Pages

11 September 2012

Edisi Hari Pertama Bergelar Pelajar

Semula!

Ya lah. Sekarang ni sudah ada title student instead of orang gomen ya. Wuwuwuuu...
After 10 years tak masuk kelas/kuliah.
Bersedia tak?
Lama dah bersedia. Buat menda yg mmg dah suka kan. So, no hal.

7 Sept tu ari dah register.
Dia tulis Fakulti aku mmg 7hb tu - pagi.
So, pepagi lah pegi sbb kul 9 start register. Tetengok ramai giler dah orang. 
Oh, rupanya saja je dia tulis ikut fakulti tu, sesapa pun leh register.
Dia takut orang terlampau ramai je kalo tak ikut fakulti.

So, register.
Kul 9, dia bukak je pintu, menyerbu orang masuk sbb nak amik nombor.
Rasa awal dah. Tp dpt no. 20 lebih. Tp tak la lama sgt tunggu.

Dia ada kaunter2 dia, so mudah dah la.
Semak dokumen semua - tunjuk bukti pembayaran (mujo aku nyer betul, kalo tak satu hal nak ke Bank Islam plak, ada sorang brother tu kena, dah nak hangin dah dia) - bagi x-ray film (oh, aku rasa ni satu satunya tpt yg amek xray film, mujo aku buat sbb kat KPJ dia bagi CD skang ni) - register utk siswamail. Lepas tu abis lah. Settle. Dlm kul 10 settle dah. Alhamdulillah. Dipermudahkan. Parking seme pun senang. Tumpang je kat kolej kat dpn office IPS tu.
Semua beli baru. Bes. Bes. Baru ada semangat. Hihik.
Kelas start 10hb (Isnin).
Kul 5 tajam tajam terus kuar dari ofis. Kalo tak, mmg nahas. Tersumbat, tersekat lah jammed nati.
Alhamdulillah, oke, dalam 5.30pm da smpai.
Kena tahan lak ngan pakgad kat main gate tu. Haih.
Dia tanya mana sticker, aku kata aku student baru.
Dia kata lagi, student baru tak boleh bawa kereta.
Hah! ko giler ke nak suh aku jalan kaki. Dari office ni, kalo naik tren bagai, jenuh tak sempat nak catch up kelas kul 6pm.

Aku kata, part time student pun tak buleh ke?
Oh, part time boleh kot katanya. Ek eh. Engkau bhgn keselamatan, jaga plak U ternama ni. Pulak tu bukan guard perkhidmatan dibeli cam ofis2 ni. Dah tentu itu mmg jawatan di situ. Lagi mau ber'kot kot'.
Pastu aku tanya, mana nak dpt sticker sbb masa register dia tak bagi pun. Lagi bes dia jawab apa tau
"tak tau, tanya kat sana nati"
Bes tak?
Satu lagi maybe dia ingat aku full time student - 1st degree kat situ kot sbb muka nampak cam muda jew.. awww..awww.. Ahahahaha.

Oke, hari ni, aku bawak kad matrik sementara aku (A4 size), kalo dia tahan lagi, aku tempek depan muka dia. 

Sampai je cari kelas. Fuh. Ingat kat atas, rupanya kat bawah. Penat naik tangga.
Ramai nyer dlm kelas ni.
3 jam duk dlm tu, aku pikir2 nak amik ke tak kelas ni.
Rasa cam tak kot. Lecturer dah kata, kalo takde background subject tu tak payah amik dulu. But, aku mmg sah sah la ada kan. Tapinyer, aku rasa, aku amik 2 subject je lah instead of memula nak amik 3. Bukan per, nati masa nak presentation, buat assignment ke apa seme tu dalam satu masa. Jenuh. Nak keja lagi kan. 

Sempat gak dpt kawan baru. Tapi, derang memuda lagi. Hihik. Ahkak jugek yg dah kertu kan.
Tapi oke la. Dlm kul 7.15 camtu, dia break - ada la makan sket dia bagi - solat maghrib - then 7.40 masuk balik. Kul 9 abis. 

Oke, reni kelas lagi. Ha, yg ni mmg aku da register. Jadi, suka lah sbb nama dah ada. Semalam takde, sbb aku tak register lagi.

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign