Pages

23 July 2015

Edisi Langkah Penjimatan [Potong Line Internet]

Ha.. skrg ni kena berjimat cermat lah uols.
Apa yang tak penting kita potong..kita potong..kita potong.
Last year, aiols dah nekad buang satu kad kredit. Jadi, settle dah satu hal.
Now, tgh berpikir utk settle kan satu lagi. Sbb dah tak berapa nak banyak. Kad kredit ni pun kekadang berguna juga. Esp kalau utk kereta lah. Cuma nak clear kan tu kemain susah nau. 

Kemudian, langkah seterusnya yang telah dibuat adalah downgrade pakej Astro.
Dari superpack yang beratus tu jadi puluh ja.
Ingat nak downgrade terus yg biasa2 ja. Tapi, takde HD pulak. Yang pakej HD paling murah dalam RM80++. Sokay lah. At least dalam 40% dah jimat.

Seterusnya penggunaan data internet.
Dah kenapa nak banyak2 line kan.

Now dah ada Umobile - 3GB. Sebelum ni Umobile ni 1GB ja. Tup tup dia upgrade jadi 3GB dengan harga yang sama. Wah. Cukup bagus. Thanks lah Umobile walau kat kampung line mmg terjejas teruk lah. Tetiba jadi "roaming". Kau dah kenapa kan. Tapi, tak kesah lah. Kat kg kami guna wifi streamyx. Abg aku siap buat password skrg nih. Hihi.

And line utama yang aku guna adalah Digi- yang ni mmg dah 3GB pun kan. Takde hal nih. Sbb penggunaan kat cikepal6 tu mmg utk w.app and IG sahaja. Ada la install FB, tapi ai kan dah aktif FB. So, takde hal lah 3GB tu kan. Dan kekadang tgk internet cari resepi ja.

Untuk penjimatan seterusnya - potong wifi YES. Ni kira satu kesilapan jugak lah aku pi sambung pakai YES lepas proton punya promo habis tu ari. Rugi. Tapi, nasib baik takde terikat dengan kontrak ke apa.
Dah la YES skrg ni pakai kejap pun dah habis. Dah kenapa kan. Aku baru pakai 2 hari kot. Dah habis dah 100% reached kredit limit. Kejadahnya. Aku tak bukak youtube apa pun. Takat buka porem ja. Takkan la abis. Pelik aih. Dah la dgn GST segala dah jadi dari RM48 terus jadi 50++.

Masa aku pergi kiosk YES kt KLCC, tanya cemna nak terminate dia kata kena pergi yg kat KL Sentral punya. Kiosk tak buleh buat. Dia kata kenapa nak terminate. Aku cakap dah mahal sbb ada GST. Dia cakap, yang lain pun ada gak.
Dia ni tak faham kot.
Yang lain, macam Digi ke Umobile ke apa seme ni, mmg sejak azali dah ada caj. Dulu kan mmg ada caj apa entah namanya tu. Tp skrg dah jadi nama GST. So,takde dah la caj yang itu. Tapi, YES ni, masa kita daftar adalah RM48 sahaja tanpa ada caj lain. Tup2 bila dah ada GST kau caj trus. Betul lah sbb skrg dah ada GST, tapi patut nya bagi tahu lah yg harga tu dah jadi RM52. Takyah mention GST lah kan sbb before ni pun kau tak kenakan caj macam operator lain tu. 
Bosan. Mahal. Dan cepat nau abis kredit limit, better terminate.
Jimat RM50++. Buleh simpan dalam tabung, nanti buleh gi Cappodicia. Eh?

Lepas ni apa lagi yang buleh kita potong lagi.
Banyak menda yg sepatutnya tak perlu tapi kita sengaja ada ada kan.
Tu yg jadi perbelanjaan mcm banyak nau.
Mana yang buleh potong kita potong. Mana yang tak penting pun potong ja.
Utama kan yang lebih utama.
Mari lah kita berjimat cermat.

2 juta komen

salam aidilfitri maaf zahir batin ;p

betul tu..utamakan yang penting. zaman ni zaman gst. tak sama mcm sebelum ni dah

Terima kasih atas komen anda :)

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign