Kalau memang dah bagus, kita cakap bagus.
Bukan yang tak bagus je kita nak cerita.
Okey, ni pengalaman aku ke BSN Perak (Ibu Pejabat Negeri).
Letaknya kat Ipoh la kan.
Entry ni sememangnya untuk BSN Ipoh sahaja, bukan utk lelain BSN.
Sbb? Ada sebabnya ya. Jap lagi kita story.
Now kita cerita penghargaan utk BSN Ipoh ni dulu.
kredit gambar : beautifulipoh |
Last Monday (2.3.2015) aku ke BSN Ipoh atas satu urusan. Ini pertama kali lah pun aku ke sana. Walau duk di Perak, tapi tak pernah la nak g BSN tu. Nak buat ke hapa pun kan. Tapi okay la sini, parking pun senang gak. Ada je belakang2 tu.
Mulanya aku diberitahu, urusan aku ni perlu bawa mak bersama. Tu yang ambik cuti dan bawak mak sekali.
Masa baru sampai dan nak naik ke kaunter pun dah puas hati dah sebenarnya.
Polis bantuan yang jaga situ, nampak je mak aku dia dah suruh naik lif. Sbb mak aku bertongkat. Jadi, dia tahu la sakit lutut nak naik tangga ke kaunter.
Masa nak tunggu lif pun, ada staff yang menyapa. Nak kemana? Kalau nak ke kaunter, tingkat 2, katanya.
Jadi, naik lif, pergi tingkat 2 (namanya je tingkat 2, kalau naik tangga satu tingkat je).
Pergi kaunter. Tanya kakak bertugas kat depan skali tu.
Dia explain pun baik je. Sampai dia yang isi kan borang. Sbb ada la urusan nak tukar tukar dokumen la apa la. Jadi, dia tolong.
Lepas tu, dia kata suppose tak perlu pun bawak mak ni. Kiterang pun cam eh?
Aku pun cakap la, tu ari saya call no BSN HQ (KL) - no kat laman web tu la kan - dia kata kalau nak buat transaction keluar duit ke apa ke, mesti bawa mak. Dan bawa ke centre. Kalau branch, takut takde duit. Aku cam haiyo.. bank kot, takkan takde duit.
Sbb tu aku kata, aku tak mahu bagi pujian dan penghargaan pada BSN lain. Operator yang bagi penerangan ke aku tu pun tahpehapa je. Banyak kali dia cakap, mmg kena bawa mak. Kalau mak tak larat, sakit tak boleh bangun sekali pun, pihak BSN yang akan datang rumah. Amboi. Jadi, tu yang kami bawa mak. If not, dah settle kat KL je lah kan.
Dah la memula aku call satu nombor, dia suruh call nombor lain, dah call dia suruh call balik nombor memula tu. Dah aku cam nak marah baru dia tanya nak cakap pasal urusan apa. Dah cakap tu yang dia kata kena bawa mak ke centre la apa la.
So, bila aku cerita pasal branch takde duit ke kakak bertugas tu, dia kata kena call cawangan, bagitahu nak keluar berapa. Buleh je dik nak keluar duit kat cawangan tu katanya, tapi kena call dulu lah. Sbb branch ni ada limit berapa sehari yang dia buleh keluarkan. So, depa ni kena dapat approval la kalau nak keluar lebih. Tp perempuan yang bagi info ke aku tu ari, macam tak galakkan pergi branch la. Senang2 pergi centre je katanya.
Dah isi borang semua, ambik nombor. Oh. Canggih kiosk ambik nombor kat BSN ni ek. Siap kena masukkan IC bagai. Haha. Tp lepas tu rupanya silap yg kiterang buat tu sbb kami nyer urusan tak melibatkan akaun. Ada juga staff yang membantu. So, okay la kan.
Pastu kaunter yang aku berurusan tu pun mudah je. Elok je layan. Lupa plak nama adik tu.
Dan pegawai depa pun okay juga.
So, secara keseluruhan mmg aku berpuas hati.
Thumbs up untuk BSN Ipoh.
Keep it up good work.
Kekalkan begitu. Pelanggan pun senang hati je rasa.
Apa yang kami kesalkan adalah kesilapan info yang diberikan oleh operator yang jawab call aku. If tak tahu nak bagi info, suruh je lah aku ke HQ di jalan Ampang tu. Dekat je pun dengan ofis. Kalau tak, aku buleh settlekan urusan tu di KL sahaja. Tu pun naseb mmg kami ada urusan di Ipoh. Kalau tidak, sesia kan. Dengan aku cuti nya lagi. Takpe lah kan. Dah selesai pun urusannya.
Terima kasih atas komen anda :)