Pages

25 March 2015

Kenapa Ada Rasa Meluat?

Pernah tak rasa macam meluat? Meluat yang mmg tahap meluat sangat.
Meluat ni ikut definisi kat DBP :
1. berasa hendak muntah, me­loya, meluah; 2. sangat benci, menyampah

Ha, kiranya meluat ni lebih atas dari benci dan menyampah.


Satu perasaan yang tak sepatut ada pada kita kan.
Tapi, apa nak buat. Kita manusia pun ada hati dan perasaan kan.
Lalu aku google "hindarkan rasa benci dan meluat pada orang"
Terus la tgk satu persatu yg keluar.
Dan dari artikel ini agak bagus.
Aku cedok sket lah.
Utk full article klik [link : halaqah]

Perasaan menyampah sering melanda kita dan perasaan ini memang tidak selesa. Sukar juga untuk menceritakan rasa ini. Macam nampak sampah, malah lebih teruk dari itu. Meluat, benci, marah, rasa macam nak muntah....berbagai rasa tak selesa yang membentuk rasa menyampah. Nampak muka orang yang kita menyampah, perasaan jadi terganggu. Melakukan kerja yang kita tidak suka, perasaan terganggu. Ia boleh membunuh mood. Bila kita rasa menyampah, yang lebih susah adalah diri sendiri sedangkan orang yang kita menyampah terus hidup seperti biasa. Kerja yang kita tidak suka juga tidak akan selesai. Lebih banyak rugi daripada untungnya. Jadi, jika dilanda rasa menyampah, tindakan bijak ialah merawat rasa menyampah itu, jangan sampai ia membunuh keceriaan. Membiarkannya memusnahkan keceriaan umpama membawa membawa atau mengusung orang atau beban kerja tersebut dalam hati dan fikiran. Ia akan mengikut ikut kita ke mana-mana. 

Sampah di minda dan hati
Untuk memudahkan kita menanggapi masalah ini, saya suka mengaitkan rasa menyampah ini dengan sampah. Sampah ialah benda yang telah kehilangan fungsi asal. Apa yang kita panggil ‘sampah’ hari ini, suatu masa dahulu kita panggil dengan berbagai nama dan kita menyimpannya atas berbagai kegunaan khusus. Kertas pembalut makanan pernah berjasa melindungi makanan yang kita makan dari kekotoran supaya makanan tersebut tidak membahayakan kesihatan kita. Setelah habis fungsinya, ia pun bernama sampah. Suatu masa dahulu apa yang kita panggil ‘bunga’ menjadi perhiasan yang menyejukkan mata memandang tetapi akhirnya apabila telah layu ia dibuang dan dipanggil sampah. Dalam perkataan lain, sampah adalah apa yang ‘tidak berguna’, ‘kotor’ atau ‘menyemakkan’ di mata kita. Tempat yang layak untuk sampah ialah dalam tong sampah. 

Apabila kita menyampah kepada seseorang, sedar atau tidak, minda dan hati kita melabelkan orang itu sebagai ‘kotor’, ‘tak berguna atau ‘menyemak’. Apabila dia dianggap tak berguna, maka kita pun memasukkan dia dalam ‘tong sampah’ minda dan hati. semakin ramai orang atau perkara yang kita menyampah, hakikatnya kita menjadikan minda dan hati kita sebagai tong sampah besar! Andai dibiarkan minda dan hati akan ‘reput’ dan busuk sehingga menutup atau menenggelamkan perasaan positif yang lain. Sebab itu, bila kita menyampah terhadap seseorang, kita buta kepada kebaikannya dan jasanya dilupakan begitu saja!
Mengapa kita biarkan rasa ini dalam minda dan hati sedangkan Allah, Tuhan yang Maha Pencipta segalanya mencipta setiap sesuatu ada sebab dan peranan tertentu. Dia tidak menciptakan sesuatu sia-sia! 

Kenapa menyampah?
Renungkan siapakah orang yang kita menyampah melihatnya. Perhatikan dengan jujur, adakah orang lain juga menyampah terhadap orang ini? Renungkan juga apakah perkara-perkara yang kita menyampah melakukannya. Perhatikan dengan jujur, adakah orang lain juga menyampah terhadap pekerjaan ini? Adakah sebab yang wajar untuk kita menyampah melihatnya? 

Hadiahkan Doa Dengan Penuh Kasih Sayang
Seperti perasaan negatif yang lain, memang bukan mudah untuk mengikis rasa menyampah dalam sekelip mata. Bergantunglah kepada Allah. Dia pernah menciptakan kita dari tiada kepada ada. Dia juga yang menciptakan hati yang merasa dan akal yang berfikir. Maka semudah itu jugalah Dia membantu kita menangani rasa menyampah ini.

Berdoalah untuk diri sendiri supaya perasaan kita sentiasa terpelihara. Doakan juga orang yang kita menyampah dengan penuh kejujuran. Adakalanya dalam kita mendoakan orang lain pun, tanpa sedar kita masih membawa perasaan menyampah tersebut. Contohnya, kita mendoakan “Ya Allah, lembutkanlah hatinya...” secara tak sedar secara muktamad kita melihatnya sebagai seorang yang keras hati dan lupa ada kemungkinan yang keras hati sebenarnya adalah diri kita sendiri. Saya tidak bermaksud untuk mengatakan doa terseut salah, tetapi sekadar untuk renungan betapa dalam doa yang paling indah pun kita masih terpenjara dalam persepsi yang negatif tentang diri orang lain. “Ya Allah, semoga dia akan berubah...” adalah doa yang baik dan indah untuk orang lain. Namun secara halus, ia menggambarkan persepsi bahawa orang yang didoakan itu perlu berubah sehingga si tukang doa mungkin terlupa bahawa dirinya lebih perlu berubah.

******
Kesimpulannya, perasan meluat ni mmg tak baik dan tak patut ada dalam diri kita.
Even, ada orang yang kita rasa sangat me-meluat-kan.
Kita kena redha. Malah doakan je lah agar dia tak lagi jadi seorang yang meluat.
Tapi, pelik lah. Kenapa ada manusia macam tu ya.
Pelik!

1 juta komen:

Akk pun kdg kdg camtu. Istighfar cepat cepat.

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign