung bengkak. Saat seseorang sudah mengalami pembengkakan jantung, mereka sangat beresiko mengalami pembekuan darah dan kesulitan bernapas.

Akibat jantung bengkak tentu tidak mengenakkan. Karena itu jaga baik kesehatan jantung Anda. Sayangi jantung Anda agar tidak sampai terkena jantung bengkak.


*****
Yup. My mom skang ni di diagnosis ada jantung bengkak. Salah satu sebab, macam artikel ni katalah - tekanan darah tinggi. Semalam jumpa doktor di Serdang, dia kata kalo buleh BP kena maintain 110-120. Puh.. aku rs aku punya BP pun tak buleh nak cecah macam tu. Stress aku ni skrg. Dgn pikir exam lagi bagai. Rasa nak collapsed pun ada dah ni. Mujo ada 'soulmate' di sisi, yg menguatkan aku.
Jadi, aku harap, kengkawan yg membaca ni, doakan mak saya sihat, dan mohon dia kuat melawan sakit dia. Sbb semangat juang untuk melawan penyakit dia mmg di tahap yg lemah... :(

12 August 2010

~Pasal Nikmat Mendengar dan Melihat~

** Fadilat Terawih malam ketiga -Dipanggil oleh malaikat dari bawah Arasy dengan seruan mulailah kamu beramal sebab Allah telah mengampuni dosamu yang telah lalu.**

Allah SWT telah mengurniakan nikmat yang terhingga kepada manusia iaitu nikmat mendengar dan melihat.

Dgn nikmat kurniaan Allah ni kita kenalah menghargai serta menggunakannya di jalan yang betul sebagaimana dimaksudkan di dalam Surah Al-Araf Ayat 179:

Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.

Kalau lah kita dapat nikmat mendengar dan melihat ni dgn sempurna tp tetiba Allah nak tarik, walo sekejap, boleh tak tentu arah kehidupan kita ni.

There...maklum la bulan2 puasa ni, entry2 pun ala-ala keimanan ketaqwaan je kan. Hehe.
Bkn apa, aku nak share sama la experience aku ttg nikmat mendengar dan melihat ni. Tetiba je aku dilanda permasalahan mengenai kedua2 pancaindera yg amat berharga tu.
Tak la kata tetiba aku pekak dan buta (nyaris tak bisu skali), tp nak kata yg walo tak serius pun kita rasa tak selesa apatah lagi kalo tak berpeluang langsung menikmatinya. Itu lah perkara berharga yg tidak boleh disia-siakan. Tetiba dtg mood menginsafi diri. Huhu.

Ok lah, citer sebenar. Aku MC reni. Sbb nikmat mendengar dan melihat ni lah. Memula citer pasal nikmat mendengar ni. Retu kan aku syiok sgt dgn event kat Mali Cove tu. Org bg shower cap taknak pakai. Last2 air suda masuk tinger. Air klorin lak tu. (tentah air2 lain pun ada. bluwkk). Ini gara2 nak amik gmbr kat dlm air tu la. Udah la tak menang kan. Geram tak abes lagi nih.
Then balik umah, aku pun kasik korek2 la tinger. Skali kau..tersumbat agaknya segala 'wax' telinga tu, lantas aku kehilangan pendengaran seketika. Again..bkn la pekak trus. Tp tak selesa la. Lps tu kalo org berckp pun antara dgr dgn tidak je kan. Belah kiri ok, belah kanan yg poblem. Tmbh lagi kalo da pakai tudung. Masa nak gi keja retu akak jiran bwh umah aku ni ckp apa tah,aku ha kan je. Padahal tk dgr tu. Waa...terasa mcmana susahnya kalo pekak. Waa...tetiba trus insaf.
So, aku gi klinik, doktor bagi ubat ceramol utk cairkan wax. Tp still la pekak jugak. Smpai kepala aku da pening. So, pegi balik klinik iaitu ari ni lah. Doktor tu kata dia nak bersihkan tinger aku sbb ada wax yg melekat. Sekejap je. Dia cuci2 (takut woo tgk tpt cuci tu) lps tu clear da tinger aku. Lega rasa.
Ummm... tabiat mengorek telinga dgn putik kapas tu adalah salah. Wax yg kita panggil taik telinga tu bkn najis utk dibersihkan dlm telinga. Buleh gugel pasal menda ni- dan aku cut sket dr artikel yg aku jumpa.

Kesan mengorek telinga
Menjadi sesuatu yang lumrah bahawa apa sahaja yang dijenamakan sebagai ‘tahi’ itu perlu dicuci. Di sinilah timbulnya kesilapan yang pertama.
Lilin telinga terhasil daripada proses fisiologi dalam diri manusia. Amaun yang dihasilkan amatlah sedikit.
Apa yang menjadikannya banyak ialah tindakan kita yang sering mengganggu proses pencucian lilin telinga ini yang sepatutnya berlaku tanpa diganggu.
Rerambut halus yang terdapat dalam saluran telinga sebenarnya telah diprogramkan untuk ‘menyapu keluar’ lilin telinga ini. Disebabkan itulah bagi mereka yang tidak menggunakan putik kapas, akan terasa seperti debu-debu berhampiran dengan kawasan cuping telinga. Itu sebenarnya ialah lilin telinga yang secara automatik telah disapu keluar oleh petugas-petugas yang sentiasa bekerja di dalam telinga kita.
Apabila tugas mereka diganggu, maka semakin hari semakin banyaklah lilin telinga akan terkumpul dan terperosok ke bahagian yang lebih ke dalam. Sampai ke suatu tahap, kita akan mengalami apa yang dikenali sebagai kurang dengar jenis konduktif (conductive hearing loss).<--- inilah yg terjadi pada aku. Jadi, kesimpulannya, bersihkan la luar telinga je. Jgn la ditonyoh2 cotton bud ke dlm telinga. Kalo rasa mcm da tersumbat dan pendengaran kurang pegi la beli cerumol tu kat guardian ke watson ke. Titis la kat telinga. Kalo tak baik jugak pegi je jumpa doktor. Tkyah ke pakar telinga pun takpe sbb ini bkn masalah besar. Just dia cuci then da ok. Baru la clean n clear telinga kita. Hehe.

Seterusnya pada waktu yg sama mata plak buat hal. Apa pasal tah. Aku tnya doktor adakah ia berkaitan dgn cerumol yg aku titis kat telinga tu. Dia kata bukan. Yg buat aku makin pelik adalah masalah pada waktu mlm je.

Dia mcm org sakit mata (info : aku tak penah kena sakit mata), kan kalo org sakit mata dia bertaik je mata. Aku kena waktu mlm. Dlm kul 10 tu mula la ada mcm cecair tp eh. bkn cecair, entah la tatau nak kata apa, tp ganggu la penglihatan aku. Mcm kabur gitu sbb dia duk kat anak mata. Tgk tivi pun rasa tak selesa. So, bila tidur makin byk dan aku nak bangun pagi mata mcm melekat gitu lah. Pelik sbb malam je. Aku gi keja kat opis bla bla bla dia ok. Balik keja, mlm dia mula buat hal. Tp mata aku tak merah, tak gatal. Tgk la cemna, td doktor tu da bagi ubat titis. Eluk la kut.

So, itu lah kaitan nikmat melihat dan mendengar yg aku alami dan buat aku insaf (seketika). Huhu. Tu baru sket je Allah nak duga tu. Baik lah kita gunakan kedua2 nikmat yg Allah berikan tu ke jalan yg diredhainya - Melihat perkara2 yg baik dan mengawal pandangan dari melihat perkara yang dilarang oleh Allah serta mendengar perkara yang berfaedah dan mendamaikan. Moga kita mendapat keberkatan dari Nya. Amin.

Akhir kata : sayangilah mata dan telinga anda.

20 August 2009

~Cerita H1N1~

Dah berapa bulan dah kes H1N1 ni yer..rasa dah lebih 3 bulan kut.
Dari kes suam2 kuku dulu dah hampir nak panas dah [menggelegak je blum].
Sblm ni mcm malas je nak citer.
Sbb takde citer menarik pun berkaitan H1N1 nih. Suma org duk citer menda yg sama.

Pasal pakai mask pegi jalan2.
Pasal org dkt ngan kita demam n doktor suspect H1N1 dan bila dpt result rupanya hanya demam biasa [errr...2,3 org staff kat opis ni suspect..tp bukannya kes itu. Clerk aku pun sama..udah suma mcm sesak nafas ms tau citer tu..lawak ah..].
Pasal nak carik mask punya susah sama susahnya mcm nak carik gula [weiii....aku nak wat puding jagung utk buka umah mertua di hari pertama puasa nati, tp smpai la ni aku tak dpt beli gula lagi weh..cemna ni..abis satu cokit aku tanya takde..reni nak try tgk kat Jusco plak..alaaaaaa...frust]
Ya..kes H1N1 mengakibat Menteri berkaitan tak berapa nak glamer mcm Menteri2 yg lepas yg bila mana kes gula takde,kes gula disorokkan makanya tetiap hari la kuar muka pak Menteri tu kat TV utk meyakinkan rakyat yg bekalan mencukupi. [Atau mungkin dia tak mahu se glamer anaknya itu] Huhu.
Tp berlainan tahun ini yg mana Menteri Kesihatan lak glamer abis. Sapa ke nama Menteri Kesihatan itu. Owh.. Dato' Sri Liow Tiong Lai [hik hik..aku google utk dapatkan full name dia.. Danggg...penjawat awam apakah aku ini??? :p ]
Tp..mana nak beli gula ni..geram haku. Haishhh..

Ok..citer pasal H1N1 balik.

Td la..dlm kul 4 gitu..tgh sibuk berdiskusi dgn rakan se dept ketika itu..[ahahaha..diskusi la sgt kan] dpt panggilan telefon.
Si pemanggil tidak memperkenalkan diri. Hanya bertanya namaku. Mula aku igt bebudak opis ni saja nak ngenakan aku sbb suara mcm nak memain je.
Katanya nak buat aduan berkenaan penyakit H1N1. Aku mcm..erkk...apa kes buat aduan kat aku nih.
Lepas tu cakap punya cakap..rupanya dia nak mengadu lah yg security kat bangunan kitorg sewakan tu tak pakai 'mask'. Penyewa kat situ pun tak pakai 'mask'. Dia kata macam management kitorg tak serius la menangani masalah H1N1 nih. Takde tampal notis suh pakai penutup hidung.
Aku mcm.."errr...apa hal nih?"
Byk la dia bla..bla..bla...
Tp..aku terima je aduan tu..dan aku kata aku fwd lah aduan dia tu ke bhgn yg berkaitan [sbb dia kata security tu..jd aku kena fwd ke unit yg jaga security lah..]
Aku layan call tu sbb mulanya aku igt dia nak tnya pasal sewaan ke, pasal bangunan ke..rupanya dia nak buat aduan H1N1.
Pulak tu tak mahu bagi nama..dan nak tau nama aku lak. Tkpe..aku tak kesah..aku bg je nama aku. Apa dia nak buat..nk gi ngadu kat Kem. Kesihatan? Heh!
Nak lagi bes..dh pjg dia bla..bla..tu aku tnya dia dari mana then aku kata 'i igt u dr Kem. Kesihatan ke?' ha ha.

Idak..aku tak kata dia tak leh buat aduan.
Tpnya kalo nak pikir secara logik la kan..ko buat aduan utk bangunan kitorg yg berapa org je ada dlm bangunan tu.
So, kalo ko pi SOGO, ko naik LRT..adakah ko nak buat aduan pada management SOGO, management Rapid KL tu yg org awam tak pakai 'mask'. Ha..cemna?? Atau..mmg dia da buat la aduan pada suma tu.
Pihak Pengurusan kitaorg ke yg perlu paksa suma org??? Haha. Lawak pun ada aku rasa.
Abis tu retu aku pi Hosp Kajang tu..ramai org tak pakai 'mask', nurse suma pun tak pakai 'mask', aku kena buat aduan eh?? Itu lagi la hospital..HOSPITAL okeh! Aku tak napak sebijik notis pun suh kita pakai 'mask'. Jadi???
Itu inisiatif kita la utk kita sendiri nk pakai mask ke tak kan. Mcm pi tpt sesak mesak cam kat MITC Melaka masa Hari Peladang tu kan..ramai org..ramai tak pakai mask..aku kena buat aduan la camtu kut kat organizer dia. Kat situ lagi la ramai org..dan sebijik notis pasal H1N1 aku tak napak pun. Ha..

Entah..lantak la. Tp aku dapat agak dr suara pemanggil misteri itu beliau adalah kam laf ya nga. Tkpe la..pas ni sila buat aduan kpd mgt Jalan Tar, mgt Rapid KL, mgt SOGO, mgt Jusco [ya..ni suma tpt saya suka pegi..tp saya da lama tk pegi sbb takut..] owh..satu lagi mgt Jakel juga. Sila ya dan paksa mgt mereka juga bekalkan 'mask' kpd pengunjung yg tak ttp idung [saya guna saputangan yer] saya nak shopping baju raya di SOGO nih..asik tertangguh sj sbb H1N1 ini. Malas saya nak bersesak...saya takut saya tak smpat nak beli jeans kang..

Puanstoberi: Tgk dan jaga diri kita sendiri sblm nak tgk dan jaga diri org lain.

1 August 2009

~sesungut..eh!senggugut la~

Org slalu kata kalo pas kawen,sapa yg slalu kena senggugut tu nati dia ilang.
Iye ker??? tp b4 kawen dlu aku harap2 la yg kata2 org ni betul.
Tp...rupa2nya..kata2 itu tak berapa nak betul.
Senggugut aku masih sama.
Takde kurang takde terlebih.

Apa kes ari ni nak citer pasal senggugut.
Entah..reni baru aku mcm terpikir apa penyebab senggugut nih.
So..deras je aku mintak bantuan en goggle
Memula mesti la kat wikipedia kan.
Jadi incik wikipedia takrifkan di sini sebagai

Penyakit senggugut (PMS) merupakan himpunan simptom fizikal, psikologi, dan emosi yang berkait dengan kitaran haid wanita. Dianggarkan kebanyakan wanita pada usia boleh mengandung (child-bearing age) (sekitar 80 peratus) mempunyai sebahagian simptom PMS,[1] the official definition limits the scope to having symptoms of "sufficient severity to interfere with some aspects of life".[2] Simptom sedemikian biasanya boleh dijangka dan berlaku secara tetap semasa dua minggu sebelum haid. Biasanya simptom mungkin hilang sebelum atau selepas permulaan aliran haid.

Jadi apa lak puncanya senggugut nih

Punca sebenar senggugut PMS tidak difahami sepenuhnya. Sungguhpun PMS dikaitkan dengan fasa bulan (luteal phase), ukuran paras hormon seks adalah dalam lingkungan aras normal. PMS cenderung lebih kerap dikalangan kembar, mencadangkan kemungkinannya terdapat komponen genetik.[2] Pemikiran semasa mensyaki bahawa interaksi pemancar neuron-saraf-pusat dengan hormon seks terjejas.[2] Ia dipercayai berkait dengan kegiatan serotonin (sejenis pemancar neuron (neurotransmitter)) dalam otak.[8] [5][9]

Owh..begitu byk word bombastic di situ..word yg perlu kita minta bantuan incik google juga kalo nak memahaminya.

Ada gak kawan2 aku tk pernah rasa macamana sakitnya senggugut nih. Rezeki derang lah. Tp encik senggugut...err..tak buleh..ini penyakit pompuan jd kita namakan puan..ok..tp pada aku puan senggugut nih dtg menyerang sejak aku sekolah menengah lah..aku pun tak pasti la samada bebaru diterjah oleh period tu aku dh start senggugut ke aku lupa. Tp mmg pasti start dr sekolah menengah sbb aku igt ada satu hari aku hampir nak pitam dlm kelas. Peluh sejuk merecik2 kuar..aku da napak bintang2 tu..lps tu ada org antar aku balik asrama. Tp..ptg tu aku leh lawan lari plak. Haha.

Ha..camtu la rupanya kalo aku didatangi oleh puan senggugut nih. Aku tatau la aku nyer puan ni tahap teruk ke tak sbb bila tnya kat org lain ada yg kata amik masa smpai 2 ari utk ilang. Aku lak masa 1st day period je biasanya. Sekejap je...tp sakitnya...huiii...takleh digambarkan.

Aku tak la senggugut truk every each mth.. ada gak la mcm kejang2 perut sket..tp kalo dia teruk tu aku mula la mcm nak termuntah pun ada, berpeluh, sejuk suma kaki tgn, pucat suma ada la. Aku penah kena teruk gini masa aku kat uitm 2 kali which kawan aku terpaksa papah aku bwk balik bilik. Masa da keja..tgh kursus kat INTAN plak tu. Mmg tak leh tahan la..dgn muka pucat lesi tu aku pi tido kat surau. Hooo...horror tul kalo puan senggugut ni menyerang..hanya org yg pernah mengalami je tahu cemna perasaan tu. Hilang malu semua weh utk meminta kebenaran nak berehat kalo dia menyerang..yg penting kena tido.

Aku nyer ubat utk ilangkan puan senggugut ni adalah tido. Dulu kan ada panadol menstrual tu. Tp aku jarang la amik ubat pink tu. Ada org kata tak elok makan..tp mmg aku jarang makan menda tu. Skang da tak napak da ubat tu.Mmg tak elok la gamaknya kan. So, aku slalu telan panadol biasa tu je kalo tak thn sgt. Lps tu aku lelap sejam 2, bangun..Insyallah ok. Tp nak lelap tu kena la pikir cara yg paling selesa sbb kekejangan perut tu akan buat kita takleh baring cam biasa. So..kalo nak meniarap ke tertunggeng ka..ikut la kesedapan. (haha..laki aku penah terkejut tgk aku ttiba tido menonggeng..kahhhh)

Ada org kata gak kalo kita kena senggugut ni ssh nak dpt anak. Emm...tak jugak aku rasa. Kak Yang, kak ipar aku yg dok Johor tu (motip aku nak kata kak ipar aku dok Johor?? huhu) elok je beranak. 3 anak dia. Smpai la ni...anak dia yg sulung da umo 20 thn pun still dia diserang oleh puan senggugut nih.

Dan aku dpt dari artikel nih

Mitos 5 :

Kawan-kawan saya memberitahu bahawa senggugut boleh menyebabkan ketidaksuburan.

Fakta :

Senggugut tidak punyebabkan ketidaksuburan tetapi punca senggugut boleh menyebabkan ketidaksuburan. Terdapat banyak punca senggugut. Senggugut yang bepunca dari sejenis penyakit yang dipanggil endometriosis boleh menyebabkan ketidaksuburan. Kebanyakan wanita mengalami senggugut pada hari pertama haid dan ini dianggap normal.

So..aku tak rasa la senggugut tu jadi punca ketidak suburan. Cuma aku kena kenalpasti punca senggugut aku ni.

Dan setelah hampir 17 thn puan senggugut ni jd peminat setia aku hampir setiap bulan, aku dpt la buat kajian secara rambang (eceh...poyo ajek bunyinya) yg peminat setia aku ni mendatangi aku sbb 'angin' dan minum ais batu (bkn air sejuk p.ais tau..itu takpe..tp kalo air letak ais tu atau ABC ke).. kat org lain aku tatau..tp kat aku, aku rs itu la sbbnya. Lain org lain atonomi badannya kan (haha..atonomi ker??? ala..term yg ada tomi tomi bunyi dia kat blakang tu..tak reti tp nak gak guna..sapa tau sila betulkan puan stoberi okeh) Sbb bila perut aku kosong atau tak mentekedarah makan nasik sehari sblm aku nak period kompem aku menderita lah keesokkannya. Atau kalo aku minum ais mmg kena la. Mcm ada satu hari tu..kat kg..anak buah aku sakan buat ice blended (buatan sendiri..di blendnya ais guna blender mak dia) aku pun tmpng sekaki..esuknya menderita aku senggugut. Ha...camtu la. So..aku kena la penuhkan perut aku ni kalo agak2 nak didatangi "shbt karib" aku tu supaya tidak ada ruang2 utk angin masuk.

Aku dpt la petua2 gak supaya kurang senggugut ni. Ada yg kata kurangkan minum ais (err...agak susah). Ada gak aku bc jgn minum sambil berdiri (ini jarang2 la..tp kadang "ter' juga..tp mmg Nabi pun tak galakkan kita minum berdiri kan)

Dan aku ada dpt lagi dari sini

Petua 1 : Senggugut memang menyakitkan. Untuk mengatasinya, ambil sembilan biji pinang tua, dibakar hingga menjadi arang lalu ditumbuk halus. Campurkan secawan air suam dan minum sembilan hari berturut-turut dari hari pertama datang haid.

Petua 2 : Ambil segenggam halia dan tumbuk lumat. Masukkan halia ke dalam segelas air suam, apabila halia mendap barulah diminum air tadi didahulukan dengan selawat. Hasilnya senggugut akan hilang.

Petua 3 : Ubati senggugut dengan minuman air rebusan rumput jarum emas atau rumput rempah padang atau rumput cengkih padang semasa kedatangan haid atau sebelumnya.

Petua 4 : Ambil sembilan biji pinang tua , dibakar hingga menjadi arang dan ditumbuk halus. Campurkan dengan secawan air suam dan minum. Amalkan petua ini sembilan hari berturut-turut dari hati mula kedatangan haid. Insyaallah, mujarab

Petua 5 : Campurkan halia yang telah ditumbuk dengan serbuk lada hitam . Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan . Makan dalam 1 @ 2 minggu sebelum haid . Cara nak telan tu tak kisahlah macam mana pun . Tapi saya gunakan kapsul kosong lebih kurang 2 biji sekali makan .

Petua 6 : Semasa sakit ketika haid, hendaklah sentiasa meminum air teh pahit tanpa gula.

Dan satu lagi..mmg mujarab gak aku rasa..ubahlah gaya kehidupan ke arah yg lebih sihat spti bersenam atau pun berjoging. Seminggu 3 kali ke berjoging..ato malas sgt seminggu sekali dlm masa stgh jam ke kan..pun ok. Aku penah gak joging ni seminggu sekali satu ketika waktu dulu..mmg ok gak..tak sakit sgt kalo senggugut pun. Skang aku mmg nak mulakan balik joging ni..rasa lps opis trus direct ke tmn KLCC atau TTwangsa. Kena ubah la sket life style nih.. Lagipun retu ada kazen aku ckp kalo nak cpt "lekat" slalu la joging n minum air kelapa (err..kat sini aku sdkt kompius sbb ada yg kata air kelapa ngan air tebu buat kita ssh nak "lekat". Tp air tebu mmg sejak kawen aku da tak minum. Air kelapa mmg aku 'kureng').

Haha. Jd blog kesihatan lak entry aku kali ni. Tkpe lah..utk reference aku gak. Takde la nati ssh payah aku nak google lagi petua kan.

Pnstoberi: Yang penting amalkan gaya hidup yg lebih sihat, baru kita dihindari pelbagai penyakit.

22 May 2009

~TiBi~

Pehal tetiba tibi lak ni.
Bkn tibi televisyen tu tau.
Ini tibi penyakit tu ah.

Selama ni aku tak endah kan penyakit nih.
Tp bila baca artikel ni
Rasa mcm sng je penyakit ni berjangkit..
Tsssk..
Meh tgk apa kata incik wikipedia lak

Batuk kering atau Tuberkulosis adalah jangkitan bakterium Mycobacterium tuberculosis, yang biasanya menyerang paru-paru (pulmonari TB) juga mampu menyerang sistem saraf tunjang (meningitis), sistem lymphatik, sistem peredaran "circulatory system" (miliari TB), sistem genitourinari, tulang dan sendi.

Di Malaysia, seramai 15,852 orang dilaporkan menghidap penyakit batuk kering di negara ini pada 2003 iaitu bersamaan dengan kadar insiden sebanyak 64 kes bagi setiap 100,000 penduduk menurut lapuran Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad. Secara umumnya, terdapat penurunan trend kadar insiden batuk kering di Malaysia iaitu pada kadar dua peratus setahun sejak sepuluh tahun lepas.

Gambar besar kultur Mycobacterium tuberculosis

Sabah dan Sarawak pula menunjukkan kadar penurunan yang ketara iaitu hampir lima peratus setahun dalam tempoh yang sama, katanya semasa menjawab soalan asal dan tambahan Dr. Mohamed Hayati Othman (Pas-Pendang) pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga mendapati imunisasi BCG yang diberikan kepada bayi baru lahir tidak memberi perlindungan sepenuhnya terhadap jangkitan batuk kering. Imunisasi BCG hanya melindungi kanak-kanak daripada mendapat penyakit batuk kering yang teruk. Apabila kanak-kanak meningkat dewasa, risiko jangkitan ini adalah sama dengan orang dewasa lain yang tidak mendapat imunisasi BCG.

WHO menetapkan dua sasaran utama menjelang 2005 iaitu mengesan sekurang-kurangnya 70 peratus kes baru batuk kering kahak positif dalam masyarakat dan menyembuhkan sekurang-kurangnya 85 peratus daripada mereka yang dikesan. Malaysia telah mencapai sasaran ini sejak tahun 2002.

Adalah sukar untuk menentukan bilakah penyakit batuk kering dapat dihapuskan di Malaysia ini memandangkan banyak faktor yang menyumbang kepada kemunculan semula penyakit ini, antaranya termasuk :-

  • Pendatang asing secara haram tidak disaring daripada penyakit ini.
  • Pesakit lambat atau tidak mendapatkan rawatan kerana jahil tentang penyakit ini.

Kementerian Kesihatan khususnya bahagian kawalan penyakit berjangkit sentiasa berusaha secara intensif untuk membasmikan semua penyakit berjangkit daripada terus menular di Malaysia.

Mengikut turutan penyakit berjangkit dunia, penyakit tibi berada di tangga ketujuh dan ia tidak pernah berubah sejak tahun 1990.

Aku amik tau pasal penyakit sbb akak ipar aku admit sbb suspect penyakit nih.
Skang ada lagi kat IPR tu.
Kena thn 2 minggu kut.
Rupanya bhya gak penyakit ni.
Dan mudah berjangkit.

Riso gak MIL aku dok sana berhari2 dh.
Patut dia pun kena bg antibiotik lah.
Atau pakai ttp idung tu.

Aku pun hehari pi...aku ni pun antibodi tak brapa kuat..tp..aku rasa takde apa2 lah
Agak2 len mcm je segeralah ke klinik panel yg berdekatan okeh.

Puanstoberi ::: Lps ni paksa gak diri ku ini makan sayur bebyk..jgn nak memilih sgt...baru la antibodi kuat.

16 March 2009

~Urinary tract infection~

Cewah.Kemahin okeh tajuk dia.
Cam kat buku2 ensaikolopedia lak.
haha.
Weyyy...aku demam tak kebah selama 3 ari.
Lalu..aku pun dikerah oleh doktor utk menjalani ujian darah.
katanya takut ada penyakit lain, kerana kalo demam makan ubat mesti leh kebah (ate' idak le dia kata kebah, tp term tu lebey kuang la)
Setelah darah diambil didapati aku takde kena penyakit denggi ke chikungunya tu ke tp ada sedikit ketidakseimbang dlm darah aku.
Jd nya doktor menyuruh buat urine test plak.
Dan keputusannya ada infenction dlm urine aku.
Tu yg aku search internet maka terjumpa dlm ini. Tapi, aku tak la rasa infection aku terlampau teruk. Mungkin ada dlm 1,2 % shj kut. (sekadar menyedapkan hati). Aku tak de la sgt simptom2 yg disebutkan ini. Cumanya dulu, aku jarang nak buang air masa tgh tido, tp bila 2 minggu lepas cam kerap je terjaga malam. Ngompol ek? HUhu. (tetiba tingat kat member aku zuzila org muor tu)






Simptom-simptom



For bladder infections
Frequent urination along with the feeling of having to urinate even though there may be very little urine to pass.
Nocturia: Need to urinate during the night.
Urethritis: Discomfort or pain at the urethral meatus or a burning sensation throughout the urethra with urination (dysuria).
Pain in the midline suprapubic region.
Pyuria: Pus in the urine or discharge from the urethra.
Hematuria: Blood in urine.
Pyrexia: Mild fever
Cloudy and foul-smelling urine
Increased confusion and associated falls are common presentations to Emergency Departments for elderly patients with UTI.
Some urinary tract infections are asymptomatic.
Protein found in the urine.

ni gambo bakteria tu. Naseb la agak "cumil". Kalo la gambo dia bergergaji2 ke, bentuk bintang ke, harus aku cuak gak.



Doktor kata mcm ada darah la dlm urine tu. Lantas antibiotik diberi. Kaler oren, besau giler. Rasa cam nak pengsan telan ubat tu. Tp telan gak la. Nak baik kan.

Dan setelah seminggu rest, masuk shj opis dihujani dgn soklan "akur je lah tu". Rasa hampir 40 org gak la tanya. Emmm..masin mulut mereka tu nati, tercapai gak hajat aku. Aminnn. Huhu. Korang..sabar la yer. Kalo korang ternanti2 berita baik, apatah kami suami isteri. Kami tak plan2 pun. Kalo ada rezeki dapatlah. Jd, doakanlah kami yer.

Bila sakit ni, baru la tau cemna nikmat kesihatan, nikmat rezeki. Aku mmg rasa lapar sgt. Tp makanan tak leh masuk. Kalo makan mesti termuntah. Dh lama sebenarnya aku tak sakit teruk camni. Sian my dear, dia la kena jaga. Ari pertama aku demam dia siap cuti. Dia la masak nasik suma. Aku tak leh buat. Pening kepala. Lepas tu ter bangun tengah malam-muntah. Kalo citer kat org mesti org pikir aku pregnant punya lah. Tp aku dh check sendiri, lepas tu kan dh wat urine test tu mmg confirm tak pregnant. Muntah tu mebi sbb angin-takde makanan masuk dlm perut.

Alhamdullillah, hari ni dh beransur baik dh. Makan pun ok dh. Naseb tak lama.

To my dear, thanks jg syg tu ari. Maaf le..syg awak ni mmg jrg sakit tp kalo sekali sakit..perghh.. mcm bebudak kan. Sowiii...Once again..terima kasih.Love u lah!

Pnstoberi : Dh sakit baru tahu nikmat kesihatan itu kan. Tu la..ada hikmah Tuhan bagi kita sakit sekali sekala ni.

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign