Pages

9 July 2015

Hargailah Peluang Kita.

Sebenarnya kan, kerja macamana orang muda minat sekarang ya?
Ha, mukadimah semacam je nih.

Aku sebenarnya malas la bulan puasa ni nak buat entry bebel bebel nih.
Tapi tu lah. 
"sakit nya tu dimana, di dalam hati ku"

Heiii..boleh meroyan dibuatnya bila menguruskan hal pengambilan staff ni tau.
Tak dapat, merayu bagai. Dah dapat buat perangai taikayam pulak. Haaaa... mmg geram aku tau. Semalam je entah berapa byk dah kurang pahala puasa. Dah la mmg tak berapa nak banyak. Geram kat orang, dah makin kurang.

Citer nya begini. Biar aku cerita je supaya dijadikan pengajaran pada orang lain.
Tu hari kan aku uruskan jawatan kosong.
Kita iklan bulan 3, pastu beribu permohonan sampai, kita buat shorlisted, susah payah team aku yang mana masa tu aku plak perform umrah kan. Pastu kalut2 nak buat pengambilan bulan 6. Susah payah, penat lelah kita buat jugak.
Okay lah. Kita pun lantik 15 Jun. Settle lah pendaftaran, buat kursus orientasi apa semua. Dan kita dah buat penempatan mereka. Aku taknak citer perihal kabel makbel seme ni. Itu mmg tak kuasa. Lantak. Aku percaya rezeki dari Allah. Bukan dari kabel. Okay. Stop pasal tu.

Batch kali ni mmg bikin kepala pusing tau. Dengan nak tangguhnya. Dengan tak dtg masa pendaftaran, tapi nak terima. Memacam hal.
Lps tu pulak ada sorang lagi bertuah. Lepas seminggu terus buat hal.
Tak datang. Hilang macam tu je.

Call tak dapat. Call guna line ofis tak angkat, try guna nombor sendiri (hp), pun tak jawab.
Eh, dah kenapa budak ni. Masuk spital kah? Mana tahu kot main mercun meletop kat muka, berbalut satu muka tak boleh nak jawab phone ke apa ke kan.

So, kita pun pergi rumah dia bila seminggu takde khabar berita.
Yang menjadi aku tak boleh hadam tu, bila wakil HR pergi rumah dia, dia boleh taknak keluar bilik kau...
Haaaaa... korang buleh bayang tak apa punya perangai.
Mujo lah mak dia ada. Kalau mak dia kerja, takde sapa kat rumah, mau dia mematikan diri dalam rumah.
Depa tanya mak dia kenapa.
Jawapan mak dia "dia mmg perangai macam tu. Kalau dia tak suka sesuatu kerja tu, mmg dia taknak pergi kerja. Puas dah pujuk. Memang macam tu"
Subhanallah...

Kau tak suka kerja tu, maka ko sesenang hati tak perlu datang.
Tak payah beritahu. Duduk senyap senyap dalam rumah.
Astagfirullahalazimmmmm.... 

Ha, memacam ayat zikir keluar kan.

Korang mampu buat perangai macam tu?
Aku pikir dia ni kalau kawen, sehari dua dia duk ngan isteri dia, pastu dia rasa tak suka, isteri masak tak best ke, isteri bukan buleh "in" perangai dia, mau dia tinggalkan gitu je bini dia. Cerai tidak, apa tidak. Biar je gantung tak bertali. Hey... wahai wanita, jangan kau kahwin dgn lelaki perangai camni. Jangan... sesekali jangan. 

Langsung tak responsible!
Kalau ye pun tak suka kerja tu, kalau ye pun nak berhenti, buat lah secara baik. Hantar surat. Letak jawatan. Takde hal. Sapa pun tak marah.
Kita hidup ada tatatertib nya, ada peraturannya. Ko solat pun ada rukun solat.  Rasa macam lambat je solat, takyah la rukuk. Terus sujud lah. Cepat sket. Boleh camtu?
Mmg norma kehidupan macam tu. Bukan buleh lari dari masalah camtu je. Tak suka tak nak pergi kerja.
Ewah ewah.. banyak cantik muka kau. 

Kau ingat senang nak dapatkan calon. Kalau kau dari awal taknak, tolak je tawaran. Ni datang gak daftar apa seme.
Kau suspect orang bagi kau kerja apa. Duk rilek je. Akhir bulan dapat gaji. Gitu?
Heeee.. urut dada aku tau, bila ada maknusia perangai camni. 

Aku dulu pun masuk kerja tak suka kerja aku. Seriyes cakap. Tup tup masuk je kena jaga bahagian sewaan. Bahagian sewaan tu takpe lagi. Ni kena jadi tukang kutip sewa. Atau bila orang tak bayar sewa tu dia jadi hutang. Senang cakap orang panggil ceti lah kalau nak berlawak. Memang tak suka. Pi kutip kat orang yg sewa seratus, dua ratus ringgit sebulan pun kena maki hamun. Aku mmg ingat la menda tu sampai bebila. Masa tu aku baru masuk. Kena maki hamun ko. 2x kena. Sekali tu mmg depan muka. Sekali tu orang lain, dia sms. Memacam di makinya aku. Patut la orang tak suka aku la apa la. Eh eh. Macam kan dia kenal aku luar dalam. Dia ingat aku kesah la bila dia kata orang tak suka aku. Orang lain tu ada bagi rezeki kat aku ke, ada bagi gaji kat aku. Ada nak tolong belikan aku rumah, kereta, bayar kan PTPTN? Takde kan. So, dah kenapa kau ungkit2 semua tu. Aku ingat orang yang buat aku tu sampai sekarang. Tak kaya pun aku tgk. Dan selepas lebih 11 tahun aku kerja, aku tgk mereka yg maki2 aku tu duk takuk tu jugak - dan  masih buat perangai suka biarkan sewa tertunggak. Aku dah tak duk unit tu pun... 

Aku bertahan sbb aku suka bab legal tu je. Aku buleh uruskan kes mahkamah, saman apa seme. Tu mmg aku minat. Siap jadi saksi, masuk court bagai kan. So, okay lah. Kerja je lah. Sampai 7 tahun gak lah aku buat kerja tu. Smpai lah naik gred aku kat situ. Alhamdulillah. Kan aku kata, rezeki dari Allah. Orang tak suka ke apa ke, lantak lah. Bak kata Ustaz Kazim lah, kita ni duk buat baik cemna pun, kalau orang tak suka, tak suka gak. So, kalau kita rasa benda tu baik, buat jelah. Nak pikir sangat pasal orang suka tak suka, tak kemana kita. Orang yg duk maki hamun marah nau kat aku dulu mana pergi? Situ jugak kan.

Berbalik pada cerita budak yang tak nak kerja tu.
Apa agaknya dalam pikiran budak tu yer.
Tu lah, orang kata budak zaman sekarang. Zaman mak pak dah kerja besar. Ye lah. Anak2 akhir tahun 80 dan ke atas, boleh katakan mak pak semua kerjaya besar. 
Kita dapat track actually bapak budak ni kerja apa. Kata zaman IT kan. Google saja. Dapat lah.
Memang pangkat besar.
Sbb jadi orang senang. Nak dapat duit senang. Tu yang jadi camtu. Jadi mua!. Jadi manja. Tak suka tak payah kerja.

Jadi, kut ada adik2 yang sedang cari kerja kosong, dan tersesat masuk blog ni, meh akak nak nasihat sket. Akak pun bukan lah senior sgt kan. Muda je lagi walau 3 tahun lagi dah buleh option utk pencen, tapi, at least, nak ingatkan lah untuk korang yang lebih muda belia dari akak.
Korang ni tolong lah jadi responsible. Dan jadi lah orang yang berdisplin. Yang ikut peraturan. Kucar kacir hidup ni kalau takde peraturan (tp lagu MNasir kata "peraturan cipta kekalutan").
Okay, taknak ikut peraturan takpe, cuma jadi lah insan yang bertanggungjawab.
Please.
Kat luar sana ramai sangat yang bebetul nak kerja tu. Yang menunggu peluang tu. Kesian pada mereka yang menunggu-nunggu.

Ni kita dah dapat, kita buat perangai taikayam. 
Sedih sungguh la. Memang sedih sungguh dengan perangai anak muda zaman sekarang yang takde langsung sikap kebertanggungjawaban. Tak tahu la apa nak jadi Malaysia ni pada masa depan. Rasa macam takde masa depan, sbb pengganti nya tidak memikirkan langsung pasal masa depan. 

Dah la. Buat kurang pahala puasa je kalau dikenangkan.
Hargai lah peluang yang kita ada, sbb kita takkan dapat peluang tu sekali lagi.

*Hari ni gaji kan. Bertabah lah kita menanti gaji bulan 8 yang 40 hari lagi baru dapat. Haha.

6 juta komen

gitulah perangai budak-budak manja zaman sekarang..kerja lebih sikit tak mau buat tapi gaji nak besar. moga anak-anak kita tak macam tu akan datang.
part last tu menarik..amboih dah gaji ye..
kami 11hb nnti gaji pastu nak tunggu 28hb bulan depannya pulak..sama je kita ni..

akakkkk...walaupon sy x dpt hadir ritu, geram gak bace kisah ni..da dapat bule plk buat perangai..allahu menangis bace, ramai lg menganggur nk cr keje lg bgus skrg, die plk da dpt x nk dtg buat perangai..haaiishh..

adoyai...mcm ni punya org pon ada ka...agaknya sbb tau mak pak akan bela kalo mereka x keje... budaya kita kn dok ngan mak pak, dapat anak yg amik kesempatan mcm ni, mmg relax ja la dia.

anak manja ka dia ni sampai jadik gini??

nak duit, kerja nak ikut sedap tengkak je. jadi bos lah baru suka hati nak buat apa pun. nak dtg kerja ke xnak dtg ke.. org yg xdpt kerja ni sengsara tau.. gasak je kerja apa pun asal ada duit. tu lah contoh manusia xreti bersyukur dgn pemberian Allah.

kurus puasa hari ni sbb geram dgn 'dia' tu.

ENTRY NI BUAT SY TERTARIK NAK KOMEN SBB .. SBB KAT OPIS NI PUN BARU JE DPT PENGAMBILAN BARU ... BOLEH PULAK 4 HARI KERJA DIA NGADU .. SAYA TAK SUKA KERJA NI .. SAYA TAK TAHU PUN KERJA NI KENA BUAT CAMNI ... SBB JAWATAN DIA CAMNI .. EH² KO DAH KENAPA DIK .. URUT DADA DI BUATNYA MASA APPLY TAK PIKIR PULAK JAWATAN TU KERJA APA.. DAH DAPAT GITU PULAK YER.. MEMANG TAKKKLAHHH NAK BAYAR GAJIKAN .. KALAU TAK DATANG.BYE ..

Kalau ada butang Like ni kak.. saya dah like 1000000xxx kali tau.. Saya pun tak puashati dgn sesetengah org ni.. Kalau taknak kerja, taksuka kerja, jgn lah blah mcm tu jee..tak takut ke lepasni org saman ke.. org blacklist nama ke.. Dorg ni tahu tak kat luar ni...ramaaiii sgt yg memerlukan kerja tu.. Ramai sgt.. Tapi dia yang dpt peluang tu... Lg satu kak.. Tapi ni out of topic lah kak.. heheh Dah dpt keja tu..keja lah betul2.. jgn lah malas2.. jgnlah makan gaji buta je.. cuba buat keja tu ikhlas sikit.. jgn asik berkiraaaa je.. keja kau kerja kau.. kerja aku kerja kau.. Hahha

Terima kasih atas komen anda :)

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign