Pages

13 July 2015

Ke #KLRAYAFEST2015

Memacam citer keluar pasal klrayafest2015 ni kan.
Okey, meh la ai cerita pengalaman ai pula ke KLrayafest2015 kat PWTC ni.

Kenapa rajin sangat nak pergi?
Jawapannya sebab ada menda nak dicari. Ai nak carik shawl. Dari ai berpeluh tiak kat jalan TAR which ai sendiri mmg tak tahu nak carik kt kedai mana satu, better lah ai pergi jualan camni. Bukan taknak beli dari awal, tapi entah la. Macam tertangguh. Beli online pun tidak juga.

Jangan kata korang, ai pun tak suka pergi tempat crowded mowded camni.
Sapa yang suka ye dok.
Tapi, tu lah, dah kata ada menda nak di cari - maka pergi.

Sebenarnya ai mmg taknak pergi PWTC ni sbb dah pernah pergi sekali masa Hijab Fair ke apa ntah. Penuh sesak. Tak boleh nak tgk langsung barang orang jual. Dah la keadaan dalam PWTC tu macam gelap2 kan. So, mmg ada rasa tobat lahum takmo pergi kalau ada jualan vendor lagi kat PWTC ni. Dah la penuh ngan hijabis kan. Terasa kertu nau diri ini.

But kalau Matta Fair ke, Book Fair or event cam Homedec apa ke semua tu, ai tak kesah lah kat PWTC. Dekat je pun ngan rumah. Naik tren je. Plan asal nak gi pwtc ni pun mmg nak naik tren ja.

Ai sebenarnya target nak pergi jualan vendor yang kat Matrade tu. Tapi, masa tu balik kampung la pulak. Tu yang jadi rajin nak pergi PWTC ni.

Orang tunggu sedari jam 10 malam sebelum event bermula!
Terperanjat bila scroll hashtag, ada orang tunggu dari malam dah.
Ada yg duk depan registration counter dari jam 10mlm! Memang gigih. Lepas tu tgk kul 3,4 pagi dah ramai dah. Tgk update 6 pagi makin ramai. Mula tu mmg rasa pegi je lah. Mana tahu kut okay ja. Tapi, tertidur lepas subuh, bangun pun cam dah lewat, nak siap apa lagi sure dah sampai tengahari. Tgk update dalam kul 10 tu mmg hazab dan ngeri keadaannya. Katanya kul 10.45 orang tak masuk lagi. Orang dah meramai. Tgk update kat salah satu vendor, sampai nak kena tutup dah katanya sbb orang serbu booth dia. Oh. Mmg hazab.

So, nak try pergi petang. But, bila tgk update still macam sesak nau.
Takyah lah. Pergi esok je lah (Ahad).
Tapi, malam tu ajak myDH. Dia kata okay. So, lepas terawih dalam kul 11mlm tu kami gerak.

Parking kat Hentian Putra.
Antara rumah ke pwtc dalam 5km (ingat 3km, bila tgk google maps - mmg dalam 5km camtu).
Keluar je dari traffic light balai polis sentul tu dah stuck.
Dalam 45minit stuck bawah fly over arah nak ke PWTC tu. Giler kan. 
Tersekat-sekat nak keluar dari situ. Kereta datang dari pelbagai arah. Yang buat U-turn lah. Ada yang menghalang laluan. Dok kat zebra crossing. Bunyi hon mmg bingit lah.
Mula myDH nak parking area2 klinik Pusrawi tu, tapi mmg tak dapek la kan. Penuh situ.
Pastu kami try je gerak utk ke parking hentian putra.
Jalan jadi sempit sbb ramai yang parking kat bahu jalan depan pwtc tu. Satu lane je tinggal.
Kami try masuk untuk parking kat hentian putra. Situ je stuck dalam 15 minit.
Tapi, memang ada parking kosong. No hal. Kenapa orang nak parking kat tepi jalan pun ai tak paham. Atau sememangnya depa ni dah dari siang tadi kat sini. Wallahualam.
Masa nak masuk parking tu nampak polis saman je kereta yang parking kat bahu jalan.

Ha..ni nak selit satu citer. Bila tgk kat IG, ada orang marah polis saman. Polis nak carik duit la apa katanya. Parking takde katanya, kat mana nak parking lagi. 
Eh. Hello adik.. parking kat hentian putra tu melambak tau. U update tu ai tahu time ai sampai area tu gak. Uols yang taknak masuk parking tu. Even parking pwtc pun masih available sbb dia tak tutup. Kalau full mmg depa akan tulis full dan tutup tak bagi orang masuk. Ni still buleh masuk lagi. Itu biasa kalau ada event matta fair or book fair etc etc. Kalau tak tutup harus ada space parking lagi tu. Ke kau tak mampu nak bayar parking?
Polis tu pun takkan saman kalau tak mengganggu jalan. Ni dah jadi jammed bandaraya KL sbb orang nak pergi event nih. Kau tak tahu kereta bawah fly over tu dah stuck berjam jam. Dah jadi menghalang laluan. Dan kau fikir gak, if dibuat nya ada kebakaran ke apa, cemna lori bomba nak masuk. Nauzubillah lah kan, tapi kita kena fikir yg buruk gak. Mana tahu litar pintas ke apa. Akai tu tolong fikir lebih sket dek. Jangan nak maki orang ja tahu nya. Gi ngaji bagi abis dulu. 

Registration
Memula tgk orang dah beratur dari Ariani tu. Eh. Apa hal dari sini. Rupanya salah. Haha. Main ikut ja. Isi form dulu. Pastu baru q utk cop tangan.
Ada ja orang tak isi dan naik terus.
Takde hal la tu. Bukan ada apa pun kan. Isi form dan beratur. Since beratur pun tak lama, ai takde masalah berkaitan yang ini.
Tapi, bila ada orang kata memang setiap event kat PWTC kena isi form adalah tidak benar sama sekali yerp. Book fair tu masuk je ikut suka. Tkyah nak isi form bagai. Matta fair pun just bayar ja. Mungkin pada yang pergi pagi, prosedur ni agak menyusahkan. 
Sebenarnya takyah isi form pun takpe. Organizer pun bukan ada KPI nak bagi menteri ke apa pun kan. Larat ke nak key in data pengunjung tu? Haha.
Tapi, kalau nak tahu juga jumlah pengunjung, just bagi la sticker bernombor. Jaga je kat tangga/esklator tu. Takyah nak buat langkah penjimatan dok cop kat tangan lah. Orang kata macam nak masuk club. Ai donno lah. Ai tak pernah masuk club pun.
Ada yang bising2 kata cop tu susah hilang, cemna nak solat.
Alahai, sental la sket ngan span. Atau sapu baby oil ke minyak masak ke apa ke. If tak boleh hilang juga, takpe lah. Boleh je solat sbb kita dah usaha cuci. Takkan la sebab dek menda tu pulak kau rasa kau tak boleh solat. 


Let's shopping
Kami naik hall 4 terus sbb nak masuk Hall 3 cam penuh ja. Orang memang ramai walau dah jam 1 pagi. Tapi, ai yakin ini tidak seramai dan sepadat waktu siang.
Masih ada ruang untuk berjalan.
Dan seller pun melayan elok.

Ai memang takde target nak pergi booth mana kecuali Al Humaira.
Lelain tu ai tgk kalau kena ngan taste dan harga - ai grab.
Yang pasti mmg ai nak carik shawl.
Shawl kat Al Humaira mmg ada yg drop down harganya.

Paling puas hati shawl tiara ni. Harga biasa RM65 sehelai. Tapi kat sini RM60 untuk 2 helai. Mmg ai grab lah since mmg ada kaler yang nak.

Lelain tu ai beli kat booth yang mmg ai tak follow pun IG nya.
Rata rata instant shawl dapat 3 helai RM100.
Pastu dalam taknak beli jubah dress, terbeli gak satu sbb dapat harga RM50. Haha.

Dah settle seme, dalam kul 2pagi kami keluar dan balik.
Terpaksa pusing ikut jalan Kuching sbb keadaan masih lagi sesak. 

Malam 25 Ramadhan
Ai tahu, malam tu adalah malam ke25 Ramadhan. Dan malam yang dijangka turunnya Lailatul Qadar bila dikira dari hari pertama kita puasa (Hari Khamis).
Dan ai tahu, ada yang kata kenapa merugikan malam malam terakhir Ramadhan ni.
Tapi, kita tak boleh la anggap diri kita syumul dan anggap kami kami yang pergi bershopping ni tak ingat ibadat pulak.

Kita pun bukan duk serumah dengan orang tu. Betul ke orang tu rugikan malam tu. Betul ke orang tu mmg semata pergi shopping smpai lupa nak buat ibadat. Kalau orang tu balik je terus mandi, terus solat sunat, terus baca Quran dan terus berjaga sampai pagi, cemna? Ke anggap amalan tak diterima sbb sebelum tu sebok shopping. Ke tak boleh nak qiamulail selepas gi shopping. Ke cena? Sungguh ai tak tahu ni.
Ai pun masa tgk gambar depa yang sanggup duk tunggu dari kul 10malam tu pun mmg ai rasa baik lah depa ni beriktikaf kat rumah. Tapi, husnuzon kan hati - maybe kat sana pun depa ada baca Quran sambil tunggu. Atau kadang pergi surau (surau mmg luas kat PWTC tu kan, siap ada solat Jumaat kat situ, tak tau la kalau dia kunci), boleh solat mengaji apa seme.

Nak memperingatkan orang boleh, tapi jangan sesekali buat tanggapan, jangan sesekali ingat orang lain jahil sangat. Takut apa kita buat pulak jadi sesia.  

Sokongan pada event camni
Bagi ai, ai suka ja nak sokong event camni. Cuma kena perbaiki lah mana yang kurang tu. Kita suka anak muda berniaga. Anak muda melayu pulak tu. Which dulu jarang2 kita jumpa. Berkumpul pula kat event besar camni. Ai berani cakap, in term of visitor mmg kalah Matta Fair, atau pun Perfect Living ke Homedec tu seme. Sbb ai mmg biasa pergi semua event tu dan takde la crowd camni. Bukan tak ramai, tapi tak crowd.
Dan terpaksa cakap walau pun pahit - mmg mengalahkan event kami sendiri kat ofis ni. Huhuhu. 

Cuma, buleh improve lagi la cara registration tu. Dengarnya organizer delete semua komen dalam IG nya. Entah. I don't even follow their IG pun. Haha. Siap private IG nya. Takut apa entah lah. Tak kuasa la ai nak req follow. Ai nak, ai pergi je.
Sebenarnya nak lagi senang, tak perlu registration. Masuk je. Tak semua orang hadap goodies bag apa semua tu. Tapi, kalau nak bagi jugak, cukupkan yang 1000 tu - pastu selebihnya bagi je lah masuk.
Ai pergi yang kat Matrade tu pun takde register. And bila jadi camni, nak taknak mmg orang akan compare. Ai tak pergi yang terbaru kat Matrade tu, tapi, sebelum tu mmg ai ada pegi, dan mmg ai puji cara depa handle. Tak perlu register. Dan depa hired ramai jpa3 untuk jaga tempat masuk, parking dll.

Organizer yang tu mmg ai follow depa nyer IG.
And, frankly speaking, ai memang lebih suka kalau ber shopping kt jualan vendor Matrade tu. Sbb Matrade hall dia luas. Pastu siling tinggi. So, nampak lagi selesa compared to event kt PWTC.

Cuma, bagi yg ada anak kecil tu better elakkan lah pergi event camni. Kesian bebudak. Or sapa ada pengasuh tu tinggal la dulu kat pengasuh. Ni dengan stroller lagi. Pastu sian tgk mata budak tu terkebil2 tgk orang. Atau yg dah meliuk terlentok mengantok. Ye lah, kul 1 pagi bawa bershopping. Dengan orang ramai yg kita pun tak tahu tahap kesihatan orang dalam ramai2 tu. 
Tapi, ye lah, sapa lah ai yang takde anak ni nak memandai mandai cakap camni kan.
So, up to you lah.

Jadi, begitu lah ceritanya. Panjang berjela pula cerita ai. Haha.
So, apa yang ai dapat?
Ini je pun. Shawl, shawl dan instant shawl untuk anak2 buah ai.

Mission accomplished.

5 juta komen

tak smpt nak gi sebab dh kepenatan sangat...lagipun rin beli tudung anak2 kat jalan tar je...senang..hahahaha

dorang yg dah tggu dr 10mlm ke, 3-4pg ke mmg cekal tabah btul la..

wahhh bestnya..banyak pilihan.....
cantik2 semuanya pilihan kekda.... =))

wahh cantek lar instant shawl humaira tu kak..model pakai elok teletak..alin tak g kak..adik alin g ngan memember so alin kirim je kak..

Setuju sangat dengan point Malam 25 Ramadhan itu.
Bahagian hidup manusia tak sama kan. Jadi kita tak boleh judge orang.
Pilihan di tangan masing masing.
Kita nasihat dan doa yang baik baik sudah :)

Terima kasih atas komen anda :)

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign