Assalamualaikum.
Kejap je dah masuk April. Mean kita dah habiskan suku pertama untuk tahun ni.
Apa pencapaian?
Ce, tetiba bertanya tentang pencapaian orang?
Pencapaian sendiri bagaimana pula?
Hihi.
Bulan Islam pun dah masuk Jamadilakhir. Pastu Rejab, pastu Syaaban.
Dan.
Ahlan wa sahlan ya Ramadhan.
Kejap je wes.
Puasa dah habis ganti?
Alhamdulillah.
Baju raya dah tempah?
Haha.
Baju ku masih kat tailor. Biar kan. Bulan depan kot baru ambik.
Tak tahu la cemana rupanya.
Biarkan situ.
Oh.
Esuk last day before bercuti panjang.
Eh. Tak la panjang sangat. Panjang sket je.
Hihi.
Nak ber'hibernasi' kejap.
Baiklah.
Sebenarnya macam taknak war warkan.
Tapi, have to jugak.
Sbb nak mintak maaf pada semua kawan2, kenalan2 baik yang pernah jumpa mahupun yang hanya kenal 'puanstoberi' di kebun stoberi ini saja.
Saya, dengan rendah diri mohon maaf sekiranya ada penulisan saya di blog2 yang menyakiti hati kengkawan semua.
InsyaAllah saya akan menunaikan umrah bersama ibu dan juga suami.
Berlepas dari KLIA pada 6 April 2015. Terus ke Jeddah dan InsyaAllah akan terus menunaikan umrah "wajib" kami kerana jadual kami akan ke Mekkah dahulu.
Doakan kami semua dipermudahkan segala urusan.
Selamat pergi dan balik.
Sekali lagi saya mohon ampun dan maaf zahir dan batin.
Untuk ini juga saya akan private kan semua blog saya buat seketika.
Sepanjang saya menunaikan umrah.
Begitu juga dengan FB.
Cuma, instagram je lah kalau ada.
Sbb i.g ni tak buleh nak de-activate macam FB. Kalau takat log out tu anytime saya buleh log in balik. Tapi influence IG ni tak sekuat FB atau lelain. Jadi, itu takpe lah.Tapi takde lah saya ber nawaitu nak buat live update macam gi Perth tu hari kan. Itu lain. Ini perjalanannya lain. Amat rugi kalau dipersiakan.
InsyaAllah, saya akan doakan semuakan rakan2 yang masih belum berkesempatan, ada peluang untuk menjadi tetamuNya juga suatu hari nanti.
Amin :)
8 juta komen
amin ya rabbal alamin,
selamat pergi dan pulang kekDa,
jaga diri k, doakan kesejahteraan kami sekali, in syaa Allah.
alhamdulillah..
akak takde silap pape ngan kami..
tq kak sbb doakan kami.. teringin sgt nak pegi
apsal aku rasa ade orang potong bawang sebelah aku ni kalong oih..
Amin ya rabbal alamin....doa Yani sama macam whatsapp Yani kpd KekDa semalam. Semoga berada dalam keadaan yang sihat pergi dan balik. Thanks juga doakan untuk kami yang belum pernah pergi untuk menjadi tetamu-Nya ....
wah!!! seronoknya...rindu rasa nak ke sana... smg mendapat umrah yg mabrur reen. banyak2 minum air...
Selamat berangkat dan selamat kembali ya kak.
Semoga dipermudahkan segala-galanya...
amin... alhamdulillah berpeluang jgk akak kesana kali kedua .. moga dipermudahkan segalanya amin.. insyaallah jaga kesihatan jaga diri ... sayangggg ketat².. adehh dah kenapa tetiba sebab pulak ni. hati perempuan sungguh ...
selamat jalan ya...jgn lupe ye..kiriman doa saya kat WA tu..hehe
mudah2an...perjalanan umrah berjln lancar dab baik....Insha Allah :)
Terima kasih atas komen anda :)