Hadoyai.
Nak gelak pun ada.
Geram pun ada.
Menyampah pun ada.
Akhirnya Petronas buat pengumuman. Hari Isnin petang. Dalam kul 7 lebih tu. Memula dalam BM. Pastu tgk, dah dlm BI pulak. Pastu keluar balik yg BM. Apa ke benda entah.
Tu lah. Bak kata kawan aku tu, menda free kena cepat. Petronas pun kata camtu "first come first served". Jadi, bertabah je lah yer. Cuba lah jadi utk first served tu ye. Sila lah bertunggu tangga dpn muka pintu kedai Mesra. Kohkohkoh.
Aku nak merapu pasal payung ni pun dah malas.
Lantak hang la.
Ada lagi satu kad yg tak penuh dua cop. 3 Resit. Tapi, aku tgk resit akhir ada satu je. Dua lagi bukan resit akhir. Bila dia tulis perlu resit akhir tu, maknanya tak valid la resit yg dah di stapler pada kad tu. Ini lagi nampak nak manipulate, sbb resit tu bukan kita yg pepandai stapler. Kan orang stesen minyak tu yg stapler. Dah kenapa kau tak ketip skali yg 'final receipt' kalau itu kehendaknya. Bongok ah. Dari bikin panas bertekak situ, baik tak payah penuh kan. Macam kan kita hadap nau payung dia tu. Kita pun bukan lah kebulur sgt payung tu kan [kalau baca FB, yg owner/kerja Petronas ni anggap customer kebulur sgt payung depa tu], tapi yang menjadi isu adalah kenapa nak promo kalau tak mampu bagi dengan jumlah yg at least 50-80% dari kad yang dikeluarkan. Kami customer bukan bodo sgt nak memahamkan term "sementara stok masih ada", first come first served dan segala apa la term yg akhirnya akan buat customer juga hampa. Walau sementara stok masih ada, suppose ramai yg dapat. Let's say la 20% je tak dpt. Tp bila tgk feedback, ramai yg tak dapat dari dapat. Baru 2mggu selepas keluarkan promo pun stok dah abis. Pergi sana sini tanya takde, takde. Buat apa nak keluar beratus ribu kad kalau hadiahnya terhad sgt. Lain kali buat je lucky draw.
Ikut kat lah Petronas. Nak tambah stok ke, first come first served ke, resit akhir ke, buat lah. Malas dah aku nak isi situ. Nak kata boikot tu tidak lah. Tapi, byk lagi alternatif lain yg ada. Depa pun bukan ada effect kalau takat kita sorang customer lari. Melambak customer lain. Apa ada hal. Segala kereta kerajaan mmg dah sah sah wajibulgunnah isi Petronas. Jadi, apa depa takut customer lari sbb dek payung sebatang kan. Haha.
Lawak aih aku rasa. Payung punya pasal, berantakan semua orang. Yang orang kerja Petronas, kata customer takde adab maki2 depa [ada ke, entah la, tak pernah pulak aku nampak]. Suruh call Mesralink la apa la. Laki aku tu, bukan Mesralink je dia call, abis semua bahagian Petronas tu dia call. Haha. Adoyai... Yang customer pulak kata orang stesen minyak yg susah nak bagi. Ye la kot. Sebenarnya, setelah hampir sebulan, kami dapat jugak la redeem satu kad last week. Tu pun masa memula, orang tu kata takde. Payung abis. Pastu laki aku kata takpe lah kalau takde, isi RM10 je. Lps tu orang tu mintak kad, check2, suruh laki aku pergi isi minyak dulu, pastu kata ada lak payung. Hek ele! Kau nampak permainan dia. Dari situ, aku rasa, mmg kena permain dah customer nih. Memula kata takde, pastu kata ada. Boleh camtu?
Dah la.
Buat la apa kau rasa nak buat.
Bagi aku lak as customer yg selama ini setia tak belah bahagi berpuluh tahun lamanya, aku rasa byk lagi alternatif lain. Bukan pasal hadiah ke apa. At least, buatkan kita pikir balik - stesen minyak lain banyak, harga minyak sama, jadi......
1 juta komen:
memang rin tak isi petronas pun ida..
huhuhu
Terima kasih atas komen anda :)