Pages

26 March 2015

Sharing Is Caring : Tips Hantar Borang Mohon Kerja

Oleh kerana saya terlibat secara langsung dalam proses pengambilan dan pelantikan anggota kerja baru, mari lah saya share kan beberapa tips yang mungkin boleh digunakan.
Kalau mohon kerja jabatan kerajaan, saya rasa boleh la gunakan tips ni. Esp jabatan kerajaan yang masih gunakan kaedah hantar borang secara pos ni. Kenapa kami buat cemni? Sbb rasa lebih senang nak shortlist sbb dah tentu dapat tgk bukti segala sijil semua. Takpe, takat ni kami masih boleh handle. Dan kali ni aiols and team dah buat penambahbaikan.

Boleh katakan tiap tahun ada buka iklan.
Dan setiap kali itu lah aiols dengan my team akan tertimbun dengan ribuan borang permohonan.
Oh. Kali ni tak macam dulu nampaknya.
Mungkin sbb dalam iklan ada kami tuliskan taraf jawatan adalah tetap/kontrak.
So, orang nampak kontrak tu macam ala, takyah la. Kontrak kot. Gitu lah kot.
Tapi, tetap lah menimbun.

Hari Selasa

Hari Rabu

Jadi, bila dah biasa datang menimbun nimbun ni kenalah kita buat shortlisted bebetul.
Tahun ni aiols buat sedikit penambahbaikan di mana masa buka sampul lagi kita dah sort out.
Contoh dulu, buka sampul terus key in.
Now tidak. Kita dah ada kriteria samada nak proses key in terus atau tidak.
Maknanya kita dah ada sort kan mana yang terus boleh key in atau tidak.
So, bila dah buat camni, mmg ramai lah tak di sort out untuk di key-in. 
Ada yang tak ambik cop pengesahan - put aside
Takde salinan IC - put aside.
Takde salinan SPM etc etc etc - put aside.
Hey. Yang penting IC, Sijil Lahir, PMR, SPM and Sijil Tamat Sekolah. And Dip/Ijazah (tgk apa jawatan kita mintak). Tebal cam buku talipon pun, kalau takde ni semua, takyah la weh. Membaziaq duit pos je ye.

Kami ada checklist. Bila dah buka sampul, kita stapler senarai checklist tu. Kalau semua bertanda  ✔ baru lah kami proceed itu key in. Kira ini dah masuk dalam shortlisted pertama lah. Kira kalau dah di key in ada peluang dah la utk dipanggil interview. Tapi, lps tu ada lah kriteria lain yang telah ditetapkan ya.

Tak proses ini tidaklah maksudnya kami reject terus cam ah kau pergi masuk kotak sana dan lupus.
No no no. Kami tetap akan key in tapi keutamaan pada yang lengkap semua permohonannya. In case ada calon tak sesuai atau tak menepati kehendak baru kami pergi cari semula borang2 yang tak lengkap. Jadi, peluang nak panggil interview tu dah tipis lah kan.

Sebenarnya salah siapa?
Kita jangan anggap, ala, takpe, tak amik cop je.. takkan tu pun nak berkira.
Ini bukan kes berkira tak berkira. Tetapi, don't take for granted ya.
Cuba tgk kat atas tu. Beribu permohonan tiba. Dan yang lain okay je ikut arahan.

Antara yang tidak diproses

Orang lain boleh follow the guidelines, kenapa tidak kita kan?
Jadi, tips nya :

1) Isi lah borang dengan lengkap. Semua dokumen diperlukan disertakan sekali. 
2) Patuhi semua guidelines yang diberikan. Jangan take for granted dengan mengandaikan takpe lah, tak perasan kot ni. Jangan ada rasa begitu.
3) Pilih jawatan bersesuaian dengan kelayakan akademi. Esp jawatan penolong pegawai atau pegawai. Ada yang kelayakan Diploma Asuhan Kanak-kanak contohnya. Tapi mohon Pereka. Atau pun, ada diploma akauntan tapi mohon jawatan Penolong Jurutera. Jauh sangat tu dik.
4) Double check sebelum hantar borang. Pastikan semua ada. Pastikan tidak terhantar dokumen asal. Ada ya. Terhantar IC original. Call balik kita dan minta kita pos. Tu lah. Jangan cuai. Satu lagi jangan lah hantar salah borang. Kali ni kami dapat borang Majlis Peperiksaan ke apa ke ntah. Mungkin sbb tarikh tutup nya sama, so dia dah confuse. Yang tu dia buat alamat sini, yang sini dia buat alamat sana. Reject lah dik oi.. Tu lah, nak mintak lagi sana sini. Jadi, double check sebelum hantar tu. Tak kira lah kau orang OCD atau tak, dalam mintak kerja ni mmg kita kena jadi orang yang terlebih OCD. Check la semula borang2 tu. Puluh2 kali pun takpe.

Ada beberapa hari lagi sebelum tarikh tutup 30hb nih.
Dan my team sedang bertungkus lumus key in borang yang lengkap.
Dan seterusnya proses shortlisted.
Pemilihan calon untuk temuduga.
Temuduga.
Dan paling akhir surat tawaran.

I'll be away for 2 weeks masa depa tgh uruskan ni.
Tapi, segala perancangan dah dibuat utk adik2 ai yang berdedikasi ni.
So, bila ai dah masuk kerja, InsyaAllah yang dishortlist dah settle.

Kalau takde apa aral, target ai bulan Mei interview dan sebelum puasa nak hantar surat tawaran. Tu target ai lah buat masa ni. Moga tercapai lah. InsyaAllah.

2 juta komen

Wow banyaknya surat permohonan. Jenuh nak shortlisted jugak tu

MIRA :

Waalaikum salam..

Salinan kena ada cop pengesahan dan kalau boleh dapatkan cop original pada setiap salinan. Seboleh boleh elakkan lah copy pada cop ori tu sbb itu dah tak jadi "disahkan benar dari salinan asal" dan ada orang boleh edit ke apa kalau salinan fotostat pengesahan tu.
Jadi, better dapatkan cop original pada setiap salinan. Lebih elok kalau cop tu warna biru.

Good luck :)

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign