Pages

10 March 2015

Thanks MyS2 and Welcome CikApple6

Samsung Galaxy S2.
Keluaran tahun 2011. Dalam bulan Jun 2011 kalau tak silap dia launch kat Malaysia. Tgk kat blog soyacincau  nih.
Aku start guna lepas raya tahun 2011. Dalam bulan 8, 9 camtu lah.
Masa tu beli terus sekali pakej dengan umobile.
Semenjak itu lah aku jadi pengguna S2 sehinggalah aku downgrade kan pakej umobile dan sehingga lah tahun ni.

Lama jugak kan. Tahun 2011 till 2015. Kurang lebih dekat 4 tahun jugak lah.
Tahan telefon Samsung nih.
Jatuh berapa kali dah. 
Pastu dah usung ke sana ke mari berapa kali dah.
Dah merata tempat jugak la dia pergi. 
Aku mmg byk guna dia je lah untuk ambik gambar kalau travel tu.
Gambar mmg cantik S2 nih.
Ada jugak gambar dari S2 ni je yang aku masukkan dalam photobook.
Pendek kata mmg aku puas hati dengan myS2 nih.

Takde masalah.
Tak pernah pun hantar kedai.
Bateri pun tak pernah tukar.

Cuma, lately ni dia selalu macam "hang". Pastu kalau nak call pun macam tetiba dia senyap je.
Tu yang aku rasa dah cukup "haul" dah talipon nih.
Gambar byk sgt pun ye gak kot.
Dengan gambar dari w.app lah apa lah.

MyS2 ni mmg aku guna utk w.app n instagram je pun. Takde lain.
Sbb yang lelain kat myNote10 tu. Itu besau sket kan. Nak tgk FB ke apa ke semua situ.
Lagi satu myNote10 ni tersangat lah berguna bila kat luar.

Cam tu hari masa tgh ada hari sukan kat Melaka tu.
Tetiba boss (big boss lak tu) nak tgk dokumen dan suruh emel ke KSU. Dia suh balik KL jam jam tu gak. Takkan la kan. Jadi, solutionnya suh assisstant gi ofis, emel ke aku then terus la tunjuk ke dia.
Settle, takyah nak carik pc ke laptop bagai.
Pastu terus je emel. Lps tu cam senang lah nak buat kerja ofis dengan note nih. Jadi, mendalah ni penting jugak.

Dengan S2 ni pun kira cam dah balik modal lah guna lebih 3 tahun kan.
Okay dah tu.
Jadi, mari lah kita survey phone apa jadi pilihan.
Mula nya nak sejenis jugak. S5 ke.
Lps tu fikir2, tak yah la kot. Beli memurah cukup.
Pastu fikir lagi. Nak yang boleh ambik gambar cantik. Supaya nanti kalau jejalan, ambik gambar buleh masuk dalam photobook. 
Fikir lagi dan lagi dan lagi.
Kesudahannya.

Welcome cik Apple6.
5.3.2015
Ihiks. Amik pakej dgn DIGI sbb ai is existing customer Digi. Itu pun bukan selalu ada stock budak epal ni. Nak yg kaler silver pun dah abis stock.
Susah juga sbb dah biasa jadi android user ni kan.
Tetiba nak jadi iOS user plak.
Ihiks.
But, still android user jugak sbb mynote10 tu android.
Semoga bertahan lah 3,4 tahun jugak ya :)

4 juta komen

Ada ke note 10 tu? X pernah tau pulak.

Akk pun pengguna apple since iphone 4 kluar. Pastu tukar iphone 5 sehingga lah kini. X terbuka pintu hati lagi nak beli iphone 6. Ke tunggu trus iphone 7.

Akk pengguna android note 3 jugak. Klw nak ambik gambar mmg suke note 3 sbb gambar lg sharp dan cantik. Iphone tu setakat utk call dan whatsapp hal hal opis je. Klw nak view fb or google kat note 3 lg best sbb screen besar.

IbuLala :

Note10 nama penuhnya Galaxy Note 10.1 N8000. Saiz skrin adalah 10inch. That's why dia dipanggil Note 10.1. Dia bukan lah edisi kesinambungan dari Note 1, Note 2, Note 3 mahu pun 4,5 dan 6. Dan cukup lah rasanya sceen berukuran 10 inci kot untuk buka emel dan juga bukak kerja2 ofis spti Excel dan MsWord :)

sama hayat phone i ni...i mmg pakai ip4 since 2011. x ganti lagi, sbb x dop reason...(tahan lagi iphone4 ni, cuma skang bateri kuat sket dia makan... err...dah ada reason tu... hehehe... nanti review ip6 ni ya...usha2 dah ri tu, tapi setakat usha je la... ehehehe

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign