Pages

Showing posts with label ramadhan. Show all posts
Showing posts with label ramadhan. Show all posts

13 June 2018

Cerita Ramadan 2018

Dulu dulu setiap hari masa bulan puasa rajin je update.
Paling2 citer pasal masak apa masa berbuka.
Sekarang mmg maleh dah la.
Lagi2 plak dengan kehadiran pelbagai socmed ni kan.
Semua pun senang update kt IG/FB.

So, meh la kita lump sum kan sekali story masa bulan puasa ni.
Puasa kali ni Rizq da masuk 2 tahun.
Da boleh nego dah. Tapi kadang tu idak juga. Dah nak berbuka tu lah dia ttiba "nak syuyu..dok.. dok..nak syusyu" (dia suruh mak dia duduk kt sofa depant tv tu, dia nak susu. Yerp. Dia belum wean off lagi. Huhuhuhu).

Balik kerja sempat masak.
Balik kul 4.30pm. Tapi thn ni jammed sangat lah teruk. Pastu setiap petang masa bulan puasa ni, boleh katakan mesti hujan. Mesti. Tatau kenapa. Jadi, makin lah teruk jammed tu.
Dari office ke rumah pengasuh sejam. Memang kena sejam. Padahal tak sampai 10km pun jaraknya. Tp dari rumah pengasuh ke rumah dalam setgh jam. Sbb kiterang naik DUKE. Have to. Sbb kalau masuk dalam taman tu kena tempuh 2 bazar Ramadan. Sesak namatey. Takkuasa.

Ni masa weekend. Bihun sup tulang.
Puding laici.
Rizq suka sgt bihun sup tu.
Sampai pun paling awal jam 6pm. Paling lewat 6.15 camtu.
Solat Asar apa semua, terus zass gi dapo.
Masak.
Memang seminggu sekali je beli.
Selainnya masak.
Kenapa boleh rajin?
Sbb kalau nak pi bazar pun tatau nak beli apa.
Sesak tu jangan citer lah.
Dak Rizq kalau pegi dia nak berjalan. Taknak di dukung. Tau lah bazar Ramadan ni cemna kan. Semua pun tepi jalan raya. Kereta moto berdesup desup lalu. Tak tahu lah bila nak sediakan kemudahan bazar yang selesa, teratur dan tak sesak. Memang mimpi lah. Berubah lah berapa kali pun kerajaan, menda2 camni still lah duk takuk tu jugak. Hurm.

Ni masa balik kerja. Sempat la buat siakap stim.
Senang. Sayo semua dah dalam tu.

Biasanya masak dalam 2 jenis tu sempat lah. Alah, yang simple2 je. Macam tomyam ka, sambal udang ke. Gitu lah. Ada lah letak dalam FB hasil2 masakan tu (pastu tak mendapat like yang banyak. Orang tak suka lah tewww. Hahaha).

Oh ya. Tu hari kiterang pi pasar kat Pasir Penambang tu lagi. Kiterang mmg suka pi sana. Ada la dalam 2 bulan sekali, pegi lah sana. Nak carik ikan segar. Dak Rizq suka ikan. Dia panggil "fish".  Pegi lepas gaji tu. 26hb Mei. Memang ramai lah orang. Biasa kami sampai dalam tgahari kul 12 tu da tak ramai orang. Tapi kali ni penuh lagi pasar tu. Ye lah, bulan puasa lagi kan. Pastu dah gaji. Mmg ramai n tahu ramai je orang KL datang. Ada yang bawak box ikan tu. Siap kami jumpa jiran jugak kat pasar tu. Haha.

Habis dekat 200 gak la membeli barang2 basah tu. Geram woh tengok hasil laut yang segar tu. Ketam pun beli gak walau baru je lagi makan. Sbb dia simpan dalam akuarium. Elok je tengah berenang2 ketam tu. Kiterang memang tak beli ikan kat Chow Kit dah sekarang. Samada beli kt pasar tani atau pegi terus Kuala Selangor ni beli stock bebanyak. Taknak lah Chow Kit. Terdesak sangat boleh. Takmau dah beli ikan frozen yang lama. Banyak yang tak elok dari yang elok nya. Plus - kawasan tu still la basah kembang lantainya dan nampak messy. Again - still duk takuk tu jugak lah perihal kebersihan ni. Buat lah pasar yang baru pun. Still lah cam tu gak.

Citer lain. Berbuka di rumah mentua. Masa tu sekali dgn celebrate birthday Rizq. Sponsor nasi dagang. Kakak office ni buatkan. Sedap weh nasi dagang dia. Buat 20pax. Lauk dia bagi lauk ayam n ikan tongkol. Hai nak belanja ni pun payah jugak. Haha. Pitam tau. Kita nak bagi orang rest je takyah masak2. So, order la makanan berat. Tapi, depa masak2 gak. Dan tak abis. Dan mak mentua kata penat je dia masak. Haha. Adoi. Kita dah cakap byk kali jangan masak bebanyak sbb ada makanan berat. Tu lah. Ni dengan tomyam tulang nya, dengan tempoyak ikan bilisnya, ada asam pedas lah.Tapi tu lah. Mak mak memang gitu kan. Hiks.


Depa ni suka nau tempoyak. Setiap masa, in all event, mesti ada tempoyak. Tak kesah lah tempoyak apa pun. Tapi, wajib ada masakan berasaskan tempoyak. Semua boleh cicah dgn tempoyak. Lemang, cucur ikan bilis pun cicah tempoyak. Memang obses giler. Suppose kami orang Perak yang gitu. Tapi, Pahang lagi more hardcore obses dia rupanya. Masa 1st time beraya kat kg asben, mmg terkejut tgk ada tempoyak atas meja juadah raya. Terus pelik. Pastu depa kata cicah ngan lemang. Aiols dah macam "whattt??!!". Haha. Its okay lah. Tu depa punya feveret. Respect aja. Next time, dah tau - kalau nak sponsor, bagi ja duit, suh derang masak sbb derang tak pandai nak makan menu yang special n lain2 sket ni. Ahaks. Kalau family aiols, lagi seronok kalau kata takyah masak. Kalau kata jom makan luar, pun okay je. Takpe. Ikut kan je lah. Memana lah. Hehe.

Oh. Ada majlis berbuka puasa kt office juga.
Hari Ahad. 3hb  Jun.
Ada masak secara gotong royong jugak. Tp kiterang tak join. Ada byk hal lagi pagi tu. Dtg dalam kul 4 and tunggu berbuka. Best gak la sbb makan secara bersila beramai ramai kat bawah. So, rasa lapang n tak sesak.


Fokus kat baby kt blkg Rizq tu.
Geram sgt tau. Umo 6 bln.
Sedap betul peluk dia. 

Berkesempatan juga belanja rakan HR dept bubur lambuk. Beli kat Bubur Lambuk Pak Hassan. Antara bubur lambuk yang ter sedap di Kg Baru. Murah pun murah. Still RM2 utk bekas yg tinggi tu. Sesekali berkongsi sedikit rezeki dari Allah :)




Shopping raya.
Kiterang shopping kat Sogo ja. Masa tu blum GST 0% lagi. Memang beli baju bajan dak Rizq ja. Utk kiterang ada lah selai sorang seluar jeans. Baju Rizq pun ada beli gak kat Padini. Masa gi JPO tu. Cukup lah dah tu. 
Kuih2 raya tak banyak pun beli. Haha. Selamba. Lagi pun kiterang raya kat KL tahun ni. Mak datang KL. Klasss kan mak aiols. Raya di bando.
Kuih raya tu beli kat Perniagaan Zainab Jaya. Sbb nak carik kuih kapit nutella badam tu. Masa beli kt Simpang Renggam tu sedap sgt kuih kapit tu. Sebotol aiols ja hadap sorang. Tak bagi pun kat org lain termasuk husben. Haha. Tu yg carik jugak kat sini. Naseb mmg ada branch dia kat KL. Nun sampai ke PPR Desa Rejang tu halanya. Crowded giler kan area PPR ni. Mmg rasa nak mintak hampun je nak pegi. Tapi, dek kerana kuih kapit ku gigih juga. Agak murah jugak lah kuih raya kat sini compared to yg kat luar. Ye lah masa ada promosi kt office ni, semua kuih atas RM30 ja. Hurm.

Collect duit ghayer ngan top mgt.
Hari Selasa (12 Jun) ada perhimpunan. Pastu sesi bermaafan ngan bos2 besaq. Bersekali dapat duit ghayer utk anak2.
Merasa lah dak Rizq duit ghayer. Ada yang kata bila Ida dah dapat, Lan tak bleh dapat dah. Ada juga yang bagi je dedua orang pun. Alhamdulillah. Terima kasih. Hihi.


Itu je lah cerita bulan Ramadan tahun ini.
Sedar tak sedar, kejap je dah sebulan.
Puasa yang ke3 untuk dak Rizq.
Umur baru 2 tahun. Tapi puasa n raya dah 3x.
Untung la.. hihi.

Okay, sapa nak duit raya meh la beraya di KL. Hihi.


29 May 2017

Apa Itu Zikir?

Last week saya ada share kan something di group bfmembers.
Tak sangka pula hits post tu. Hihi.
Sebenarnya menda back to basic ja yang saya share tu.
Kita je kadang kadang terkhilaf, terlalai.
Nanti saya share di sini pulak apa saya share tu okay :)

Hari ni saya nak buat entry apa itu zikir?
Sbb dalam post yg saya up tu ada sebut zikir.
And sorang mommy non muslim (India), tanya apa itu zikir, saya tak faham.
Haaaa.. cemana kau nak terangkan?
Baru lah kita rasa "a ah ek, apa sebenarnya zikir"
Memula yang terlintas di fikiran - zikir adalah bacaan kita mengingati Allah.
Tapi, nanti dia fikir, kita ni tak ingat Allah ke, kena ada bacaan baru ingat Allah.
So, mak macam was was nak bagi jawapan tu.
Tapi, bila google - memang itu lah jawapan nya.
Zikir - bacaan untuk ingat Allah.
Artikel ni rasanya cukup bagus utk kita huraikan apa maksud zikir. Walau agak panjang, tapi tak salah luangkan masa untuk membaca. Ilmu ni. Kadang kita macam tahu, tapi dah nak senja ni, kena refresh balik ilmu tu. Kan?
Sesama lah kita berzikir, tambahan lagi di bulan puasa ni.

Selamat berpuasa semua :)


PENGERTIAN ZIKIR

Bismillahir rahmanir rahim

Alhamdulillah, terima kasih Tuhan kerana masih lagi mengizinkan adanya majlis ilmu ini. Semuga kita semua dapat menimba ilmu agar kita dapat lebih faham dan dengan sebab itu ibadah-ibadah kita dapat memberi kesan positif sama ada pada akal atau roh kita.

Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad RSAW, kerananyalah kita dapat membuat kuliah ini dan kerananyalah kita beragama Islam. InsyaAllah kali ini kita akan bincangkan ZIKIR. Bila kita katakan zikir, kalau kita nak faham maksud tujuan tentu kita nak faham ilmunya.

Jadi kita nak faham definasi zikir. Zikir itu bahasa Arab , dalam bahasa Melayu maknanya ingat.

Jadi kalau berzikir tetapi tak ingat macam mana?. Kita ingat mak kita, itu ingatlah sama ada kita sebut atau tak sebut. Bila cinta dengan mak sudah mendalam sudah tak sebut. Termenung aja ingat mak, makan tak seronok. Tapi dengan mak jarang berlaku tapi biasanya dengan cinta kita, kerana mendalam cinta dah tak sebutlah diam aja, menunjukkan tinggi zikir itu!.

Jadi kalau begitu ada yang dia sebut tapi tak zikir, tanpa sedar. Mulut sebut hati tak sebut, itu tak zikir. Mulut tak sebut tapi ingat itu zikir. Zikir itu sebut di hati, ingat dihati. Kalau dimulut itu lafaz. Kadang-kadang mulut sebut tapi tak ingat di hati. Macam orang terperanjat sebut Allah Akbar itu budaya. Dia lafaz tapi hatinya tak ingat Tuhan.

Bila kita kata ingat, ingat apa?. Tentulah dimaksudkan ingat Tuhan. Macam mana ingat Tuhan?. Agak-agak macam mana?

Ingat Tuhan itu mengingat selagi ada sifat-sifat Tuhan yang mana satu tak kira, sesuai dengan kesempurnaan-Nya. Yang mana satu?

Ingat Tuhan, kuasaNya ke, kebesaranNya ke, kehebatanNya ke, nikmatNya ke, penglihatanNya ke, pendengaranNya ke, nerakaNya ke, syurgaNya ke. Apa saja yang ada hubungkait dengan Tuhan, itu yang dikatakan Zikir.

Sebab itu zikir yang paling besar, zikir yang paling banyak adalah baca Al Quran. Sebab dalam Al Quran kita jumpa macam-macam yang kesemuanya membuat kita ingat Tuhan. Sebab itu kalau orang boleh kekal baca Al Quran sikit pun tak apa, macam-macam terbangun dalam akal dan rohaninya. Kerana dalam Al Quran itu macam-macam kesempurnaan Tuhan dijumpai. Kalau zikir-zikir yang khusus, hanya 2-3 sifat Tuhan sahaja, itulah yang diulang-ulang tapi kalau baca Al Quran, jumpa macam-macam sifat Tuhan di dalamnya.

Jadi kalau orang baca Al Quran itulah zikir terbesar, yang sempurna, yang lengkap. Orang yang baca Al Quran dengan penuh beradab, mabuk, sekejap jumpa ini, jumpa itu dalam Al Quran.

Ertinya Al Quran mencetak kepala dan perasaan kita. Begitukah kita semasa baca Al Quran?... tak!. Sebab kebanyakan kita diajarkan fadhilat, nak pahala. Itu bukan zikir, itu nak fadhilat sedangkan zikir itu nak ingat Tuhan. Kalau baca Al Quran ingat Syurga, itu bukan zikir, itu fadhilat. Sebab tak ada hubungan dengan zat Tuhan. Orang yang duduk fikir ingat Syurga tak sama dibandingkan orang yang ingat Tuhan.

Jadi zikir yang paling besar baca Al Quranlah, macam-macam kita jumpa kesempurnaan Tuhan. Oleh itu kalau kita baca Al Quran kena beradab, wudhu sudah tentulah, maksud beradab ini adalah:-
    1. Faham makna
    2. Kita hayati
    3. Apa saja disebut, dia kena ada tindak balas dari kita

Sebenarnya kita baca Al Quran itu, kita bercakap dengan Tuhan. Jadi kalau kita faham makna, hayati, faham maksud berhadapan dengan Al Quran, kita betul-betul bercakap elok-elok dengan Tuhan, tak seronok ke?. Jadi asyik masyuk.

Memanglah baca Al Quran macam-macam kita jumpa, macam mana kita berdialog dengan Tuhan?. Contoh: Seperti kita jumpa ayat, Wallahu ghafururrahim Tuhan Maha Pengampun dan Maha Penyayang. Apa kita punya respons?.... dalam hati kita cakap...ya Allah ampunilah aku, Tuhan yang maha Pengampun.

Baca lagi Innafikhalqisamawati...itu tanda kebesaran Tuhan, jadi macam mana ada lalai. Segala yang dibaca dicetak di kepala dan roh kita.

Misalnya ada ayat Innallaha ma'almukhsinin...Tuhan itu bersama orang yang baik. Kalau orang tak faham bahasa Arab dia tafsirkan ‘jadikan aku orang-orang yang baik’.

Kalau orang yang faham bahasa Arab, bila dia jumpa ayat 'Sesungguhnya Aku suka orang yang bertaqwa, kita jawab ya Allah jadikan aku orang yang bertaqwa. Kita jadi asyik.

Bila cerita tentang neraka, kita jawab ya Allah jauhkan aku dari neraka, aku berlindung denganMu dari neraka ,wahai Tuhan. Waktu itu rasa kecut, takut.

Begitulah adab-adab baca Al Quran. Jadi kalau baca Al Quran itu kita berdialog dengan Tuhan. Bukan saja kita berzikir tapi berdialog, tak indah ke?. Dia boleh mencetak akal dan roh kita.

Tetapi selama ini kita baca Al Quran tak di ajar untuk dapatkan rasa-rasa begitu. Kalau fasih, baca nak laju sahaja. Menyebut pun tak rasa, melafaz tak ingat, itu bukan zikir.

Padahal baca Al Quran itu berzikir, ingat Tuhan. Kalau lafaz dah tak ingat, itu terpulang pada Tuhan nak bagi pahala ke tidak. Sebab bukan begitu adab baca Al Quran, sebenarnya dia tak baca. Baca Al Quran sepatutnya bukan fikir nak khatam, tetapi dapat faham, dapat hayati dan dapat memberi tindak balas kepada setiap ayat yang dibaca. Amalan membaca Al Quran sebulan Ramadhan bukan nak khatam dijadikan matlamat...kalau dapat satu juz tetapi betul-betul dihayati itu yang lebih baik.

Jadi kalau ikut jaga tata tertib membaca Al Quran atau zikir, ia sangat mencetak akal dan roh kita. Sebab itu dikatakan 'mengingati Tuhan itu menenangkan hati', ertinya dia tenang dengan dunia, sakit di dunia tak terasa sakit, nikmat dunia macam tak nampak, masa depan dunia sudah tak fikir. Waktu itu dia fikir Akhirat, pasal dicetak oleh zikir baca Al Quran. Itu yang dimaksudkan tenang.

Ada orang yang bertanya,''Quran ada kata zikir itu menenangkan hati, saya berzikir tapi tak tenang.'' Sebenarnya dia tak berzikir, bukan zikir. Dia melafaz tapi tak sedar. Macam mana nak tenang hati tak diproses?. Boleh cakap Alhamdulillah tapi dok ingatkan untung ke perniagaan ini, ini zikrullah ke zikir duit?. Mulut zikir sampai tapi hatinya tak ingat Tuhan. Berzikir dok geleng-geleng tapi fikir kalau perniagaan tak untung tak dapat gaji bulan ini. Dia sudah kurang ajar dengan Tuhan.

Kalau kita nak cakap dengan raja tersalah cakap. Waktu kita sedang cakap kebesaran raja, cantik istana tuanku, hebat nampaknya, tiba-tiba kita pergi depan raja kita cakap saya ada kebun, ada kereta...bukannya ingat Tuhan tapi kurang ajar dengan Tuhan. Rupanya kita berzikir bukan ingat Tuhan malah kurang ajar dengan Tuhan. Sebab itu Rasulullah SAW ada menyebut yang ramai orang yang membaca Al Quran tetapi Al Quran itu pula melaknatnya. Tak takut ke?

Di dalam Al Quran juga disebut sembahyang itu zikir yang paling besar macam baca Al Quran sebab sembahyang itu lengkap, syumul, macam-macam boleh jumpa, semua dibuat dalam sembahyang. Dari zikir yang besar ini macam-macam yang berhubungan dengan Tuhan kita jumpa dalam sembahyang. Ini kalau kita hayati macam mana nak lalai, sudah tentu tak lalai. Tapi kalau tak dihayati jadi lalailah.

Ampun maaf

Sumber rujukan: Us Hj Ashaari Muhamad
Penyusun: Dewan Budiman, Wakil Rufaqa UK

[kredit link : pengertian zikir]

26 May 2017

Salam Ramadhan 1438H

Akhirnya.. 
Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan


Wah. Gitew. Ttiba nak speaking arobbb..
Selamat berpuasa uols.
Sekejap je bertemu Ramadhan.
Makna kata, sudah setahun la juga dari tarikh berpantang di bulan puasa. Hihi.
[kakak tak abis ganti puasa uols. Kakak tak kuadddd... tp takpe. Kakak akan ganti juga. Dan bayar fidyah. Jangan risau]

Tadi kakak tgk2 balik entry puasa lepas lepas.
Bukan tahun lepas lah semestinya sbb tahun lepas manade kakak buat entry.
Kakak tgk tahun 2015 punya.
Rajinnya kakak memasak.
Sempat ya.
Tgk entry ni [puasa tahun 2015]
Siap nasik lemak ngan ayam serai bagai. Haha.
Tahun ni cemna agaknya?
Kakak balik kul 4.30ptg.
Ambik dak Rizq kat rumah nenek asuh.
Lps tu baru balik.
Sempat tak rasa rasanya?

Naseb hway DUKE yg baru tu dah buka uols.
Yang depan HKL tu. Berdesup 3minit dah sampai exit tol sebelah rumah kakak. Tak perlu lagi dah kakak lalu bulatan Pahang yg tak pernah tak jem tu.
Tapi, biasa lah, nak menyampai ke pondok tol utk touch smart tag - hazab jugak lah jadinya. Tapi kakak rasa, kalau tak hujan, kakak boleh sampai rumah dalam jam 5.30ptg.

Utk 2 minggu pertama ni kakak tak kesah sgt.
Sbb opah Rizq datang rumah.
Jadi, opah Rizq boleh la defrost bahan2 nak masak dulu.
[atau tgk2 opah Rizq da siap masak dah. Hihi].

Tapi lps tu pepandai lah cemna nak hidup.
Skrg tgh train dak Rizq tido kul 8 sbb dak Rizq biasa tido dalam kul 7.30 camtu.
Dak Rizq kena mengempeng utk tido. Tu yang kena ajar dia tido lewat sket lepas mak berbuka dan solat. Kalau tak, berbuka dalam bilik lah nampaknya. Huhu.
Takpe. Biasa lah. Dah ada anak kecik kan. Apa2 pun keutamaan harus lah pada si kecik tu. Sayang banget dak kusyuk kusyuk mashem tu.

So,
Selamat Berpuasa lah.
Tahun pertama kakak berpuasa sebagai ibu yg fully bf. Harap2 okay lah hendaknya.
Mesti kejap je rasa. Pastu dah raya.

Ha. Berapa hari cuti raya uols?
Dan uols team raya mana tahun ni?
Team raya kaler apa?
Kakak #teamrayaperak dan #teammintgreen.
Hiihihi.

26 February 2016

100 Days Till Ramadhan


100 days to 6.6.16
Bersamaan 1 Ramadhan 1437.
Memang cepat masa berlalu.
Moga dipermudahkan segala urusan kita :)

7 July 2015

10 Malam Terakhir Ramadhan

Sudah memasuki fasa 10 malam terakhir Ramadhan.
Fasa yang amat besar ganjarannya jika kita bersungguh dan ikhlas dalam melakukan ibadat.
Dan ganjaran satu malam yang lebih baik dari 1000 bulan.


Semoga kita terus istiqamah mengerjakan amal ibadat.
Semoga kita mudah untuk bangun bertahajud.
Jika ada rezeki, InsyaAllah diizinkan Allah untuk kita bertemu malam Lailatul Qadar.


21 July 2014

Iftar Ramadhan 1435

Tahun ni aku tak berapa nak upload gambar2 Iftar.
Selain dari MyDH asyik 'hish..tak payah la amik gambar', aku pun rasa, tak perlu kot utk tahun ni. 
Tapi sesekali ada gak lah.

So, tahun ni ada masak, ada beli, ada berbuka bufet, ada berbuka di kampung, ada berbuka rumah mertua.
Cea. Citer macam dah habis puasa kan. Huhu.

Minggu pertama dan kedua, mmg aku masak kat rumah. Alhamdulillah. Balik kul 4.40 camtu, smpai dalam 5.30pm. Jammed biasa nya jalan Tun Razak. Dah masuk AKLEH - MRR2 - DUKE tu dah oke.
Masa tu ada gak pergi bazar (yg melantun aku pergi kat Stadium, Tasik Permaisuri tu) hari weekend.
Lps tu, bercuti kat kg masa Nuzul Quran, terus mood agak merudum nak masak selain bahan basah pun dah habis. Maka byk gak la ke bazar.
Bazar Dato' Senu pun not bad sebenarnya.
Roti John ada yg sedap (tapi tak habis jugek, tu lah membazir namanya), ada pecal yg sedap. Aku suspect kakak tu menjual dengan ikhlas sbb aku tak pernah jumpa lagi pecal yg complete set dengan daun pucuk paku, nangka muda rebus, sayur mayur segala. Tauhu pun banyak. Tak kedekut langsung. Kuah pun banyak. Sbb dia ikhlas, jadi makanan tu pun rasa sedap.

Ni antara yg aku masak.
Bihun goreng. Masa ni wiken. Pastu beli plak ayam percik. Pastu tak abis. Membazirrrr (-_-"). Pergi bazar dah la mesti lebih 20hinggit punya. 2 orang makan pun byk tu. Eii..

Ni pun kat bazar Permaisuri gak.
Lamb skew. Not bad. Beli satu oke dah. 6 hinggit.

Berbuka kat kampung.
Hai la hai. Makan sesimple cemni pun sodap ha kat kg.
Masa tu abg aku yg duk Ipoh pun ada gak.
So, meriah la.

Ni masa berbuka kat The Zone dgn rerakan ofis (HR Dept).
Not bad gak bufet kat The Zone ni. Memacam ada. Pastu makanan oke la. Sedap jugak.

Selain tu, mggu kedua ada gak berbuka bufet kat ofis. Ofis ni ada orang sewa buat bufet Ramadhan. Jadi, dia ada jemput la sapa yg boleh datang utk berbuka situ. Tapi tak amik gambar. Malas sebenarnya masa tu nak berbuka kat ofis. Sbb masa tu semangat lagi nak masak. Siap pagi tu dah de-frost ayam dah bawak turun kat fridge tu. Tapi tu lah, aku takde reason nak kata tak mahu. Pergi je lah. Nak amik kambing bakar beratur berejam (>_<). Mmg lagi la aku tak minat nak berbuka dalam keadaan camtu. Takyah la nak hadap sgt kambing tu kan. Beli je kat giant - campak dalam magic pan - settle. 

Ni berbuka rumah mertua. Konsep potluck.
Memula aku pikir nak bawak buah je.
Pastu rasa takpe lah. Meh nak bawak siakap stim.

Semua adik beradik ipar ada.
Nanti jumpa lagik masa hari raya. Tp ada yg balik beraya di Pahang, ada yg tak.
Tu je lah.
Ada lagi seminggu. Jadi, nak masak lah. Stok da beli. Jadi, kena la masak sbb nati seminggu tinggal rumah kan. Hiwhiwhiw.
Tu hari weekend pun ada anak buah aku datang. Aku masak nasi tomato. Lupa nak snap gambau. 1st time buat dalca. Buleh la. Tp kali ni nasik buat hal. Lembik pulak. Eii. Geram btul. Dulu elok je. 
Lps tu buat bubur kacang. Tapi mengong. Tak rebus dulu kacang. Ha, kau.. berejam tak mahu empok. Lain kali ingat ya, rebus kacang dulu, dah empok baru masuk gula, santan and nak letak durian ke apa ke. Dia tak boleh ber sekali macam masak bubur jagung. Mana aku tahu. Citer kat mak, bising beliau. Hahahaaaaaaa .

18 July 2014

Melawan Hawa Nafsu

Tips Melawan Hawa Nafsu.
Dalam Al-Asas fit Tafsir, Said Hawa berkata, “Takwa adalah hasil daripada hidayah dan hidayah adalah hasil daripada mujahadah. Justeru mujahadah melawan hawa nafsu adalah titik permulaan kepada takwa. Antara amalan yang membantu usaha untuk melawan hawa nafsu ialah bacaan Al-Quran, solat dan zikir. Nabi ketika disoal tentang jalan untuk mencapai syurga telah menjawab, ‘Bantulah dirimu dengan banyak bersujud’. Banyak bersujud bermaksud banyak bersolat dan banyak bersolat bermaksud banyak berzikir dan membaca Al-Quran.”

Selain itu, ada beberapa tips yang para ulama bimbingkan kepada kita, antaranya:

1.Hendaklah dia memperkuatkan rasa takutnya kepada Allah dan selalu mengingat berbagai kengerian siksa Allah diakhirat kelak. 

2.Hendaklah dia meninggalkan segala sebab yang membuatnya terjatuh kembali kepada hasutan hawa nafsu.

3.Hendaklah dia meninggalkan rakan/kawan yang tidak baik, supaya dia tidak mudah termakan oleh ajakan hawa nafsu. Sebagai gantinya, hendaknya dia bergaul dengan orang-orang soleh yang mengamalkan agama Allah

4.Hendaklah dia menjauhi tempat-tempat yang dapat menjerumuskannya kepada hasutan hawa nafsu dan memperbanyak bersimpuh di dalam rumah Allah (Masjid). 

5.Hendaklah dia selalu menyibukkan diri dengan zikrullah dan membaca Al-Quran, kerana hati yang lalai dari Allah sangat mudah bagi syaitan untuk mendorongnya kepada hawa nafsu.

6. Hendaklah dia komited dengan program-program tarbiyah ruhiyah dan sering menghadiri halaqah-halaqah ilmu yang dapat meningkatkan kefahaman dirinya untuk membina kekuatan iman dan melawan hawa nafsu.

7.Hendaklah dia sibukkan dirinya dengan program dan aktiviti yang bermanfaat seperti program dakwah dan sebagainya agar masanya tidak dibiarkan kosong dengan aktiviti yang tidak bermanfaat. Masa yang terbiar kosong akan menggalakan hawa nafsu menyibukkan dirinya dengan perkara yang melalaikan dan merosakan. Kata pepatah Arab;

"Nafsumu jika engkau tidak menyibukkannya dengan kebenaran, nescaya dia akan menyibukkan dirimu dengan kebatilan."

8.Sentiasa berdoa dan berserah diri kepada Allah SWT


**********
kredit : Here

Masa bulan Ramadhan ni, hawa nafsu yang paling aku susah nak lawan adalah nafsu tido.
Ya Allah hai.. tatau nak buat cemna. Geram betul rasa. Mata ni macam di gam2 je nak tido. Nak bangun pulak kemain bercinta. Bangun sahur pun pukul 5pagi. Cemana nak buat ibadah lain.. Mmg geram! Geram terhadap diri sendiri. Rugi rasanya kalau 10mlm terakhir ni berlalu begitu sahaja. Dah la mmg timing tahun ni elok je sbb period pun awal2 dah memunculkan diri.
Takpe. Amalkan tips2 kat atas tu.
Moga 10mlm terakhir dapat digunakan semaksima mungkin. Insyaallah :)

*****************
Al Fatihah utk mangsa tragedi MH17.
Sedih rasanya. Lelebih kepada ahli keluarga. Salah seorang mangsa adalah adik kepada kawan aku masa kat UiTM. Tabah ya Ila.. Allah tak uji kalau Dia tahu kita tak boleh menerima ujian ni. Tabah sahabatku..

17 July 2014

10 Malam Terakhir

Malam Lailatul-Qadar sunat dicari, kerana malam ini merupakan suatu malam yang diberkati serta mempunyai kelebihan dan diperkenankan doa oleh Allah S.W.T. Malam Lailatul-Qadar adalah sebaik-baik malam mengatasi semua malam termasuk malam Jumaat. Allah S.W.T. berfirman dalam Surah Al-Qadr 97: Ayat 3.
Maksudnya:
“Malam Lailatul – Qadar lebih baik daripada seribu malam.“
Ertinya menghidupkan malam Lailatul-Qadardengan mengerjakan ibadah adalah lebih baik daripada beribadah pada seribu bulan yang tidak ada Lailatul-Qadar seperti sabda Nabi S.A.W.:

Maksudnya:
“Sesiapa menghidupkan malam Lailatul-Qadar kerana beriman serta mencari pahala yang dijanjikan akan mendapat pengampunan daripada dosa-dosa yang telah lalu.“

Diriwayatkan daripada Saiyidatina Aisyah R.A bahawa Rasulullah S.A.W apabila tiba 10 hari terakhir bulan ramadhan, Baginda menghidupkan malam-malamnya dengan membangunkan isi rumah dan menjauhi daripada isteri-isterinya. Imam Ahmad dan Muslim meriwayatkan:

Maksudnya:
“Rasulullah S.A.W berusaha sedaya upaya dalam malam-malam sepuluh akhir Ramadhan melebihi usahanya daripada malam-malam lain.“
Malam Lailatul-Qadar berlaku pada 10 akhir daripada malam ganjil bulan Ramadhan. Rasulullah S.A.W bersabda:

Maksudnya:
“Carilah malam Lailatul-Qadar pada sepuluh akhir bulan Ramadhan dalam malam ganjil.“
Pendapat yang terkuat mengikut para ulama’ bahawa malam Lailatul Qadar terkena pada malam 27 Ramadhan. Menurut Abu Ka’ab katanya,

“Demi Allah sesungguhnya ibn Mas’ud telah meyakinkan bahawa malam Lailatul-Qadar jatuh dalam bulan Ramadhan manakala Lailatul-Qadar pula terjatuh pada malam 27, akan tetapi dia enggan memberitahu kepada kami (malam yang tepat) kerana bimbangkan kamu tidak lagi berusaha mencarinya.”

Daripada Riwayat Mu’awiyah:

Maksudnya:
“Bahawa Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda dalam malam lailatul-qadar iaitu malam ke 27.”
Riwayat ini disokong oleh pendapat Ibn Abbas yang mengatakan bahawa surah Al-Qadr mempunyai 30 perkataan. Perkataan yang ke-27 bagi surah itu terjatuh kepada dhamir(hia) yang kembalinya kepada Lailatul-Qadar.

Imam Ahmad telah meriwayatkan sebuah Hadith daripada Ibn Umar R.A yang berbunyi:

Maksudnya:
“Sesiapa yang mencari Lailatul-Qadar, dia hendaklah mencarinya pada malam yang ke-27, carilah kamu malam Lailatul-Qadar pada malam yang ke-27. “

Aisyah R.A bertanya kepada Rasulullah, katanya:

“Ya Rasulullah S.A.W andainya aku mendapati malam Lailatul-Qadar, apakah doa yang patut aku bacakan? Rasulullah S.A.W berdoa dengan doa:

Maksudnya:
“Ya Allah! Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, oleh itu berilah keampunan-Mu untukku.“

Kredit Artikel : Iluvislam

15 July 2014

Salam Nuzul Al Quran

17 Ramadhan.
Hari Nuzul Al Quran.
Dan kali pertama juga KL dapat keistimewaan utk bercuti pada hari ni.
Jadi, kita gunakan lah sebaiknya hari cuti ni yang diperuntukkan ni.
[dan aku kena datang ofis plak sbb ada kerja urgent perlu dibereskan ]
Dan Promosi Warna Warni Aidilfitri di Kompleks Kraf masih berlangsung.
Meh la datang.
Sesak jalan TAR tu, meh datang Jalan Conlay.
Huhu.

10 July 2014

Persediaan Hari Raya

Kejap je dah 12 Ramadhan.
Mmg cepat je masa berlalu.
Ahad ni dah separuh Ramadhan.
Apa pun, moga amal ibadat kita semasa bulan Ramadhan ni akan berterusan istiqamahnya sehingga bulan2 yang lain [dari segi amalan sunat yg dibuat masa bulan puasa ni lah - rajin baca Al Quran, solat sunat, etc].
InsyaAllah. 

Tu citer puasa.
Citer raya pulak.
Ha.. terpikir nak buat citer raya sbb tadi drop komen kt blog Su.
Dia kata dia macam rasa hambar nak raya ni.

Hurm.
Aku lak cemna?
Entah ek. Cam takde perasaan je nih.
Takde rasa excited, takde rasa gundah gulana ke apa.
Rasa biasa2. Huhu.


Persediaan pun.
Baju raya utk hari raya pertama mmg dari bulan 4 dah siap. Haha. Mmg la agak melampau. Tapi, malas nak tempah lambat2, nati takde orang nak terima lah apa lah.

Jadi, mmg baju raya kami bulan 4 dah siap.
Sungguh pun begitu, tak pernah try pun. Sejak amik dari tailor, baik aku, baik myDH, tak pernah try. Nasib la kalau ter ketat ke ter longgar ke.
Ada je elok terletak dalam almari. Nasib lah.
Tema kami tahun ni - purple black. Entah. Ye ke warna tu. Gitu lah kot lebih kurang.  Tak ingat dah. Haha. Sbb simpan pun dalam almari bilik tetamu. Jarang2 bukak lemari tu.

Pastu ada la baju kurung siap [nak buat baju ofis sebenarnya], beli masa HKK. Ha, lagi la. Dari bulan 3 dah simpan tak pakai. Biar situ.

Itu je lah.
Baju kasual, seluar ke, ingat nak beli jugak.
Pastu rasa, ah takyah lah. Sbb nak simpan utk travel bulan 10 nanti.
Hurm. Tu pun tak ready apa lagi tu. Apa pun tak booking. Visa pun tak buat lagi. Tapi tu semua orang kata sekejap je. Tp nak booking penginapan, nak ada visa plak. Risau jugak tu sbb macam tetiba je nak pergi situ (takde la tetiba, sbb tiket mmg beli awal tahun dulu). Mmg kena plan bebetul nih. Nak sewa kereta ke cemna ke.
Tu pun antara sebab macam takpe kot tak prepare utk raya sgt.
Bantuan khas yg dpt tu - kalau buleh nak simpan utk travel tu lah. Tapi, rasa cam tak dapek je nak simpan. Huhu.

Raya pertama mungkin dgn family mertua dulu. Tak tahu plan mereka ni cemana. Samada beraya di sini (lagi aku suka) atau balik Pahang. Aku rasa mmg balik Pahang lah tu. Then raya ke3 kot baru balik Perak. Tapi, kalau takde sapa kat rumah ngan mak aku masa raya pertama - maybe kite akan tukar plan tu lah. Kami flexible. Takde la rigid cam ah, takde takde.. ikut turn, turn tetap turn.  Alhamdullilah dapat keluarga mertua (dan suami) yang flexible :)

Cuti raya!
Hihi. Ai apply 5 hari! Muahaha.
Cuti byk lagi. Tapi tgk lah cemna. If boss bagi - sokay lah.
Saja amik before raya tu lama sket.
Nak buat kuih raya. Hahahahha. Rajin lah sangat.

So, begitu lah cerita utk hari raya.
Oh lupa. Kali ke-6 beraya as TTC'ian. As childless.
Ah. Malas ah nak pikir pasal tu. Mmg la orang akan tanya 'eh, kamu bile lagi? bile lagi? Anak mana?'. Lantak lah. Orang ada mulut, derang berhak tanya. If orang tu belah sedara aku n aku dah biasa, aku jawab je anak saya masih dengan Allah. Dia belum bagi lagi.
Kalau tak biasa tu - takpe lah. Senyum lah. Sambil terus makan lemang cicah rendang. Dan air sirap. Hahaha. Apa ada hal!


2 July 2014

Drama : Berlima Ramadan

Kat TV1.
Matik la takde orang layan TV1, aku sorang je layan kot. Kul 7-8mlm. 
Semua pun layan Kerna Terpaksa Aku Relakan.

Muahahaa.

Entah. Mmg ada tgk sesket yg citer KTAR tu.
Tak follow sgt, sbb well.. citer melayu kot. Ko terlepas tgk 2,3 episod pun kau buleh tahu apa terjadi pada episod sebelum tu. Pastu citer yg hurm.. cliche jugekkk.. ada orang dengki, ada berebut2 perempuan, ada orang kaya2. Gitu lah seadanya. Citer me-layu.

Jadi, 
sempena bulan puasa ni marilah kita tukar channel sementara menikmati juadah berbuka.

Boleh laaaa...........
Cliche pun, cliche jugek.

Ada kisah dengki2 seme tu.
Tapi, oke jugak kot. Sbb ada diselitkan unsur islamik sket. 
Pastu pelakon pun macam setgh pelakon adalah pelakon dalam KTAR.
Cuma tukar2. Kalau dalam KTAR orang tu jadi baik, dlm citer ni jadi jahat. Dah la waktu tayangan sama. Haha.

Memula kan, aku igt citer ni adaptasi dari kisah lima beradik yang mak bapak derang meninggal eksiden bulan 5 tu hari kan. Tapi, takkan cepat sgt la pulak derang drama kan. 
Tapi, bila google - oh, akhir tahun lepas lagi dah derang dah mula shooting. Kebetulan la pulak kan.

Yang jadi Hannan (anak sulung) tu aku tak tahu dia pernah belakon citer apa. Tapi, mmg muka sedih je. Muka jenis redup2 je. 
Best gak la. Citer pasal 5 beradik yang jadi yatim piatu lps mak ayah mereka meninggal eksiden. Mak lima beradik ni anak orang kaya sebenarnya. Tapi cam nenek mereka pulak tak suka (aku tertinggal episod 1 - jadi tak tahu kenapa nenek nampak benci dgn mak 5 beradik ni. Kahwin lari kot. Huhu).
Lps tu mula episod sedih sbb duit kwsp, duit insuran ayah (mak jual kuih je) tak letak atas nama lima beradik ni. Letak atas nama adik beradik ayah. Yang adik ayah (pakcik) derang pun jahat.
Dan baru takat tu lah. Baru episod 4 (dia start hari Sabtu ke Ahad tu hari)

Boleh la layan. Kan? Sambil nunggu2 nak masuk waktu tu.
Tapi, sebelum nak azan tu - humang ai, iklan kemain banyak. Kain pelikat mangga lah, jakel lah, dengan produk nour ain pun ada iklan time tu. Haih!

Cuma, satu je aku harapkan.
Oleh kerana citer kat TV1, aku harap sgt la TV1 tak tukar atau ubah ke apa ke sewenang-wenangnya tayangan  citer ni.
Banyak kali dah jadi tau.

Kita ni dah syok2 la follow, lps tu dah nak ending, elok dia tukar waktu siaran. Tu mmg aku pernah kena skali. Masa tu TV1 masih ada tayang citer Indon kul 7 kalau tak silap aku. Bengong. Dia gi tukar kul petang - waktu kerja. Best kan. Hampeh sungguh.

Tu lah RTM. Byk lagi yg camni. Orang dah biasa waktu tayangan masa tu dia tukar. Cemna nak ada follower? Atau mmg derang ni nak jadikan stesen tv RTM ni utk orang tgk sambil2 ? Macam kat spital ke, atau tempat2 menunggu?
Kenapa tak ikut tv swasta esp TV3 - yang bertahun2 tak tukar waktu tayangan. Cam Melodi - rasa mmg tak pernah tukar time tu. Mmg sedari dulu 12.30 kan. 
Pastu ada citer apa ntah, bulan puasa gak - tayangan masa waktu sahur. Tup2 hilang begitu sahaja. Ending tak tahu apa. Tapi, tu takpe gak la kan. Mungkin tak ramai pun viewers maka derang andaikan, ah lantak lah. 

Tapi, yang ni, aku harap tidak la berlaku sebegitu.

Mana lah tahu, sok, dah dkt nak raya, citer ni tak habis lagi, jadi derang nak masuk slot citer hari raya lah apa la, dan terus hilang entah kemana citer nih.
Aku pun tak berapa nak trust jugak nih.

Tapi, kita cuba. If 'hilang' jugak, kita emel terus KKM. Boleh RTM??

p/s : Nak tgk, buleh gak tgk online kat sini - MYKLIK

Update :
Tahu dah watak yg jadi Along tu - Nazeera Sardi namanya. Bila tgk blog dia baru tahu byk jugak drama dah berlakon. Tp mmg watak2 yg baik je. 

1 July 2014

Berbuka Puasa : Masak Atau Beli?

Prapenyediaan Bahan Masakan Ramadan Bantu Wanita Berkerjaya

"Perancangan masa penting, tambahan pula untuk mereka yang bekerja di bandar kerana kesesakan jalan raya ada kalanya mengambil masa berjam-jam apabila semua mahu tiba di rumah sebelum waktu berbuka," katanya kepada BERNAMA menjelang sehari sebelum umat Islam di Malaysia memulakan ibadat dan menyambut Ramadan.

Sehubungan itu, Cef Ismail menasihatkan golongan wanita supaya melakukan prapenyediaan dalam tugasan memasak supaya hidangan lengkap dapat disediakan dalam masa singkat tanpa menjejaskan rasa dan kualiti masakan.

Antara persiapan yang perlu dibuat ialah membersihkan ikan, ayam, daging, undang atau sotong sebelum dimasukkan ke dalam bekas bersih dalam kuantiti 'sekali makan' dan disimpan dalam peti sejuk beku supaya proses cair beku mudah dilakukan apabila perlu.

"Masa cuti hujung minggu pula dimanfaatkan dengan mengupas siap bawang merah, bawang putih, halia dan mengisar cili kering. Memasak ini mudah cuma penyediaan bahan sahaja yang boleh jadi remeh dan memakan masa.

"Jika rajin, boleh sediakan sediakan pes masakan seperti rendang, kari, asam pedas atau pes makanan bergoreng seperti mee goreng untuk disimpan di peti sejuk dan apabila perlu, senduk dalam kuantiti kecil," katanya.

Chef Ismail berkata bagi menu sayuran pula, mereka digalakkan memilih sayuran bukan berdaun seperti labu, kekacang, bunga kobis, brokoli, terung dan lobak merah yang lebih tahan lama supaya tidak perlu kerap singgah ke kedai untuk membeli selain bahan-bahan itu siap dipotong sebelum disimpan.

"Mungkin ada wanita yang penat di dapur kerana mahu mengejar waktu berbuka, namun memberi makan kepada anggota keluarga yang berpuasa amat besar ganjarannya apatah lagi 'air tangan' isteri dianggap sebagai pengikat keluarga," katanya.

Artikel Penuh : Bernama

****
Apa kata uols???
Aiols sejak2 kawen, mmg ada sedikit kerajinan lah nak menyediakan juadah berbuka. Oh. Sebenarnya bukan rajin, tapi MALAS dan HAZAB nak pergi bazar Ramadhan. Panas-sesak-ramai orang-tak tau nak beli apa menjadi pemangkin utk aku jadi 'rajin' nak masak. Huhu.

Tahun ni, tup tup management kasik balik kul 4.30pm. Tak sangka nya. Berapa tahun dah tak dpt balik awal nih. Tahun ni dpt pulak. Cuma bos kata 'on request'. Maknanya if ada kerja urgent tak buleh la nak balik awal. Baik lah boss.

So, dah dapat balik awal, lebih afdhal la masak. Dulu balik kul 5 smpai umah dalam 6.15 camtu. Sekarang awal sket la. Tu pun sbb aku lalu ikut DUKE. Kalau nak hadap bulatan pahang tu mmg ko kena bawak bawang - potong dalam keta.

Macam artikel ni cakap, segala yg remeh2 tu kita sediakan awal. Macam cili, mmg aku siap blend dah. Aku mmg jarang amat lah beli yg cili boh tu unless dah terdesak. Dari kecik mmg tgk mak aku blend cili. Jadi, smpai la ni, mmg praktikkan - gunting cili - basuh - rebus [dengan setitik 2 minyak] - then blend.
Tapi, cam bawang tu, aku tak berapa suka nak blend sesiap, sbb nati cam ada rasa 'peti ais'. Huhu. Kan bawang tu dikatakan bahan penyerap jugak kan. Lagi pun tak kesah bawang nih, sbb aku ada blender kecik yg food processor tu. Benda tu sgt la membantu mempercepatkan proses masak.

Utk lauk, biasanya beli kat pasar tani sbb lebih fresh, boleh simpan smpai seminggu dan yg penting orang tu akan siang kan (eh, kat Tesco pun camtu kan). Utk de-frost pulak, biasanya lps bersih kan, aku letak dalam plastik sesiap dan masuk dalam Tupperware Freezermate [cea, nak gak sebut tupperware tu - tapi, serius lah, freezermate ni mmg bagus sbb dia tak susah sgt nak de-frost]. Aku tgk ramai yg buat gini kan. Mimy tu hari pun up gmbr dia buat camtu. Buat gitu mmg senang. Lagipun tak elok kita de-frost n frost balik lauk2. Jadi, ambik satu plastik - lepas sahur tu letak bhgn bawah dlm peti ais tu - pastu balik keja - dia akan mudah de-frost dah. If not, dah tak sempat sgt, humban je kejap dalam microwave. Huhu.

Satu lagi, aku masak simple2 ja. Takde la bagai2. Takat nak masak lemak udang, ikan cencaru sumbat tu, takde hal kan. Sambal tumis ke, gitu2 je lah. Satu lagi yg membantu jugak - magic pan. Itu pun kalau nak buat ikan bakar, ikan kukus ke, guna je menda tu. Sgt membantu.

Jadi, mari lah kita memasak. Mmg puas hati dapat masak utk berbuka ni. Tapi, kadang datang juga jin pemalas tu. Tak buleh buat apa dah. Haha.

Ni gmbr semalam. Dapat balik kul 4.30 kan. Jadi, keluar ofis dalam 4.40. Jln Tun Razak cam biasa lah. Jammed manjang. Naik AKLEH - kuar MRR2 - masuk DUKE. Dalam 5.20 smpai. Dapat la masak 3 jenis lauk (cencaru sumbat, lemak udang+kacang buncis, sambal itam) dan sempat blend air tembikai nih. Sempat mandi semua. Alhamdulillah jugak lah kan. Kredit jugak yg utk MyDH yg ada tolong potong tembikai dan goreng karipap frozen :)

Info Ramadhan : Pemakanan Sihat Bulan Puasa

Tips Pemakanan Sihat diambil dari artikel sini
Dan ada juga dicampur dengan artikel dari web spti ini 

Beberapa tips pemakanan sihat semasa berpuasa adalah seperti :

1. Pembahagian masa makan yang betul iaitu merangkumi masa berbuka, makan malam dan ketika bersahur bagi mengelak pengambilan makanan berlebihan ketika berbuka sekiranya seseorang tidak mengambil makan malam atau tidak bersahur.
Sahur itu adalah sunnah. Sekalipun ia tidak diwajibkan, namun amat-amat digalakkan. Bahkan ia dijadikan pembeza antara sahur muslim dan sahur Yahudi. Sabda Nabi s.a.w:

“Pembeza antara puasa kita dan puasa Ahli Kitab adalah makan sahur”. (Riwayat Muslim).

Maka, kita berpuasa kerana ingin mengabdikan diri kepada Allah dan kita berlumba-lumba melakukan perkara yang disukai Allah pada bulan Ramadan ini, maka ikutilah sunnah Nabi s.a.w termasuk dalam bersahur. Besarnya rahmat Allah, sehingga seseorang yang bangun bersahur agar dia bertenaga esok harinya ketika berpuasa, dihitung sebagai ibadah yang diberi ganjaran.

2. Mengutamakan makanan yang tinggi serat dengan meningkatkan pengambilan bijirin seperti beras perang, roti mil penuh dan kekacang. Selain itu, sayur-sayuran dan buah-buahan juga merupakan sumber makanan yang sangat kaya dengan serat. Pengambilan serat yang tinggi semasa sahur dapat mengekalkan rasa kenyang yang lebih lama di siang hari dan memberi tenaga agar aktiviti harian dapat dilakukan seperti biasa berbanding bulan-bulan yang lain. Manakala pengambilan serat yang mencukupi semasa berbuka dapat memberi tenaga segera, meneutralkan rembesan asid berlebihan di dalam perut sekaligus dapat mengawal glukosa darah khususnya kepada penghidap diabetes.

3. Minum air dengan banyak sekitar 8 hingga 12 gelas di antara waktu berbuka hingga waktu sahur terutamanya air kosong. Ini bagi memastikan tubuh mendapat cukup air untuk berfungsi di siang hari.

4. Amalan sunnah dengan pengambilan 3 biji kurma beserta segelas air/jus setiap kali waktu berbuka dapat menyeimbangkan kandungan gula dalam darah (mengelak kejadian hipoglisemia) serta memberi tenaga segera kepada tubuh untuk menjalankan ibadah wajib dan sunat khususnya solat sunat tarawih.

5. Pilih kaedah masakan yang lebih sihat seperti memanggang, stim dan sup berbanding menggoreng, menyediakan menu berasaskan santan atau terlalu berempah / terlalu pedas. Kurangkan penggunaan minyak atau santan ketika memasak dan buang lemak/kulit pada ayam dan daging sebelum memasak.

6. Makan dan kunyah dengan perlahan-lahan ketika berbuka kerana kita cenderung untuk makan berlebihan ketika perut lapar. Otak kita mengambil masa selama 20 minit untuk mengesan bahawa perut kita telah pun kenyang.

7. Teruskan aktiviti fizikal atau senaman ringan di sebelah malam bagi mengekalkan kecergasan tubuh dan minda kita. Selain solat tarawih, senaman yang boleh dilakukan adalah seperti berjalan pantas atau berjogging. Walau bagai manapun, tunggu sehingga satu atau dua jam selepas makan sebelum memulakan senaman bagi memberi laluan kepada sistem pencernaan. Bagi individu yang makan banyak semasa berbuka, biasanya perlu mengambil masa yang lebih lama untuk memulakan aktiviti kerana jantung mengepam darah lebih banyak ke sistem pencernaan berbanding ke otot.

30 June 2014

Salam Ramadhan 1435H

Dah Ramadhan 2 pun.
Tapi takpe, masih tak terlewat nak ucap Salam Ramadhan



Sama - sama lah kita menambahbaik amal ibadat kita :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign