Pages

12 March 2015

Majlis Bacaan Yasin dan Kenduri Doa Selamat

A ah la kan.
Terlupa nak di blog kan pulak. Lebih 1 week dah nih.

Majlis bacaan Yasin dan kenduri doa selamat juga tahlil.
Buat kat rumah kampung.
1.3.2015.
Takde la menjemput ramai nau orang. 
Pagi tu dalam kul 10 majlis bacaan Yasin oleh kaum wanita. Ni mmg ada team dia. Jadi, mak jemput team ni lah. Ramai juga team ni, dalam 30 orang camtu.

Lepas tu ada jamuan sket. Makan kuih. Lepas tu kakak sepupu duk depan rumah sedekah mi goreng satu bekas besau.
Pastu sebelum jamuan makan tengahari, diteruskan dengan tahlil untuk arwah ayah. Yang ni pulak team lelaki.
Kiterang guna catering tapi ada 2,3 lauk jugak lah masak sendiri.
Yang masak sendiri - sambal sotong, peria tumis dengan udang kering, ikan masin (top up gak dengan ikan masin terubuk aku beli kat Sarawak tu ari. Habis licin lah. Hihi).


Menu yang katering buat daging masak taucu, gulai lemak ikan masin dengan nanas, ikan keli sambal, ikan goreng, pecal dgn ulam+sambal belacan. Pecal tu sedap. Daging masak taucu biasanya aku tak suka. Tp ni sedap. Eh. Yang masak utk katering ni pun actually kawan sekolah rendah aku. Kawan sepermainan pun yang dulu nya masuk tali air sesama, mandi sungai sesama. Skrg dia pandai masak dah. Mewarisi arwah ayah dia pun. Dulu masa aku kawen pun ayah dia lah masak. Ni kalau buat bersungguh ni ada harapan buleh menempa nama nih. Cewah.


Ikan keli pun best!. Dan itu lah yang terlaris. Ingat nak makan lewat sket. Tetengok ikan keli dah nak abis. Pergi selamatkan dulu. Huhu. Buwok pangai tuan umah nih.

Pasang satu khemah depan umah.
Lepas tu ada kuih2 orang bagi. Tempah pun ada. Kak ipar buat puding cendol. Popcorn. Entahnya. Rajin nau kak ipar aku tu buat popcorn segala. Pastu kiterang buat asam pear camni.


Laris kau. Memula orang macam eh apa ni, apa ni. Sekali bila rasa semua nak lagi.
Kiterang beli pear hijau tu sekotak dari KL (Chowkit lah mana lagi). Patut buah lai kuning tu. Itu pun sedap gak. Tp takde plak buah lai yang itu masa beli. Yang pear ni pun buleh lah. Yang asam tu, blend kan asam kulit limau tu pastu gaul2 lah dengan buah tu. Cis. Aku tgh taip, aku plak kecur liur. Haha.
Try lah uols. Dengan epal hijau pun buleh, dengan buah lai kuning tu buleh, dengan buah oren pun buleh, tp oren susah la sket sbb ada kulit kan. Kalau rajin buang kulit dia.

Oh. Ptg sebelum hari kenduri tu sempat ikut kak ipar gi petik peria ngan timun.
Kat kebun kawan dia. Bila tunjuk kat IG orang ingat kebun kiterang. Tak lah. Hihi.
Tapi, kebun kiterang ada kat situ jugak la. Kebun sawit la tapi. Hihi.



Saujana mata memandang kan.
Best giler kot kalau dapat buat kobun camni.
Tapi, kena konstret lah. Tak buleh la kau nak malas2. Lepas tu mmg kena full time.
Jadi, option bersara awal? Dah cukup 10 tahun nih. Pastu buat kobun sayur?
Haha. Gigih nau tu.



Tokei kebun tu sedekah peria utk buat masak masa kenduri.
Pastu ambik timun. Eh. Baru tingat, nak bawak balik KL timun ni sebenarnya. Nak buat juice. Lupa lah pulak nak ambik dari peti ais tu hari. Huhu.

Apa pun, Alhamdulillah. Semua dah selesai dan berjalan lancar. 
Moga urusan kami juga nanti dipermudahkan. InsyaAllah :)

2 juta komen

serious kecur air liur tgk pear asam tu... :-D
letak ice eh?

harus akan dicuba asam itu dengan apple atau buah buah yang sewaktu dengannya.... hehe...

Terima kasih atas komen anda :)

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign