Pages

11 August 2014

Positif, Bersangka Baik Dan Redha

Sebelum hari raya tu ari, myDH kata ada sorang akak opis ni bagi something kat dia. Mean, bagi kat dia ngan aku lah.
Tgk2 buku doa rupanya.
Lps raya, akak tu jumpa aku - tanya aku dah baca belum buku doa dia bagi.
Padahal masa tu myDH belum kasik aku lagi. Dia tinggal kat ofis. Huhu.
Dia kata baca lah, dlm tu ada doa untuk dapat zuriat.

Serius rasa terharu.
Sebenarnya, tak semua orang tanggapan negatif kat kita.
Tak semua orang menyibuk.
Tak semua orang asyik bertanya 'bila nak ada anak, bila nak ada anak'.
Ada yg ingin membantu. Ada yang bersimpati.

Akak ni sebenarnya nak pencen bulan 12 nanti.
Kebetulan pun aku uruskan hal pencen staff, so, tu yg dia nak bagi gift kot.
MyDH pun biasa gak tolong2 dia.

Buku ni kan, 2nd page dah ada doa utk dapat zuriat ni.
Doa yg mmg biasa pada kita TTC'ian ni.
Yang surah Ali 'Imran ayat 38.

Antara yang menarik adalah "Juga dinasihatkan supaya memperbanyakkan sedekah, puasa sunat dan qiyamulail untuk mendapat anugerah Alla yang hebat itu"
Lihat, apa yang tersembunyi dari nasihat ini. Bukan lah kata kita ni tak suka bersedekah, tak suka buat amalan sunat sbb tu takde anak. Cuba tgk dari sisi positifnya. Kerana ujian ini juga lah kita akan tambah amalan sunat, mula cuba berqiyamulail, dan sentiasa bersedekah. Semakin lama kita berusaha, amalan kita juga akan bertambah seiring dengan usaha tu. Insyaallah. Di sini lah kenikmatan sebenarnya yang Allah nak bagi kita yg sedang berusaha. Allah pilih kita utk kita dekat dengan Dia. Tidakkah itu satu anugerah juga. Dalam jutaan umatNya, kita terpilih.

Positif dan berbaik sangka dengan Allah SWT.

Kita kena redha. 
Dan positif.

Kadang kita kata kita redha, tp buruk sangka pada orang. Bila nak raya atau ada kenduri takut nak jumpa orang, takut orang tanya, benci dgn soalan yang asyik bertanya bila nak ada anak. Paranoid sendiri. Itu sebenar bukan redha. 
Aku pernah ada rasa tu. Pernah dan sangat tahu. Rasa benci pada yg bertanya. Rasa marah pada yg menyibuk. Bila orang tanya pasal anak, mula rasa darah nak naik ke muka. Geram sungguh rasa dengan soalan anak ni. Macam kan tak percaya dengan qada dan qadar. Macam kan hina sangat kalau takde anak ni.

Tapi, utk tahun keenam berhari raya ni - mmg aku bebetul redha. Kalau ada soalan begitu, aku nak belajar untuk tenang dan tak mahu ada sekelumit pun rasa benci dan marah pada orang yang bertanya. Dan Alhamdulillah, takat ni, tiada soalan begitu, malah yg ada hanyalah doa dari mereka.
Redha la dengan seikhlasnya. Seiringkan dengan positif.
InsyaAllah, kita akan lalui dengan tenang.


Kerana ujian juga kita akan dekat dengan Allah.
Jadi, mengapa bersedih dengan ujian.

Hadapi dengan tenang.

p/s : Tu hari baru berkesempatan w.app kawan aku yg kehilangan adik dia dalam tragedi MH17 (Mohd Ali b. Md Salim), dia kata dia tak kuat (aku dah berair mata masa w.app tu - masa tulis ni pun sama). Mmg dia terasa sangat kehilangan tu. Kita yang memandang pun dah rasa berat, apatah lagi bahu memikul kan. Aku doakan agar dia kuat. Orang TTC kan kuat (dia TTC 8 tahun, baru thn lps dia dapat anak lelaki - dan bertambah sedih dia bila dia kata adik dia tu tak sempat tgk lagi anak dia - dan paling sedih, dlm gmbr ada soft toys bertaburan tu - kawan arwah kata itu hadiah yg arwah nak bagi pada anak sedara dia). Tabah Ila, tabah ya. Allah tahu kita kuat. Sbb tu Dia pilih kita. Semakin kuat ujian, semakin kuat tanda Allah ingat kita. Al-Fatihah utk arwah.

2 juta komen

In shaa Allah
terus tabah
terus berdoa
terus berusaha

in shaa ALLAH
dugaan makin kuat
kita pun makin dekat dengan ALLAH
Alhamdulillah

Memang tengah belajar untuk redha sekarang ni kak.....bukan mudah tapi tak mustahil...

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign