Pages

2 July 2015

Puasa Day 8 - Puasa Day 14

Okay, kita sambung lagi apa menu iftar kita untuk minggu kedua ini.
Menu iftar katanya.
Menu berbuka puasa sudeh.. Huhu.

Day 8 [25 Jun - Khamis]
Ingat nak order pizza je. Tapi, myDH macam taknak. Dia kata "ikut awak lah". Tau dah tu. Kalau ikut awak tu sure macam nak taknak. Tapi, kalau dia kata "okay!". Ha, tu mmg betul dia nak.
Jadi, gi beli je lah kat bazar.
Nasi kerabu. 
Lauk ikan keli goreng cili dengan paru.
Settle.

Day 9 [26 Jun - Jumaat]


Berbuka dengan rakan2 satu dept - HR.
Tapi idak la semua attend. Mana yang duk jejauh, nak gi ambik anak apa semua takde la ikut. Mana yang area2 sini jelah.



Dekat hotel The Zone sajork. Haha. Asyik2 situ je kan.
Tapi, food wise jugak lah The Zone nih. Okay ja food dia. 
Aku suka dessert kat sini. Sedap!

Day 10 [27 Jun - Sabtu]
Berbuka di rumah mertua.
Sebab tak jadi makan pizza hari Khamis tu, ingat nak beli pizza.
Tapi, ai tak sempat order. Tertidur plak ptg tu. Bangun2 dah pukul 5. Haha.
MyDH kata beli bubur lambuk kt Kg Baru ja.
Tapi, pegi pun dah lewat. Habis dah bubur lambuk pak Hasan tu. Eh. Betul ke Pak Hasan.
Jadi, beli roti john ja kat area rumah mertua.
Boleh la. Dari takde. Dah la siap gitau kat w.app grup kata nak bawak pizza.
Hahaha. Bengong.
Gamba juadah takde. Gambar si kenit ni ada.
Suka sgt orang nak ambik gambar dia. Ngeeee.

Day 11 [28 Jun - Ahad]
Oh. Ada bufday somebody lah 28 Jun nih. Happy birthday to you lah yer. Haha. Macam kan beliau baca blog ni. Ehhhh... ai know mmg ada yg baca. Tp beliau, ai tak tahu. Maklum lah orang kerja bos bos kan. Manade sempat baca blog orang. Haha. Okay lupakan.

Hari Ahad ingat nak gi bazar Permaisuri. Suka lah gi bazar situ. Mmg la cam jauh. Tapi, entah. Suka. Sbb cam best. Dan macam bersih sket area situ. 
Tapi, fikir balik. Takyah lah. Sbb pagi tu dah pergi Segi Fresh beli barang nak buat CKT kan.
Jadi, buat CKT lah. Tapi, mengapakah tak berkuah jugak.
Failed lah. Byk kali dah buat. Tetap tak berkuah.

Gamaknya kena buat one by one macam org jual kat gerai tu kan.

Day 12 [29 Jun - Isnin]

Masak. Dah bawak turun ayam sesiap sebelum gi office.
Buat ayam masak merah yg takde halia, takde serai.
Dah la silap. Nak campak kiub ayam, ter letak kiub ikan bilis.
Tapi, sodap jugak. Haha. Matik la statement puji masakan sendiri.


Eh. Okay lah uols. Ce korang try letak kiub ikan bilis (sket), pastu blend ngan bawang n bawang putih. Pastu tumis. Pastu masuk cili blander, masuk sos tiram, masuk sos tomato. Taruk air sket, taruk garam, gula. Siap!
Nak best, buh la hirisan bawang besar (potong bulat) dan tabur daun sup.

Day 13 [30 Jun - Selasa ]
Tomyam.
Celur bihun. Jadilah bihun tomyam.
MyDH nak nasik. So, tanak nasik 1 pot. Dia goreng telur sbb katanya makan tomyam kena ada telur goreng.


Day 14 [1 Julai - Rabu ]
Misi menghabiskan ikan dan sotong dalam peti ais.
Ikan goreng. Sambal sotong. Sup cendawan.
Settle.


Dan hari ni sehingga lah Ahad, dapur ai tutup.
Hari ni ada majlis berbuka puasa di office. Berduty jadi usherrete lah sbb ada majlis perasmian promosi warna warni Aidilfitri. Pastu sok, balik kg. Pastu Sabtu kat kg. InsyaAllah. Ahad mmg takde la nak masak kan. Yiehu.. 

1 juta komen:

slalu lelaki kata pompuan yg cakap x direct. the same as my hubby...

i : abg, nak air apa?
hubby: apa2 je la...
i: air teh nak?
hubby: air sejuk je dah la....

huhuhu...kata apa2 je tadik....

Terima kasih atas komen anda :)

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign