Pages

30 March 2015

Sembang Kosong : Selamat Tinggal Mac

Assalamualaikum.
Lama tak tulis secara suka suka. Cara sembang2 kosong kan.
Hari ni rasa nak jot down ikut apa terpikir kat kepala ni.
Kalau entry bebel2 camni, orang tak suka. Pastu orang tak baca sangat. So, buleh la nak luahkan perasaan ke apa ke. Sbb orang tak rajin punya nak baca. Lagi2 plak kalau takde gambar. Tulisan semata, lagi orang skip. Hihi.

Okeh. Hari ni monday. 30 Mac 2015. Ramai sahabat2 ku bufday bulan ni. 3 orang sahabat paling tersayang - Juwita, Zatul n Zirah. Nak kata bff tu, mmg bff. Tapi, boleh dikatakan mereka ni sahabat kesayangan dunia akhirat ku. Ku doakan moga sentiasa berada dalam rahmat Allah. Kebetulan, sahabat2 ku ini memasing ada 3 cahaya mata. Alhamdulillah dengan rezeki mereka.

Sebenarnya kat ofis agak 'hectic'. Tahu je lah kan kami tgh ada Hari Kraf Kebangsaan. Huru di sana, hara di sini. Khemah serata ofis. Tu hari aku sempat lah bawak satu grup lawatan dari SPRM. Penat kaki cheq weh. Dah la ber high heel. Ye lah, penampilan kena jaga juga kan. Takkan nak pakai selipar sandal tu bawak lawatan. Isk. Ada orang tak kesah, tapi, aku mmg takde lah. Tak kena dgn jiwa aku nak "asbol" nih. Sesuai dgn keadaan kata orang tu. Tahun ni HKK besar sket sbb kami gabungkan dengan Promosi Kerja Kahwin. Orang akan tanya kenapa gabung, dulu buat asing2. Sbb tahun ni HKK delay. Sbb nak bagi laluan pada usahawan yang terlibat dgn banjir tu hari pulih balik dan ada masa utk buat produk utk dijual/dipamer. So, bila dah delay, kita sekali kan lah.

Tu tak kesah lah kan sbb aku tak terlibat sgt secara langsung. Yang terlibat secara langsung ni, yang borang permohonan kerja tu. Hari ni last. Banyak tak banyak, banyak jugak lah. Biasa lah. Ramai yang takde kerja sekarang kan. Ada yang sampai ada master pun takde kerja jugak. Dah habis degree, buat master terus, lps tu dah susah nak dapat kerja. Entah aku pun tak tahu nak ckp cemna. Tapi, kalau tanya aku, lepas degree better carik kerja dulu. Lps tu baru buat master. Tu kalau ada semangat juang yang tinggi lah. Aku tu ari tewas di tgh jalan sbb kan aku malas. Haha. Malas aku weh. Nak buat assignment semua masa weekend. Pastu cam susah je aku nak bercuti bagai. Nak pikir exam lah, presentation lah. Ambik waktu ofis buat assignment lah. Eh. Takpe, takpe. Dah try cukup lah. Pendek kata, mmg aku pemalas. Full stop.

Lagi 2 hari GST akan di apply eh? Aku selalu gak la update kat FB pendapat aku pasal GST ni. Dalam pada tu tak sesabau juga aku nak tgk cemna gaya nya kerajaan kita apply kan mendalah GST nih. Ala, sekarang tak GST pun orang dah letakkan GST tu. Smlm tgk kat roti ikan bilis, harga tanpa GST 90sen, bila GST 95sen. Aku pun tak faham apa dia nak sampaikan. Apakah dari sekarang harganya dah 95sen? Atau pun sbb roti tu expired date dia 5 April, maka sapa beli sebelum 1hb, harganya 90sen, lps 1hb, dia jadi 95sen. Apa ke menda entah. Pening hoi! Mengarut dah aku rasa. Tapi, takpe. Katanya utk rakyat kan segala GST ni kan. Baik lah. Kita tgk dah lihat. Kalau LRT masih ada problem, kalau komuter tak dtg on time, kalau jalan raya pun buat tayar kereta nak kena balancing sbb asyik gedeguk termasuk lubang, mmg takde dah la aku nak keluar mengundi nanti. Eh. semacam ter bagitahu pula sebelum ni aku undi apa. Haha. Pastu lepas GST ni tolong masukkan bas free kaler purple tu kat Jalan Conlay ni. Baru lah mudah orang naik pengangkutan awam. Takde lah jadi jem cam hapa je kalau petang Jumaat dan hari hujan kat KL nih. Ni bas awam, bas free ada tempat masuk, ada tempat tak masuk. Tempat lain buat GST, bukan saja penduduk tempatan dapat faedah, tourist pun dapat. Tempat kita?? Tunggu dan lihat ya.

Then, genap 1 week lagi before aku on leave. Berhibernasi jap. Ada yang tahu, ada yang tak tahu. Mmg aku tak heboh2 kan pun. Mana yang tahu tu tahu lah. Perasaan tu ada memacam. Bukan mudah sebenarnya. Dalam tempoh "hibernate" ni rasanya aku nak de-activate semua laman sosial aku seketika. Seiring lah dengan tempoh hibernate ni. Tinggalkan kejap menda2 ni kan. Facebook - deactivate. Blog - private jap. Walau kesannya akan ada pada status nufnang. Takde la status "geli geli" (glitterati) tu dah. Takpe lah. Kejap je pun. Cuma nya, insta mmg tak bleh wat pe lah kan. Mmg private, tp tak boleh la nak buat utk kita sorang je tgk. Ke boleh? Itu pun dah 2k lebih gambar aku dah. Aku takmo dia lebih dari 2k. Tu ari aku dah delete berlambak lambak. Now, cecah balik 2k. Haish. Entah gmbr apa ntah. Takes time juga ya nak delete tu. Sampai abis bateri dibuatnya.

Yang ni pun, aku dah plan dgn assistant, apa yang dia perlu buat sepanjang aku 'berhibernasi' tu. Lps tu nanti dah boleh shortlisted utk intebiu. Tu kalau tak kena 'kacau' lah plan tu. Kadang tu aku dah buat elok2 dah, pastu nanti tetiba frust. Last month ada aku frust gegila. Mmg esoknya aku terus tak datang kerja. EL terus. Sakit kepala. Naseb lah. Tahu kan cemana rasa frust bila menda kita dah buat elok2, dah pernah diskas, tup2 bila diskas sekali lagi cakap cam lain. Phew.... sabau je lah hati ni. Dari aku menyampah2 tambah dosa menyampah, baik aku duk umah - tido. Eh. tu utk orang yang banyak cuti cam aku lah. Kalau kau ada cuti 2,3 hari tak yah la bebuat frust. Setakat yang aku EL tu, cuti aku masih ada 45 hari utk tahun ni. **angkat kening macam nak kata 'kau hado cuti banyak tu?' ** Haha. Eh, tu pun aku dah bawak utk GCR pencen 12 hari uols. If not, lagi banyak. Mihmihmih.

Itu saja lah yang aku nak bebel kan.
Nenati kita bebel lain lah.
Utk yang dah hantar borang permohonan, gud luck di ucapkan. Moga dapat panggilan temuduga dan boleh kita jumpa di bilik temuduga nanti (eh, bukan ya, ai bukan penemuduga - ai tukang jaga pintu ja). Haha.

*takde kaitan entry ni dgn tajuk kan. Aku buat entry dulu, pastu baru carik tajuk, lps tu takde tajuk yg sesuai. Belasah je lah tajuk tu.

6 juta komen

selamat berhibenasi....
log out je la ig... nk set only me tak leh... kan....

banyak nye coti kekda! nak sikit hahahahaaa

haha! saya suka baca entry camni :)

haha x pe kak sy bace je :D

Akaaaakk.jgn cuti lg!! Sy nk p tmpt akk ngn rombongan kami dr BAKAT ipoh sbtu ni

Nk request akk bwk kami bole?heee lama mncarik akk.xjmpe kt ig mahupun hp. Hp sy n no saya tkr bru jd no akk pn xde.plz watsap me kak? 0132737253 erin.lama kte xjmpe

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign