Pages

29 August 2009

~6 hours journey~

Kalo 6 jam perjalanan dari KL selalunya boleh smpai ke mana yer?
Buleh smpai Penang [Georgetown] rasanya.
Dan kalo laju lagi da nak sampai Kedah kut.

Ha..kalo ke Selatan dan buleh smpai ke Johor.
Kalo ke Pantai Timur bleh smpai mana eh??
Aku tak leh agak..sbb aku jarang2 ke belah sana.
Namun kalo takat Raub tu nati da biasa la.

Eh. Jap! Mau buat announcement kejap.
Aku bersiaran di kg nih.
Menggunakan broadband celcom.
Coverage adalah memberangsangkan.
Walo agak slow..tp ok ajek. Buleh je menulis status di "what's in your mind" di facebook.
Ingat kut tk buleh nak online sbb retu member aku yg berpantang kat kg ni katanya dia nak online pun payah. Nak bukak emel pun berejam. Pun menggunakan broad band..tp tak silap aku menggunakan broadband dari sykt yang berlainan..bukan celcom. Ah..mmg berbaloi2 lah menggunakan celcom ini. Smlm kat hway pun buleh online [my dear berbulu je tgk aku online sedangkan dia tgh penat memandu berejam2. Ahaks! Ampunkan dinda ye kanda..] tp takleh lelama online dlm keta sbb aku da pening..rasa nak meluek pun ada [dibaca: aku tak leh membaca kalo duk dlm keta..bc majalah ke apa ke mesti aku pening nak termuntah]
Kelihatan network abg aku pun ada skali.Huhu. Bes..bes..

Oleh kerana terlalu xcited leh online aku pun amik la gmbr. Syioknya..pas ni raya leh online lah. Huhu. Abg aku pun ada streamyx. Tp, maleh la nak pinjam2 PC dia takat nak updated status kat fesbuk n blog je kan..wat segan ajek.
Jadi kengkawan...guna lah celcom broadband..berbaloi-baloi... Dangggg!!! [harap maklum, promosi ini tidak berbayar]

Ok..back to d story about 6 hours journey.

Perjalanan pulang ke kg aku mengambil 6 jam pada 28 Ogos 2009. Biasanya hanya mengambil masa lebey kurang 3 jam atau jika anda pemandu berhemah spti my dear perjalanan akan mengambil masa kurang 4 jam.
Bayangkan smlm masa terlebih 2 jam .
[tp masih tak buleh lawan rekod terhebat aku masa balik kg raya cina thn 2007 tk silap aku-ada diceritakan dlm blog lama-itu da jadi 7 jam yakni jem di hway start dari tol jalan Duta smpai la nak ke Ipoh-smpai sempat aku mekap2 smbil drive..uii...itu mmg menyebabkan aku serik nak balik sehari sblm raya cina]

Smlm jem adalah amat se 'suck' di KL. Giler..giler..giler...
Dari opis aku hingga ke tol Jln Duta mengambil masa 1 jam 45 minit. Tak tipu nih. Dkt nak 2 jam aku stuck dlm jem.
Biasa dlm 15 minit da bley smpai ke tol tu. Giler...giler...giler...
Paling truk jem kat Jln Tun Razak tu. Sbb keta nak lalu kat bulatan Pahang tu.
Lps tu dpn flat Pekeliling ke PWTC tu da ok sket.
Then masuk Jln Kuching da ok sket.
Naik balik kat Jalan Duta tu dah tersekat2 semula hingga la ke tol.
Nak masuk tol pun jem..seb bek aku guna T n G..pun beratur pjg..tp adalah cpt sbb org hanya meng touch shj.

Masa touch tu da kul 6.15pm [aku dari opis 4.30pm]. Aku bajet leh berbuka di hentian Tapah. Tp kalo da gini kekdahnya..mmg tk smpat. Benti kat Hentian Sg. Buluh-beli KFC- Da ramai org beratur nak tapau [hekk..ada ke patut budak yg jg kaunter tu tanya aku "makan sini ke bwk balik" kang aku kata makan sini kang baru tau..kut ye pun..takkan baru 6.30 dah nak makan kat sini..aku buleh ajek makan kat situ..tp kang..tak memasal lak aku angkut dlm van jenazah. Dangg...!!! ] My dear solat dulu [aku??? MC la..hik..hik] smpai dia abis pun aku tk siap lagi.

Da beli2 tu truskan perjalanan. Benti lak kat Rawang. Kasik incik Atoz berbuka dulu. Huaa.. Kasik dia minum dulu la..kang takyah benti2 lagik. Pun byk keta kat Petronas sini.

Lps tu truskan perjalanan dan makanya berbuka lah incik asben di dalam keta,membaca doa berbuka puasa smbil memandu. Nak gelak aku ha...sian dia. Seb bek la combo kfc yg udang tu ada air sirap..so..berbuka la dulu dgn sirap tu.

Nak benti kat hentian Tg Malim [ke Behrang tah] penuh da keta..suma org tgh buka puasa. Pehtu try kat next hentian. Ni da ok sket. Maka..makan la dulu kepci tu.

Dan perjalanan diteruskan smpai la smpai ke umah jam 10.30pm.

Itulah cerita perjalanan selama 6 jam ku smlm. Giler..giler..giler... Seb bek la bukan daku yg memandu smlm..Org ramai balik kg sbb ujung cuti sekolah..lps tu cuti ujung minggu yg bersambung dgn cuti Hari Merdeka hari Isnin tu. Raya nati entah cemana la...

Owh...dikesempatan ini ingin saya mengucapkan Selamat Hari Merdeka. Mujur tak jadi buat perhimpunan kat Bukit Jalil kan..kalo tak..tak memasal aku pun kena ke sana utk meramaikan majlis. Uhh..no..no...

Puanstoberi: Tahun ni tk ramai org lekat bendera kat kereta..mungkin org lebih tertumpu pada kemeriahan Ramadhan dan Aidilfitri ni kut..emm...

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign