Pages

17 March 2015

Downgrade Pakej Astro

Superpack to Value Pack.
At last!
Lama dah berfikir fikir.
Ini kali kita tukar lah.

Lagipun, semenjak dua menjak ni selalu je Astro ni buka semua channel dia - bagi tgk free. Bebaru ni 2 bulan kot dia bagi free. Sebelum ni pun ada.
Aish. Kita bayar memahal nak tgk semua, tup tup selalu je ada free.
Pastu pulak setiap they so called 'rancangan realiti' semua pun hadiah ratus ratus ribu dan kalau dihimpunkan semua, nilainya mmg hampir jutaan. Ke mmg dah berjuta? Mana dapat duit tu? kita lah yang bagi. Heh.
Oh. No. No more. No more. No more.

Simply je kita bagi duit ke dia. Walhal kita bukan tgk pun semua channel. Beratus channel sampai tak tertengok. Yang abgcik aku la, dia siap cakap "takde citer best lah Asto ni". Ya hampun, dah ada beratus channel buleh kata takde citer best. Kalau camtu, mmg dah kena terminate je le. Tapi dia tak nak pulak terminate. Katanya anak2 dia nak tgk sport lah, korea la, cartoon lah.
Best, mmg la best, tekan dari no 101 smpai 999 - buleh katakan semua lah ada. Tapi, bukan tiap hari pun tgk. Lagi lah kita yang kerja sampai petang ni kan. Abis awal buka tv pukul 6ptg. Tapi, jarang. Pastu weekend, kadang takde kat rumah. So, sudah lah tu bayar seratus lebih tu. Cukup. Cukup. Cukup sudah.

Tapi, hampeh juga Astro ni. Orang nak downgrade pun kena caj juga.
Terhapa sangat. Switch fee katanya. RM10 (bahagian bawah skali dkt bil nih. Ni bil latest weols.


Dan satu lagi, if nak downgrade/tukar pakej, kita kena call dia lepas kita settle buat bayaran bulan tu.
Sbb biasanya bil dah keluar awal bulan.
Jadi, kalau awal bulan kita call kata nak downgrade, dia suruh tunggu jugak bulan depan. Sbb bil dah keluar. Bukan buleh jam jam tu kita nak downgrade, jam jam tu dia potong.

Now dah takde la SuperPack. Bermula 1 Mac tu hari. No more ESPN bagai, HBO bagai. Tengok je lah channel yang ada kat Nilai pack tu. Termasuk jugak Indon punya pelangi apa ntah tu. Yg tu taknak, tp dah termasuk dalam pakej. Lantak lah dia situ.
Kami downgrade ke Nilai Pack. Dalam RM83/month. [link : value pack]


Penjimatan dalam 40% tu. 
Kalau buleh nak je ambik yg family pack tu je. Yang RM39.95 tu.
Tapi, rugi plak takde HD punya siaran kan. Nak maintain HD, kena jugak la amik Nilai Pack tu.

Boleh la tu. Okay lah dari bayar dkt nak 2ratus.
Ini kang dah GST ni kang dia naik lagi.
Padahal last year 2x kot dia naik.
Dah melampau sampau dah astro ni.

Better lah kita review balik.
Kalau nak try2 beli ikut apa yg kita nak buleh tgk sini. Tapi, biasanya lagi mahal pulak jadinya. Huhu. [link : Astro Shop] Atau amik je Njoi tu.

Oh ya, sekarang ni kalau terminate Astro dia suruh antar balik dekoder eh?
Piring ni antar sekali ke?
Aku tu ari tak kena antar pun. Siap aku jual kat apek "suratkabar lama" tu. Dia beli lima hinggit. Muehehehe.

p/s : Katanya bulan Jun 2015 Astro dah ada pesaing yer. Bagus lah tu. Mesti ramai yang terminate nanti tu. Yang aku dah downgrade ni tak pasti pulak cemna nih. Ada kontrak semula ke cemna ntah. Apa pun, mmg aku dah lega banyak tak perlu bayar ratus2 dah.
Link [Saluran Digital RTM]

Terima kasih atas komen anda :)

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign