Pages

8 July 2015

Dari Unit HR : PP Bil 4 Tahun 2015

Kemudahan Cuti Tanpa Rekod Bagi Urusan Kematian Ahli Keluarga Terdekat.



Pekeliling baru rentetan dari pengumuman PM masa perhimpunan hari pekerja bulan Mei lepas. Dan keluar kat web JPA pada 19 Jun 2015.

kredit : utusan

Masa tu PM umumkan juga :

*Program Saringan Kesihatan Percuma bagi pekerja sektor swasta berumur 40 tahun ke atas yang diperkenalkan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) pada 2013 diteruskan. 

*Cadangan supaya Perkeso memperluaskan liputan Skim Perlindungan yang ketika ini dihadkan kepada pekerja bergaji RM3,000 ke bawah kepada semua pekerja tempatan dalam sektor swasta tanpa mengira had gaji dengan siling caruman yang diinsurans ditingkatkan dari RM3,000 kepada RM4,000.

So, kalau sebelum ini cuti tanpa rekod bagi kematian hanya untuk kematian suami atau isteri, anak-anak serta ibu dan bapa kandung kepada pegawai berkenaan.
Sekarang, dah diperluaskan untuk kepada urusan kematian ibu dan bapa mentua, ibu dan bapa angkat yang sah di sisi undang-undang serta anak angkat (termasuk anak angkat de facto dan anak pelihara) yang sah di sisi undang-undang. 

Kemudahan ini diberikan selama tiga (3) hari berturut-turut sebagai Cuti Tanpa Rekod kepada pegawai Perkhidmatan Awam untuk membuat apa-apa urusan pengebumian jenazah ahli keluarga terdekat itu dan untuk membantu waris-waris jenazah tersebut untuk urusan-urusan lain yang berkaitan; 

Boleh baca Pekeliling [link : PP Bil. 4 Tahun 2015]
Atau tgk FAQ berkaitan [link : FAQ]

 Tarikh kuatkuasa pekeliling - 1 Julai 2015

2 juta komen

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign