Pages

30 July 2015

Dari Unit HR : Bila Saya Boleh Bersara?

Wah gitewww...
Atau ayat biasa, bila kita boleh pencen awal?
Eh. Baru kerja dah fikir nak pencen.
Huhu.

Personally, mmg saya ada intention utk bersara awal. 
Kenapa, mengapa tu ada lah sebabnya kan.
Mana buleh bagitahu.
Kira long - term planning secara roughly lah kononnya.
Kononnya. Kalau dah ditakdirkan kerja sampai pencen wajib, maka... duduk la situ sampai umo namplohtahun. Haha.

Okey. Mari kita tgk cara cara nak pencen awal.

Bila saya boleh pencen awal?
Secara simple jawapannya - pada umur kita mencapai 40 tahun dah boleh pencen. Tapi..... kena lah cukup 10 tahun bekerja dalam perkhidmatan awam. Kalau masa umur 40 tahun, kita baru kerja 5 tahun.. mmg tak dapek lah dek non. Itu pun kalau takde Cuti Tanpa Gaji lah kan. Kalau ada CTG apa semua, kena lah cover balik hingga perkhidmatan tu genap 10 tahun.
Kalau umur saya genap 40 tahun, InsyaAllah jika diizinkan Allah, tempoh perkhidmatan saya adalah 15 tahun 10 bulan. Boleh pencen dah? Jawapannya boleh. Iaitu sehari selepas umur 40 tahun iaitu bermula pada 15.12.2019 saya dah boleh option utk bersara secara pilihan. Hehe.


Tapi...
Ha.. ada tapinya. Jangan seronok2 je nak pencen kan.
Oleh kerana lantikan saya adalah selepas 12 April 1991, maka pencen bulanan hanya akan dibayar apabila mencapai umur 55 tahun. Ha.. kalau pencen umur 40 tahun, ada 15 tahun kena tunggu utk dibayar ya. Rugi la kat situ kan. Kalau 15 tahun tu kita masih kerja, harus lah amount pencen bulanan tu lagi tinggi. Mana lah tahu kut dah naik pangkat JUSA masa tu (Aminnn... haha..berangan itu free bukan?)

Tapi, ganjaran/gratuiti (golden hand shake) dan juga Wang Gantian Cuti Rehat (cuti tak abis setiap tahun yang kita kumpul) dapat pada tarikh persaraan. Boleh la nak buat berteduh seketika. 

Ringkasnya seperti di bawah.

Bagaimana pengiraan pencen awal atau persaraan pilihan ni.
Ringkasnya seperti ini.

Tapi, boleh kira secara interaktif di link ini [persaraan pilihan]
Try la kira.
Kalau nak pencen awal ni masa muda ni, untuk orang yang ada buat loan rumah dengan MOF sakit sket la kan. Duit graituiti pun tak buleh tampung lagi bayar habis rumah tu. Haha.
Sebab tu, kena beli rumah awal2. Jangan duk tangguh2 dah. Ni kalau beli lambat, sampai pencen wajib pun tak abis bayar lagi. Rugi ganjaran kena potong utk bayar rumah tu.
Saya tu hari, mmg target nak habiskan potongan bayar rumah sebaik saya pencen. Alhamdulillah, Allah makbulkan. Itu pun kira dah time limit sangat sbb start bayar umo 30. Cuma tu lah, nak pencen awal tu kena banyak fikir lah unless.. ai iklan rumah tu kat mudah. Rumah tu skrg mmg dah harga melebihi 100% dari harga asal. Hiwhiwhiw. Tapi lepas tu nak berkelana kat mana?
MyDH ajak duk umah dia kat Bukit Beruntung yang takde untung tu je. Nangessss...  

Sabit tu lah, kita kena fikir bebetul. Unless... dah ada bisnes yang dah di set up sebelum nak bersara tu. Maka, option bersara awal ketika badan masih sihat (kalau diizinkan Allah umur 40 tu sihat lah), adalah yang terbaik. Memang bermacam lagi kita boleh buat untuk majukan diri dalam tempoh 20 tahun yang patut pencen wajib tu. Ke nak kerja sampai namplohtahun? Haha.

Terima kasih atas komen anda :)

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign