Pages

14 March 2016

Kisah Kadar Tol Dan Touch and Go

Last few days ada share kan ni kat FB.
Bukan lah nak kata apa kan.
Bukan lah nak kata kita ni tak menyokong apa yg kerajaan nak buat.
Tapi.. tulah.



Aku sebenar bukan nak cakap pasal kadar tol. 
Cuma nak highlight sket pasal Touch n Go (TnG) nih.
Masa nak diwajibkan guna TnG, ramai juga merungut2.
Last2 rakyat akur.
Moh la kita guna TnG. Untung2 cepat sket lah perjalanan kita.

Ye lah tu.
Takde maknanya nak cepat.

Kat KL ni mostly highway dah wajibkan semua guna TnG.
Kau rasa makin mudah ke makin susah?
Aku ni boleh dikatakan pengguna setia highway lah.
Setiap hari guna AKLEH n DUKE walau rumah cumalah 8km sajork dari office.
8km pun... masuk jalan Tun Razak, membawa ke Bulatan Pahang, membawa ke jalan Genting Klang tu, idak lah aku tahan jammed nya.
So, kami naik lah hway.

AKLEH ni okay lah. Jarang lah lorong Smart Tag dia buat hal.
Tapi, yg selalu buat hal kt sini adalah rider. Iyer, aku geram sgt kadang tu.
Kenapa orang bawak motosikal suka masuk lorong TnG / Smart Tag?
Bahaya tau tak?
Kadang kalau motor dah lepas, palang tu akan turun balik. Atau lepas tu, kad kita tak boleh dibaca dah. Dan ini tentu tentunya akan menyusahkan pengguna yg bawak kereta ni. Silap hb boleh jatuh palang atas tu atas bumbung kereta kau.
Aku pernah hampir mengalami nya.
Kadang bukan yg motor kecik buat hal. Yg rider berderum derum bawak moto besar tu yg buat.
Bab ini, aku tak salahkan mgt lebuh raya lah.
Orang bawak motor ni mmg suka suki dia. Dia je lah semua betul.
Orang bawak kereta ni lah lembu kerbau bagi dia. Kalau kita yang bawak kereta salah sket, amboi.. di tangannya kita, di tendang tendang nya keta kita, bodoh, bahlul, buta semua keluar.
Kalau dia masuk lorong kita.. tak mengapa plak.
Bab ni aku malas nak bising. Selfish! Kau tertungging nanti, itu kau punya pasal!

Dekat DUKE. Haaaa... ini mmg lah prob mgt DUKE. Ini pengalaman aku kat exit Duke Sentul Pasar. Tempat lain aku tak tau samada efficient atau sebaliknya juga.
Smart tag memang ada 2 lorong.
Selalunya hanya tinggal 1.
Kalau jammed berbatu batu tu, mmg takde lain puncanya. Lorong smart tag tinggal 1.
Aku pernah yer, stuck dalam jammed kat DUKE tu, dari azan maghrib berkumandang, sampai azan Isyak hanya nak keluar tol situ. Bayang kan lah.
Padahal, rumah aku sejengkal cuma dari DUKE tu. Kira kau nak melompat pagar tu mmg kompom sampai woi.
Marah tak marah la jadinya.
Suruh sgt orang guna kad lah apa lah, tapi apsal buat naya kat orang camtu.

Bila dah rosak camtu, dia punya barisan entah jadi hapa. Baik orang nak pergi smart tag, baik orang nak pergi lorong TnG dan ditambah plak orang nak top up. 
Tahu je lah DUKE situ dgn lori, bas segala sbb laluan nak ke Karak.

Tu tak masuk citer nak top up kad.
Ya hampun.. entah cemana barisan pun aku tak tahu.
Kena masuk lorong bas, lorong lori utk top up.
Pastu nak layan orang potong queue lagi.
Memang lah mendatangkan stress.

Jadi, cemana?
Aku bukan tak sokong guna kad "pre-paid" ni.
Cumanya, tolong lah senonoh sket end-result utk pengguna tu.
Tak payah la nak tunggu orang komplain. Asyik nak complaint pun tak syok juga kan.

Senang sebenarnya guna kad TnG ni.
Kat memana negara pun, orang dah guna kad ni utk pakai kat memana.
Macam kt HK yg aku pergi 5 tahun lepas (eh, lama giler dah rupanya aku pergi..huhu), beli je kad Octopus tu, buleh pakai kat kedai yg macam 7E tu, buleh guna kat bas, kat tren. Buleh top up kat memana. Convenient la kan.
Sama la macam TnG kita. Buleh gak pakai tmpt2 lain. 7E boleh ke? Tak pasti. Kat Watson mmg boleh, tapi selalunya tak boleh. Ada je mesin rosak la apa lah. Eleh, Watson tu, aku guna kad debit pun, cashier nya tak reti. Berjam jam pulak dia mem-"bega" kad aku tu. Macam kan takde duit dalam tu. Tak reti cakap je lah tak reti. Menyampah ja. Tapi, Jusco okay kalau guna kad debit. Tak pernah tak boleh.


Jadi, nak naikkan tol ke apa ke, tolong lah jadikan perkhidmatan tu terbaik.

Lorong tu pastikan lah semua berfungsi esp masa peak hour (i.e : orang balik kerja, masa Public Holiday). Buat la maintenance sket. Letak la petugas kat situ sesiap in case ada kad/lorong yg prob.

Lps tu, kalau nak buat rebate ke apa, jgn la berkira sgt. Nak claim, kena pergi sekian sekian tempat. Buat yg memudahkan tak boleh ke. Bila top up, terus bagi rebate tu. Tak boleh ke? Kenapa rigid sgt nak bagi rebate tu. Kalau dah susah sgt, tak payah bagi. Kiterang pun bukan lah hadap sgt, tapi dah janji kena lah buat. Ini Term n Condition macam kan nak redeem RM1,000.00 sorang. Padahal majoriti tak smpai RM50 pun kot. Aku ni dulu brpa ringgit je pun. Tk smpai RM10 kot. Sbb, dah la sekali je lalu masa dia bagi rebate tu, pastu smpai Ipoh je pun. 

Then, uols pun dah dapat untung in advance sbb kami byr style pre-paid. Org isi RM50, tp tak guna dalam seminggu dua pun uols dah untung awal dah. Plak tu, dah dpt siap segala GST bagai. Pastu pulak kalau top up kat stesen minyak ke mana ke, kena caj plak 50sen (naseb kad aku, sesiap deduct dari kad kredit, takde hal sgt lah kan. Tapi, myDH guna kad biasa, mmg acapkali je lah top up).

Tu lah.. kita ni asyik nak complaint pun tak syok juga.
Tapi, kalau tak complaint begini je lah sampai bebila.
Pasal tol DUKE ni, nanti lah, aku nak mark date bila lorong smart tag dia tak berfungsi.. then aku nak emel kan juga. 
Nak tak nak, itu je lah kita boleh buat, walau depa ni takkan layan lah kita punya aduan. Pandang gitu je lah. Dia nak reply... mmg tak arrr...

Itu je lah yg kita mampu sebagai rakyat marhaein. Hakikat... 

1 juta komen:

Mcm rin yg bkn tiap2 hari pun menyirap jugak kalau beratur.panjang dkt tol..tp guna tng...huhuhu
Patutnya menyenangkan la kan...tp jd ssh plak..pastu blm lg yg smart tag xblh baca..dh semua kena undur balik...huhu

Terima kasih atas komen anda :)

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign