Pages

7 November 2015

Best nya Orang Konvo

Last month musim orang konvo kan.
Err.. tak termasuk konvo bebudak tadika lah kan. Hiks.

Seronok tgk orang berkonvo.
Jauh di sudut hati, terselit jeles.
Heh! Mau tak jeles. 
Rata rata kengkawan yg sama register kat UM tu ari seme pun dah konvo bebaru ni.
Cuma ada sorang kawan chinese tu dia konvo sebelum ni. Last year ke. Tapi awal la dari kengkawan yg lain ni.
Laju betul dia.
Kalau ikutkan ai pun dah konvo lah ni.
Dah ada Master Degree in Public Admin from UM.
Ecewah.

Okaylah. Mungkin dulu ada yg tahu ai further Master kan.
Siap tunjuk ID card bagai kat FB.
Pastu senyap. Haha. Padan lah muka. Haha. Now tkpe, dah tak main FB. Haha.
Orang belajar sekerat jalan kan. Memang lah tetiba senyap.
Muehehehe.

Bila orang tanya kenapa tak abis.
Ai jawab senang je - malas!
Haha. Orang akan blank nak tanya lagi bila dah jawab camtu.

Sebenarnya ada lah sebab musabab lain.
Tapi, sebenarnya mmg ai tak berapa nak rajin lah.
Ai ingat dulu, ai rajin. Rupanya... tak! Haha.
Orang kata, takde anak senang lah nak study.
Takde lah. Bukan pasal anak ke apa.
Ai cuma rasa, ai dah duk kat zon selesa, dah boleh jalan ke sana sini. Tup2 bila jadi student ni ai jadi terkongkong. Nak kena siapkan assignment on weekend, nak g library apa semua. Pastu pulak saing2 ai seme belum kerja. So, bila ai grup dengan mereka ni, kesian pula mereka kena ikut time ai. Kadang lecturer bagi soalan waktu office. Dia bagi kat dalam sistem pagi tu, then petang kena bentang. Kau rasa cemana? Nak tak nak kau kena juga amik waktu ofis cari bahan apa semua kan? 

Ai rasa kurang keberkatan bila bekerja sambil belajar ni.
Eh. Belajar sambil bekerja. Orang lain boleh, itu mmg depa superwomen.
Ai rasa something wrong somewhere bila ai kena tumpu cari bahan utk pembentangan masa ofis. Ye lah, soalan bagi dalam kul 10 pagi. Kul 6 ptg ni dah kena bentang dalam kelas.

So, cukup 1 sem, I quit.
Settle. Abis dalam 2k gak lah tuition fees tu ari. Haha. Ai bebuat pejam mata ja.
Lepas pada quit, ai gone thro buat operation laparoskopi. Kira macam ada something jugak lah lepas ai quit tu. Konon ai nak tumpu pada fertility treatment. Tapi lepas tu nan hado jugak, ai sebok balik travel sana sini. Itu yang ai nak sebenarnya kheeennnn.... Haha.

Sungguh la ai jeles dengan korang yg committed bekerja sambil belajar.
Dan ai jeles tgk uols semua konvo dah. Huwaaa.... 
Tapi, bila fikir2 ah lantak lah! Banyak lagi menda lain yg ai bole buat.

Ai mmg nak further. Kalau boleh mmg sampai dapat Ph.D. Tu mmg cecita ai sebaik saja grad degree.
Tapi, ai mmg tak nak kalau belajar sambil bekerja.
Ai nak buat full time.
Sebagai penjawat awam, ai mmg ada peluang itu.
Sbb tu bebaru ni ai ada apply HLP. Cuti belajar bergaji penuh tanpa biasiswa. Ai boleh belajar secara full time dengan gaji penuh!
Uols doa doakan ai dapat ya.
Ai nak sangat sambung Master dan buat full time tanpa ganggu waktu kerja.
Ai nak jadi full time student. Baru ai lega dan hati tenang.
Biar lah dah lewat. Biarlah dah dekat umur boleh pencen baru dapat Master. Takpe. 

Tapi, ai dah tak minta UM. Sbb dah malu. Haha. Tu ari kan tetiba berenti.
Ai ada minta 3 U yang lain. Seme pun dalam negeri lah.
Hajat hati nak je minta UWA. Cea.. nak Perth saja. Haha. Tapi usah dok merapu. Dalam negara sudah. 

Uols doakan ya ai dapat HLP tu.
Mekasih... :)

To my klik masa kt UM, Iza n Zaimah, tahniah dah konvo.
Akak tumpang happy :)


1 juta komen:

huhuhu... i feel u reen. i sambung ACCA, but i took my own sweet time (since 2003 mind u!). ni nk kena abiskan tahun 2016, sebab after that dah luput semua exam yg i amik sebelum2 ni... i.e; kena ulang semula from scratch. tinggal 1 paper je lagi pun, tp nak sambung tu...adeh...macam2 alasan boleh buat... smg berjaya in ur HLP. Doakan i jugak... diberi kekuatan utk abiskan just 1 more paper....

Terima kasih atas komen anda :)

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign