Pages

10 July 2015

Puasa Day 15 - Day 21

Lupa plak semalam nak update.
Minggu ketiga.
Minggu yang tak berapa  nak masak untuk berbuka.

Day 15 [2 Julai - Khamis]
Berbuka puasa di office.
Kena bertugas jadi usherette sbb ada majlis perasmian promosi warna warni Aidilfitri by our minister.
Lepas tu, majlis berbuka puasa tu host nya Kementerian (MOTAC).
Biasalah berbuka ramai ramai begini. Jangan expect bagai makan di hotel yang aman tenang tu ya.
Jadi, makan kat mana, makan apa tu, bertabah saja lah.
Dah biasa pun. Tetiap tahun begini lah.
Cuma tahun ni, food byk. Cuma tempat je takde.
Takpe lah. Kalau tak, bila lagi nak duk kat teratak ni kan. Hihi.
Memori :)




Day 16 [3 Julai - Jumaat]
Balik kampung.
Berbuka di hentian RnR le. Mana lagi. Lepas office terus zass balik. Tu pun lari dari jalan Duta. Masuk Akleh, masuk Duke, masuk Latar barulah masuk Plus. Haha. Giler ko, smpai 3,4 highway. Pergh..
Waktu berbuka tu kami elok smpai kat Tapah.
Tapi, seme tempat pun penuh. Mmg dah agak pun.
So, kami dah siap ada bekalan ketupat palas beli kat ofis.
Pastu ada sebekas bahulu. Pun beli kat office.
So, makan bahulu je lah. Pastu minum air.
Igt nanti keluar highway baru nak carik KFC ke apa.
Tapi, cam malas. Sampai RTC Gopeng tu, berhenti situ, makan kesemua ketupat palas dengan rendang. Dah kenyang. Solat jamak apa semua situ, terus balik.
Senang.

Day 17 [4 Julai - Sabtu]
Berbuka di kampung. Tapi, tak bagi pun mak masak. Sbb mak pun bukan larat sgt dah.
Dan aku pun cam malas gak nak masak kalo weekend ni.
Lagipun nak pergi bazar.
Heaven weh bazar.
Kuih masih ada 3 singgit. Eh. Bukan kecik halus. Saiz standard lah. Popia pun ada lagi 5 bijik 2 hinggit. Takde la cam kat KL ni sampai 70sen satu. Tu membunuh namanya.
Pastu beli agar2 pelbagai perasa ni. Ha. Singgit 3. Besar. Beli 6 ketul. Penuh polisterin.
Memang tak buleh blah aku dgn harga popia n agar2 kat bazar KL ni. Melampau cekik darahnya.




Day 18 [5 Julai - Ahad]
On da way balik dari kampung, singgah RnR Jejantas Sg Buluh.
Masa tu dah kul 6ptg. Beli KFC sudehhhh.
Berbuka ngan KFC lah.
Gambau tiada.
Eh. Ada kes juga nih. Sbb myDH ambik set nasi ayam, ayam dia patut 2 ketul. Tapi dia bagi seketul je. Tgk kat skrin tu bayar atas set harga 2 ketul ayam. Ye lah, takkan kita nak cek bukak kotak plak lepas bayar tu kan. Kat rumah lah baru perasan. Haiya... susah la ini macammmm...
Mamai budak yg jaga kaunter tu. Tapi, dari uniform nya macam manager.
Dah la mula tu air pun dia lupa nak bagi lagi satu. Kita plak ingatkan.

Day 19 [6 Julai - Isnin]
Beli. Lauk takde dalam esbox.
Jadi, beli nasi kerabu tumis.
Entah. Memang itu namanya.
Makan dgn ayam bakar. Boleh laaaa......
MyDH beli nasik lemak.

Day 20 [7 Julai - Rabu]
Sahur pun masak. Masak megi goreng. Hahah.

Berbuka pun masak.

Yang simple sajork. Senang.

Day 21 [8 Julai - Khamis]
Masak.


Pun simple.
Siakap stim 2 in 1. Why 2 in 1? Sbb ada ikan dan sayur skali dalam tu. Abis citer. Pastu buat sambal tomato. Dan sambal hitam versi pemalas. Sbb malas nak tumbuk. Ku blend je ikan bilis ngan cili. 

Tinggal seminggu lagi nak raya.
Gantung kuali dah la kot nih.

Malas nak masak2 dah. Huhu.
Eh. Tapi, ada lagi daging dalam peti ais. Tgk la kalau rajin.
Kalau tak rajin biar situ sampai lepas raya. Huhuhu.

3 juta komen

lagi best masak tu.. menu simple tapi sedap.. plus boleh bawa ke sahur..^_^ salam perkenalan dari mommylina

CHINTA HATI LINA :
Seme simple je bulan puasa ni..nak cepat..huhu.

Salam perkenalan gak untuk mommylina :)

huih...mmg sakit ati tengok harga makanan bazar ramadhan...kalo kena yg sedap x pa, dapat yg x sedap, sabo je la...

Terima kasih atas komen anda :)

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign