Pages

31 March 2016

Renungan Bersama

Share semalam kat FB.
Utk renungan kita bersama.
Samada untuk yg telah bergelar ibu mahupun utk yg belum bergelar ibu.
Cuma, suka nak qoute yang ini;
"Ramai lagi yang berhabis berpuluh ribu namun masih tidak diberikan Allah rezeki yang dipanggil anak"

Anak memang milik Allah.
Ini lah realitinya.
Cepat atau lambat memang Allah dah tahu yang terbaik.
Semoga kita tidak mengabaikan amanah Allah ini :)







30 March 2016

Jalan Jalan Melaka : Makan Makan

Tu hari sembang2 ngan mak, pastu mak cakap, kaknyah (kak ipar no.2) kata kalau jejalan ngan aku, harus asyik makan ja. Haha.
Kira macam kalau trip aku yg buat schedule nya mmg asyik pergi makan.
Padahal aku bkn suka makan pun.
Tapi, saja suka nak pergi tempat2 makan yg popular.
Tah.. macam best!
Macam masa trip kami ke Pantai Timur, trip ke Langkawi.

Ke Melaka ni kami makan makan jugak lah.
Mula nya lps balik dari Famosa Freeport tu.
Makan kat cendol Bakar. Ni cawangan yg kat Kuala Selangor tu. Pernah makan sekali lah cendol bakar K.Selangor tu. Tapi masa tu drive thru.
Kat sini pun camtu gak konsep dia.
Ada memacam juga makanan lain. Ramai orang. Panaih lit lit.
Kami order cendol, kelapa goncang (coconut shake lah), sotong goreng, keropok lekor ngan satar.
Makan utk alas perut ja since pagi tu kami dah berenti breakfast kt RnR Seremban.


Petang tu, lps rehat rehat kat apartment, solat apa semua, kiterang gerak utk makan ikan bakau.
Kat Medan Ikan Bakar Muara Sg Duyung.

Ambik gambau utk antar kat w app grup family.
Sebelum pergi, kakcik call sesiap kedai tu utk reserved. Just reserved meja je lah, org kedai tu pun kata takpe, datang je. Takyah order lauk pauk lagi.
Since pergi pun hari Isnin, takde lah crowded sgt.
Dulu, kami pernah pergi. Tapi hari Sabtu.
Ramainya orang!
Pastu takat 2 orang kan. Mmg rasa cam takyah la kot.
Kali ni ramai ramai.
Sokay lah.
Pilih lauk dan ini lah hidangannya.
Kerang rebus, pepahat sambal.
Sayur campur. Mmg dah siap dalam pek sayur ni.
Suruh je dia masak.
Udang goreng tepung yg agak hauk rupa parasnya.
Order sket je sbb utk mak je.
Sotong goreng tepung. Sedap.
Ada lagi satu - ikan bakar. Tapi tak ambik gambar. Ikan jenahak kalau tak silap.
Eh. Cepat la pulak service kat sini.
Kejap kejapan dah sampai semua makanan.
Cuma, tang air tu hazab sket.
Berapa kali entah myDH pi bangun pergi kat kaunter.
Asyik la lambat sampai. Memula order satu jag. Order sirap limau. Tapi, sampainya limau ais ja. Lantak. Malas nak bebising, kang lagi lambat. Minum je. Pastu tambah lagi satu jag, limau ais. Tapi, sampai sirap je. Eh. Lantak kau lah labu.
Harga pun takde la mahal nau.
Total cost - RM132.00 utk 7 orang makan. Ada nasik biasa and ambik nasik lemak juga.
Boleh la. Macam harga kat kedai kiterang biasa makan kat Bagan Lalang tu.
Eh. Lama tak makan kat Bagan Lalang kan.
Macam nak pergi ja. Tapi mengenangkan kalau hari minggu tu orang menunggu2 meja kita tu rasa tak syok plak. Tak tenang nak makan. Nyampah.


Dah settle makan, ingat nak jalan2 kat bandar Melaka.
Tapi, cam malas. Plus dah senja pun.
Balik lah.
Tapi, nak balik tu boleh plak macam sesat2. Haish.
Sampai apartment, duduk jap, terasa nak kunyah2.
Huwa... gilos tau.
Pi keluar balik. Ada 7E kat apartment.
Makanya pi beli makanan. Dgn maggi lah, dgn Vico 3in1. Roti lah. Heyyy.. dah kenapa semua tak kenyang ni. Hahaha.
Kakcik n anak buah aku siap makan maggi cup tu.
Reramai, pastu sejuk ekon gaknya, semua pun cepat lapar.

Esoknya lps check out bawak derang gi makan asam pedas lak.
Nak carik yg glamer2 kat tengah bando sanun maleh. Panaih weh. Kang nak carik parking la apa la satu hal kan. Nak jalan jejauh.
Jadi, aku dah google sesiap. Nak yg mudah mudah je tempatnya.
Makan kat Asam Pedas Kak Su.
Boleh tahan jugak lah asam pedas dia. Sedap. Aku yg tak berapa suka asam pedas ni pun boleh hirup2.
Kedai dia on d way je dari Gold Coast Melaka tu nak ke Bandar Melaka. Kira dari Bukit Katil nak keluar ke Bandar Melaka mmg lalu sini. Kat Kg Jambatan Duyung. Tepi jalan ja. Tapi, kena perhati bebetul sbb macam tak perasan. Ramai juga orang makan situ.
Gambaq takdak. Malas dah. Kami amik set berhidang.
Ada ikan bakar, ikan asam pedas, sayur2.
Murah juga. Total dalam RM62. Pastu abgcik macam tercari carik lagi seringgit masa nak bayar tu. Kira dah bayar RM61 kan. Pastu owner dia kata (owner la kot sbb duk kat kaunter bayaran kan, pastu cam pakcik2 ja), takpe..takpe.. 61ringgit cukup.
Alahai. Bagusnya. Murah rezeki pakcik :)
Okay kedai ni. Tapi, nak tambah kuah lambat plak. Byk kali jugak kakcik gitau nak mintak tambah kuah asam pedas kat tray situ. Sbb orang pun semua ambik kuah banyak agaknya kan. Tp tak tambah pun.

Lps makan pergi Masjid Selat. Tunggu waktu zohor.

Then pergi Pantai Klebang jap.
Tak lama pun lepak situ, pergi Coconut Shake Pantai Klebang.
Mula nak pergi yg Batu Berendam punya. Tapi, dah sampai area situ situ, terus je lah beli yg Klebang punya.
Pastu singgah beli Kuih Keria Limbungan.
And last sekali berhenti kat Alor Gajah. Beli jajan2 sket, pastu beli Cucur Udang lah.
Masuk Alor Gajah terimbau kenangan lampau. Haha.
Gerai nasi ayam Nadia tempat berdating lps abis kelas. Hahahaaa...

Settle percutian ke Melaka.
Pasni nak gi mana plak.
Rasa macam nak pergi Cameron / Genting ja. Panas2 ni kan (T______T).

28 March 2016

eBu Babypedia - Lisa Yusry

kredit : Kosmo
Terlepas nak tgk masa episod pertama hari Rabu lepas.
So, tgk ulangan malam tadi.
Sebelum ni ada rancangan macam ni jugak. Yang Malaque ngan Syariff Sleeq tu.
Yang tu tgk. Tapi ada skip skip.
Yang Yusry Lisa ni macam best sbb derang kan TTC'ian.
So, ada la citer2 pengalaman TTC'ian.


kredit : Astro


Episod pertama ni dia ada cerita pasal masakan. Yang kaya dgn acid folic.
Rendang kacang panjang dengan hati.
Tapi, Lisa tak pandai masak. Dia nak potong hati pun dia cam geli geli.
Err.. takpe Lisa, ai pun tak makan hati dan ai tak tahu lah ai boleh potong ke tak sbb ai tak pernah cuba nak masak.

Then Yusry pi jumpa Fengshui master.
Nak tahu berkaitan fengshui kat bilik.
Lps tu ada cam slot2 lawak lakonan Jihan n Bell.
Tgk petua2 dari negara lain.
Ada yg buat belly dance. Ada yg campak spender atas bumbung (huhu. Kalau kat Msia - utk tak bagi hujan, campak baju pengantin atas bumbung. And yes, masa aku kawen, mak ada campak baju tshirt. Haha. Lps tu dah ambik balik, mmg ai tak pakai dah baju tu. Heee).

Lps tu ada sesi Yusry n Lisa ke Hosp Pantai.
And.
Lisa n Yusry juga disahkan normal. Takde masalah apa.
Lisa ada buat Vit D test. Result test tu memang level D Lisa rendah.
Kannnnn...
Same case with me.
Which infertility centre lain tak pernah buat Vit D test ni.
Masa treatment kat KL Fertility lah pertama kali buat test ni and result utk level Vit D aku mmg worst.
Sebagaimana Lisa dapat ubat titis bawah lidah utk tingkatkan Vit D, aku pun dapat.
So, uols. Esp TTC'ian, try lah check level Vit D ni. Tak susah. Cuma buat blood test sahaja. Agak pricey, tapi mungkin Vit D ni lah antara penyebab kita susah conceive.
Aku ada bagitahu berkaitan test ni pada kawan2. Tapi mostly macam ala ala tak percaya. Macam nak kata la bukan masalah tu. Tapi, mana tahu kalau tak buat test tu? 
Tambahan lagi orang yg jarang terdedah pada cahaya matahari. 
But, it's up to you lah.. 
Takat ni aku tgk pakar (OnG) Pantai n KL Fert mmg ada buat test level Vit D ni.
(kepentingan Vit D dan fertility - boleh google. Mmg byk web esp dari luar negara yg membincangkannya).

Ada juga slot couple yg TTC'ian.
Beritahu pengalaman derang.

Menarik gak lah.
Boleh tgk lagi minggu2 depan.
Ada yg komen kat laman sosial kata "tak sesuai Yusry n Lisa ni bagi tips utk dapat anak since depa pun lambat beranak"
Oh. Tersilap tafsiran kot ni.
Kalau bagi orang yg kawen, trus dapat anak, mana tips yg dia sempat apply.
Mana dia ada pergi jumpa pakar.

Mana dia ada buat treatment.
At least camni, ada la ruang dan peluang bagi TTC'ian ni. Program macam ni kurang didedahkan. Dan bila kurang, orang pun kurang prihatin. Maka, tu yg tafsir - orang lambat beranak tak sesuai bagi tips, kata orang ttc kuat meroyan lah apa lah. Yg kita hadapi penuh kesabaran tu takde plak orang nak pertikai. Tapi, ye lah. Orang mmg nampak yg jahat, yg buruk ja. Itu lumrah. Bertabah je lah.

Ada yg TTC selama setahun dah resah.
Yusry n Lisa selama lebih kurang 3thn.
Me myself 6 and half year.
Ada 10 tahun, 13 tahun dan lebih.
Berapa lama pun, Allah lebih tahu apa terbaik untuk kita.

Kredit : FB cikgu As Syahid.
FB yg sgt bagus di follow.



*****
p.s :
Selamat hari lahir untuk myBFF - 28.3.2016 - yang ke37 :)

~ Rosfazirah n Nor Zatulifa 

23 March 2016

Jalan-Jalan Melaka 2016 : Gold Coast Melaka

Oraitz. Nak kata family trip tidak lah sangat.
Tapi, edisi ni disertai bersama family abgcik n kami bawa emak juga.
Family members lain tak follow kali ni.
So, ada ber 7 kali ini.

Kami stay di 
[Masa isi borang cuti, tulis Gold Coast Melaka - udah boss saja perli2 kata aku nak gi Gold Coast Australia. Boss nihhhh... I'm not fit to fly lah boss. Kalau tak, ai dah ke Kuekonhof dah].
Dah beli voucher masa Matta Fair last year.
Harga masa tu RM350.00 utk apartment 2 bilik, breakfast 4 orang dan tiket theme park 4 orang.
Kalau beli takde Matta Fair, beli online, boleh la dapat harga RM400.00.
Tapi, kalau weekend ke, PH ke cuti sekolah ke harga jadi RM600 per nite.
Sbb kami beli voucher Matta Fair ni, dia tak kira PH ke, school holiday ke weekend ke, harga tetap harga voucher jugak. So, mengapa bayar lebih?? *terus teringat iklan Trivago. Hehe.

Untuk entry ni, kita review pasal Gold Coast Melaka dulu lah yer.
Entry makan makan, kita buat entry lain.

Kami pergi hari Isnin - 14 Mac 2016 since weekend penuh.
Keluar dari rumah dalam kul 9.00 pagi.
Singgah makan kat RnR Seremban.

Persinggahan pertama - Freeport A'Famosa Outlet.
Dalam kul 11 sampai. Penuh juga kereta, tapi ada je parking.
Just jalan-jalan ja. Takde pun datang sini dgn nawaitu "sahaja aku nak beli handbag bla bla bla..."
Jadi, selamat lah di situ walau geram2 je tgk Carlo Rino, Sembonia.
Aku beli bola ja. Haha. Yes, Gym ball / exercise ball tu. Lama dah carik. Tetiba ternampak. Lalu beli je lah. Best apa ada bola tu.
Takde apa menarik sgt lah sini. Besar lagi JPO.
Food court ada dah.
Toilet takde pipe. Me is dun like. Lps tu kecik. 
Surau tak tau sbb pergi belum masuk waktu solat.
Kalau takde apa nak beli takyah lah pegi. Kot sesaja sambil jalan ke Melaka tu, boleh la singgah. Nampak macam chinese yg lebih berminat datang sini.

Nak pergi sini, macam tak nampak pulak signage beso beso.
Just keluar dari tol Alor Gajah (Simpang Ampat), carik jalan ke A Famosa Resort. Nanti jumpa lah.
Balik tu kami singgah makan cendol bakar (cawangan yg Kuala Selangor tu punya).
Cendol Bakar ni mmg on d way ke Freeport ni.
Ramai orang. Tu nyampah kalau pergi waktu cuti sekolah.

Then direct pi hotel.
Gold Coast Melaka ni letaknya di Bukit Katil. Takde la nampak laut ke apa. Dekat juga dengan Bayou Lagoon. Dalam area perumahan.
Smpai hotel tak boleh masuk bilik lagi since check in kul 3pm. Kiterang sampai dalam 2.30pm.
Just isi2 borang apa semua dulu. Nanti kul 3pm baru dia bagi kunci.
Patut la penuh on weekend. Sbb ada family day company mana ntah. Sampai 2 malam family day nya. 
Dah kul 3pm, pergi ambik kunci. Oh. Agak lambat proses nya walau dia buka 2 kaunter untuk check in. Mungkin sbb cuti sekolah kan. Orang pun ramai. Tapi, petugas kaunter friendly. Mostly melayu.


Ada buggy yang boleh hantar kita ke apartment. Kami duk apartment no. 1 - apartment Hang Tuah kalau tak silap. Tapi, boleh ja bawak kereta ke apartment. MyDH bawak keta. Aku, mak n anak2 buah je naik buggy. Hehe.
Menarik juga. Sbb mengadap theme park. Dari bilik pun nampak.

Dari pintu masuk. Ada meja makan. Dan terus hall. Luas.
Bilik ke2. Bilik 1 lupa nak ambik gambar.
Bilik 1 dia combine kan 2 katil ni jadi 1.
View dari balkoni.
Macam takde orang sbb masa ni tgh check in.
Dari tingkap bilik 1. Pun buleh nampak. Menarik!
Nak dijadikan rezeki kami, kami dapat 6 tiket theme park. Jadi, semua boleh masuk (minus emak la kan. Emak duk tgk kami dari atas je. Hihi).
Kalau tidak, masuk theme park ni RM30/person. Adult. Child tak tahu. Ngeee.....


Tapi, utk breakfast dapat 4. Kalau nak tambah breakfast, RM25/pax. Jadi, me n myDH kata, biar 4 orang je masuk. Kiterang beli je lah tapau kat luar. Membazir je kan. Me, MyDH and sorang lagi anak buah, tak pergi breakfast. Pagi tu carik je warong2 kat area situ utk beli breakfast.
Dan.. mmg mujur lah pun tak beli breakfast kat dalam tu. Abg siap cakap "tak best" Haha.
I don't know, tapi kalau ikut GC Morib punya expectation, mmg weols takkan keluarkan RM25 utk breakfast lah. Better lah pi carik nasik lemak orang Melaka ni kan. Haha.

Berbanding GC Morib, kat sini agak luas.
Dia divide tempat mandi kepada 3 bahagian. Takde la orang tertumpu reramai satu tempat kan.
Satu tempat theme park (which mengadap bilik kami), satu tempat kolam2 santai macam kat rumah weols jugak, dan satu kolam ala ala ada ombak tu.

Dia buka theme park pagi lagi. So, kul 9pagi dah buleh berendam.
Area kanak-kanak.
Area wave pool.
Wave pool.
Bagus jugak lah buat camni kan. Byk tempat leh mandi manda.
Puas la bebudak mandi kan. Ai masuk celup2 kaki sket je lah. Takkan nak "mendugong" dalam tu plak kan. Haha.

Sebelah kapal ni ada lagi pool biasa macam ala ala kat rumah tu.
6 of us. Mak tgk dari atas. Hihi.

Keadaan apartment plak.
Kami duk tingkat 6. Dan rezeki dapat dekat dgn lif. Oh. Lif agak keuzuran. Kakcik siap takut nak turun sengsorang. Huhu.
Bilik 2. Satu dapur. 2 bilik air.
Ada meja makan. Cantik kerusi n meja nya. Ada unsur2 kraf sbb kerusi dia buat ala ala ekor dolphin. Meja kerusi jenis berat. Ada satu kerusi panjang mcm kerusi kantin tu.
Sofa tempat tgk tv pun luas. MyDH tido kat kerusi tu je malam2. Selesa je pun.
Lps tu kami bawak satu toto jugak which kakcik n anak perempuan dia bentang toto dalam bilik.
Aku tido ngan mak kat satu lagi bilik. Bilik tu ada bilik air dgn bath tub.
Satu lagi bilik air kat luar (kat hall)

Pendek kata keadaan apartment mmg selesa lah.
Luas.
Cuma, style sini macam ada banyak bonggol. Eh. Bukan la bonggol, dia macam nak jalan tu ada je sekatan, dia buat lantai tu tinggi sket. Dkt lobi apartment nak ke lif pun macam tu. Kakcik aku gitau ada orang jatuh tersembam masa dia nak naik bilik.
Nak masuk dalam apmt pun ada jugak menaik macam tu.
Kena hati hati lah.

Parking banyak. Depan2 apmt tu boleh ja parking. Tapi, cam biasa.. ada juga sengal yg pi parking dekat dgn lobi apartment. Kenapa eh ada je orang sengal camtu. Susah la keta nak pi pick up orang kat lobi. Selfish betul perangai! Tak boleh la nak jalan kaki sket. Alah, bkn jauh pun. Sketttt je pun jalan kakinya.

Check in - rehat2 jap - solat - kami keluar makan.
Balik makan - pi beli roti2 kat 7E.
Haha.
Boleh?
Kelaparan plak semua orang.
Beli roti lah, maggi lah. Buat air lah. Siap beli vico 3 in 1 tu kat 7E.
Bila reramai camtu lah keadaan nya.
View malam.
Esuk pagi, lepas breakfast baru turun mandi manda.
Semua 6 orang turun lah. Ate, dah dapat tiket 6 orang kan.
Cuaca panas, tapi berangin. Depa2 yg mandi dah menggigil2 kena angin.
Kul 10.00 naik bilik, siap2 utk check out.
11.30 check out.

Kalau tanya nak pegi lagi tak?
Memang nak. Tapi sesuai utk beramai ramai lah. Takat satu family je cam tak best dan tak meriah sbb rasanya situ seme style apartment kan.
Okay je environment dia. Compared to Gold Coast Morib, I vote sini. Morib tu dah la memalam berbau. Eiww. Me is dun like. Now, tak tahu la ada bau lagi ke tak. Tapi, 2,3x pegi dulu, bau tu tetap ada.
Anta gambar kat grup WA family seme pun kata syok.
Takpe. Nxt year kita plan. Da ramai ahli baru kan nxt year. Anak buah pun kawen thn dpn. Ha..kena amik 2 apmt lah camtu.

Boleh la nanti kot uols nak pi bercuti ke Melaka.
Salah satu pilihan, Gold Coast Melaka ni.

22 March 2016

Sleepy

Current mood.
Mengantuk oi.
Lemau.
Cuaca pun mendung je kan.


MC kang tau la.
Huwarhhh...




p.s :
Byk tempat hujan pagi ni. Alhamdulillah. Sejuk sket.
Semalam panas sgt even duk dalam ofis smpai bergaduh dgn boss sbb nak suruh dia turunkan sikit suhu econ. 
Boss kata kalau turun suhu nanti banyak bayar bil letrik.
Sedihnya rasa hati.
Dah la kepanasan melampau.
Bukan lah aku sorang yg rasa panas. Semua pun kata panas.
Lagipun, masa ni je lah kita minta utk adjust suhu tu. Time lain takde pun.

Balik rumah, mandi dekat nak sejam. Puas hati.
(nak berendam dalam swimming pool, pool pulak dah sebulan lebih rosak tak siap2 baiki. Sampai laki aku haruk dekat management dah. Bongok. Maintenance kita tak pernah fail bayar).

Takpe lah. Biar lah kita kepanasan asal bil elektrik ofis tak naik, kan?
Biar lah bil air, bil elektrik (dah hehari pasang econ, kipas 2,3) rumah kita yang naik.
Redha. Dan bersabar.
Kita sbg rakyat marhaen mmg tiada daya dan perlu berkorban di mana mana.
Moga Malaysia terus kaya hendaknya.

21 March 2016

Pekeliling Perbendaharaan : Mengoptimumkan Perbelanjaan Kerajaan



Pekeliling Perbendaharaan Malaysia yang berkuatkuasa mulai 11 Mac 2016.
Ada beberapa langkah untuk mengoptimumkan perbelanjaan kerajaan.
Saya ambik yang berkaitan kerja saya lah ya.
Berkaitan dengan perjawatan atau pun pengisian jawatan kosong.


As semua sedia maklum, mmg sekarang kerajaan tgh "freeze" kan jawatan kosong.
Kalau ada pun, amat terhad lah.
Even, kami pun kena hantar permohonan dulu ke JPA dulu untuk kelulusan walau pun kosong tu disebabkan oleh orang bersara / letak jawatan.
Bila dah dapat kelulusan baru buleh buka semula iklan pengambilan jawatan kosong.
Bukan cam tahun2 sebelum, ada je jawatan kosong terus ja ambil orang kan.
Dah susah dah.
Jadi, sapa duk tgh kerja, dah dapat kerja, baru kerja, hargai lah kerja anda.
Jangan buat perangai, jangan dok buat peleceh pi ponteng lah apa lah.
Bersyukur sket sbb kat luar sanun ramai yg menanti.
Ni anak buah ai pun tgh tunggu tawaran utk kadet inspektor polis. Pun takde lagi. 
Jenuh wei.
Tumpang simpati.
Tapi, cemana nak buat.. kan.
Berdoa je lah.

Pekeliling Perbendaharaan Malaysia : Garis Panduan Langkah-Langkah Mengoptimumkan Perbelanjaan Kerajaan [link]

17 March 2016

Orange Peeler Rupanya

Haha.
Darat sungguh la hai.
Setelah beberapa lama baru ku tahu apa kah fungsi sebenar menda ini.
Ciss.


Meh nak bagi clear lagi gambar tu.


Haaa...
Aku pernah dpt mendalah ni.
Lama dah. Masa tu beli oren kat Jusco ke mana ntah.
Ada menda ni dalam plastik sekali ngan oren.
Aku ingat apa menda lah nya.
Toys ke apa ke.
Takde pun dia tulis "free peeler" ke apa.
Rupanya menda ni pengupas kulit oren.
Haha.

Darat. Darat. Darat.

Yg paling best... aku rasa... aku dah buang menda ni. Haha.
Sbb aku tgk takde apa kegunaan pun.
Buat nyemak je.
Buang lah!
Haha.
Buat rugi je tau!

16 March 2016

Kenapa Bayar Lebih?

Hotel yang sama, bilik yang sama...
Tetapi, dua harga yang berbeza...
Kenapa bayar lebih?
Anda boleh mencari hotel ideal anda di trivago...
Trivago membandingkan lebih daripada 200 laman web..
Anda boleh mencari hotel ideal anda dengan harga terbaik..
Hotel? Trivago!


Hee.Hee.Hee.
Saja, pi tepek iklan trivago ni.
Sbb kelakar je orang suka komen iklan ni kat FB (tp kadang annoying juga kan!)
Pastu kat page mana ke ntah.
Amran fans ke mana ke, dia kata, kalau buat iklan tu mak kau hijau!
Tapi, bila terbaca iklan ni sure nak imagine orang dlm iklan tu yg nari gedik2 tu. Yg pompuan dapat harga murah tu. Huhu.

Wes.
Takde apa lagi nak story.
Cuma nak gitau, tu hari pergi Melaka. 2 hari 1 malam.
Redeem voucher yg beli kat Matta Fair last year.
Berbaloi nak harga tu. Sbb tu kalau ada kesempatan, pergi la Matta Fair tu (esp kalau MF ni dkt dgn tempat uols lah). Ala, biasa lah orang ramai2 tu. Jangan lah pergi waktu peak hour. Pepandai lah carik waktu.
Tapi, ye lah. Ada orang tk suka style camni. Kalau byk RM takpe lah beli direct dan harga tinggi sket kan. Buat apa nak rebut2, ye dok.
Tapi,
Hotel yg sama, bilik yg sama, tetapi dua harga yg berbeza. Kenapa bayar lebih?
Hiksss :P
Kalau utk orang suka dan selalu travel, kesempatan ni lah mmg diambil.
Takat ni byk juga yg aku dah beli dari Matta Fair dan mmg puas hati lah.
Antaranya - Superstar Libra Cruise, Langkawi n latest ni Melaka.

Nanti lah citer pegi mana, stay mana kat Melaka tu.
Sementara tu, layan dulu Coconut Shake ni :P


14 March 2016

Kisah Kadar Tol Dan Touch and Go

Last few days ada share kan ni kat FB.
Bukan lah nak kata apa kan.
Bukan lah nak kata kita ni tak menyokong apa yg kerajaan nak buat.
Tapi.. tulah.



Aku sebenar bukan nak cakap pasal kadar tol. 
Cuma nak highlight sket pasal Touch n Go (TnG) nih.
Masa nak diwajibkan guna TnG, ramai juga merungut2.
Last2 rakyat akur.
Moh la kita guna TnG. Untung2 cepat sket lah perjalanan kita.

Ye lah tu.
Takde maknanya nak cepat.

Kat KL ni mostly highway dah wajibkan semua guna TnG.
Kau rasa makin mudah ke makin susah?
Aku ni boleh dikatakan pengguna setia highway lah.
Setiap hari guna AKLEH n DUKE walau rumah cumalah 8km sajork dari office.
8km pun... masuk jalan Tun Razak, membawa ke Bulatan Pahang, membawa ke jalan Genting Klang tu, idak lah aku tahan jammed nya.
So, kami naik lah hway.

AKLEH ni okay lah. Jarang lah lorong Smart Tag dia buat hal.
Tapi, yg selalu buat hal kt sini adalah rider. Iyer, aku geram sgt kadang tu.
Kenapa orang bawak motosikal suka masuk lorong TnG / Smart Tag?
Bahaya tau tak?
Kadang kalau motor dah lepas, palang tu akan turun balik. Atau lepas tu, kad kita tak boleh dibaca dah. Dan ini tentu tentunya akan menyusahkan pengguna yg bawak kereta ni. Silap hb boleh jatuh palang atas tu atas bumbung kereta kau.
Aku pernah hampir mengalami nya.
Kadang bukan yg motor kecik buat hal. Yg rider berderum derum bawak moto besar tu yg buat.
Bab ini, aku tak salahkan mgt lebuh raya lah.
Orang bawak motor ni mmg suka suki dia. Dia je lah semua betul.
Orang bawak kereta ni lah lembu kerbau bagi dia. Kalau kita yang bawak kereta salah sket, amboi.. di tangannya kita, di tendang tendang nya keta kita, bodoh, bahlul, buta semua keluar.
Kalau dia masuk lorong kita.. tak mengapa plak.
Bab ni aku malas nak bising. Selfish! Kau tertungging nanti, itu kau punya pasal!

Dekat DUKE. Haaaa... ini mmg lah prob mgt DUKE. Ini pengalaman aku kat exit Duke Sentul Pasar. Tempat lain aku tak tau samada efficient atau sebaliknya juga.
Smart tag memang ada 2 lorong.
Selalunya hanya tinggal 1.
Kalau jammed berbatu batu tu, mmg takde lain puncanya. Lorong smart tag tinggal 1.
Aku pernah yer, stuck dalam jammed kat DUKE tu, dari azan maghrib berkumandang, sampai azan Isyak hanya nak keluar tol situ. Bayang kan lah.
Padahal, rumah aku sejengkal cuma dari DUKE tu. Kira kau nak melompat pagar tu mmg kompom sampai woi.
Marah tak marah la jadinya.
Suruh sgt orang guna kad lah apa lah, tapi apsal buat naya kat orang camtu.

Bila dah rosak camtu, dia punya barisan entah jadi hapa. Baik orang nak pergi smart tag, baik orang nak pergi lorong TnG dan ditambah plak orang nak top up. 
Tahu je lah DUKE situ dgn lori, bas segala sbb laluan nak ke Karak.

Tu tak masuk citer nak top up kad.
Ya hampun.. entah cemana barisan pun aku tak tahu.
Kena masuk lorong bas, lorong lori utk top up.
Pastu nak layan orang potong queue lagi.
Memang lah mendatangkan stress.

Jadi, cemana?
Aku bukan tak sokong guna kad "pre-paid" ni.
Cumanya, tolong lah senonoh sket end-result utk pengguna tu.
Tak payah la nak tunggu orang komplain. Asyik nak complaint pun tak syok juga kan.

Senang sebenarnya guna kad TnG ni.
Kat memana negara pun, orang dah guna kad ni utk pakai kat memana.
Macam kt HK yg aku pergi 5 tahun lepas (eh, lama giler dah rupanya aku pergi..huhu), beli je kad Octopus tu, buleh pakai kat kedai yg macam 7E tu, buleh guna kat bas, kat tren. Buleh top up kat memana. Convenient la kan.
Sama la macam TnG kita. Buleh gak pakai tmpt2 lain. 7E boleh ke? Tak pasti. Kat Watson mmg boleh, tapi selalunya tak boleh. Ada je mesin rosak la apa lah. Eleh, Watson tu, aku guna kad debit pun, cashier nya tak reti. Berjam jam pulak dia mem-"bega" kad aku tu. Macam kan takde duit dalam tu. Tak reti cakap je lah tak reti. Menyampah ja. Tapi, Jusco okay kalau guna kad debit. Tak pernah tak boleh.


Jadi, nak naikkan tol ke apa ke, tolong lah jadikan perkhidmatan tu terbaik.

Lorong tu pastikan lah semua berfungsi esp masa peak hour (i.e : orang balik kerja, masa Public Holiday). Buat la maintenance sket. Letak la petugas kat situ sesiap in case ada kad/lorong yg prob.

Lps tu, kalau nak buat rebate ke apa, jgn la berkira sgt. Nak claim, kena pergi sekian sekian tempat. Buat yg memudahkan tak boleh ke. Bila top up, terus bagi rebate tu. Tak boleh ke? Kenapa rigid sgt nak bagi rebate tu. Kalau dah susah sgt, tak payah bagi. Kiterang pun bukan lah hadap sgt, tapi dah janji kena lah buat. Ini Term n Condition macam kan nak redeem RM1,000.00 sorang. Padahal majoriti tak smpai RM50 pun kot. Aku ni dulu brpa ringgit je pun. Tk smpai RM10 kot. Sbb, dah la sekali je lalu masa dia bagi rebate tu, pastu smpai Ipoh je pun. 

Then, uols pun dah dapat untung in advance sbb kami byr style pre-paid. Org isi RM50, tp tak guna dalam seminggu dua pun uols dah untung awal dah. Plak tu, dah dpt siap segala GST bagai. Pastu pulak kalau top up kat stesen minyak ke mana ke, kena caj plak 50sen (naseb kad aku, sesiap deduct dari kad kredit, takde hal sgt lah kan. Tapi, myDH guna kad biasa, mmg acapkali je lah top up).

Tu lah.. kita ni asyik nak complaint pun tak syok juga.
Tapi, kalau tak complaint begini je lah sampai bebila.
Pasal tol DUKE ni, nanti lah, aku nak mark date bila lorong smart tag dia tak berfungsi.. then aku nak emel kan juga. 
Nak tak nak, itu je lah kita boleh buat, walau depa ni takkan layan lah kita punya aduan. Pandang gitu je lah. Dia nak reply... mmg tak arrr...

Itu je lah yg kita mampu sebagai rakyat marhaein. Hakikat... 

11 March 2016

Salam Jamadil Akhir

Semalam lupa nak buat entry.
Hari ni pun dah masuk 2 Jamadil Akhir.


Memang cepat masa berlalu.
Tapi, tak pe lah. Itu hakikat.
Berapa bulan lagi nak puasa?
Jamadil akhir - Rejab - Syaaban.
Tak lama dah. 3 bulan lagi.
Debau.
Huhu.

9 March 2016

Solat Sunat Subuh


8 March 2016

Sediakan Payung Sebelum Rumah

Prog baru kat Astro.
Macam best jugak lah.
Cuma waktu tu, 7.30ptg plak. Hari Isnin.
Tapi, dah Astro katanya kan. Dah tentu tentu ada ulangan.
Tapi, tak tahu la bila dan pukul brpa plak ulangannya.

Pengisian yg bagus.
Dia macam bagi tips2 kewangan.
Nak beli rumah cemana.
Nak berjimat cemana.

Eh. Bagus lah utk orang2 yg masih berkira kira nak beli rumah.
Harga rumah skrg ni mmg buat orang mengeluh.
Ada satu rumah area rumah ai skrg.
Apartment lah (situ mmg mostly apartment je naik nya).
Tetiap mggu tgk ada banner dia promo. Kira macam minggu ni dia promo kat tmpt lain, minggu depan plak tempat lain.
Ate nye.. dah berapa lama dah tu.
Tak penuh2 lagi ke.
Harga dalam 300k je (errr... jangan marah la saya letak "je" sbb rata2 harga apmt pun dah lebih 300k skrg ni kalau area KL nih).
Kalau dulu, sekejapan je penuh. Berebut2 orang beli.
Sekarang..ha.. merangkak rangkak juga developer buat promosi yer.

Berhampiran dgn rumah juga, ada satu kondo baru siap.
Kami pernah pergi lah masa developer buka jualan dulu.
3 tahun lepas. Masa tu kami baru nak renovate rumah yg kami duduk skrg.
Saja tgk2.
Memang developer pandang kami atas bawah lah sbb harga rumah tu starting 500k.
3 tahun lps dah 500k.
Sekarang?
Haha.

Dan skrg ni bila lalu mmg nampak lah bersepah banner "utk dijual". 
Sapa nak beli wey kalau lebih setgh juta. Giler!
Dah la tempat pun tak berapa nak eksklusif utk berada dalam kondo berharga 500k.
Lain lah tempat elit2 macam damansara height bagai tu kan.

Macam dalam prog tu cakap, beli lah ikut keperluan, bukan kehendak.
Beli lah ikut kemampuan. 
Kalau ikut kehendak, kami pun nak rumah teres (Semi-D.. haha), taknak yg pre-owned, nak yang baru, taknak yg jauh dari KL, nak yg dekat2 je.
Itu kehendak. Mana nak dpt kat KL ni kalau gitu, dgn harga2 ketika itu dalam 200k (tahun 2008-2009). Tak dapek cheq.. kalau ada pun, rumah pre-owned / rumah second-hand lah kan.
Jadi, ikut keperluan dan kemampuan kami.
Dapat lah rumah yg diduduki sekarang. Walau tak besar mana, walau ada orang kata "tak serupa tahap namanya", takpe lah. Itu je yg kita mampu. Rumah baru - dekat dengan ofis (dan KL) - dan mampu bayar. Pejam mata lah memana yg merungsingkan tu kan.

Eh. Dah melalut apa menda entah.
Nak cakap suh tgk program tu je.
Melalut lalut.

Sesi Perbincangan Bersama Doktor Natasha

Sebelum ni pernah juga war warkan berkaitan perkara ni.
Tapi, masa tu belum dapat exact date utk buat sesi ni.
Ding dong cuti berbagai bagai masa awal tahun tu ari.
Pastu jadual doktor pun padat.
Memang susah nak set date ni. Doktor free, participant nya pula tak free.
Participant free, doktor pula ada talk. Hihi.
Begitu lah seadanya.
Akhirnya doktor pilih pada 12hb Mac.
Kalau ikutkan pun, time tu cuti sekolah, and ramai pun ada komitmen.
Tapi, tak pe lah. Kita try.


So, if ada rakan2 TTC yang nak join, di alu-alukan.
Detail sesi :
Date : 12 Mac 2016 (Sabtu)
Masa : 1-2pm
Tempat : KL Fertility Centre
Isi perbincangan : 
Sesi ice-breaking, topik berkaitan fertility i.e PCOS, dan sesi soal jawab berkaitan termasuk hal supplement, ubat-ubat, cara treatment dsb.
Sesi ini adalah secara private dan dihadkan seramai 10orang sahaja.

Kalau ada yg berminat just emel : idaramli2011@gmail.com.
Atau tinggalkan emel di ruangan komen.

p.s : Saya adalah patient Doc Tasha dan dapat rawatan di KL Fert pada bulan Julai - Sept 2015. Hasil rawatan? Kena lah join sesi ni.. hihi :D

7 March 2016

Motivation Monday

Kita ada pendirian.
Tapi, orang tak respect.
Orang nak kita pun macam dia.
Bila kita tak macam dia nak.
Dia tak puas hati.
Dah.
Abaikan.
Tak perlu berpanjangan.
Ambil kata kata Dr Zubaidi ni.


Orang lain semua bersikap positif.
Tapi, dipertemukan dengan sorang hamba Allah.
Bukan saja pelik. Tapi menjengkelkan.
Sampai kita berdoa.
Janganlah kita berjumpa si polan ni.
Bukan senang nak pujuk hati bila terkena dgn org pelik.
Ambil kata kata dari Ustazah Noor Laila ini.
Doakan yang terbaik utk orang tu.



*Gunakan FB utk memotivasikan kita, bukan men-down kan kita.
Jauhi elemen negatif. Kalau ada - cantas sahaja.
Buat apa nak pening2 kepala fikir pasal orang tak puas hati.
Menyusahkan saja.

**
Selamat Hari Lahir utk sahabat; Harlinda.
Sahabat yg dikenali dari alam maya lebih 10 tahun lalu,
membawa kepada persahabatan di alam nyata.
Semoga hidup dan persahabatan kita diberkati Allah, sentiasa :)

4 March 2016

Keep Calm And Istighfar



**
Dah malas nak menyemakkan fikiran.
Bila kita kata begini, orang kata begitu.
Kita ada sebab utk berbuat begitu. Tapi disalah ertikan.
Tak semua faham kita. 
Tak salah nak ucap tahniah.
Tapi, ada tempat yg sepatutnya.. ada PM, boleh PM. Ada w.app, boleh w.app. Ada no telefon, boleh telefon.
Takpe lah. Aku mohon maaf atas kekhilafan tu kalau ada yg merasakan meluat dan benci dengan kelakuan aku itu.
Seiyes, aku mohon maaf.
Malas lah aku nak penat2 kan pikiran dengan menda2 camni.
Dah tak larat.
Dah terlalu tua utk berpikir2 menda begini.

Malas.
Malas.
Dan 
Malas.
Aku nak happy2 je.

Kita pun tak tahu selama mana kehidupan kita.
Buang masa utk letakkan elemen negatif dalam diri.
Buang masa kalau asyik tidak puas hati dengan orang yang tak selari pendapat dengan kita.
Buang masa kalau ada rasa sakit hati.

Jadi,
pada yg pernah terasa dengan aku, tak kira lah di laman sosial ke, laman rumah ke apa ke, aku mohon maaf.
Pada yang ingat aku suka marah marah tu pun, aku minta maaf jugak lah. Harap2 kita tidak bertembung lagi.
Malas nak emosi. 
Malas nak runsing runsing kan otak.
Malas nak fikir fikir yg tak best nih.
Tapi, kalau ada yg masih tak puas hati.. terpulang lah. Aku pun tak tahu nak buat cemna lagi.

3 March 2016

Gerhana Matahari 9 Mac 2016




Sebelum ni macam tak hal pasal gerhana ni.
Tapi, kali ni macam nak cari info berkaitan.
Kalau nak baca artikel penuh, boleh rujuk web planetarium ni [link : angkasa]
Kat planetarium siap ada program sempena gerhana ni.

Ada terbaca, bagi ibu mengandung tak boleh nak berjalan2 keluar waktu gerhana ni. Dikhuatiri nanti anak "bertanda".
Tak pernah dgr yang ni. 
Cuma, kalau ada kesempatan, boleh la kita laksanakan solat sunat gerhana matahari.
Detail berkaitan [link : solat gerhana matahari]



Gerhana bukan fenomena baru yang hanya berlaku pada akhir zaman ini tapi telah berlaku sejak alam ini dijadikan dan juga pada zaman Nabi SAW yang dikenali sebagai ‘sebaik-baik kurun’.
Gerhana berlaku bukanlah kerana kemurkaan Allah SWT, tetapi merupakan petanda kepada kebesaran kekuasaan Allah SWT. Ia juga berupaya menjadi peringatan kepada manusia tentang azab dan nikmat yang dijanjikan Allah SWT pada hambanya kerana fenomena gerhana ini sangat besar ertinya samada dari penghayatan iman dan sains.

2 March 2016

Apa Ke Benda Ntah

Kau nak aku buat cemana?
Tetiba je pi tegur aku - "eh, takyah lah marah2 kak. Garang sgt tu kak"
Dah pulak. Aku takde garang, takde marah pun, dah kenapa kau tetiba nak provoke aku kan.
Dari aku tak rengsa, terus rengsa.
Orang tak usik dia, dia plak usik kita.
Aku tegur/cakap ngan dia pun tak.
Aku tgh duk ckp ngan kawan aku. Pasal aku tak beli makanan lagi. Pasal orang ramai sgt. Nanti aku nak turun kemudian beli makanan.
Dia plak tetiba "jangan marah..jangan marah"
Ek eh.. kau dah kenapa. Sawan? Tetiba kata orang marah? Dari orang takde nak marah pun buleh jadi marah?

Aku dah tak kuasa la oi.
Demi Allah pun aku takde rasa nak marah ke apa.
Aku cakap biasa je. Kau je yg tak biasa dgn aku, ttiba kau plak nak tegur aku kata aku marah.
Lepas aku cakap, aku tak marah pun, kau provoke lagi.
Astagfirullah.
Dok provoke aku dah kenapa???
Pastu play victim plak. Kata aku marah dia.
Dari aku tak menyampah, terus rasa menyampah.
Dari aku tak rasa apa-apa, memang aku terus je aku annoying.
Eh, please lah.
Tukar duk bahagian aku kang tau lah.
Selama ni seme okay je ngan aku.
Dia plak yg provoke provoke camtu.

Aku ni dah tua wey. 3 tahun lagi dah masuk 40 dah.
Tak larat dah aku nak emosi emosi ke, garang garang ke.
Engkau tu je yg tetiba nak provoke nak suruh orang mengaku jugak tgh marah pasaipa.
Bongok ke apa, tetiba aku nak mengamuk meradang.
Giler lah.
Mohon la cepat HLP tu. Aku dah malas dan tak kuasa lah nak layan perangai yang camni. 
Meluat tau dak. Meluat!!!!

*tu nak kata aku meroyan la tu.
Lantak kome lah. Kata lah apa pun. Aku tak usik orang pun. Tapi orang mmg suka nak usik2 aku, nak provoke2 aku. Aku pun pelik. Isk!


Surah At-Talaq : Ayat 2-3


1 March 2016

Salam 1 Mac 2016


Selesai 2 bulan dalam tahun 2016.
Cepat masa berlalu #cliche

Hello March!
Ramai kenalan menyambut hari lahir bulan ni.
Selamat hari lahir utk mereka :)

*****
p.s : Tiada kaitan. Hanya luahan rasa dengan situasi pagi tadi.
I rasa orang itu fetish.
(kata hati kanan : tak baik sangka buruk pada orang)
(kata hati kiri : kenapa dia pandang2 part "itu". Fetish la tu).
Eww.. Harap tidak bertembung lagi dengan orang itu di mana mana.
Memang I rasa dia fetish. Tak sukkkaaaa..... Ewww... Lelaki sangap!

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign