Pages

6 July 2015

3 Bulan Tanpa FB

Masih memilih utk tidak meng-deactivate kan FB.
Sejak menunaikan umrah 6 April lepas, tutup FB sampai lah ke hari ni, tak pernah aktifkan semula.
Ini lah rekod ter-paling lama tanpa FB.
Biasanya buat seminggu dua ja. Atau paling2 sebulan.
Now, 3 bulan.



So, cemna?
Okay ja.
Tak semak pikiran.
Takde tgk orang komen meroyan.
Atau komen diri sendiri yang orang kata meroyan.
Takde tgk menda2 yang kita rasa rengsa.

Sokay lah kan.
Rasa aman aman sahaja.
Macam masa minyak naik harga. Dengarnya semua bising2 di 'dinding' ya.
Bagus. Aku takde FB. Tak payah baca. 
Takde la rasa nak sokong ke, nak marah ke, nak menyampah je.

Rasa ketinggalan? Tak dapat tahu apa yg viral di laman sosial.
Hehe.
Ai ada medium yang boleh tgk tu semua tanpa tgk FB.
Lagi best kot.

Macam tu hari kes orang dera anak lambung2 tu.
Kawan aku kata "ohhh..kau tak tahu kot, ko tak buka FB kan?"
Hello....! Ingat ai katak bawah gelaskah?
FB bukan satu satu satu satu nya medium untuk tahu dunia luar beb.
Orang yang on FB doplohpatjam ja ingat FB tu segalanya tempat sumber pengeluaran berita.

Takpe lah. Uols nak bertebeng kat FB, teruskan lah.
Memasing dengan cara memasing.
Takat ni, aku masih rasa aman. Takde masalah tanpa FB.
Tapi, belum lagi memutuskan untuk tutup terus.
Sbb ada gambar2 lagi yg aku belum delete apa semua.
Byk nak kena uruskan before tutup.

Dulu, mmg rasa susah nak deactivate. Sbb sedara mara ada yg update apa2 news kat FB. Macam ada orang meninggal ke, sakit ke apa. Tapi, takpe lah. Apa2 buleh msg, w.app kan. Takkan semua nak kabo ikut FB.
Tapi, idak lah nak kata aku tutup semua medium laman sosial aku.
IG aktip lagi (sangat aktip kalau buleh dikatakan), blog pun sama.

Kadang tu mmg rasa cam ada menda nak di "shout out" kat "dinding". Tapi dinding dah berkunci. Jadi, pendam dalam hati. Lelama cam eh, bagus pulak camni. Takde la nak shout out je kerja nya. Orang pun menyampah membaca. Siap kena cerca bagai kata meroyan la apa la. Eh, aku je la meroyan, orang lain pasal LRT pun hari hari update kat FB tau. Lebih meroyan lagi. 
Tu lah FB ni, kadang jadi tempat putus silaturahim pun buleh.
Yang penting, pepandai lah kita bawa diri.
Kat FB aku pun tak ramai friend. Friend office pun sgt limited. Abis, dah kawan kat office, kat FB takyah la kot.

Takat ni masih mampu bertahan.
Mungkin untuk tempoh 6 bulan, setahun, dua tahun dan last last langsung terlupa password.
Haha.
Tapi, kena gak masuk balik sbb nak organize gambar gambar dalam tu.
Nak delete mana orang tag2 tu. Lepas tu nak delete album bagai2 tu.
Udah udah la tu. Simpan dalam external hard disk sudah. Itu pun kan dah masuk photobook. 

Dulu aku pun cakap, org duk dalam gua je takde FB ni.
Tapi, skrg aku plak termasuk dalam gua. Gua berdinding kaca la tapi.
Haha.

Okay lah uols. Salam Ramadhan ke 19 (waaa... 10 hari je lagi nak raya - banyakkan amalan 10 malam ni terakhir Ramdhan ni yerp).

4 juta komen

Bebaru ni ramai pulak meroyan pasal kes kahwin 6 minggu dan suami curang.
Alahai.. berbakul bakul makian meroyan semua.

Semoga satu hari saya juga diberi kekuatan untuk deactivate FB ini.

i x dop fb :-) tapi kengkawan wassap rajin share berita/cerita. ok la...

pernah bertahan tanpa fb 2 tahun...mmg lost dunia luar....now bukak balik fb ...heheh rinduuuuuuuuuu

ida buat FB tu side income hehehehhehe

Terima kasih atas komen anda :)

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign