Pages

14 July 2015

Iftar di Felda Villa

Ai dah gantung kuali dari hari Jumaat last week. So, takde la gambar2 iftar dah. 
Jumaat, 10hb - buka puasa rumah mertua.
Sabtu, 11hb - beli juadah kat jalan Kuching
Ahad, 12hb - beli pais tempoyak patin kat Gobang Maju. Beli lauk lain gak kat situ.

Isnin, 13hb - Iftar di Felda Villa.
Oleh kerana mmg dah plan gantung kuali, jadi, kita carik lah kat mana bufet Ramadhan yang berpatutan. Kebetulan tgk kat Groupon ada promo bufet Felda. Seme tempat dia ada. Kat Dewan Perdana, kat Felda Villa and kat Titiwangsa tu. So, ai pilih yang Felda Villa since tak pernah lagi makan kat situ.

Maka booking lah hari Isnin. Itu pun hari Ahad dia siap call balik. Suruh gak datang. Kalau tak datang dia jual tempat kita dah booked tu. Aku cam, ye lah sure lah datang. Bukan ini yang pertama aku guna Groupon. Dah merata kot termasuk kat Restoran Berputar Menara KL tu. Depa kot yang baru 1st time buat. Aku cam nak cakap - ye lah, kalau saya tak mati, saya datang lah.
Takyah cakap la, mmg orang dah tahu. Kalau kita tak datang, dan dah booked, mmg kira burnt lah. Takkan lah kita nak refund pulok.. Tapi, ye lah. Dah kerja dia kan. 

Eh. Okay lah berbuka puasa di Felda Villa ni.
Environment pun okay.
Choice of food banyak.
Kawasan luas, food station banyak. Jadi, orang tak tertumpu satu tempat ja.
Kami dapat dekat dengan pintu masuk. Okay lah. Berangin sket.
Knowing masakan Felda D'Saji ni memang not bad la kan.
Sedap je seme pun.
Depa wat tema nama jalan kat KL.




Cam kalau jalan Bukit Bintang ada nasi Arab.


Kg Baru kuih muih.
Chow Kit buah.
Jalan Imbi kambing bakar, keoy teow goreng. Lawak myDH citer sbb masa dia tgh q tunggu kambing bakar, ada orang tu call member dia "ha, aku kat jalan imbi nih" . myDH cam eh, mana plak sini jalan Imbi. Rupanya booth tu nama jalan imbi.






Makanan terlampau banyak.
Tak ambik pun bagai2.
Segala pasta tak amik. Lemang ketupat tak amik. Kuih muih tak ambik. Roti jala tak amik. Nasi putih ngan lauk pauk tak amik. Mana nak termakan. Memang tak la kan.

Yang pasti aku cukup suka la sotong goreng tepung dia.
Dah la tempat duduk kiterang dekat dgn booth orang goreng goreng tu.
3x bangun ambik sotong tu. Hahahah.
Dia mmg live goreng terus.
Sedap weh... sotong dia lembut. Pastu terus kekenyangan tak larat makan menda lain (T____T)



Kami ambik nasi arab. Ye lah. Asyik nasi putih je kan. Nasi arab la plak.
Tapi, aku dah makan laksa sepinggan. Terus kenyang. Huhu.
Laksa sedap!
Penutup makan eskrem ngan bubur jagung. Pun sedap buq jagung dia.


Okay lah. Sesuai dengan harga (even tak guna voucher pun masih lagi diterima akal. Huhu)
Next year boleh repeat lagi.

2 juta komen

Yani hari ni pun dah start tak kuasa nak masak (lebih kepada dah tak tahu nak masak apa), jadi baru kejap td book iftar kat luar. Huhuhu...ulang balik makan kat tempat aritu sebab nampak macam servis dia bagus dan kebetulan dekat dengan rumah.

Menarik!! Buat perut menari2 lapoorrr.. Hahah

Terima kasih atas komen anda :)

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign